Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, March 21, 2011

Bukan Kerja Mudah

Bukan senang memberi nasihat, memberi teguran.  Dan kita pula bukan senang menerima nasihat, menerima teguran. Apatah lagi nasihat dan teguran itu nasihat atau teguran tanpa diundang. Orang tak minta, kita beri.  Kita tak minta, orang beri. Nasihat dan teguran yang diterima dengan minda sedar ini selalunya akan berlaku penolakan. Kebanyakannya penolakan secara agresif.  Maka terjadilah kejadian tidak bertegur sapa, bermasam muka yang berlarutan.

Sekiranya kita berkata-kata menggunakan mulut, maka yang mendengar ialah telinga.  
Berkata-katalah dengan jiwa kerana insyaAllah jiwa akan mendengarnya.

Seorang penceramah di radio ikim berkata;
Nasihat yang baik adalah nasihat yang diterima oleh minda di bawah sedar pendengar. Nasihat itu diberi secara tidak langsung tetapi bernas dan berupaya membuat si pendengar berfikir-fikir.  Mungkin nasihat itu tidak diterima oleh si pendengar ketika itu tetapi lambat laun berjaya membuat pendengar itu menerima kebenarannya.

Salah satu caranya adalah dengan cara bercerita.  Mungkin kita mempunyai kawan atau kenalan yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama dan tidak ada silapnya kalau kita gunakan cerita itu sebagai contoh. Ataupun kita boleh sampaikan nasihat dan teguran melalui cara berseloroh dan boleh diterima oleh si pendengar melalui minda di bawah sedar.




Apa-apa pun, ia bukanlah satu kerja yang mudah.
Sama seperti menasihati anak-anak.  Bukan kerja mudah.
Anak-anak sering menyalah ertikan nasihat kita sebagai tidak memahami perasaan mereka.  Sebab mereka muda lagi dan kita sudah tua.

Sedangkan mereka lupa bahawa kita pernah menjadi remaja, menjadi orang muda.
Sedangkan mereka lupa bahawa mereka belum pernah menjadi tua seperti kita.


kakpah

27 comments:

kakchik said...

assalamualaikum kakpah.
kakchik setuju sangat kakpah, memang susah nak beri nasihat dan lagi susah nak terima nasihat. bukan kata orang lain tapi diri kakchik sendiri ni yang selalu perlu menasihatkan orang. kadang memang inisiatif sendiri memberi nasihat kerana kedudukan sebagai ketua, bos dan orang lebih tua dan ada masanya orang yang minta nasihat. bila orang minta, senanglah tapi bila terpaksa menasihati kena kenali betul2 mad'u sebab nanti kita pula yang dapat kesan negatifnya. stres. kakchik ni ada masa mudah terima nasihat dan ada masanya susahlah juga. kakchik paling mudah terima nasihat jika diberi secara persendirian. insyaallah mudah terima.

aNIe said...

As'salam kak Pah... paling susah menasihatkan orang yang sentiasa merasa diri mereka betul dan pandai...

Kak...gambar tu cantik kak...suka sgt..!!

kak long said...

betul tu,lebih2 lagi menasihati anak2 sendiri,kadang2 disalah erti..dia ckp kita marah kat dia,tapi dia tak tahu yg kita sayang sangat2 kat dia...!

sayangsayangibu said...

kak, kadang pasal kita beri nasihat
golongan profesional pun tak boleh nak menerima
habis camno?
nasihat dlm hatilah saja...

Kakzakie said...

Kakak dengar radio ikim itu pagi tadi masa driving ke pejabat. Betul kakpah bukan mudah menasihati hatta anak kecil sekalipun. Adanya alpha, beta seperti katanya itulah menjadikan kena fikir berkali-kali bila nak bersuara.

rezeki said...

setiap individu dilahirkan sebegitu oleh Allah dgn setiap perwatakan yg berbeza2

ada yg boleh dgr nasihat dgn hati yg terbuka manakala ada yg sebaliknya

pendekatan yg kita gunkakan sgt penting dlm memberikan nasihat dan juga arahan mcm nak suruh ambil barang

kalau nada kita keras
"ambik barang tu" lain maksudnya dengan
"tolong ambilkan barang tu"

kak pah sebut menjadi tua hehehehe
sib baik saya baru masuk tadika hahaha

Aku said...

Arghh! berat kepala nih... Akak kasi entri ilmu psychology...

julietchun said...

setiap orang mempunyai pemahaman yg berlainan.

Ku Tak Sempurna said...

den tak pernah lupo yg den belum pernah tuo


ekekeke..

Kaktiny said...

betul kakpah.. bercakap itu mudah.. tapi nk praktikkan itu yg payah.. nak plak kita sering dibatasi dgn 'nafsu' sendiri.. (dah kita dengar cerita. dh kita nasihat dgn jiwa.. tapi tetap si penagdu tak mau dengar, tak mau ambil pot, pastu mengadu lagi masalah yg sama.. ulagn cerita tu jugak.. last-last drpd dok nasihat dgn jiwa, terus bg FIRE DGN BAHASA!!.. hamik!!.. hihihi)

mcm yg kakpah kata, nak plak kalau nk tegur anak2.. adakalanya 'kuasa veto' ibu melangkaui batasan norma 'nasihat dengan jiwa'.. hehehe...

AZANI said...

salam hajjah
nasihatkan saya..sifu..

h4ni3 said...

saya setuju sangat ayat kakpah yg last tu
dulu masa saya muda remaja (ewah), selalu jugak rasa macam mak tak memahami.. sekarang bila dah matang sikit (bukan tua tau.. haha) baru tau apa yg mak larang tu, ada sebabnya :)

iina said...

Jiwa muda kak.. memberontak.. rasa takde freedom.. ;) tgk gbr burung tuh cute pulak hehehe ;)

ckLah said...

...dan ckLah pernah dimusuhi orang, kerana menegur dan menasihat secara ikhlas. Tak apa. kan kakPah.

kak Erna said...

kak pah..memang bukan mudah..
walau bagaimana susah pun ..harap kak pah berjaya..

kakpah said...

kakchik,
terima kasih bagi pandangan. Pagi tadi kakpah dengar di radio ikim tentang memberi nasihat yang tak diundang. Tu yang selalu bawa masalah sebab orang tak minta nasihat pun, kita yang pandai-pandai bagi. lainlah kalau orang tu yang minta pandangan dan nasihat kita.
Anyway, macam yang kpah kata, susah... bukan semua orang boleh menerima. termasuk kita..

kakpah said...

anie,
ha.. tu pun satu masalah besar. Orang yang rasa diri dia sentiasa betul, diri dia yang sentiasa pandai.. lagi lah tak mahu dengar nasihat orang. Habis diperlekehnya..

kakpah said...

kaklong,
anak sendiri ni kang kita cakap lebih dia kata berleter.. padahal kita sayang kek dio..

kakpah said...

sayangsayangibu,
golongan bijak pandai ni selalunya taknak dia dengar nasihat dari kita yang tak de apa apa ni haha..


kak zakie,
hee.. kk zakie pun dengar ya. nanti ada sambungan lagi kan.. tentang cara-cara bercerita pulak.

kakpah said...

pak itam,
betul cakap pak itam tu. orang semua tak sama. Ada orang kita boleh cakap direct. Ada yang kena guna saikologi. Ada yang kena guna lempanglogi hehe..
pak itam baru masuk tadika? Jual buku ke..

kakpah said...

Aku,
apa plak yang berat. N3 kau lagi pening aku nak digest.

juliet,
betul.. aku cakap B kau cakap D. Lain pemahaman kita kan? hiii..


kts,
kehkeh.. kau penah lupo makan donat?

kakpah said...

tiny,
orang macam tu degil yang amat. Cakap orang taknak dengar. Nasehat orang taknak ikut tapi masih merungut-rungut. Kalau semua cara tak boleh guna, saikologi tak leh guna, pakai je sekehlogi haha..

kakpah said...

azani,
akak tak pandai nasihatkan orang. masih tak kena nasihat.

hanie,
samalah.. mak kakpah dulu cakap, tunggulah kau tuo sok. Taulah macamano omak raso.
haha.. dah tuo dah.. dan dah raso dah.

kakpah said...

iina,
budak2 ni camtu lah. Banyak ikut rasa hati sendiri je..

cklah,
biarlah orang tak suka pun.. kerana di atas nama kebenaran. kan cklah?

erna,
memang ado nak nasihatkan seseorang ni. ontah maun de mendonga ko tak agak e..

~ Cik Azz ~ said...

Huhuhu....

Macam kena je entri akak ni dengan situasi saya...

Kadang2 orang ni bila kita bagi nasihat, dia tak nak donga... Bila bagi duit, copek yoo monadah ehh... hehe...

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Biasalah tu kak pah, makcik pun ada anak , kalau nasihat bukan dia nak dengar pun, tapi sebagai ibubapa, mana yang tak betul kita nasihati jangan jemu pulak. Nasihat ni macam makanan tambahan untuk mereka. Nanti tahulah dia pikir masa bila nak ambik nasihat kita tu. Dah besar panjang, tak kan nak pukul.

suara said...

Assalamualaikum kak pah.

Memberi nasihat itu mmgnya kerja kita, tapi membuka pintu hati dan minda untuk menerima nasihat tu bukan keupayaan kita... tapi kerja Allah Yang Maha Berkuasa...

p/s Dok menasihati diri sendiri supaya berani tegur dan bagi nasihat kat org ni... huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...