Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, February 23, 2011

ARUS LETRIK



Dah berkali-kali aku telefon sampaikan naik muak. Jawapannya masih sama;
minggu depan..minggu depan saya datang.  Dan dia terus membebel sampaikan aku tidak sempat nak mencelah dan lebih baik aku matikan telefon sebelum telinga aku sakit bersama-sama hati aku yang memang sudah sedia sakit.

Aku pernah bercerita december lalu mengenai big toy yang sepatutnya dipasang di perkarangan tadika aku. Aku bercerita bagaimana aku membebel-bebel bertanyakan hal itu kepadanya dan mungkin kerana tak tahan dengan bebelan aku, dihantarnya selori pasir dan batu. Pasir dan batu itu berlapuk di situ berhujan berpanas dan menjadi tempat buangan kucing-kucing jiran.  Apabila aku membebel-membebel lagi, dia datang memasang satu jongkang jongket dan membuat tapak untuk big toy itu.

Itu cerita bulan dua belas.

Angan-angan aku untuk big toy itu terpacak di depan tadika sebelum sesi sekolah bermula terbantut begitu saja. Tiap kali parents datang mereka bertanya;
ni tapak simin ni nak buat apa ni.

Kami jawab seadanya.  Kemudian mereka tanya-tanya lagi;
Bila nak pasang mainan ni.

Kami jawab juga seadanya sehingga mereka sudah malas mahu bertanya dan kami juga sudah kehilangan modal untuk memberi jawapan.

Memang hati aku bengkak, sebengkak downpayment yang sudah aku jelaskan pada penghujung bulan sebelas.

Sebelum raya cina aku telefon lagi dan jawapannya memang sudah aku agak.

Shipment dah nak sampai dah puan. Seminggu dua lagi saya pasang.

Dan aku mahu bersangka baik.  Lepas raya cina aku harap-harap benda tu dah terpacak.

Sekarang dah nak masuk bulan tiga, bayang masih tak nampak.  Aku telefon, tak diangkat.  Telefon lagi tak diangkat. Telefon lagi tak diangkat.

Baik!!  Siap kau!! 

Imah, telefonkan mak orang ni.  Cakap dari Rahmah and Co.


Cerita semalam:
Semasa aku sedang bersilat-silat di dapur, imah pulang dari opis. Dengan tergelak-gelak dia bercerita:

Imah dah call orang tu mak.  Menggelabah dia.  Dia cakap dia bukan tipuuuuu..
Barang tu dah sampai dan ada kat port klang.  Nak ambek dia kena bayar sepuluh ribu sebab bukan barang  mak je. Orang lain punya pun ada.

Tiga kali dia tipun imah. Kali kedua dia tipun dia kata nak emailkan surat yang mengatakan barang dah sampai di port klang. Kejap lagi tu dia tipun balik ngatakan email dia tak boleh bukak dan dia nak faxkan je surat tu.


Aku pun mengekek tergelak.  Tahu kau takut ek!!

Aku ambil surat yang difaxkan pada imah dan aku tengok "playground equipment' yang di bawa dari Wenzhou China, dah sampai 17 januari haritu.  Dibiarkannya tersadai di pelabuhan sebab tak ada duit nak ambil. Aku syak dia ni bisnes gali lubang kambus lubang. Ambil duit down payment dari client, kambus lubang yang sedia ada dan bila dah terlubang lagi dan tak ada duit nak kambus, macam ni lah jadinya.

Apa-apa pun aku tunggu.
Apa guna lawyer di rumah ni kan?

39 comments:

kak long said...

tak po lawyer anak beanak,rogo buleh bwk berunding...heheeh!!

sayangsayangibu said...

assalamualaikum kak
kuatnya penangan saman kan?
walaupun sekadar mengacah acah saje.. ;p

kakngah said...

org kita ke kpah...??
kesian.. meniaga tak cukup modal. kan ke dh buruk reputasi. kalau tak.. tak pasal2 dpt promosi percuma dr kpah kt sini.

ok imah,
xyah pindah ampang. duk yo BBB tu..

tasekM said...

jgn dia jumpa blog ko dah kak. kang dia buat rilekkkkkkk je pulak.




.

bujal X said...

yay~makcik bijak~haha~

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Memang sakit hati kalau kerja tergendalakan. Apa lagi duit kita dah keluarkan. Saya pernah kena macam ni ketika ubahsuai rumah, dia ambik duit kita, dia kambus rumah orang lain, lepas tu tunggu client baru beri duit nak kambus rumah kita.

Memang sakit hati.

Semoga kesulitan Kak Pah ni selesai segera.

Kak Nora said...

Lawyer in the house...beres!

Zaitun said...

Itu yang untung ada lawyer dalam rumah ya kakpah.Saya pun insyaAllah tahun depan.

AZANI said...

salam hajjah
arus letrik tu kait mengait juga kah?mula mula ingat hajjah bertekak dengan TNB service pasal blackout ke apa.

sure canggih mainan tu....

syukur ada peguam di kalangan keluarga , kalau tak kena bayar 400%

secangkir madu merah said...

powerlah kakPah...

Tijah said...

tuuu dehhhh. org centu sesekali mmg kono ajar kak.

Aku said...

agak-agak anak bini dia makan apa ek tak ada duit nak keluarkan barang?

kesian, mungkin hari-hari makan telur rebus, nasi campur kicap.


kawan aku memula berniaga dulu camtu la... dalam 3 bulan makan macam tu anak beranak.

~ Cik Azz ~ said...

Kalau amek sikit2 barang kek pelabuhan tu takat yg dio mampu tak boleh ke kak... Sian gak orang tu takde duit nak amek semua barang sekaligus...

Tak abeh2 dgn kesian sy ni...

h4ni3 said...

yeaaaa..
kita saman dia!!!! samannn!!!!


eh, batu api! :D

farah hamirdin said...

kesiankan dia tapi customer yg menanti nih ape citer? tak elokla cara berniaga macam tu kan. dah amik duit kita siap2. esok2 orang taknak deal lagi ngan dia baru tau.

Ms.Lilies said...

kah kah kah...
tau menikus

Ku Tak Sempurna said...

kkpah, den rasa dia nak untung banyak.
klu biar lelama playground equipment tu, untung2 boleh beranak pinak


hahaha.

hari2 mau kol. kasi dia gabra! :D

Cik Ina minat Do do Cheng said...

kak pah selalunya kita suka nak jadi penyabar, tapi kadang kadan orang sekeliling buat kita hilang sabar.cam manalah kak pah ye. tapi kita tahu kak pah lebih sabar dari kita.Insyaalah.

kakpah said...

kaklong,
upah e sonang yo kaklong. Bolanjo makan hehe..


sayangsayangibu,
betul. mana nak cekau duit kalau kena saman.


kakngah,
orang kitalah. Konon nak tolong sesama bangsa. tapi tulah.. kita dikenakannya balik.

kakpah said...

tm,
takde mananya. dia sibuk cari duit nak kambus lubang tu.



bujal,
timer kasih sebab puji makcik


ani,
ha.. ani pun paham kan? Terasa macam kita ni terkena je. Tapi selalunyalah, bangsa asing jarang buat macam ni sebab nak jaga bisnes.

kakpah said...

kak nora,
yes.. talk to my lawyer.


zaitun,
wah.. alhamdulillah..


azani,
arus letrik tu simbolik. Kalau tak hantar jugak mainan tu, mau nak kena kejutan letrik orang tu haha..


smm,
erk.. power root..


tijah,
ekaulah penyokong setio..


nizam,
takkan anak bini dia sampai tak makan. kesian..
Aku tak sumpah dia. Tak baik. Cuma kalau bagitau awal2 masalah dia kuranglah marahnya aku ni...

azz,
kalau barang satu kontena mesti amek satu kontena gak. Tak maun de doh amek sikit2..

kakpah said...

hanie,
hehe.. ko lak lebih2. Akak mengacah je


farah,
hiiii...



lilies,
baru kena buku dengan ruas. jangan memain..



kts,
iyo lah tu. Yang ada tu jadik ibu macam ibu duit kan? Hari2 beranak..


cikina,
dah terlebih sabar lah ni haha.. (psst.. tapi kakpah ni ngacah je. tak sampai hati sebenarnya)

ibuintan said...

hahaha...harap2 dio tak baco blog kakpah..

baru dio tau kakpah ado loyar

iina said...

Nampak gayanya rahmah & Co.. tak leh pindah ke ampanglah camnie.. beroperasi dari BBB jek ahaks ;)

ckLah said...

Imah...jom kita 'karen'kan orang tu nakkkk?

:D

ejaMaria said...

bila tau org melayu bisnes gini... kesian... tapi yg kena naya pun org melayu juga... mmm... oh bangsa ku...

kayteeze said...

Oh ! kita pulak rasa sakit hati!

Tu yang serik buat bisnes dengan sesama bangsa. Kita pun pernah ada pengalaman begini. Sangat-sangat kecewa.

kakpah said...

ibuintan,
haha.. harap2 macam tu lah. nanti pecahlah pulak rahsia..


iina,
tulah aku cakap. duk bangi jer..


cklah,
sungguh ko mengeti akan simbolik daku kehkeh..


ejamaria,
selalu macam tu kan? nak tolong melayu tapi kena makan..


tie,
kebanyakan orang kita tak serupa dgn orang diorang. kenapa ek..

cikmanggis said...

teruk jika bisnis camni..gali lubang tutup lubang last sekali dgn dia dia masuk lubang.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Saman, jangan tak saman...bagi pengajaran sikit. Tak tahulah orang kita ni, orang niaga kita nak niaga...hemmmm!

indahhouse said...

Salam kak pah,
Beruntung ada lawyer kat rumah. hehe..

Kakzakie said...

Itulah untungnya Imah kerja kat lawyer firm. Best.... suka kakak dengar at least kita tahu kejadian sebenar.....

Kata Kaktiny said...

itu untungnya ada loyar dlm umah.. hehehe..

fees for open file - FOC
phone bill - FOC
professional service - FOC

... kehkehkeh...

pak long said...

salam buat kak pah....
bab menunggu dengan pelbagai alasan ni yg hamba paling sadis dan sakit ati

kakpah said...

cm,
gali lubang tutup lubang kalau keluar tu buah tomato yang ranum best gak..

yan,
kakpah ni pun ngacah2 je. marah tetap marah. tengok dalam bulan tiga ni. kalau takde apaapa jugak nanti kita gertak lagi..hehe

indahouse,
untung sebab free..Eh, sapa kata fre.. kena belanja makan haha

kakpah said...

kak zakie,
kalau dia bagitahu kita dapat tahu apaa masalahnya. bila buat senyap dan telefon tak jawab tu yang buat bengang..


tiny,
kehkeh.. kalau panggil kao kena bayar tak..


paklong,
paham pun paklong..hehe..kita pun macam tu lah.

ashley said...

saman jangan tak saman...

ashley said...

entah ke dia guna deposit duit kakpah tu buat hantaran bini nombor dua tiga....
wakkakakaaakakaka..
.
.
.
selalunya orang kita cam gitu laaa.
.
.
pantang berbines sikit!!

rahmah co said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...