Salam.
Phewww...
Hari pertama yang memenatkan. Begitulah selalunya. Walaupun cuti teramat panjang, ada parents yang memilih untuk membuat pendaftaran last minute. Masa itu nak isi borang. Masa itu nak beli baju. Masa itu nak buat pembayaran. Aku terpaksa mencuri-curi masa untuk meneguk air teh panas yang aku simpan dalam flask. Tekak kering sebab banyak bercakap dan mulut penat sebab asyik tersenyum dari pagi.
Menjelang waktu rehat jam sepuluh baru dapat meregangkan otot. Aku di main branch dan kurang pasti apa yang berlaku di cawangan.
Alhamdulillah, anak-anak yang menangis tidak berapa ramai. Lewat petang semalam watie telah meletakkan notis di beberapa pintu masuk. Notis yang mengatakan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berada di dalam kelas.
kakpah! Nak masuk jap tengok anak. Kejaaaappp je.
Aku tengok jam sembilan kelas dah penuh dengan mak dan ayah tapi beransur-ansur meninggalkan perkarangan tadika apabila anak-anak sudah setel dan pandai bawa diri. Terima kasih pada guru-guru kerana dapat mengawal keadaan.
Tak pe. You balik je.
Tak pe ke kakpah.
Takpe.
Aku pegang anaknya. Meraung. Tapi ibunya pergi juga dengan hati berat. Belum sampai ibunya ke kereta, anak itu sudah diam. Memang. Lagi payah ibu nak meninggalkan anak, lagi susahlah anak itu nak menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru.
Dengan air mata yang berjurai-jurai, dia tetap comel. Tapi anak ini bukan anak yang aku ceritakan di atas.
Di bawah adalah antara foto yang sempat aku rakam. Dah nak balik baru dapat ambil foto.
Sekian laporan. Dah lama tak dapat ke rumah kengkawan sebab kebizian melampau. Maap.
50 comments:
kak pah..comel e kak pah..walau pun air mato berjuraian..
memang comel..
agak2 kalau saya jadi cik gu tadika tu..camano agak e..asek gogham kan anak orang yo..mongaja tah kemano..
kakpah,
saya berjaya meninggalkan budak itu.. dan dia tidak menangis! siap lambai2 lagi suruh kitorang balik. hehehehe
comel-comel :D
kelemahan saya yang paling ketara....xreti nak control budak2...kalau dapat anaka nanti mcmanalah agaknya..huhuhu
salam kak pah,
rehat yg secukupnya malam ni, kumpul tenaga semula
Meriah...
Salam, k Pah.
Hari ni pun Along kali pertama ke tadika...
Kasihan sungguh anakku itu...
Kawan-kawan lain dihantar oleh ibu atau bapa...tapi anak saya dihantar oleh pakcik van...
Apa boleh buat...emaknya sibuk terima anak orang lain ke sekolah...terpaksalah anak sendiri berdikari...
Alhamdulillah...dia boleh berdikari...cuma menurut kata cikgu taska, si Adik pulak yang menangis beriya-iya masa si Along naik van...Adik nak ikut!
Hari ni saya pulang awal dari sekolah sebab nak intai anak sendiri balik dari tadika...bangga rasa hati tengok Along boleh berdikari hari ni...
Comel-comel anal-anak di Raudatul Jannah!
Sungguh comel anak2 itu. :)
comel!
errr...
bukan kakpah tawwww
:p
budak2 beso ea menagih bilo tengok omak ea yo...omak ea dah poie ontok la deh...omak ea yg lobih2...heheheh!
Teringat masa adik saya tadika dulu... Camtu gak la, tak nak poie skolah... Nak kono tunggu an dio sampai abeh kelas... Pueh cikgu ehh pujuk... huhuhu...
Ghaso mcm nak masok tadika balik la kak... hehe...
senyum kak.. nanti makin muda jek hehehe... den pun nk belajar tulis cam gbr last tuh.. confirm takdde sapa faham hehehe ;)
biasalah tu ada ibubapa yg suka buat kerja last minute.Tak tahulah, cam mana, tahap kesabaran seorang cikgu.akak tak boleh berdepan ngan budak menangis ni, sebab tu anak akak secara outo dah memahami, cam mana emak dia.
Ceria aje budak2 tu kakpah cuma ibubapa aje yang risau.
erna, pernah parents cakap; camanalah kakpah dan cikgu2 ni semua sabar dengan kerenah budak2 ni ek. saya anak dua orang ni pun tak larat dah..
hehe... dah duapuluh tahun kakpah latih diri jaga anak orang dan melatih guru2 juga supaya pandai jaga anak orang.. hehe..
rencah utama: sabar dan kasih sayang.
hanie, alhamdulillah.. mission berjaya. tapi mesti dada mak ayah berdebar2 juga memikirkan hal anak yang melambai-lambai tu kan?..
faraulah, it comes through practice. Dah ada anak, otomatik pandai sendiri hehe.
ibuintan, alhamdulillah.. dah berehat secukupnya. Bibik siap picit satu badan sambil kpah terlelap2.
cklah, pasti cklah juga tak menang tangan menangani hari pertama sekolah. Kelas okay?
cikguIna, waa..dah sekolah dah along. Along tu paham tu yang emaknya sibuk dan tak dapat nak hantar. Tapi kan Ina, selalunya anak-anak macam ni yang senang nak sesuaikan diri dengan tempat baru sebab dari awal2 lagi dah semuanya buat sendiri.
erkk.. adik tu nangis2 tu, sekolahkan je sekali hehe..
kak hajjah nora, memang comel. Ada satu boy lima tahun (gambar atas sekali yang pakai kopiah tu), comellll sangat. Saiz badan baru macam budak dua tiga tahun. Cute betul..
kakcik, kalau kakcik tengok mesti nak cubit cubit pipi diorang.
lilies, ekau ni memang.. Muka kakpah dah merah padam dah tadi dek perasan.
kaklong, iyolah kaklong... kito pun buleh paham gak tu. Omak mano yang tak bokocai hati e nak ninggakan anak mo oghang asing kan. Tu yang boghek hati yo nak balik tu hehe.. Tapi pocayo lah. kok anak tu monangih pun kojap yo. Dah dapek kongkawan sonyap lah de.
azz, kakpah ponah dapek murid yang macam tu. Duo tigo hari sekolah tu monangih nak balik. Lopeh tu.. dio pulak yang jadi hero.
iina, budak2 yang dyslexic ni pandai tulis ikut mirror image. Kita sendiri pun tak reti. Selalunya diorang ni tertinggal sikit ke belakang kalau compare dengan yang lain.
cik ina, kesabaran tahap giler bak kata budak2 sekarang haha..
Budak2 ni kena pandai pujuk. Kena cara pujuk, mesti okay..
zaitun, budak2 tu okay je. Yang menangis cuma dua tiga orang.alhamdulillah..
comey budak toncet 2 tu..
ada harapan jd model headar kakpah nanti.. kehkehekh!!
tahniah kak.. berjaya mengharung first day dgn sukses...
adeeb ok deh... kok nangih gak... den tekeh yo sekali.. ngengado!
Salam kakpah,
Seronok melihat anak-anak tadika. Salute cikgu-cikgu dgn kerenah ibu-bapa yg takut tinggalkan anak.
makcik~~bila nak bukak aulad kat klang~??
Seronok tengok kerenah anak-anak...
kebizian? lebih baik lah aku minum kupi daripada minum fotokupi
budak² menangis bercucuran... cikgu² penat menangis dalam hati je la ye, kak pah ;)
salam kakpah..
teringat masa memula hantar anak masuk tadika tahun lepas.. betul selagi ena tak kuar selagi tu air mata anak bercucuran ngan omak2 sekali nak banjir sama.. hehe.. tp sebaik kaki mak melangkah keluar anak pun diam.. esokya dengan senang hati berlari masuk ke kelas.. keh keh keh...
siannya tgk yg nangis tu, teringat anak buah saya pun mcm tu juga tapi sekarang dah ok.
Hehe.. macam-macam gelagat anak-anak ni. Tapi yang menangis tu tetap comel!
salam kak pah..ingat saya tak?hehe soalan cepu gangsa.cantik yang menangis tu:)anak anak sekarang kira ok la tu hanya menangis sekejap je..dulu dulu ibu bapa pasang khemah tepi pagar sekolah hehe.
Kakpah..,
Nak pakai pembantu lagi tak kat Aulad Jannah.
salam hajjah
selamat berjuang dan bertugas....
kakngah, dah sekolah dah adeeb yo. kok dapek omak cam ekau ni baguih ni. Kok omak e tak tekeh bagi cikgu you tolong tekehan haha
kakzakie, cikgu veteren ni bukan setakat pandai tekel anak je.. pandai tekel mak2 jugak.
bujal, makcik nak tunggu anak bujal berderet2 dan jadi customer..
aku, seronok kan. Mama lagi seronok. Bila lagi!!!
hamirdin, haha.. lawak lah.
kog, nak buat macamana kan. Cikgu kena senyum je. Kena cubit ke, kena tumbuk ke, kena gigit ke... senyum je..
ena, anak pun pandai baca hati mak. Dan mereka pandai ambil kesempatan. Emak sepatutnya in control.. bukan anak.
juliet, anak buah ko nangis ko pun nanis sama ke.
tie, tu la pasal.
cik manggis, salam wahai adik manis. Kenal apa plak tak kenal.
Mak2 yang berat hati tu ada gak yang nak berkemah tapi dah awal2 warning "tak dibenarkan berkemah di sini" hiii..
kak wan, hehe.. minat ke.
azani, perjuangan diteruskan.tkasih.
salam kak pah..Cm singgah lagi ni..dua kali sehari datang bertandang umah kak pah ni hihi..Cm dok blok D2-4 masa jalan larkin dulu tapi nak tanya kak pah dok blog mana ya?ingin nak tahu ni:)
cikmanggis oi.. ekau pun srikandi gak ke.. Alahai.. dah lama sangat dah tinggal sekolah. dah tak ingat blok mana hehehe.. Mesti u ni junior yang terlalu junior kan!!!!
Post a Comment