Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, February 12, 2011

Pekak lebih baik daripada degil

Bebola tu tak payah belah.  Biar bulat-bulat macam tu.

Tapi bila nak masak, tengok semuanya terbelah dua.  Bukannya nak kata ada beza apa-apapun dari segi rasa.  Tapi aku suka tengok ia bulat tergolek-golek dalam pinggan. Suka tengok anak aku berebut-rebut menikam meatballs yang tergolek-golek itu dengan garpu.

Kadang-kadang aku tak dapat nak pastikan adakah ianya pekak atau degil. Mungkin kedua-duanya. Aku kata begitu sebab apabila aku panggil ada masanya dia buat-buat tak tahu. Bila aku bagitahu begitu begini dia mengangguk-angguk tapi lain yang aku cakap lain yang dibuat. 

Malam kelmarin lebih kurang pukul sepuluh setengah ,semasa semua penghuni rumah berehat-rehat di atas dan aku sudah pun mula memejamkan mata, hasben aku melompat dari atas katil dan meluru ke luar bilik. Anak-anak di depan tv juga bising menyebut-nyebut  ada benda hangit di bawah.

Hasben membebel-bebel bila dia naik semula. Membebel-bebel pada aku yang cukup setia di pembaringan dek terlampau letih dan mengantuk untuk mengetahui apa yang diriuh-rendahkan.

Entah apa yang dimasaknya kat atas dapur, ditinggalkannya benda tu terjerang sehingga kering kontang.  Berasap-asap satu dapur.

Habis tu?

Tutup api dan bukak semua tingkap pintu bagi udara keluar.  Panggil-panggil dia tak menyahut pun.

Yang hangus itu adalah lebihan kari ayam yang kami makan untuk dinner.  Dah tak serupa kari ayam.  Lebih kepada kari arang.  Padahal dulu aku dah cakap kalau masak apa-apa di dapur jangan tinggalkan.  Nanti terlupa. Dulu pernah rebus barli sehingga barli itu melekat kering di dalam periuk.  Dua hari dua malam aku merendam periuk untuk mencungkil saki baki barli yang melekat degil. Masa tu dapur aku berkepul-kepul juga dengan asap.

Kategori apa aku nak letak.  Pekak ke degil.

Aku masuk ke bilik air dan nak termuntah bila mata aku terjenguk ke dalam bakul sampah, melihat sesuatu melingkar dengan kesan darah berketul-ketul.  Sama seperti apa yang selalu aku lihat di tandas-tandas awam. Sedangkan aku sudah mengajar anak-anak aku sejak mereka kecil lagi supaya mencucinya dan membungkus elok-elok dengan kertas surat kabar. Bukan aku tak bagitahunya.  Dah banyak kali aku cakap. Kali ini aku kena cakap lagi.

Pad tu pergi bungkus dengan surat kabar.  Nak termuntah aku tengok.

Petang semalam semasa aku masak-masak di dapur dia memberitahu aku sesuatu yang membuat aku terpikir-pikir sampai sekarang.

Buk, watik nak cuti hujung bulan lima.  Nak cuti sebulan.Nak balik Indon.

Susahnya kalau mengambil pembantu rumah anak beranak.  Ibu dan anak. Masing-masing komplot mengkomplot. Aku diam tak menjawab.  Pertama sebab watik baru bekerja  4 bulan.  Belum cukup setahun dah nak cuti.  Kedua sebab aku pun ada rancangan aku sendiri. Pandai saja mereka nak merosakkan rancangan aku. Ketiga sebab mereka hanya boleh bercuti semasa cuti sekolah yang panjang.  Aku cikgu, masa itulah aku ada banyak masa free.

Peraturan itu aku dah beritahu lama dulu. Takkan tak ingat.  Takkan tak tahu-tahu lagi. Dia dah sepuluh tahun lebih dengan aku.

Kategori apa aku nak letak.  Pekak ke degil.

19 comments:

Kaseh said...

erkk mengom kot kak...hehhe tak pekak tak degil tapi tak reti bahasa la tu kak oii.. kaseh mmg fobia ngan spesis indon ni kak...

kak long said...

babil...!bangang + dogil...!

kak Erna said...

kak pah..kategori BEGA..he he
aduhai..goli boto.
.orang islam tu kan kak pah..
kalau dah islam tak yah ajar pun tau dah..mesti cuci bersih2..baru bungkus dan buang..
tak tau lah..camano kak pah boleh betul2 sabar menghadapinya..

Kakzakie said...

Assalamualaikum Kakpah,

Rencah kehidupan banyak menuntut kesabaran dari kemarahan kita. Soal pembantu rumah untung kakpah ada yg boleh betah hingga 10 tahun. Kakak setiap 3 tahun tukar satu. sekarang dah tak mahu lagi serik....

Tijah said...

tu buleh gak dikategorikan sebagai bingai tu kak. osah la kan? samo lak kito paneh hati pagi2 cuti ni. haih.

kakcik said...

Tu kategori nak kena ajar dengan seterika je kot, Kakpah!

Ms.Lilies said...

tu org kata..
dapat majikan bagus xsedar diri...
eh...saya pulak yg panas hati ha

SeKunTum LaVenDer said...

Fuhhh...seram jugak nak amik bibik2 Indon ni. Macam2...

AZANI said...

salam hajjah
saya komenyg dlm tong tu


gamaknya dia nk buat baja kompos

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Saya ni jenis bukan penyabar, tak tahu nak gambarkan orang camtu. Mahu kalau saya yang kat sana, budak tu dah kena lempang.

kayteeze said...

Payah bahasa tu Kakpah. Adik kita pun ada bibik dari seberang. Tiap bulan kena panggil plumber sebab sink tersumbat. Dah puas adik ajar, tapi dia buat don't know je.... Kalau kita pun naik hangin jugak!

Tie rasa dia nak balik terus kot.. Kakpah tukar bibik lain laa... rasanya boleh kan, cuba tanya agen tu. Baru 4 bulan jer..

ejaMaria said...

suruh dia cuti terus je la kak... hilang sakit kepala...

kakngah said...

dh 10 thn pn tak paham2 laei..

osah tahan boto kpah ngn dio..
dio?? mmg tahan la .. kok tak xkan ado yo laei sampai skrg hihihi!!

anymz said...

mmg poning dgn diorang ni kakpah..tak makan dek ajar..
bodoh sombong biaso ee...
dulu2 maso anak2 masih baby se guno jugak tenaga diorang ni..bilo kito pakai maid ese pun guno napkin.taknak bazir duit beli pampers..sehari ke sehari se tgk napkin anak se tggl sikit..rupo2 ee time anak melabur dio buang napkin tu.anak bukan bosar pun .tak sampai setahun pun maso tu....
aduuuuh..tension gilo...

pak long said...

salam buat kak pah...
kalau masak didapur..jangan la nak layan menda lain kat luar..naya meletop periuk...

AuntieYan said...

Salam Kak Pah.

Kak Yan tak pernah ada bibik, kalau tidak harus poning macam Kak
Pah jugak.
Entahlah, bangsa dia orang memang macam tu lah gamaknya....tak makan diajar.

Kak Pah den tak ado anak pompuan...he!...he! terlopeh le masalah pad pad ni...:-)

iina said...

kak sterika baju tuh elok lagik ke?? ahaks.... takde makna tersembunyi tau kak tanya soklan nie hehehe ;) Den nak pinjam buat gosok baju jek ;)

Aku said...

...dlm tong tu. nak tunjuk...aku masih berdarah kut... hahaha.

memula aku tak faham. aku ingat dia siang ikan darah+perut buang dalam tong. hahaha

~ Kak Azz ~ said...

Haaa... Camtu la keadaannya masa sy kerja kilang dulu kak.. Kalau kek kilang tu, pad bosepah2.. ado kek colah pintu la, kek ateh lantai la.. pokok ehh tandas kek kilang tu dah tak serupa tandas dah.. mana dgn tersumbat ehh... dengan pintu terkopak ehh.. dengan takdo pintu ehh...

Memang spesis jahanam dorang ni... Dan memang menyakitkan hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...