Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, January 10, 2011

MENUNGGU ORANG BARU

Petang semalam sepatutnya pergi join perjumpaan makcik bloggers di the curve tetapi dari pagi dah sibuk kelepak kelepuk hingga ke tengahari. Selepas zohor hari dah menginjak ke pukul dua lebih dan aku sms ezza mengatakan aku tak dapat nak join sama.

Petang sebelum maghrib semasa aku lepak-lepak di bilik menunggu azan, Yana masuk. Dengan menggunakan bahasa isyarat dia mengatakan yang baby di dalam perut sudah kurang bergerak.  Yana sudah masuk ke minggu ke39.  Aku agak panik, terus menelefon Pantai bertanyakan pendapat. Yang menjawab menyuruh datang segera ke emergensi.

Selepas maghrib, kami bergerak ke hospital. Unser penuh. Perdana pula membawa faris dan emak ayahnya. Bila sampai di emergensi, attandance yang menunggu terus membawa kami ke labour room. Yang boleh masuk ke dalam bilik cuma suaminya dan ibu.  Aku dan Zubir masuk. Yang lain-lain menunggu di luar.

Nurse memasang alat di perut untuk mendengar degupan jantung baby dan melihat pergerakan. Aku nampak macam okay.  Zubir bertanya pada aku dengan bahasa isyarat juga apa yang ditunjukkan olah alat yang dilihatnya itu.  Aku cakap untuk tengok degupan jantung. Dia angguk.  Dapat aku rasakan debaran seorang bapa yang bakal menimang cahaya mata yang pertama.

Satu jam kemudian doktor Idora masuk. Manis senyumannya.  Dia melihat carta yang tergantung di alat.
"Okay.. degup jantung okay.  Baby gerak okay. Belum ada sakit kan?  Boleh balik dulu ni.. Tunggu sakit baru datang"

"Ada sakit tak?" Dia bertanya pada yana pula.  Aku jadi translator dan mengatakan sakit di bahagian tempat baby nak keluar.

"Ooo.. nanti saya cek kat bawah ye"

Aku translate lagi pada yana.  Yana angguk dan aku menyuruhnya menarik nafas dalam-dalam kalau terasa sakit semasa doktor melakukan acara menyeluk.

Doktor Idora memasukkan jarinya.  Memandang pada aku. Yana menarik nafas dalam-dalam menahan rasa tidak selesa.

"Eh..dah bukak ni...  Dah 3 cm.  Tak boleh balik dah ni.  Kena terus admit ya"

Waktu itu baru jam sembilan malam.  Contraction baru bermula tapi masih mild.  Melalui pengalaman aku, masih lama lagi nak menunggu kelahiran.  Setelah berbincang, kami balik ke rumah meninggalkan kaklong dan Zubir menemankan yana di dalam biliknya.


Pagi ini 10 januari.

Pagi sepuluh minit sebelum pukul tujuh aku, kirin dan imah bergerak ke hospital .  Budak dua orang itu mengambil kesempatan untuk cuti emegensi.  Dan alahai... jemnya jalan.  Pukul lapan lebih baru sampai.  Pecah perut aku menahan panggilan alam.

Aku lihat yana relek2 atas katil sambil membaca majalah. Dia kata sakit sikit.  Aku tanya tahan sakit ke tak tahan.  Dia kata tahan. Mmm.. ye la.  Sekarang kata tahan sebab belum kuat.  Nanti bila tiba sakit sebenar, aku tak tahulah dia boleh terima sakit tu ke tidak.  Aku tahu sangat anak aku ni. Tak boleh tahan sakit.  Doktor ada tanya nak ambil epidural ke tidak. Aku tak pernah ambil ubat penahan sakit semasa aku melahirkan ke lapan-lapan anak aku.  Bukankah sakit itu nikmat?  Tapi aku tidak tahu sama ada aku sampai hati melihat anak aku kesakitan.

Nampak gayanya, masih ada tujuh lapan jam lagi untuk menyambut orang baru dalam keluarga.  Mungkinkah mendapat hari kelahiran 11.1.11?

kakpah

19 comments:

kakngah said...

yeay! yeay!
faris dh nk dapat kawan..



saya dah 3x. sume xder epidural. btl kak.. nikmatnya keistimewaan yg Allah kuniakan. lain anak, lain sakitnya.. saya la.. org lain xtau.. :)



saya doakan semoga yana & baby selamat. naik pangkat 1 calit lg.. hihihi!!!

Kakcik Seroja said...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sihat sejahtera untuk ibu dan anak yang bakal lahir. Amin. :)

tasekM said...

cantek tarikh tu kak.

kirim salam kat yana.
moga dipermudahkan segalanya.





.

rezeki said...

salam kak pah

insyallah, moga dipermudahkan

pssss pengalaman saya nunggu kelahiran anak pertama 21 tahun dulu hehehheee
Allah je yang tahu kak hehehe

Insyirah said...

Moga2 semuanya dipermudahkan-Nya & kedua2nya selamat...Aminn! Masa saya lahirkan Azfar, saya tak ambil epidural. Sebab memang dah tekad dari mula2 pregnant lagi memang tak nak ambil epidural masa bersalin nnt. Alhamdulilah...mujurlah boleh menahan kesakitan yg tak dapat digambarkan dgn kata2. Hanya ALLAH saja yg tahu betapa sakitnya. Alhamdulilah...semuanya dipermudahkan-Nya. Mudah2an yana pun sama.... :)

Anyway, congrats ya kakpah dapat cucu baru.. :) :)

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Semoga dipermudahkan dan Yana selamat melahirkan. InsyaAllah kalau ada rezeki, 11.1.11 menjadi kempunyaan baby.

pB said...

Salam


Semoga dipermudahkan dan Yana selamat melahirkan ....


Cantik tarikh 11.1.11

Anak sulung pB lahir tarikh 11.1 (sama macam harijadi Siti Nur Haliza)


pB ambil epidural kali ini. Nak cuba, orang kata.

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Moga semuanya selamat dan dipermudahkan Allah.

Zaitun said...

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.

Kakzakie Purvit said...

Salam kakpah,

Kakak pun bersalin semuanya tak guna epidural. Banyak info boleh didapati di internet. Effect selepas pengambilan itu yg tak mahu.

Yana mesti suka kalau lahir babynya pada 11-1-11.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Tahniah!!!!...jangan lupa update cepat...boh gambo sekali ek....errrr gambo baby le....:-)

Kaktiny said...

masa tiny nk beranak dulu.. doktor suruh mak masuk.. mak taknak.. so, cik abang je la yg masuk..

mak kata, tak sanggup tengok anak dia menahan dan meneran sakit.. (mak kat luar labour room dok berdoa semoga sakit tu datang pada dia, bukan pada si anak.. owh emak.... hahaha)..

agaknya, pasal doa dan redha ibu serta doa dan redha suami itu yg buatkan tiny tak rasa sgt sakit masa bersalin.. tak sampai 20 minit kat dlm labour room... tau tau dh beranak.. syukur sangat..

hehehe..

julietchun said...

moga semuanya selamat dan bolehlah kami gi kenduri cucu baru nanti :D

Acik Erna said...

kak pah..faris nak dapat sepupu ye..
seronok la dia..
semoga semuanya selamat kak pah..

iina said...

Semoga esok atau ari nie dapat berita gembira.. InsyAllah ;)

lupekanje said...

kita tunggu entry baru pasal orang baru lagi...moga kuarga ni tambah ceria...moga semuanya selamat dan sihat.
tambah sibuk la nenek n atok pasni..heheh..

h4ni3 said...

lagi 5 jam nak masuk tarikh cantik.
harap2 semuanya berjalan dgn lancar.. semoga yana n baby sihat dan selamat =)

Cik Azz said...

Ngilu lak rasanya aiihhh... huhu...

Kalau baby keluar 11.1.11, boleh celebrate besdei dgn Tok T.. Abg sy pun lahir 11.1....

Mudah2an semuanya selamat ya kak...

Anonymous said...

tahniah... moga semuanya selamat.. amiin


Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...