Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 22, 2011

Ais Krim Goreng

Siapa suka makan aiskrim goreng tapi tak tahu cara nak membuatnya.
Untuk sesiapa yang tak tahu, mari datang dekat-dekat sini tengok macamana makcik buat. Lepas tu bila dah pandai bolehlah makan aiskrim goreng hari-hari.



Bahan-bahan yang mesti ada:

Lihat gambar di atas:
Roti, botol penyembur tu , cutter dan semestinya aiskrim.

Macamana nak buat?

Mula-mula ambil dua keping roti. Penyek-penyekkan sikit.  Kemudian semburkan sedikit air di atas permukaan roti.  Sekali sembur saja.  Jangan sampai basah kuyup pula.






Kemudian ambil satu scoop aiskrim.  Letakkan di atas sekeping roti tadi, betul-betul di tengah. Roti yang sekeping lagi tu, tangkupkan ke atasnya.



Tekan sedikit di sekeliling roti.





Ambil cutter, tekan sekuat-kuat hati (haha) sehingga roti terpotong seperti di bawah.



Okay, siap.  Buatlah beberapa keping mengikut selera masing-masing.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan di freezer selama tiga jam. Kalau dah tak menyempat nak makan, boleh juga digoreng tapi aiskrim akan cair. Jadi, ikut cakap sifu.  Simpan 3 jam dalam freezer atau lebih.

Bila hendak makan, panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam. ( Aiskrim yang makcik goreng tu tak tenggelam sebab minyak tak cukup).  Bila minyak sudah panas, keluarkan aiskrim tadi dari freezer.  Goreng sekejap sahaja sampai bewarna kekuningan.





 Weila.... siap!!!  jom makan.. sila.. sila..



kakpah

56 comments:

kakngah said...

takut tak sompek nk bungkus eskrem dah selamat... kehkehkeh!!

kono buek jam bebudak ni poei sklh + adief tido.. hihihi!!
strategi tuh!

kakngah said...

agk2 eh kan kak.. belen topi2 guti tu... buleh buek puding roti lak kan..

~ Cik Azz ~ said...

Uiisshhh...!!!

Monggoda anak tokak boto la resepi akak ni.. Nak cubo gak la tapi takut tak monjadi yoo mcm sifu punyo tu.. hehe..

pak long said...

salam kak pah...
ni baru tau cara buat aiskrim goreng....nanti nak cuba la...
mekasih banyak kak pah..

aNIe said...

Hahahah...kak camtu gayanya ye...sonang yo......heheh...Thanks kak...

Cik Ina minat Do do Cheng said...

sonang je, makcik memang tak pernah makan ice cream goreng ni. Bukan apa bila dengarnya nama , dah mula terpikir, cam mana buatnya, tak cair ke ice cream bila di goreng. terima kasih resepi tu.nanti nak cuba buatlah.

iina said...

wah kak sonang nak buek nie.. ok nnti den cubo yo

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Terima Kasih banyak-banyak, saya memang dah lama cari macam mana nak buat. Wow siap dengan gamvar sekali. Betul-betul SIFU. Nanti dah jadi saya bagi pengerasnya ya.

kakcik said...

Senang je ghope nak membuatnye, ye kakpah? Terima kasih sifu kerana berkongsi ilmu. :)

Kak Nora said...

Hajah,
Selalu juga tertanya tanya macam mana buat aiskrim goreng. Terima kasih 'makcik'. Like the pictures!

ejaMaria said...

hore... hore... suke...
nak prepare utk beday hubby nyer makan-makan... ;p

AZANI said...

wow....salam hajjah
thanks

Ena said...

owh... camtu yeh!..

nak kena buat ni.. suka... sedapnya...

kakpah said...

kakngah,
plan A. Buek maso bebudak tu takdo.
plan B. Boli aiskrim duo bokeh. Satu untuk diorang, satu tuk projek.

iyo kakngah, belen topi tu buek puding roti. jangan mbazir...

kakpah said...

azz,
gerenti jadi punyo.

paklong,
cuba ya.. dah terer nanti bolehlah belanja anak murid makan pulak.

kakpah said...

anie,
tu lah akak cakap marin. Sonang yo. Dah tau ni jangan tak buat!!!

cik ina,
sebab tu kena simpan dalam freezer lama2 biar aiskrim tu betul2 beku. Bila goreng kejap je aiskrim tak cair tapi lembut. Akak dulu pikir cam ko gak..

kakpah said...

iina,
dah cubo gantar gambar yo hehe..

Paty,
alamak hai.. malu lah sifu lagi besar datang sini haha..


kakcik,
iye kakcik. Dulu kita pun tak tau gak. Ghope nye senang je..

kakpah said...

kak nora,
lepas ni bolehlah jamu cucu2 tu aiskrim goreng hiii..

ejamaria,
hore!!! mesti dia suka dan anak2 pun suka..

azani,
buek jangan tak buek..

ena,
buat tau!!

Tijah said...

ooo. centu ko. ingatkan nak kono uli doh bagai. tu yg maleh tu. topi tu tak kolim dio tak terbukak ko maso goreng kak?

bujal X said...

takde cutter pakai pisau boleh kah?

balik nak buat

balik nak buat

balik nak buat~

he~~

kakpah said...

tijah,
air yang disombur tadi guno e tuk melokekkan topi tu la. tapi kalau nak penyet2kan sikit buleh yo.

kakpah said...

bujal,
makcik tak jamin keberkesanannya..

pB said...

tenkiu Kak Pahhhhhhh

kakpah said...

pb,
welcome!!!!!

C I K Y A T said...

thanks, kak pah..
leh cuba nih...:)

kak long said...

ese nak yg akak buek,maleh nak buek sdri,buleh tak?
heheheh!!!

Kakzakie said...

Nampak macam senang, tapi takut aiskrim melimpah. Makan suka buat tak tahu.....

DrSinga said...

terasa-rasa ngilu gigi ku nak geget eskrim tu !!!!!!

kakpah said...

cikyat,
cuba jangan tak cuba


kaklong,
weh.. oghang bagi resepi suruh dio terai, dio nak yang kito punyo pulak..


kak zakie,
tak melimpah de.
Pakai scoop. satu scoop cukup dan pastikan aiskrim tu keras..

dr singa,
rangup rangup sejuk gitu.. sedap weh..

AiTotYati said...

menarik nih. nak beli cutter lah.

mataceh kakpah!!

bobhandburry said...

Salam singgah, resepi kreatif.

Zu
http://www.zuwairiaiman.com

YATZAKIE said...

sya singgah kak..selamat berkenalan...menarik resepi yg akak bg ni... ^___^

AzeedA said...

nelan ayorliyor je le kt opis ni kakpah oiiiiii

h4ni3 said...

hoooo.. camtu ke nak membuatnya
terima kasih kakpah.. akan kubikin suatu hari nanti! :D

kucingorengemok said...

spray kat rumah kita cuma spray untuk iron baju (starch), haha boleh guna dok?

kakpah said...

aitotyati,
sama-sama.

bobhandbury,
ramainya pesenjer moto hang.

yatzaki,
ya.. sila..sila.. selamat berkenalan gak.

kakpah said...

azeeda,
nak buek camno..haha..

hanie,
satu hari ekau tu bila agak nye ek.

kog,
asal kau pastikan bebas dari sebarang pencemaran hiii..

haslina said...

pic yang last tu sebijik sama dgn yang makan ais krim goreng baru2 ni.

tq for the resepi. leh cuba. klu beli kat kedai mamak harga rm2.50 gitu.

Zaidah said...

lame benor tu kak pah 3 jam...blum sampai 3 jam...3 minit tengok dah licin....

Deliah's Deli said...

laa..x sompek den masuk peti ais dah licin ..cmano ni :)))) kak pah,tkasih kongsi2 :)

tasekM said...

elok je ko tak gemuk makan ais krim segala kan kak...? dengki betul.



.

adol ihsan said...

assalamualaikum ..

terima kasih, kak .. dah lama dah sy cari resepi ni..

:)

secangkir madu merah said...

kalau kat rumah saya ni... tak sempat nak goreng, letak dlm roti pon dah sodap di makan...hahhhaha..

hairul392 said...

salam kak pah..
ni resepi baru ni...
terbaik.. tp yang pelik aiscream tak cair bila goreng.. hebat2
boleh cuba ni..

lupekanje said...

sodap eskrim goreng yg kak pah buek nih....nnt klu acik dtg umah, kakpah buek kan ye..

kakpah said...

haslina,
makan masih panas, rangup..
kalau buat sendiri, puas makan.

zaidah,
tak dapek akak nak nolong e haha..

kakpah said...

Del,
yang bagi licin tu ekau ko, anak-anak.. haha.. buek lelebih la..

tasek,
tak baik tau dengki2 dengan orang ni apatah lagi dengki kat aku, ketulahan nanti..

adol,
wkslm.. alhmdllah. ada juga orang mencari. sama2 lah kita kongsi2 ye..

kakpah said...

smm,
kalau letak dalam roti tu, rasa lemau je. tapi bila digoreng..hmmm.. rangup2 gitu..

hairul,
aiskrim tak cair sebab dibiarkan beku. sebab tu kena simpan dalam freezer 3 jam.

acik,
ekau memang!!! Maleh manjang. Tapi kok nak, meh la. no problemo.

S..U..D..@..I..S said...

xberminyak ke kakpah?..nampak menyelerakan

ibuintan said...

laa KakPah... sifu yg ajar sey dulu tak habih turun ilmu ghupo ea..

patutlah eskrim tu cair maso digoreng, dia tak suruh pun simpan dlam peti ais dulu


osah tak ikhlas tul sifu tu..

timo kasih bebanyaklah kakpah, nanti nak buek lak

Insan Marhaen said...

ohoo.. gitu ke ais krim goreng.. baru IM tauuu..

kakpah said...

sudais,
tak berminyak. rangup je.

ibuintan,
haha nak buek camno kan. Kono simpan dulu. Buek banyak2. buleh simpan seminggu duo minggu ..

im,
ye.. gitu la.

Ku Tak Sempurna said...

jual kat taman mainan ni, kompem tak menang tangan ni, kakpah.


:D

Wan said...

Salam K.Pah..klu nak jual brapa la harga sebiji ya

semuatentangaiskrim said...

wow..menarik nih...nak share dgn kawan2 bleh?...

cika said...

kanapa kena sembur air... saya buat xpayah sembur air pun yg cutter tu pun tekap guna cawan je.. bhn2 lain tu sama je la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...