Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, April 28, 2011

Abnormality

Aku mula merasakannya selepas melahirkan Hussein lebih kurang 20 tahun yang lalu. Mungkin aku tidak dapat menerima tekanan luaran. Anak-anak yang kecil ketika itu dengan Hussein yang masih baby dan Man yang baru saja dapat berjalan. Tambah lagi tiada pembantu rumah untuk hampir satu tahun.

Suami membawa aku berjumpa dengan Dr Shatar kawan satu sekolahnya yang telah menjadi doktor pakar jantung di hospital tawakkal. Masa itulah baru aku kenal akan istilah palpitation, satu keadaan di mana degup jantung berada dalam keadaan tidak normal atau regular. Dr Shatar menasihati aku supaya sentiasa bertenang dan tidak mudah tertekan dengan keadaan.  Kepada suami pula dinasihati supaya mencari pembantu rumah dengan segera.

Walaupun ecg dibuat ketika itu, dr tidak dapat mengesan ketidaknormalan kerana palpitation ini bukannya berlaku mengikut kehendak kita. Pada ketika itu degup jantung aku okay. Dia ada membuat suggestion supaya aku memakai holter monitor iaitu semacam tape rekoder yang dilekapkan ke dada dan dipakai selama 24 jam. Benda itu boleh monitor degup jantung selama 24 jam ataupun katanya kita boleh offkan dan onkan semula bila kita dapati ada abnormaliti dalam degupan jantung.  Tapi aku tak pakai.  Aku pun tak tahu kenapa.  Dah lupa.

Palpitation aku datang dan pergi.  Ada kalanya dua tiga hari aku merasainya dan kemudian baik untuk berbulan-bulan.  Ada kalanya apabila dia datang, aku merasakannya setiap lima atau sepuluh minit setiap kali ataupun setiap satu atau dua jam setiap kali.  Berhenti sehari dua dan kemudian datang lagi. 

Tak kira masa.  Tak kira waktu.  Kalau dia nak jadi, dia jadi. Dan setiap kali datang aku kena kawal. Aku kena perlahankan aktiviti aku.  Kena kosongkan mind yang berserabut.  Kena tarik nafas dalam-dalam.  Kena rehat. (Sebab tu aku tak panjat tangga great wall tempoh hari).

Penyebabnya juga tidak menentu. Ada kalanya tidak ada sebab apa-apa dia berlaku juga.  Tapi yang aku perasan aku memang tidak boleh merasa tertekan atau stress.  Tak boleh susah hati.  Kalau aku susah hati lagilah dia datang bertubi-tubi susah nak berhenti.

Sudah tiga hari degup jantung aku ni tak normal.
Dag dug dag dug.. dagdugdagdugdagdug... dag dug dag dug.....
macam tu lah.




Memang aku tengah susah hati.

kakpah

30 comments:

Kakcik Seroja said...

Kadang2 debaran itu datang secara tiba2, kan? Kakcik pernah merasainya tetapi tidaklah selalu.

Ms.Lilies said...

haaa....sama macam mak saya kak...doc pun kata jgn susah hati...

akak pun jgn susah hati...
tenang2 selalu yek

kakngah said...

kadang2 tu.. bila taknak susah hati.. ada jek yang nak disusahatikan.. :(

h4ni3 said...

palpitation

saya kena lepas operate lahirkan khayra.. heart beat >180.. macam nak terkeluar rasa jantung.. nyaris nak masuk icu. tu pun tak jumpa ape sebabnya

tapi saya discover, kalau saya terlebih minum carbonated drinks, mesti jadi kat saya

ibuintan said...

kakpah.. macam berdegup kencang dan berdebar-debar tanpa sebab ke?

janganlah susah hati kak...

tapi betul juga kata kakngah tu, kekadang ada je yang nak disusah hatikan

kak long said...

kak,dio macam bedogup lelajo ko kak?
peh tu macam raso payah nak bernapeh?

kaklong ado yo kono..tapi bilo poie jumpo doc.dio koba angin..boto ko kak?

miloaiskurangmanis said...

iols pun ada gak kena macam tu
sampai gi GH - buat segala test
tapi doktor kata tak de apa2 pun...

ye lah - masa jumpa doktor elok jer heartbeat

aza ni said...

Assalam hajjah
tiada ubatan atau rawatan yang boleh dilakukan?

iina said...

Tenang2kan fikiran kak.. poei bercuti lagi lah.. ;) Fikir nie smpi bila pun xkan abis.. fikir bila perlu yo ;)

Hjh Noralenna Abbas said...

Dag dig dug...dag dig dug....(macam lagu dangdut siapa namanya, entah), ye hajah bawa bertenang..kadang-kadang kira tak tau apa sebabnya. My niece is having palpitation too, dia rujuk perubatan alternatif. Take care.

Acik Erna said...

kak pah..kok tau sobab e tu tak po kan..kadang kaddang tak ado angin ribut..tak tau sobab..tetibo yo dag dug dag dug berhari2..kalau yang itu selalu buek saya jadi tak tentu arah..mencari sobab kenapo dan kenapo..

Cik Azz said...

Samo la dgn sey kak.. Bilo tengah susah hati, semuo ehh bodogup...

Makin susah hati, makin laju lak makan nasi... huhuhu...

Mudah2an semuo ehh okay la yoo kak..

sud@is said...

keadaan yg sama berlaku pd sy 4 tahun yg lalu.....
bermula palpitation,
rawatan yg pertama xray, holter, scan, TEE test dan at last sya diksan mengalami (atrial septal defect - ASD).

jgn bimbang dan harap kakpah jlani pemeriksaan lanjut

Guru said...

ada makan ubat / supplement tertentu ke kak pah? kadang2 tak sesuai boleh jadi juga. apa pun harapnya kak pah terusan dikurniakan Allah kesihatan yang baik

zino said...

kena tenang dan sabar selalu...

Nizam.Ariff said...

Tak ada rawatan berkesanke?

ibundo said...

kakcik,
haah.. mula-mula tak selalu. lama-lama makin kerap.

lilies,
susah hati ni ta dimintak tapi kalau dia nak datang juga tak dapat ditepis.

ibundo said...

kakngah,
betul tu kakngah

hani,
hehe thanks for the spelling correction. Kalau minum nesc pun boleh jadi jugak kan?

ibuintan
berdebar-debar macam cemas tu bukan. degup tu macam biasa tetapi in between tu dalam split seconds dia laju. pastu tu normal balik.

ibundo said...

kaklong,
macam yang kakpah cakap kek ibuintan tu. Dio bukan e sontiaso laju yo. Normal.. pehtu tu laju.. normal balik.. pehtu kang buek e laju balik. yang laju tu lam sosaat.. tapi berulang2 tu yang tak tahan. Kalau buek e yang laju tu lobeh lamo sikit..susah gak nak bonapeh.

ibundo said...

miloais,
o ye ke. Tu yang kita rasa frust tu. Bila gi cek doktor tak kesan apa-apa sebab masa tu elok je heart beat. dr tak suggest pakai holter?

ibundo said...

azani,
dulu ada juga dr bagi ubat. tapi malas nak begantung pada ubat. tak tahu apa kesan jangka panjang.

iina,
tu lah pasal. Perlu getaway.. keliling europe okay gak kan? dapek cover 5 atau 6 countries.. Bilo lah nak poi agak e.

ibundo said...

kaknora,
okay tak ubat alternatif yang dia ambek. Cer citer.. Boleh nak numpang kalau okay.

erna,
dah tetuo ni lagi lah sonang nak kono. Banyak enjin dah nak kono ovehol kot..

azz,
orang lain susah hati kurus. ekau susah hati gomok yo.. haha

ibundo said...

sudais,
asd? kemudian dr buat apa. Buat surgical closure atau insert catheters saja. Kpah dah berniat nak buat complete medical checkup dalam seminggu dua ni.

ibundo said...

cikgu normah,
rasanya tak ada kaitan dengan supplemen yang kpah makan. tkasih doakan kesihatan kpah.

zino,
insyaallah..

aku,
nanti nak buat cek kap tak lama lagi.

ejaMaria said...

take care... tenang-tenang selalu... :)

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah,
Dia rujuk pada rawatan cara Islam.My niece minta you amalkan tiga ayat terakhir Surah Al Baqarah. InsyaAllah, you will feel tenang.

lupekanje said...

akak susah hati kenapa kak...??
Tenang..tenang...relaks...jgn susah2 hati.
takpun bia lah dulu...lelama ok lah hati tu. Dari hati, terus effect ke jantung kan..

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Semoga kak sihat dan tenang.

Kakzakie Purvit said...

Kadang kita tak mahu fikir tapi benda dah ada dlm kepala mana boleh hilang kan kakpah.

Moga sekarang dah ok. Jaga kesihatan ye kakpah...

Kaktiny said...

ooo.. itulah istilah nya eh..

semoga gundah di hati akak tu segera berakhir ye kak.. bila serabut berlalu, pasti jiwa menjadi tenang, hati berdegup senang..

... sabar ye kak.. pasti resah di hati akak itu, satu ujian Allah utk akak agar lebih rapat dengan-Nya.. InsyaAllah..

luv U.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...