Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, January 5, 2011

Bendul

Semalam hujan. Kilat dan guruh sabung menyabung. Teringat pula musim hujan masa kecik-kecik dulu. Nenek aku mesti masak ubi rebus makan dengan kelapa parut dan gula pasir. Minum pula kopi panas. Nyaman saja tekak aku menelan.




Tapi hujan semalam aku tak pula masak apa-apa. Pisang tak ada nak digoreng. Nak buat cekodok, malas. Lagipun zaman minyak kena sorok ni, eloklah jangan membazir minyak. Makan pisang rebus pun lebih berkhasiat daripada pisang goreng. Betul tak...

Teragak nak makan mee lah.

Masa tu hujan dah berhenti.

Bahan tak ada. Nak makan mee pergi beli bahan.

Okaylah. Abang pergi beli. Apa lagi nak beli?

Aku pun buat lis, tulis atas kertas.

mee
udang
sotong
togeh
bawang besar


Bawang besar yang dibelinya memang cukup besar. Sebiji bawang mahu setengah kilo beratnya. Lebih besar daripada sebiji buah pear.

Aku anak beranak mentertawakannya. Jawapannya amat mudah:

Dah suruh beli bawang besar, aku belilah yang besar.

Aku terlupa yang hasben aku ni lurus bendul.

.
.
.
.
.

p/s Dulu aku suruh dia beli manila card seratus keping. Dia balik dengan tangan kosong. Bila aku tanya dia jawab:
Manila kad tak cukup seratus. Ada lapan puluh keping je.

Bila aku tepuk dahi dia jawab lagi:
Suruh beli seratus. Ada lapan puluh. Abang tak beli le...

Lurus bendul ni tak kira orang tu ada phD ke takde..


23 comments:

kakngah said...

mang ai.... bosa ponumbuk bawang eh...
cam marah yo kono poei kodai
kehkehkeh!!!

Nizam.Ariff said...

Hahahaah..

Hah! Kakpah, cepat mintak mahap kat suami... satu dunia baca ni...

Tang PhD tu yg tak tahan ..adeh..adeh..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Yang lurus okey gak. Sumpah , garenti dia tak cari lain.khe khe.Anak kita pun cam tu, kalau suruh beli A, A lah dia beli.

Tijah said...

kihkikih. bawang tu buleh potong 4 tu kak. dapek 4 kali goeng mee.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam KakPah, best nya dpt suami lurus bendul..boleh jadi bahan gurauan..he he he

Ms.Lilies said...

Kalo kenduri dpt bwg pesen gitu jimat belanja ehehehe

iina said...

Hahaha.. mmg bosa bwg ehh.. takpo lah kak.. namo pun bwg besar.. janji dio happy kak..

ibundo said...

kakngah, dio tak porasan yang dio boli bawang kan main punyo bosa sehinggolah kono golakkan.... Orang golak dio buek muko blur pulak tu.

ibundo said...

nizam, haha.. dia dah tau dah mesti kena buat bahan n3. Kalau dia baca ni kang siaplah aku kena komen.

ibundo said...

cikina, boleh pakai ke teori tu hehe..

tijah, bukan takat bolah ompek yo jah. Buleh bolah lapan..

ibundo said...

marina, salam. memang selalu kena ketawakan pun.

lilies, haah.. tak banyak kojo nak kupeh bawang banyak2..

iina, lenkali kono specify bawang bosa mano siap dongan ukuran skali..haha

rezeki said...

salam kak pah

hehehehhe tu lurus lagi taat

yg menurut perintah

Ena said...

ahahhahaha..

terkekeh ena ketawa..

sbb husband ena pun cenggitu.. kalo cakap gitu.. gitu la dibuatnya.. ahahahahhaha.. sambung gelak.. :D

ibundo said...

pak itam, haha.. pak itam tak lurus ke.

ena, sama pula ek..haha

bujal X said...

tu namanya kejujuran yang terlebih makcik~he~~

Zaitun said...

Semalam saya pergi giant langsung tak ada minyak...sorok atau habis dijual...

Kat Johor itu hari saya makan ubi rebus,sedappp.

Kakzakie Purvit said...

salam kakpah,

tak baik tau kata kat cik abang macam tu. Abang tu memang lurus. lain kali kena ada kata dua dgn tambahan substitute atau yg seumpamanya.

anymz said...

kakpah,lawak tul abg akak tu..
teringat se pd adik se yg mcm tu.se suh dio ke pasar mlm bg duit suh beli karipap yg sey nak..bila balik dia pulangkan duit tu semula dia kata karipap takde..kalo takde karipap beli lah kueh lain.dia kata apa tak cakap..betul kak lurus bendul bukan kira ada phd atau tak.adik se tu seorang akauntan sekarang..kihkih..
mm..melampau tul bila diorang sorok2 myk..kesian pd peniaga2 kueh

ibundo said...

bujal , hehe

zaitun, kena ubah cara pemakanan. tak payah tunggu yang goreng dan tumis2. Rebus, bakar, panggang, makan raw.. lebih berkhasiat.

kakzakie, hahaha.. cik abang sendiri tau dia macam tu dan dia sendiri cakap dia macam tu. Memang dia jenis tak kesah haha..

ibundo said...

anim, orang lurus ni tak pandai pusing2. Dulu penah akak suruh beli ikan kembung 3 ekor. Yela.. dalam kepala ni 3 ekor tu cukuplah kalau ikan tu besar dan gemuk. Memang betul2 3 ekor dia beli tapi setiap ekor tu lebar dua jari haha..

Cik Azz said...

Lurus bondol takpo dohh kak... Yg ponting pandai simpan rahsio.. hehe...

ASH said...

aku dah baca cerita manila kad tu..
aku gelak sekali lagi.
.
.
.
muah muah..hahhahha

Unknown said...

ahaksss..aunty kak pah memang kelakar.... spontan saya gelak besar... ampun uncle...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...