Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, April 30, 2011

Faris ke Pantai



Semalam masuk empat hari Faris demam.
Tak mahu makan.
Minum sikit-sikit.
Tak keletah macam biasa.

Pagi semalam aku nampak dia macam tak bermaya.
Mata kuyu bagai nak tertutup.
Jalan pun tak stabil.
Merengek suruh dukung saja.


Tengahari mak dan ayah dia bawak ke AzZahrah.
Masuk air sebotol dan masuk ubat demam ikut montot.
Hospital bekalkan ubat tapi dia tak mahu makan ubat.
Dah fobia dengan ubat.
Kenapalah AzZahrah tak masukkan dia ke wad terus
tapi suruh balik bila prosedur selesai.

Bila balik dua merengek terus
Batuk belengkung-lengkung
Nafas pula macam tersekat-sekat sebab
hidung tersumbat dan kahak penuh dalam dada

Lepas maghrib bawa dia ke Pantai MC
Jumpa balik dengan doktor yang merawat dia dulu
Dr Azam
Tekaknya dah merah menyala
Tebuk lagi tangan montel untuk masukkan antibiotik dan ubat-ubatan
Melolong tak usah nak cakaplah.

Sekarang ni dalam wad
Pagi ni nanti nak pergi jenguk
selepas selesai masak memasak
kerana bibik cuti.



Ni gambar masa dah masuk wad.
Gambar dari fb maklang dia. 
Tak berapa jelas tapi mata tu dah bengkak sebab menangis dan lesu.

Makcik dan pakcik yang baca n3 ni doakan faris cepat sembuh ya!!

p/s
Sebelum ke pantai mc aku bagitahu anak aku si adik;
mak dengan ayah nak pegi pantai ni hantar faris

Adik jawab;
H'a??  Buat apa mak nak pegi pantai memalam.

Aku jawab balik;
Nak berenang dik!!!


kakpah

21 comments:

hentian said...

yelah, IM tengok pun jatuh kesian pula..

kalau kat sini, hospital pantai cuma nagi mereka yang boleh klem insuran.

ibu_suri pernah pergi sekali. kos berjumpa dengan doktor psikiatrik dan ubat untuk sekali temujanji je RM300.

itulah pertemuan pertama dan terakhir..

mamawana said...

Assalam,

Shiaan dia. Semoga cepat sembuuh.

Acik Erna said...

siannya faris..cepat sembuh ye faris
nanti bila dah baik boleh kacau nenda lagi.

aza ni said...

Assalam Hajjah
Assalam Faris
semoga Faris kembali sihat,ceria ,seyum dan bertenaga.

Hjh Noralenna Abbas said...

Baca tajuk posting, jangka Faris dengan nindanya betul-betul ke pantai..rupanya 'berenang' di wad Pantai. Segera sembuh dan segar Faris, ninda sudah hati tu!

sud@is said...

semoga Faris cepat sembuh dan jadi penghibur hati nenda

Cik Ina Do Do Cheng said...

syok je jawapan kak pah, kenapa tak tambah berenang kuak lentang. semoga faris cepat sembuh ye. cuaca tak menentu ni.

adol ihsan said...

Salam..

Mudah-mudahan dia cepat sembuh..
Sakit tu kan penghapus dosa..

:)

Cik Azz said...

Tak baik2 lagi budak tombam tu yoo...

Yo la... Mudah2an copek la sihat Faris.. Uwan tu dah risau dah tu haa...

Insyaallah, esok luso baik la dio tu kak... Buleh la main koja2 balik dongan dio... Akak jangan la risau sangat, kang makin bogoga jantung akak tu...

ibuintan said...

alahaaai sian ea Faris...

moga Faris cepat sembuh, nampak lotih lesu je dia

iina said...

Buat lawak lak adik nie.. hehehehe..

Ciannya ye faris.. moga dia cepat baik yo.. leh jln2 ngan uwan nanti

Zaitun said...

Saya pun ingat Faris kepantai berholiday dengan nenda sebab cuti panjang,rupanya kesitu.

Semoga Faris cepat sembuh.

zino said...

ala cian nya semuga faris cepat sembuh...

kak long said...

pantai dalam?
heheheh!!
semoga faris cepat sembuh yer sayang!

Normi Hj Mat Yusof said...

mula-mula saya sedih....last2 saya gelak.

semoga cepat faris sembuh.

ibundo said...

IM
ada kalanya memang kena buat pilihan. tapi faris ni insuran yang bayar.

mamawana,
insyaallah.. on the road to recovery.

acik erna!!!!
dah acik yo..haha

ibundo said...

uncle azani,
alhamdulillah.. semakin sembuh

kak nora,
tq. mungkin harini dah boeh balik

sudais,
insyaallah..

cikina,
hehe.. tk

adol,
faris cakap tenkiu pakcik adol

ibundo said...

azz,
potang somalam dah agak okay. wayar kek tangan tu dah cabut dan dah mulo main kojar2 mo nendo kek dalam wad..

ibuintan,
dah beransur pulih tapi mato tu kuyu lai

iina,
ekau kek sanun tak cuti hari pekerja ko ina haha..

ibundo said...

zaitun,
alhamdulillah.. tenkiu.

zino,
tenkiu

kaklong,
haha.. ekau tak balik kampung ko

normi
hehe.. tenkiu auntie normi

Dr Singa said...

saya suka Dr Azam!!

makan ubat ya Fariz..

kakngah said...

ayo ai..bab kono cucuk tu yg sian eh.. huhuhu!!!

copek somboh yo nak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...