Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 bukan milik Maryam Qaisara

Sakit? aku bertanya yana.

Sikit, katanya sambil menunjukkan jari isyarat.

Jam sudah hampir ke pukul enam petang.  Mereka yang menunggu di ruang menunggu semakin resah.  Aku keluar masuk labour room sebab yang ditunggu masih relek-relek di atas katil. Dan sudah pastinya perut semakin lapar. Di dalam bilik sejuk yang dinginnya memamah tulang temulang kerap benar pula perut minta untuk diisi. Aku menyuruh hisyam membeli makanan untuk nanti berpiknik piknik selepas maghrib dalam bilik yang telah kami tawan itu.

Tidak lama selepas jam enam, doktor Idora masuk.

Masih belum buka banyak. Baru 4 cm. Dan dia memecahkan ketuban. Selepas itu keajaiban semakin hampir.

Pukul lapan yana sudah kerap menyeringai kesakitan.  Muka merah berkerut setiap kali kontraksi. Ada kalanya aku lihat ada air mata meleleh di hujung kelopak. Aku dapat merasakan sama kesakitan yang diharunginya.

Memang sakit, aku mententeramkannya sedangkan sebenarnya hatiku luluh melihat dia bertarung begitu. Nurse memberinya suntikan untuk mengurangkan rasa sakit tetapi melalui pengalaman aku, suntikan itu lebih kepada menyedapkan rasa hati.  Sakit tetap sakit. Bila sakit semakin kerap, yana diberi gas untuk disedut.  Aku menyuruhnya menyedut dalam-dalam.

Pada jam 10.16 malam pada 10.11.2011 Maryam Qaisara lahir ke dunia. Dunia yang banyak cabaran dan pancaroba ini. Akan kami sediakan perisai buatmu sayang bagi menangkis segala onak dan duri dalam kehidupan.









Welcome to the world.  Welcome to the family. Kami menyediakan kasih sayang yang melimpah ruah buatmu. Kepada yana, sekeluarga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menghadiah kami Maryam Qaisara, seorang permaisuri yang akan sentiasa bertakhta di hati kami.

Maka beruntunglah anak-anak perempuan yang diberi peluang merasai kesakitan melahirkan zuriat.  Kesakitan yang dirasai oleh ibu ibu ketika melahirkan mereka. Juga beruntung jugalah anak-anak lelaki yang diberi peluang untuk menyaksikan kelahiran kerana walaupun tidak merasai kesakitan itu tetapi dapat melihat betapa sengsaranya ibu ibu melahirkan mereka. Keinsafan membantu untuk kewujudan kasih sayang yang berkekalan terhadap ibu dan bapa.


53 comments:

Tijah said...

tahniah kak. dah dapek sepasang cucu haa.

Kaktiny said...

Alhamdulillah..

Selamat datang wahai penghuni syurga.. ke dunia fana yg penuh pancaroba.. semoga perisai kasih sayang dari keluarga membantumu mengharungi getir cabaran hidup dengan tenang, dengan senang.. serta dilimpahi bahagia yang tiada kesudahan sehingga hari kembalinya mu semula ke sisi Yang Maha Pencipta..

Syukran..

Welcome Maryam Qaisara..

Tahniah Kak Pah.. hihihi..

bujal X said...

tahniah nenek!!

Insyirah said...

Maryam Qaisara.. :)

Alhamdulilah...tahniah kakpah! :) :)

Kakcik Seroja said...

Tahniah untuk seisi keluarga. Semoga kelahiran permata terbaru ini menambahkan sinar dalam keluarga. InsyaAllah. :)

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Tahniah! tahniah! syukur Alhamdulillah....

he!...he!..'fresh dari oven' si Maryam tu...:-)

kakngah said...

tahniah utk kakpah & keluarga, yana & suami.


kak.. goram eh lak ai tgk bdk kaler merah2 camtu.. wangi!


maryam qaisara, meh sini ha.. makngah nk cium. amik berkat.. :P

ejaMaria said...

Alhamdulillah...
tahniah juga...

Selamat datang Maryam...

Zaitun said...

Alhamdulillah...tahniah dah dapat sepasang cucu,semoga mereka akan menceriakan kehidupan kakpah sekeluarga.

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Tahniah Kak Pah dapat cucu baru..takpelah tak sama tarikh dgn Dato T pon..yang penting semua Selamat.
Sampaikan Salam Tahniah buat Yana juga..selamat menjadi ibu

@e_da said...

tahniah kak pah dah yana juga keluarga... yang penting mayryam qaisara selamat di lahirkan..

tasekM said...

tahniah buat yana.
tahniah juga buat kak pah sekeluarga.

saya tumpang gembira.




.

Ms.Lilies said...

congrats kak!
:)

err...
tetiba rasa macam nak beranak je lg

Cik Azz said...

Alhamdulillah semuanya selamat...

Tahniah nenek antiekakpah.. hehehe..

Sodap namo cucu tu...

nurulazham said...

tahniah kak pah!dapat cucu comel!

rohaizahabas said...

Alhamdulillah, inu dan anak selamat...baetambah lah tanggung jawap Yana dan suami selepas ini..dan uwan dan atuk bertambah bangga kenara empayar akak dah berkembang...Tahniah..

kucingorengemok said...

tahniah kak pah... tak boleh ditahan² lagi ye! :)

anymz said...

tahniah buat yana,tahniah buat kakpah..
syukur ke hadratnya...
huhu sobak baco entri kakpah pagi2 ni..sakit2 porut sey..mcm sey pulak yg menoran..

secangkir madu merah said...

tahniah kakpah, bertambah ahli keluarga... seronoknya tengok baby itu....SYUKUR

Nora said...

tahniah kak pah, comelnya....

Suliana said...

salam
tahniah kak pah :-) sedap nama nya..

KTS said...

den yg beria pegang perut bc entri ni kakpah

.
.

err.. nasib pegang perut :D hihihi


tahniah. selamat datang maryam qaisara. klu lahir 11/1 dah sama dgn dato siti :D

h4ni3 said...

cantiknya nama
orangnya pun cantik
alhamdulillah
tahniah kakpah! =)

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Syukur semua selamat. Tahniah hajah, juga tahniah kepada Yana. Siapa yang memberi nama Mariam Qaisarah, hajah? Sweet and pretty name. Selamat menjaga cucu, granny!

julietchun said...

faris dah ada kawan utk sepahkan rumah wan :D

ckLah @xiiinam said...

Tahniah...

Acik Erna said...

Tahniah ..
yana dah kak pah sekeluarga.

lupekanje said...

Alhamdulillah....marhabann..marhabann ahlan wa sahlan...ya Maryam Qaisara..
Uwan kono cuti jago cucu lah ni...

ibundo said...

tijah, iyo jah. sepasang.. tak cukup sopasang tangan uwan e nanti ni.

timer kasih acik tini.. insyaallah akan saya siapkan diri ini untuk menentang pancaroba hidup. nenda saya kirim salam..hehe..

ibundo said...

bujal, timer kasih pakcik bujal..

syirah, terima kasih. azfar sudah besar? dah pandai apa ..

kakcik, insyaallah.. bertambah seri dan meriah keluarga kami.

yan, hehe macam roti panas..

ibundo said...

makngah, cium2 ambil berkat untung2 melokek hehe.. tambah lai satu ngah.

ejamaria, terima kasih

zaitun , terima kasih. bertambah keringlah tekak si nenek menjerit2kn cucu cucu..

ibundo said...

tie, terima kasih. sudah disampaikan ucap tahniah.

e-da, alhamdulillah. yang penting semua selamat. Syukur.

tasek, terima kasih atas ucapan.

lilies, bukan ke ko baru lepas beranak ke haha..

ibundo said...

azz, timo kasih. Alhamdulillah.

nurulazham, terima kasih.

ezza, syukur. ahli bertambah. dah tentu rumah makin bersepah. Za mungkin akan menyusul..

ibundo said...

kog, tak leh tahan dah haha.. tak kesah lah kan. Janji selamat.

anim, kpah sondiri monangih tengok dio menoran. macam badan sendiri yang kono lilih.. alhamdulillah..

yati, terima kasih

nora, ,terima kasih

ibundo said...

suliana, salam. terima kasih.

kts, ekau bilo lagi. den dah tak saba nak makan nasi beriani ni...(jangan jamu donat pulak dah le)

hanie, terima kasih.

kak hajjah nora, terima kasih. Atuknya bagi nama Maryam. Nenek tambah Qaisara. Gabungan kasih datuk dan nenek hehe..

ibundo said...

juliet, huwaaaa... kau jangan sebut menyepah. Den dah risau dah ni hiiii...

cklah, terima kasih

erna, terima kasih

acik, timo kasih cik. Kono jagi orang dalam pantang ni. Aduyai..

iina said...

Alhamdullilah kak.. makin ramailah tukang main gelas pinggan kat umah tuh hehehe ;)

nba-Nur said...

Salam ziarah. Tahniah buat Kak Pah atas kelahiran cucu tersayang.. :)

aza ni said...

tahniah hajjah
semoga kehidupan yang mendatang manis dan diberkati buat maryam sekeluarga serta semua sanak saudaranya....termasuklah ninda sekeluarga

ibundo said...

iina, haha abis la lemari aku kena ikat..

nba.nur, salam. terima kasih atas ucapan.

azani, terima kasih.. amin..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Kak pah, tahniah dapat cucu. Tapi kena maintain muda dan guna ayat-ayat rock tau, kalau updatte blog.suka

Dr Singa said...

assalamualaikum Maryam Qaisara!!
.
.
yang sepet!!
:)

ibundo said...

cik ina, hehe....

dr singa, wksalam.. maryam qaisara jawab. Dia kata lagi, harini mata kita dah kurang sepet.

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Tahniah dengan kehadiran cucu lagi sorang ni.

Hadiah tahun baru tuuu. Semoga Maryam Qaisara diberkati Allah selalu dalam hidupnya.

rezeki said...

alhamdulillah

moga menjadi anak yg solehah
insyallah

saya dulu diberi peluang berada bersama2 isteri masa melahirkan anak ke dua
kesian dan insaf , lps tu isteri saya tak mengandung lagi , saya yg mengandung hehehe

Kakzakie Purvit said...

Salam Kakpah,

Kakak dah tertinggal sebab Johor semalam cuti langsung tak buka blog. Maryam Qaisara. Cantik nama. Tahniah buat Yana kerana experience yg dah dilalui sebagai ibu. Kena pantanglah ye....

Moga bertambah ceria keluarga kakpah.

ASH said...

JENG JENG JENG!!!
dekat ngan tarikh lahir NENDA nyer!!!
tahniah Yana dan suami serta Nenda Maryam dan Atuk faris serta seantaro keluarga!!
.
.
faris amacam?
jeleih tak?

ASH said...

adeke jawab jeng jeng jeng..
bertuah betul laaa.
ALHAMDULILLAH...syukur!!
tumpang seronok sebenarnya..

cikmanggis said...

Tahniah kak pah.Wah seronoknya bertambah lagi ahli keluarga kakpah.Insyallah cm akan menerima cucu pertama bulan Jun ni..berdebar debar....dah nak jadi nenek.Sekejap masa berlalu ya kak pah>

ibundo said...

tenangsudey, erk..macam keluar topik je

kunang-kunang, ya.. hadiah tahun baru, hadiah hari lahir ibunya,hadiah hari lahir nendanya, hadiah hari lahir atuknya.. Kami berempat lahir dalam bulan januari hehe..

ibundo said...

pak itam, kelakau le pak itam. tersengih kakpah baca komen tu.

kak zakie, kenalah bepantang kan.. Jangan pantang jumpa makan dah la..

ashley, haha.. tak kesah la jeng jeng ke hape ke.. janji paham. timer kasih ler..

ibundo said...

cik manggis, kalau kakpah tahu nama sebenar cm ni.. mungkin boleh korek2 kenangan lama tu mana tau teringat. mce tahun berapa. ataupun dah spm masa tu...

CikguIna said...

Salam, k Pah. Tahniah dapat cucu baru...saya ni Insya Allah bulan 9...bakal terima cahaya mata ketiga...harap2nya perempuanlah pulak...
Buat Yana...jangan culas berpantang, ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...