Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, March 7, 2011

Contest 'Resepi Pilihan" Sinar Raudhah

Emak aku dulu kalau masak dia tak suka kalau aku sama-sama menyibuk di dapur. Bagi dia, adanya aku mengusik itu ini, bertanya itu ini, tambah melambatkan kerja dia. Sebab tu aku sampai dah kena pinang orang pun tak pandai masak.  Tambah-tambah pula masa aku banyak habis di sekolah berasrama. Tapi memasak ni satu seni. Campak itu campak ini, bagi kaler , bagi rasa, jadilah ia.  Tapi tengok tangan jugalah yang mencampak-campak tu.  Tak kena gaya, mahu habis seperiuk masuk dalam tong sampah.

Ada satu resepi mak aku yang memang aku suka.  Emak aku kalau masak memang tak lari dari masak lemak cili api.  Hari-hari masak lemak cili api. Jadi, bila dia masak lain daripada yang lain, memang aku tibai sampai dua tiga pinggan.

Dulu bila aku tanya apa nama resepi yang dia masak, mak aku cakap; 
Ontah!!.. Buh yo lah apo-apo.
Sampai sekarang resepi yang emak aku cakap Ontah, buh yo lah apo-apo itu aku bagi nama
TENGGIRI MASAK KICAP BERSANTAN

Semasa aku berlegar-legar di rumah Kak Zakie aku dapati dia  menyertai kontes main masak-masak yang  dianjurkan oleh SINAR RAUDHAH.  Tergerak pula aku untuk sama-sama meraikannya. Lagipun sudah lama juga aku tak buat acara masak-masak di rumah aku ni. Dengan terpampangnya banner kontes ini, maka dengan resminya aku join.



TENGGIRI MASAK KICAP BERSANTAN(Resepi ori dari emak aku)

Empat keping ikan tenggiri sederhana besar
Santan dari sebiji kelapa
2 biji terung (di potong ikut suka) atau bendi
1 atau 2 biji tomato dibelah empat
3 biji cili hijau dibelah dua
1 biji bawang besar di belah empat
4 ulas bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Halia secukupnya, dihiris
2 kuntum bunga lawang, kayu manis, beberapa biji buah pelaga dan bunga cengkih
1 sudu besar cili kering yang sudah dikisar1 sudu besar kicap pekat
4, 5 sudu besar kicap cair (boleh tambah sekiranya perlu)
asam keping

Cara:
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan kunyit.  Goreng tetapi jangan sampai garing.
Ketepikan.
Ambil sedikit minyak menggoreng ikan tadi, tumiskan bawang kecil, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Kacau sehingga naik bau. Masukkan cili kering. Tunggu sehingga cili masak. Masukkan kicap pekat dan kicap cair. Kacau. Masukkan santan.  Tunggu sehingga mendidih baru masukkan ikan. Masukkan pula terung atau bende. Apabila terung atau bende hampir empuk, masukkan asam keping dan bawang besar. 
Bila sudah hampir masak, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau sebentar dan matikan api.  Jangan lupa rasakan garamnya semasa sedang masak tadi.


Kalau ada belimbing buluh, gantikan asam keping dengannya. Rasanya lagi terangkat.

Sekian.


21 comments:

Amy Syaquena said...

salam kak pah..

First amy nak ucapkan terima aksih coz sudi join contest sinar raudah. Penyertaan memenuhi syarat yang sinar raudah inginkan.Good luck kak!


p/s: amy tak pernah dengar lagi sebelum ni.so seharusnya lepas ni boleh cuba hehehe...

AZANI said...

salam hajjah
perlu dicuba resepi ini...terimaksih kerana berkongsi.

h4ni3 said...

fuhh.. sodap nampak eh

tak penah pulak makan kicap bersantan

ibuintan said...

good luck kakpah.. ado yo hajat nak main masak-masak ni

sodap ni, nengok gambar yo dah buleh monang ni

Tijah said...

dulu kawan skolah ada bawak boka. omak eh cakap tu ikan masak soya asin. skang bilo ingat balik. halahhh. ikan masak taucu yo kosan eh.

Kamsiah said...

salam kak pah...
sedapnya....takde lauk lain pun takpe...yg ni dah cukup dah

Just Call Me Bitt said...

oooo rasanya baru saya tahu ayam masak ape m.i.l saya kasi haritu hehe

julietchun said...

lega bila baca stetmen kakpah lepas kawen baru pandai masak :D

kakcik said...

Bolehlah kakcik cuba bila balik nanti. Kebetulan kat esbok tu ada ikan tenggiri yang kesejukan. :)

Kaktiny said...

sedapnya...
cantik ah.. buleh try resepi nih.. hihihi..

ya.. yg tiny ni, ayah tak bagi anak2 dara dia masuk dapur, sebab nanti kalau menyibuk masuk itu ini, rasa original air tangan mak akan "LARI" - jadinya, kami memang tak masuk dapur.. (hanya kena basuh pinggan je.. hihihi).

so, bila dh kawen baru 'perderas' belajar masak.. hihihi..

Yunus Badawi said...

Nampak menyelerakan. Emak Adam tak baca blog. Kalau tak, boleh juga suruh dia buat resepi ni huhuhu

~ Cik Azz ~ said...

Sojibik mcm omak sey punyo resepi...

Sey ni kadang2 masak berio2 la sukat bagai, tp ghaso ehh... hmmmm... huhu...

iina said...

Boleh buek nie kak.. bab2 lotak santan nie mmg pakwe den gomar bonar kak..

kakpah said...

Amy,
kakpah join suka2. Menang tak, lain kira..Tkasih dataang jenguk.

Azani,
tak rugi mencuba

hani,
yang tak penah tu dipenahkan hiii..

ibuintan,
gamba memang dah sedio ado. Apo lai.. tingga tenyeh yo.

tijah,
wahaha.. namo mosti glemer.

kakpah said...

kamsiah,
salam. kalau kena kat tekak la kan.. tak semua orang suka.


Bitt,
ye.. ayam pun boleh buat masak ni.


juliet,
uhuk..uhuk.. kau janganlah buat aku terbatuk-batuk..


kakcik, dah cuba ke belum

tiny,
ekau pun pandai masak. Macam2 kau masak kan? hehe.. dah kawin baru lari laju2 eh. Macam sekapal je kita.

yb, mak adam tak masak, ekau je la yang masak sebab ekau yg baca blog ni.

azz,
ontah2 samo guru kehkeh..

iina,
kau kek sanun pakai santan kotak ko.

|| a - j . E . E || said...

salam kak... baca resepi pon sy da boleh feel sedap. kena cuba ni. hehe

boleh ke saya cuba kak? hehe

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Makcik akan mencuba resepi ni , pasti pasti. Sebab selama ni mamang tak tahulah resepi ni.

Memandangkan makcik nak masak ikan rempah.cam nak tiru resepi.i love u lah kak pah.

azzey said...

Terliur plak tgk resepi nih..:)

Kakzakie said...

Kakpah punya main masak-masak bukan sebarang main nie. Kakak nampak gambar je dah terliur. Air tangan professional mengasuh 8 anak mana nak sama kan....

secangkir madu merah said...

org2 tua kalau masak, main campak campak tu yg sedapkan kakPah? kita klu masak siap bersukat itu ini pun, kengkadang tu tawarlah .. cairlah.. nak nak dapat housemate yg reti nak komplen je kan... kompelen macam macam tapi semangkuk hidang habis gak dia telan...hehehehehe

kakpah said...

ajee,
salam. ha... cuba lah. memang nak suruh cuba lah tu


cikina,
dah masak ke belum


azzey, hehe


kakzakie,
ala u.. janganla cakap macam tu. kita masak pun belum gerenti sedap.


smm,
akak masak jangan sesapa berani komplen. nanti kena masak sendiri haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...