Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, January 26, 2011

Pening Bertambah Pening

Salam.

Dah dua tiga hari hidung ni sprott sprett sprott sprett. Makan panadol dua biji, hilang. Lepas tu datang balik. Kalau datang siap dengan sakit kepala, aku telan lagi panadol dua biji. Hilang. Macam tu lah kerja aku dua tiga hari ni.

Dari pagi kepala bengang semacam. Sampai tengahari badan dah tergigil-gigil. Sebaik habis solat zohor, aku ngap lagi panadol dua biji. Baring-baring sambil tengok ulangan biggest loser, entah bila masanya yang tv tu pulak tengok aku.

prrannggg....... prrenggggg..... prrannggg....... prrengggggg...

Aku terkejut, terperanjat terus terduduk sambil cuba nak adjust otak yang masih mamai. Aku tengok luar dah terang benderang. Sah sah aku dah terlepas subuh dan tak ada siapa yang kejutkan aku. Aku tengok jam. La.. pukul tiga petang rupanya.



Aku terus ke tingkap melihat bunyi yang buat aku terkejut.




Patutlah bising sangat. Diorang main campak je papan dan kayu tu ke atas lori.




Dah banyak bulan dah aku ni kena sabar dengan bunyi bising dari rumah depan yang sedang dibena ni. Kalau tengok daripada rangka rumah ni, agak-agak berapa bulan lagi boleh siap.



Bukan apa.. takut aku meroyan je...

38 comments:

KAKTINY said...

sabor je la kak eh...

..... hihihihi ......

kayteeze said...

Ish... lambat lagi siap tu, kakpah ooii... kita tengok pun dah nak sakit kepala.

SeKunTum LaVenDer said...

Haha...boleh sakit jiwa kalau macam ni. Mahunya pertengahan tahun ni baru siap. Hehe..

secangkir madu merah said...

betol tu.. baru siap rangka je tuh..mau tengah taon baru siap...hehehehe..asyik nak meroyan je kakpah sejak menjak ni..

kak long said...

idung soksek-soksek ni tak leh cium cucu...nyangkit!

Kak Nora said...

Hajah,
Saya pun pagi-pagi selesema, ambil vitamin C untuk mencegah 'hidung berlari'.

Ms.Lilies said...

Musim kak musim...
Saya mlm td kaki yg gigil2 dulu...buat xtau terus tdo haha...pg hantar zara jln kaki peluh2 ok sket dah

~ Kak Azz ~ said...

Kak, tu rumah ke kodai pongantin tu kak... Bosa ehh lak aiihhh...

Copek sihat yoo kak...

iina said...

Takleh ko kak pasang tingkap n pintu kedap bunyi hehehehe... gerenti xdonga kan ;)

Aku said...

Cepat..!!!

Cepat bukak gerai minuman dan goreng-gorengan...

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Semoga dah sihat dari selsema.

Nampak pada rumah tu, rasanya lama lagilah kak pah terpaksa mendengar macam2 bunyi dari situ.

Kaseh said...

kaseh pun salu tgk biggest loser tu kak..tapi tgk je la..follow nya idakk. tu yg badan tak reti2 turun..haha

Tijah said...

poie la baring2 kek equatorial kak...

lupekanje said...

acik pun tongah idun tesumbek ni ha.. ngan batuk bedengkang dengkung... demam kli pertama utk tahun 2011 ni..
tahun lepas tah baper kali demam. Thn ni tgk la baper kali lak.
Sabar je lah kak ye...acik pun kena sabar dgn bnyik menggerudi kek atas rumah ni ...tah manusia tah saper menggerudi megerib2 nih... lenmcm je.

kakcik said...

Bentan dah jadi meroyan ke Kakpah? ;-)

kakngah said...

rangka jek tu.. tak sempat la msk rmh baru raya mggu depan...

Ku Tak Sempurna said...

4 bulan je lagi tu kakpah. sabar

.
.

tu pun kalau pahat tak berbunyi lepas rumah siap


hahaha

AZANI said...

salam hajjah
ini boleh masuk kes pencemaran bunyi...pakai ear defender atau ear plug yang disyorkan oleh DOSH atau DOE.

sayangsayangibu said...

kalau gitu gaya rangkanya
makan bulan bulan...

pak long said...

salam...
sabor jela kak...

kakpah said...

tiny,
sib baik la kpah ni penyabar orangnya.. hiii..



tie,
kesian kat yang kecik2 ni jugak ha. Diorang tido asek tekejot tekejot je.



syirah, alhamdulillah kalau boleh siap tengah tahun. tapi nampak cara gaya dorang keje.. rasanya boleh tu.

kakpah said...

yati,
sabau je la nampaknya ek. Haha.. sejak dua menjak ni memang nak meroyan je.


kaklong,
tulah pasal. Kono flying kiss yo haha.


kaknora,
musim ke apa. ratarata orang demam selsema dan batuk2.

kakpah said...

lilies,
aduyai.. lamo tak pegi joging ni. Asek bokopit dengan cucu je. Camano lelomak nak cair ni.


azz,
ekau ni otak bisnes yo kan. Ado cito2 nak bukak butik pongantin ko.



iina,
kalau tuan ghumah dopan tu mau sposor okay gak kan?

kakpah said...

nizam,
haah kan. Lupa lah. Patutnya kakpah bukak gerai kat depan rumah ni.


ani kunang-kunang,
mau empat lima bulan lagi kan? kenalah besabar kan?



kaseh,
kakpah suka tengok diorang berubah jadi kurus. Tapi kalau nak eksesais sama macam diorang buat, macam tak terdaya je nak ikut.

kakpah said...

tijah,
botul gak tu jah. Kau agak-agak boleh claim kek tuan rumah dopan ni tak.


acik, sesamo lah kito domam yo cik. Kpah dah okay dah sikit potang tadi tapi tadi poi pulak boghujan kek pasar malam tu. Ha.. dah poning balik ni ha.
cik, sapo yang menggerudi tu cik. Bukan dio tumbuk samba bolacan ko.

kakpah said...

kakcik,
haha.. macam tu lah nampaknya kakcik.



kakngah,
tapi insyaallah ghayo poso dapek masuk kot.



kts,
rasanya rumah siap nanti kena dengar bunyi ketuk dinding pulak sebab nak gantung gambar hehe..

kakpah said...

azani,
memang kes pencemaran bunyi tapi tak larat lah nak pakai ear plug. Lagi sakit telingo den.



sayangsayang ibu,
sampai tengah tahun ek?



paklong, welcome back paklong. Lama tak nampak.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makan bulan tu, tak kan dorang , malam buta pun buat kerja. kalau buat gak , harus ko terjah.

SHAFIDA said...

besaunya ghumah dia...husssssssssssss....

kakpah said...

cik ina,
kalau memalam buta keja gak.. memang nak kena dush dush..


shafida,
siap ada basement lagi tu..

azieazah said...

Salam Kak Pah.
Banyak sangat makan ubat tu yang mamai kot Kak...

Wahhh tengok pada rangka, hebat ruma tu. Macam banglo tu.

Kawasan elit betul nih...:)

kakpah said...

aziezah,
rumah orang tu memang besar..

Zaitun said...

kakpah ... saya pun buat renovation rumah tapi kecil2an saja,janganlah pening sebab bunyi dril tak kuat sangat hehe...

rezeki said...

kak pah

sib baik pening2 je, kalau loya 2 heheheh

esok lusa siaplah, tapi esok lusa yang takde tarikh hehe

kakpah said...

zaitun,
kalau zai duduk sebelah rumah, mau pening gak haha..


pak itam,
haha lawak.
esok lusa tu cakap orang bisnes.
Kalau kita tanya bila siap?
Besok siap.
Macam tu lah orang bisnes selalu cakap.

DiNaZ said...

sian akak....tapi kak jangan selalu sangat makan ubat..apa kata akak pi taman kerr tanang2kan kepala jiwa dan penglihatan akak??

h4ni3 said...

besornya rumaaaahhh
mau setahun lagi baru betul2 siap tu!
hehe

kak Erna said...

kak pah..kono ikut p.ramlee..boli kapeh sumbek telingo..he he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...