Haziq!!!!!
Haziq buat tak tahu. Dia terus menguli plastersin di tangannya.
Haziq!!!!
Masih diam juga.
Pekak ke!!!! , Haikal sudah tidak dapat menahan api kemarahan.
Haikal!!!!! Tak baik cakap macam tu.
Haziq ni lah ummu. Orang panggil taknak jawab. Ternyata ada nada kesal dalam jawapannya.
.
.
.
.
.
.
Allah panggil kita lima kali sehari. Tapi ramai yang pekak atau buat-buat pekak tidak mahu menyahut panggilanNYA. Kita akan merasa marah atau paling tidak berkecil hati kalau orang tidak pedulikan panggilan kita. Agak-agak Allah marah tak.
.
.
.
.
.
Level aku ni level tadika. Cerita pun kena turunkankan ke tahap rendah supaya budak-budak paham. Rasanya mereka yang malas sembahyang dan berkeliaran di shopping kompleks semasa sembahyang jumaat, tahap pemikiran mereka pun sama dengan budak-budak lima enam tahun.
Sekian. Dah Jumaat dah hari ni. Cepatnya masa berjalan.
27 comments:
Memang sedih bila tengok 'lelaki2 Melayu' berkeliaran di kompleks beli belah waktu Solat Jumaat sedang berlangsung. Lebih menjengkelkan, siap berkepit dengan wanita yang bertudung! :(
SALAM,
SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN JALAN KEBENARAN KPD MEREKA INI.
semoga mereka diberi hidayah... Amin
*kdg2 nyampah gak... kite nak shoping pun tak senang...
kekadang kul 1-2 tu selamba je org2 tu beratur tunggu nak amek lauk kat kedai kan? tak malu betul.
Tijah, kalau ko tanya dia orang yang beratur masa tu, dan-dan dia kata " aku musafir..." .. ntah celah mana dia musafir tak tau la.. hahaha
diorg 'uzuuuurrrrrrrrrr' tu kak
sedap beutl perumpamaan itu..dekat rumah sayanie pun ramai.bukn budak2 muda ajer, org tua gayut pun belambak..orang masuk masjid dgr khutbah dan solat ,mereka bertenggek kat tepi longkang..org dlm masjid tahiyat akhir, merekapun mula bejalan pulang.....tah apelah yg mereka nk pergi masjid kalau dah begitu ajer niatnya..nk duduk tepi longkang.baik xpayah pegi langsung....
tesodak anak den..!namo ea HAZIQ yo...heheheheeh!!!
Kat ofis2 pun ramai lelaki "Melayu" yg duk tercongok kat tempat masing2 time solat Jumaat. Memang diorg ni muka tebal kut. Huhuhu.
Kalau cakap dengan ayah saya kena cakap kuat2 kakpah.kalau pergi mana2 baru dia pakai alat pendengaran.
Uzur kot atau belum sampai seru... SERU MATI...
kdg2 kt rmh bebudak ni ada nama panggilan yg lain dr nama sebenar. tu yg buat dek jek bila dipangggil. makyong selalu pesan.. rajin2 pggl adief dgn nama sebenar.. thn dpn dh blh sklh.. takut dia keluru hihihi!!!
keluru = keliru
harap maklom.
tak solat jumaat, depa uzur, datang matahari hehehehehe
kalau dgn diri sendiri dan org lain depa tak malu, inikan lagi dengan Allah
moga2 Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayah pada mereka
Nak buat pengakuan;
Masa pi rumah kakPah dulu...sampai laman masuk rumah kakpah, saya ada betanya kepada dua remaja: "Yang mana satu tuan rumah?"
Tapi, cklah tak dapat jawapan.
Masa duduk makan, semeja dengan remaja tadi....dan baru faham keadaan mereka. Semoga Allah pelihara mereka....
kak pah..
walaupun kak pah kato peringkat tadika..tapi..orang2 bosa totap tak paham..
Salam kakpah....
Memang nampak santai tapi pengisiannya sempurna.
Kakak suka cara begini
sindir2, gurau2
tapi sebenarnya mencekau. Hahaha
Terimakasih berpesan-pesan dalam cara yang tersendiri.
Saya suka.:)
budak tadika pun baik la kak...
.
Salam pada semua yang meninggalkan komen.
Hari kadang2 berlalu tanpa dirancang dan ada kalanya apa yang dirancang tidak menjadi.
Agak sibuk dengan perkara yang tidak dirancang dan perkara yang dirancng. Apabila ada kesempatan untuk masuk ke sini 'goreng pisang' panas sudah dingin dan mungkin anda semua sudah tidak tercari2 akan jawapan kepada komen anda.
Maaf sekali lagi kerana gagal menjawab komen.
sekian.
salam kakpah,
tidak dinafikan ramai yang pemikiran dan perlakuan mereka lebih rendah dari budak tadika
semoga Allah beri mereka hidayah dan petunjuk
ibuintan,semuga Allah bagi mereka petunjuk
Salam...
lama tak menyengok rumah kak pah ni...waduh...dah cantek...... tahniah .......
Nak juga disign cantek cam ni....nak cari kat mana???
pisang goreng dingin pun sedap..... nak2 kalau perut tgh lapar
.
.
kakpah...... pisang goreng dingin ada lagi??
:D
n3 penuh pengertian kak...
hikss...nk g solat zuhur jap...
smoga kita di kuatkan iman & kesabaran...
cerita level tadika
tapi pengajarannya... untuk orang2 yg dah lepas tadika juga :)
sorang kawan marah² lelaki tak pergi sembahyang hari jumaat... tapi dia tak menutup aurat. macam mana tu kak? serba salah nak menegurnya :|
chekdee, apa kabar. Ala.. rumah kita biasa2 je. Rumah papan je..
kita guna kontraktor di blogger template.
kts, yang dingin dah habis. Yang ada ni dah beku. Kalau nak aku keluarkan dari dalam freezer.
suzie, hikhik...
hanie, memang kenen ke situ lah haha..
kog, banyak orang cam tu. salah orang nampak...
Post a Comment