Sebaik sampai, dia menonong terus. Nampak seronok dan teruja bila buat pertama kali datang menemani nenda berjoging.
Dia heran dan garu-garu kepala. Tengok sana dan tengok sini. Tengok taman permainan nunnnnn jauh di seberang jambatan. Jauh ni kena berjalan. Larat ke ni.
Ala penat la.. Cangkung kejap la. Kalau kena dukung sedap ni . Tapi nenda tak larat nak dukung. Mak juga tak larat nak dukung sebab berat faris lebih daripada sekampit beras sepuluh kilo.
Cepatlah nenda. Cepatlah...
Nenda tengah mendukung kamera. Faris kena tunggu atau pergi je jalan dulu. Nenda nak teropong burung yang banyak di tasik ni.
Faris terpijak lopak. Air dan pasir masuk ke dalam kasut. Eee gelinya. Tak mahu pakai kasut lagi. Nanak .. nanak.. Tapi Faris kena pakai juga. Takkan nak jalan berkaki ayam. Tisu nak lap kasut tak ada pula. Tertinggal dalam kereta. Mak ambil daun kering, sapu dengan daun. Faris geleng-geleng kepala lagi. Nanak.. nanak.. Nenda ambil kasut faris. Nenda lap dengan kaki seluar nenda. Kering. Bersih. Habis cerita. Faris tengok-tengok dalam kasut. Cuba-cuba dengan kaki. Dan terus pakai.
Mainan di sini tinggi-tinggi. Faris nak cuba gelongsor. Pun tinggi juga. Lagipun gelongsor basah sebab terkena air hujan. Duduk sini sajalah sambil berangan-angan.
Mak! mak! nak naik ni boleh? Haha.. beranganlah faris.
Faris duduk main sini dengan mak. Nenda pergi teropong burung lagi di tasik.
Nenda dapat satu baik punya. Nanti nenda nak buat header. Faris kata okay.
Nenda teropong bangla tengah bersihkan taman.
Nenda sudah penat berjoging. Nenda sudah penat teropong sana teropong sini. Nenda ajak faris balik sebab matahari sudah mencarak tinggi. Tapi faris kata nanak.. nanak.. Nak ain..
Akhirnya balik juga tapi semasa balik faris sudah tidak larat nak berjalan. Faris penat. Mak kata faris kena jalan sebab mak tak larat nak dukung. Faris kata nanak.. nanak.. Nak kung..nak kung..
Mak mengalah dan kena dukung faris. Faris pura-pura tidur supaya mak tak turunkan faris semula.
Sebab tadi mak dan nenda dah janji nak singgah di McD untuk breakfast. Faris nampak McD dengan jelas semasa faris bermain. Kalau tidur betul-betul nanti nenda bawa kereta terus balik rumah. Faris nak inum dulu.
Yang ni sedap ke tak sedap ek..
Lepas makan, faris balik, mandi dan terus tertidur kepenatan.
Nenda kata nanti nak bawa faris lagi.
kakpah
20 comments:
hehe..
pandai faris wat n3 ni.. miahahha..
kakpah, cantik ler pic yg kakpah snap ni.. suka sangat..
nak itot nak itot.....
err faris panggil hajjah apa ya?
salam hajjah
Faris Cute.... nendanya pun mesti cute jugak kan.. kan.. kan...
tangan,botih,poho..macam ayam goreng MC.D....bak sini sikit..!
Lain kali poei jogging laei yo Faris.. tiap kali p leh makan McD ;)
Assalamualaikum Kak Pah,
Bestnya joging dengan cucu.
Saya dah tak boleh joging, nak jalan jauh pun tak boleh sebab sakit lutut. Dulu masa lutut belum sakit, pagi Sabtu dan Ahad berjalan laju di sekeliling tasek Shah Alam.
Comelnya Faris.
salam buat kak pah...
dokong baby tu....kalau jauh mau patah pinggang saya kak....
Lenkali kono bawak beskal utk si faris tu kak... Biar laju sikit nenda ehh mongoja... hehehe...
kocik2 uwan kau udah bawak gi jogging yo faris...koba kat uwan, toksah asik amek gamba yo...gi lari 5 round dulu...hahaha..
kak pah..sian faris kono pakso toma nenda joging..he he..
jangan selalu kak pah..sian dio tak cukup tido nanti..
gogham yo kalau nengok gambo faris ni..nak yo poi kacau dio pulak..
kat sana memang banyak burung ek?
ena,
faris cakap nenda taip hehe..
azani,
faris panggil nenda la.
mamawana,
uhuk..uhuk.. (tebelahak pulak)
maklong..
muahaha.. nanak..nanak..
tukang cuci,
lenkali pegi tempat lain pulakla..
kunang-kunang,
wksalam. Kena pergi joging kakpah ni. biar badan rasa sedap sikit. Ani kalau tak boleh bejoging boleh je buat eksesais lain. bekebun misalnya asal keluar peluh.
paklong,
bukan paklong je. kakpah punnn..
azz,
mulo2 sampai kek situ dah cakap dah mo omak e. Bosa sikit sok bawak beskal..
acik,
sambil menyolam sambil minum air la cik..
erna,
tak tau la samoado faris noman an nenda atau nenda noman a faris haha..
tapi dapek gak kolua poluh. mencieh-cieh gak la..
aku,
burung banyak lam tasek tu. semua ngintai ikan...
salam
comel budak itu..kecik kecik layan kekd ....caya la
cantik nya gambar2 ni...
brutalsolo
brekfes je, makan hash potato n scramble egg.
zino,
banyak lagi nak diperbaiki
Seronok tak terhingga melihat gelagat Faris. Bestnya kalau dapat dukung dia walau lebih dari sekampit beras. Puasnya....
Faris comel.Kak pah semenjak dah pandai fotografi ni, bangla bersihkan taman pun jadik mangsa mamarazi.gambar makcik ina bila plak? Faris punya rambut tu ikut sapa?kerintingkan
Post a Comment