Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, February 13, 2011

Ada kelas

Semalam sebaik publish entry aku dan kirin ke kelas fotografi. Kelas ni dua hari, semalam dan hari ini. Tujuan mengambil kelas ini adalah untuk mengetahui lebih baik lagi tentang selok belok mengambil gambar. Selama ini aku mengambil gambar main hentam saja.  Bila baca buku atau layar internet aku macam faham separuh separuh.  Susah nak apply bila tiba kepada mengambil gambar sebenar. 

Beli kamera beribu-ribu tapi tak pandai pakai.
Pap!! kena sebijik.

Beli kamera mahal-mahal tapi apa guna kalau asek letak mode auto saja.
Pap!! kena lagi sebijik.

Orang yang bodoh je pakai mode auto ni.
Pap!! lagi sebijik.

Bila kita ada kamera kita nak kita yang kawal kamera bukan kamera yang kawal kita.

Aku sukalah cikgu ni.  Tak kedekut ilmu. Barulah aku tahu macamana nak kawal apperture, kawal speed, kawal iso.  Sebelum ni bukannya aku tak tahu langsung.  Tahu tapi tidaklah tahu banyak.  Aku ambil gambar lebih kepada trial and error. Kalau tak jadi, cuba lagi sampai gambar cantik.

.
.
.
Balik semalam dah petang dan pagi ni baru sempat nak bukak lappy.  Aku tengok banyak komen yang perlu dijawab dan aku rasa macam tak terjawab sebab kejap lagi aku nak bersiap-siap untuk ke kelas hari ini pula.

Secara ringkas aku jawab di sini sajalah.
Aku ni memang perlukan pembantu rumah dan benar-benar mengharapkan jasa baik mereka.  Pembantu aku ni bukannya seratus peratus tak bagus.  Ada bagusnya.  Kerja tip top.  Rajin. Aku belum bangun tidur lagi pagi-pagi diorang dah bangun dulu. Siapa yang nak bangun pukul empat lebih. Diorang empat lebih dah bangun. Pernah juga aku cakap buat apa bangun awal sangat. Dia jawab sebab mata dah tak boleh tidur.

Sebelum subuh sarapan dah terhidang di atas meja. Jangan tanyalah sedap ke tidak atau memenuhi citarasa ke tidak. Adakala sedap.  Adakala tidak memenuhi piawaian.

Pagi-pagi subuh sepei, yang sorang kelepak kelepuk kat dapur dan yang sorang lagi kelepak kelepuk basuh kereta.  Aku rasa tak ramai pembantu rumah yang macam ni.  Jadi, unfair jugalah kalau aku cakap diorang ni tak bagus. Cuma aku ni kalau hati bengkek segala ketidakbagusan dorang ni aku ungkit. Padahal mana ada orang yang perfect.

Kalau dia berkeras nak balik cuti, aku cakap tak boleh je.  Sapa bos.  Diorang ke aku.  Betul tak?


kakpah

19 comments:

kak Erna said...

kak pah..rajin kak pah pi belajar..mesti lopeh ni lagi cantik gambar..
boto la kak pah.bilo hati sakit..maso tu lah..semuo bondo yang burok keluar..

sayangsayangibu said...

seronok dapat belajar fotografi
kalaulah.......sya dapat apa yg di idam..harus ambik kelas jugak ;p

kucingorengemok said...

kak pah, beli kamera ribu-ribu pastu nak kena belajar macam-macam pulak nak guna? tak payah... auto mode is my best friend! ;)

Insan Marhaen said...

tak mau komen la... IM rasa silap hb la hari ni...

ckLah@xiiinam said...

Tak sabar nak gantikan kamera cklah yang hilang dulu....tapi tak mampu lagi. Huhu

Kakzakie said...

Rajin kakpah nak belajr lagi.....

kakak suka ini ---> Kena ikut cakap bos. Tak boleh cuti kalau belum tiba masa. Full-stop. Bagus kakpah mesti nak tegas.

~ Kak Azz ~ said...

Teringin gak nak pakai kamera mahal2 ni.. tapi tak mampu...

Off topik pasal pembantu akak tu ehh... =D

kakngah said...

kak..
kalau perlukan model sukarela utk mantapkan skil menembak..
kngh & d geng sedia memberi khidmat secara percuma. janji.. wa dpt itu gambar hihihihi!!!

Kak Nora said...

Betul kata ckgu fotografi tu. Kalau asyik auto mode, elok guna yang compact aje. Ingin juga satu yang ribu (tak lah beribu-ribu)!

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Dorang ni payah, kalau kita berlembut, dia pijak kepala pulak, kalau kita berkeras nampak cam kita zalim plak. habis cam no tu.

kak long said...

kakpah bos...kuasa ditangan akak....
apo2 pun dalam hidup akak yg sibuk memang memerlukan pembantu...walaupun kekadang diaorang ni memang byk cengkadak! :((

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Alhamdulillah kak Pah dapat pembantu rumah yang baik.

kakpah said...

Erna, dah lamo dah nak bolajar ni tapi tak dapat cari tempat dan harga yang sesuai. Alhamdulillah, yang ni tak mahal dan memuaskan.


sayangsayangibu, puas hatihati membeli dan puas memakai. Kpah dah nampak projek yang akan datang hehe..

kakpah said...

kog, hehe.. ada orang dapat kepuasan bila hasilkan kerja yang baik. Akak salah seorang dari orang itu haha.. Tapi kalau malas nak set, sesekali guna juga auto mode..

kakpah said...

IM, ye ke.. silap haribulan masuk sini? hehe

cklah, dah lama sangat dah hilang tu cklah. Takkan tak dapat pengganti lagi.


kak zakie, walaupun dah berumur tapi kpah memang suka belajar yang kpah tak tahu.
Yezza... kita bos..


Azz, ala.. itu pun dapek duit topijak kehkeh..

kakpah said...

kakngah,
nak jadi model boleh. Kalau nak kurang bajet, datang sini. Kalau kpah poi sanun kono caj duit petrol, makan, dan upah amek gambar hahaha.. (ni cakap orang bisnes)

kakpah said...

kaknora,
keluar dari kebiasaan tu merupakan satu cabaran.. hiiii..


cikina, tu lah pasal. Kena tegas dengan dorang ni. Aku bos ke kau bos... Kalau tak nanti naik tocang.


kaklong, memang tak boleh lepas dari perangai banyak cekadak tu. Tu pun kpah kengkadang kono lolap sebolah mato yo.

kakpah said...

ani,
nak dapat yang sempurna, susah. Bersyukur je la dengan apa yang ada.

CikSembang said...

2 orang kak pah pakai maid ke?.. best tu..dulu sy pakai sorang je dah cukup membantu tapi yg menyusahkan kepala otak pun ada jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...