Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, January 12, 2011

Balik

Salam.

Masa duduk makan-makan di cafe hospital pantai tu, aku berborak dengan kirin dan imah sambil mengutuk rasa makanan yang kami sedang makan.  Harga mak datuk punya mahal.  Rasa hampeh. Menu of the day yang kirin makan i.e mihun sup rasanya macam direndam dalam air panas saja. Terpaksa ditokok tambah dengan kicap dan cili potong baru dapat diterima tekak.

Untung ek diorang yang dapat tender ni.  Lubuk duit. Orang dah tak boleh lari kat mana dah.

Patient punya makanan pun diorang sediakan ek mak.

Ye la. Just imagine berapa ramai punya patient kat sini.  Semua cafe ni konker. Dan berapa ramai pulak sedara mara patient yang terpaksa makan kat sini.

Wuih.. kalau macam tu kita kena cari tender macam ni la. Banyak boleh masyuk..

Banyak la korang punya masyuk. Ingat senang ke nak dapat tender macam ni. Lobi mesti kuat weh. Mesti ada politik ni.

Bual punya bual akhirnya licin juga pinggan. Memang kami telah diajar supaya tidak membazir. Walaupun tak sedap, rezki tetap rezki. Hasben aku cakap makan mesti licin.  Ayah mereka cakap, jangan makan tak habis.
Allah tak suka.

Begitulah selama beberapa hari di sana.  Yana memang dah tentulah ada menu dia sendiri. Untuk kami yang menunggu dan bertandang ni kadang-kadang siti akan bekalkan kami makanan untuk lunch.  Kalau ada lebih, tahan sampai dinner. Tapi kadang-kadang juga, tekak melebih-lebih daripada perut.  Ada-ada saja yang nak dicari di bawah. Dah tahu mahal, dah tahu tak sedap, tapi masih nak beli juga. Entah-entah diorang ada letak pelaris ke hape. (Aku ada dengar cerita yang kedai mamak ni laku sebab mamak ni taruk singlet yang dah ada peluh dalam periuk gulai mereka.  Tapi aku tak pecaya.  Korang pun jangan percaya jugak hehe).

Akhirnya setelah beberapa hari berkampung di hospital, yana dan baby Maryam dah boleh balik ke rumah.  Setelah gedebak gedebuk selesaikan bil, ambil ubat-ubat dan gift, dah hampir zohor juga kami bertolak dari hospital. Maryam Qaisara lelap sepanjang jalan.  Hajat nendanya untuk menunjukkan udara berjerebu, kenderaan yang berderetan, mat  rempit yang mencelah di antara kereta dan lori, bas dua tingkat yang memecut laju di lorong kanan, tidak kesampaian. Sudahnya, mimpi Maryam Qaisara beradun dengan mimpi nendanya.

Apabila sampai di rumah dan melihat aku mengendong Maryam Qaisara, Faris menggulingkan badan di atas lantai sambil menangis. Nenda bukan lagi milik Faris seorang. Faris sekarang terpaksa berebut berkongsi kasih dengan Maryam Qaisara.


22 comments:

ibuintan said...

tahniah Kakpah dan Yana,

comelnya Maryam, semoga menjadi anak yang solehah, yang membahagiakan kedua ibu bapa dan seluruh keluarga yang lain


kesiannya Faris, mesti dia merasa cemburu juga

~ Kak Azz ~ said...

Mmg makanan kek spital cmtu kan kak... Sey dulu maso kono duduk sobulan kek spital Tampin, tu la deh makanan ehh.. hari2 sop ayam.. tawa gelewar lak tu... sudah ehh poie boli makanan kek kantin... Maghin masakan kantin asing2 dgn makanan utk pesakit..

Kocik2 pun dh pandai milih mano sodap mano tak sodap... Patot la badan montel yoo kan... hehe...

Sian Faris, siap nangeh2 lg tu... haha...

anymz said...

kak,dulu KPJ sbn pun camtu gak tp skang ni dah okay byk..
bilo se jd pesakit of coz lah kono mkn makanan hosp.sakit drh tggi..di bg ee mkn sayur perio dan sup tawar..sodap tak agak ee tu kak.hehe..tapi tiap kali se menjenguk sesapo yg admitted mmg peluang di tggu2 nak melepak di cafe kek situ..siap ado yong tau foo lagi..

Insan Marhaen said...

kecil-kecil lagi dah terpaksa berkongsi kasih..he..he..

iina said...

Hehehehe... takpo doh.. esok2 karang geng main kejar2 hehehe ;)

lupekanje said...

kak ..singlet tarik selera...wakakkaka...

alalala Faris...goling2....sabar yer faris...sok sok udah besar, bia org lak brebut dan bekongsi kasih faris ..hehhehe

kakngah said...

aauummmm!!! geget pipi dia...

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Biasalah tu kak pah, kita yang nak berbisnes susah nak dapat peluang, dorang yang ada peluang, buat cam melepaskan batuk ditangga. Tengok cucu tu lagi senang hati , lega sikit perasaan marahkan.

kak long said...

dah ado 2 cucu..sepasang lak tu..alhamdulillah,bertuah badan...sayang mamek cucu dari anak kan kakpah?
anak pun syang yo..tapi tak la sekuek sayang cucu....:)

Ena said...

camtu la kalo makan kat spital.. tp terpaksa ler jugak kan makan.

tembamnya pipi baby tu.. geramnya nak cubit2 rasanya.. hehe

Kak Nora said...

Salam,
Faris dipaksa cium cousinnya ke? Tentu meriah dengan adanya keletah dua orang cucu, ya hajah?

Zaitun said...

Macam2 rahsia kedai makan kita dengar,kalau mudah percaya tak lalu nak makan kat luar.

Nanti nenda mesti lagi busy dengan kehadiran 2 orang cucu takut tak sempat nak layan tokde.

Kakzakie said...

Salam kakpah,

Sukanya tengok Faris cium Maryam Qaisara. Geram pipi-pipi gebu mereka berdua tu.

Kakak rasa kalau nendanya concentrate dgn Maryam mesti Faiz cemburu.

SeKunTum LaVenDer said...

Hehe. Biasanya diorg jeles masa mula2 je. Macam Azfar dulu pun macam tu. Cousin dia yg berumur setahun lebih...nangis berguling2 atas lantai kalau toknya dukung Azfar. Tapi bila dah lama2 ni, cousin dia plak yg lebih2...kalau siapa2 yg pegang atau dukung Azfar...budak tu mesti marah atau nangis sebab hanya dia je yg boleh pegang Azfar. Haha.. Punyalah sayang kat adik sedara.

www.sekuntum-lavender.blogspot.com


-syira-

secangkir madu merah said...

alah syayangnyeeee.... eee geramnya aku tengok baby tu kakpah...
semoga maryam membesar jadi anak yg solehah dan pandai bercakap mcm nendanya....hehehe

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Perkara paling seronok bila duduk di wad hospital ialah "boleh balik rumah".

h4ni3 said...

1. tembamnye maryam qaisara! bape kilo lahir ni kakpah?

2. tu kena cium ker, kena geget tu? heheh

Ku Tak Sempurna said...

den mmg takdo selero nak makan apo2 kalau kek hospital. ghaso macam ado bau ubat.

.
.

tapi donat. err.. donat bulih diterimo tokak. kek mano2 bulih

:D


selamat menjago cucu. jgn cucu jago nenda sudah. :P

ashley said...

dalam kejelesan, tetap sayang...

julietchun said...

faris bisik kat maryam, "lepas ni kita kecahkan umah uwan,hahahaha".

kak Erna said...

kak pah..nasib baik se tak ponah makan kek kodai mamak..
sayang e..farees ngan maryam..
tak pe farees..kongsi pun..nenda sayang semua..sama rata..sama rasa..

Aku said...

cafe tu kena sediakan makanan yang sihat... dia kira kalorinya, kamdungan lemak dan garam juga gulanya. Kita dah biasa makan rempah ratus berlebih-lebih, tu yg lain rasa tu kut... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...