Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, January 6, 2011

Ke mana perginya

Sawi seikat
Udang seciput
Tenggiri 4 potong
Siakap kecil dua ekor
Daun sup setengah cekak
Santan 200 gm
Cili merah dalam sepuluh bijik

Aku letak bakul atas kaunter.

Ambil.. timbang.. masuk dalam plastik.
Ambil.. timbang.. masuk dalam plastik.
Habis semua.

Lima puluh dua enam puluh sen, kak.

Mana perginya nilai duit?
Baru lagi rasanya aku beli ikan kembung enam puluh sen sekilo. Empat puluh tahun kira baru lah tu....

Kesian mereka yang tak berduit macam kita.


35 comments:

Ms.Lilies said...

serai 3 batang kocik thn lepas saya dapat free kak...
tahun ni dah kena bayo 50 sen ayoo

bujal X said...

nasib baik saya kaya.

hahaha~~sabar je la makcik~~

nurulazham said...

betullah kak pah...
rm50 dah macam rm5 skrg ni... :(

Kakcik Seroja said...

Ahad lepas, suami kakcik beli ikan kembung - RM13 sekilo. Dia kata mahal! (Kakcik tak tahu harga ikan sebab kakcik tak masuk pasar..)

ejaMaria said...

kak... bunga kantan sekuntum rm1 kat KL ni...
saya nak tanam kantan banyak-banyak... sekuntum jual rm2... hahaha

kak long said...

tapi ado yo org yang gaji eh tak sampai 3o hinggit sari....camno nak makan tu....!

ni la yg dikoba rakyat didahulukan....
pencapaian diutamakan...!

cam sodap yo bunyi eh!

Nizam.Ariff said...

ikan siakap kak...

duit tu pegi kat ikan siakap 2 ekor tu...

tasekM said...

kelapa pun sebiji ni jam dah singgit semilan kan kak...? haih...



.

Anonymous said...

Siakap tu mahal la kakPah.. Tapi, sekarang memang semuanya mahal. Telur mahal, ayam mahal, santan mahal, minyak pulak lesap! Aderk!

kucingorengemok said...

kak pah, adik kita suruh bagitau, bunting no tel kak pah kat blkg sek seksyen 4 dah jatuh, sila ambik tindakan, hehe

pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh kog adik beradik :)

kakngah said...

alamak!
teraso lamo boto tak poei pasar. dulu maso kojo.. 2-3hr sekali poei psr. memontang la psr kek blkg tu yo...

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Beli kat paso gitu lah kak..berapa yg penjual bgtau itulah nilai yg kena bayor..rasanya lebih jimat beli di pasaraya..mmg dah ada rege siap2 kat pelastik kan

Cik Ina Do Do Cheng said...

Sekarang kak pah, kalau bawak RM50 ke pasar, dapat ciput je. cam tak de makna. barang tak mahal sangat, duit dah kecik nilainya.

Ena said...

betul tu kakpah.. skrg duit kita dah semakin kurang nilai.. dulu p seklah bawak duit 50 sen je.. siap ada baki lg masuk tabung.. skrg? huhu

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Semoga Sihat selalu.

Saya selalu bandingkan harga ikan dengan harga beras. Harga sekilo ikan 'sardin' atau ikan selayang, saya perhatikan ialah RM10.00 atau lebih. Berapa ekor agaknya sekilo??.

Bandingkan pula sekilo beras. Ada beras yang murah kalau tak mampu nak beli yang mahal. Jadi nampaknya pada yang kurang kemampuan, lebihkan makan beras dari lauk, walaupun ikan yang 'low class'.

Sedih bertul....

Kakzakie Purvit said...

Salam kakpah,

40 tahun lama sangat tu. Minggu lepas beli cendawan satu peket seringgit setengah. Semalam beli jadi dua ringgit dgn kuantiti sama banyak. Katanya musim hujanlah... minyak naiklah...

cikmanggis said...
This comment has been removed by the author.
cikmanggis said...
This comment has been removed by the author.
Zaitun said...

Dulu kalau duit rm50 beli barang penuh sebakul tapi sekarang boleh bawa dengan 2 jari.

ibundo said...

lilies, serai kalau nak free tanam sendiri tapi kena pandai jaga. kalau tak nampak macam lalang tak berservis.

ibundo said...

bujal, sabau lah dah makcik ni..

nurul, betul..betul.. tambah2 lagi barang asek naik harga je..

kakcik, untung la kakcik ada orang tukang belikan. memang.. kembung sekilo dua tiga belas ringgit. belum lagi ikan tenggiri, bawal dan seangkatan..

ibundo said...

ejamaria, kat bangi ni singgit setengah sekuntum ko tau. Mak datuk ai..

kaklong, memang sodap bunyi e tu kaklong. Sian yang berpendapatan rendah dan berkeluarga ramai.

ibundo said...

nizam, ntah lah ek tapi takde le besau nau ikan tu..

tasek, kelapa memang dah dekat dua ringgit. makan santan dalam kotak tak sedap pulak tu. Mungkin harga mahal ni nak mengajar kita supaya kurangkan kolesterol..

ibundo said...

tie, jom jadi pak awang... balik kampung, tanam kacang... (ingat lagi lagu tu?)

kog, haha sungguh prihatin korang adik beradik. Kpah sendiri pun x sedar dah jatuh. Nanti ar bila senang2. Terima kasih ek..

ibundo said...

kakngah, ekau tak poi pasar sapo yang poi...

tie-ibuwawa, kalau pegi pasar malam lagi lah.. ambik masuk plastik.. ambik masuk plastik.. dah siap harga. Hasben akak cakap pandai betul matematik orang tu hahaha...

ibundo said...

cik ina, memang betul tu. Cukup untuk makan sehari je.

ena, sekarang bawak 50 sen beli air sirap pun tak cukup kot..

ibundo said...

kunang-kunang, selalu juga kita dengar orang susah makan nasi berlaukkan air garam atau kicap. Kesian. anak2 kita kengkadang makan tak habis bagi kat kucing je.

ibundo said...

kakzakie, banyak je alasan diorang ni bila naikkan harga. Yang ikan tu, musim air bergelora ke, musim kemarau ke.. harga naik je tak turun2 pun.

ibundo said...

zaitun, hehehe.. sangkut plastik kat jari ek.. Hari sabtu kat pasar ada plastik tak ek?

ieda said...

siakap dgn tenggiri tu yg up kan harga.

iina said...

beli itu jek dah rm50 kak?? huhuhuhu.. £50 kek sini boleh bawak 2 troli keluar dr supermarket ;)

Acik Erna said...

kak pah..sesekali saya pi beli..macam tu lah..terkojut monyet dibuek e..selalu..main tulih yo..bagi senarai..tau dio bawak balik yo..

Cik Azz said...

Kalau takde duit atau tak banyak duit, nak tak nak kono la pandai menggayo an duit tu kak..

Sey dah moghaso dah zaman tak boduit ni dulu.. Cumo kosian kek adik2 yg anak2 ehh kocik lg.. Duduk lak kek kolumpo dgn rumah sewo lagi.. Mujur la selero sey ni kocik yoo kakk...

ibundo said...

ieda,haah la tu.. ikan kembung ke sekarang kan main mahal dah.

iina, ekau janganla bandingkan dongan paun tu hehe..

ibundo said...

erna, nak tau harga barang ni kena pergi membeli. shoping menyoping ni memang tugas kakpah..

azz, duduk kelumpo ni kalau gaji kocik memang susah sikit. kek kampung buleh gak tanam sayur, ubi, ternak ayam bagai..
kono tahan selero lah kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...