Breakfast di hotel. Walaupun Farah Wang mengatakan pihak hotel menyedikan masakan vegetarian, tekak aku tetap kembang. Aku memilih untuk makan di bilik saja bersama anak-anak. Makan megi. Aku pergi membawa beg besar dengan separuh daripadanya diisi dengan megi, instant sup, teacino, nestum 3 in 1 tapi boleh terlupa bawa sudu dan garpu. Sudahnya makan megi suap dengan tangan dan hirup saja kuahnya.
Tepat pukul 8 pagi, bas bergerak meninggalkan perkarangan hotel menuju ke jade centre.
Jade Centre
Bila bercakap mengenai jade, aku bayangkan batu yang bewarna hijau. Ia sudah sinonim dengan bangsa cina. Orang melayu terlalu jarang memakai jade. Rupanya jade ini ada berbagai warna, bukan hijau sahaja. Dan harganya juga pelbagai mengikut kelasnya.
Soft jade adalah jade hidup yang boleh berubah warna. Ia termasuk dalam kelas A. Hard jade pula jade mati yang tidak akan berubah warna dan harganya juga lebih murah.
Ini tangan Farah menunjukkan beberapa jenis jade. Di antara gelang yang ditunjukkan ini ada jenis yang bukan ori. Kami tidak dapat membezakan.
Jade juga mempunyai nilai perubatan (patutlah orang cina suka pakai). Jika dipakai selalu ia boleh memperbaiki blood circulations dan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, ia hendaklah dipakai pada tangan sebelah kiri sekiranya ia gelang atau cincin kerana tangan kiri lebih hampir dengan jantung.
Tangan siapalah agaknya ni.
Medical Cream Centre
Kalau pergi mengikut pekej, memang kita akan dibawa ke tempat-tempat seperti ini. Orang yang bisness minded akan nampak lawatan seperti ini sebagai peluang. Contohnya kami ditunjukkan dengan cream bao fu ling, sejenis cream yang boleh menyembuhkan kesan terbakar, melecur, luka, gigitan serangga dan juga mengurangkan kesan parut. Satu demonstrasai telah dibuat di depan kami. Seutas rantai besi yang besar di bakar. Untuk membuktikan bahawa rantai besi itu benar-benar panas, sehelai kertas diletakkan di atasnya dan kertas itu terbakar. Kemudian demonstrator menepuk tapak tangan kanannya ke atas besi itu. Nampak dia kesakitan dan tapak tangannya merah. Dia kemudian menyapu cream bao fu ling ke tapak tangannya yang terkena besi panas tadi. Selepas lima minit, ia menunjukkan kembali tapak tangannya yang sudah kembali seperti biasa.
Harga? 300 yuen dan aku beli satu.
Terdapat juga gelas yang diperbuat daripada sejenis batu (aku sudah lupa nama batu itu) dan sekiranya kita minum air yang kita buat dalam gelas itu, ia membantu melancarkan perjalanan darah. Ada sejenis alat yang digunakan dimana apabila kita meletakkan hujung jari telunjuk, kita nampak pembuluh darah kita di skrin komputernya. Ada yang lurus dan panjang. Ada yang bengkok dan sempit. Dan apabila tangan kita yang sebelah lagi memegang gelas, boleh dilihat di skrin aliran darah menjadi laju.
Harga? 1100 yuen. Kalaulah aku kaya macam ac mizal, boleh aku buat mlm ni.
Crystal Centre
Sekiranya anda penggemar crystal, anda tidak akan melepaskan peluang membeli belah di sini. Aku kurang gemar.
Makan dan solat
Kami dibawa ke sebuah tempat berhampiran great wall. Ia merupakan satu pusat menjual ceramic. Aku sempat memerhatikan ceramic yang berbagai-bagai bentuk, dekorasi dan saiz. Kami sudah dipesan supaya mata jangan melilau memandang kiri dan kanan. Tujuan ke situ adalah untuk makan dan solat. Sebuah restoren muslim terdapat ditingkat 3. Besar dan ramai orang. Surau juga ada di situ.
Selain kami, terdapat ramai kumpulan dari indon. Farah menyebut mereka sebagai orang plastik. Mereka adalah group tupperware yang datang untuk menyertai convention mereka di beijing. (Aku sempat menemuramah seorang daripada mereka hehe).
Great Wall
Great Wall adalah tempat lawatan yang paling kami nanti-nantikan.
Great wall pertama telah dibina semasa pemerintahan maharaja pertama dinasti Qin dan disambung dan diperkukuh sehingga ke dinasti Ming. Ia dibina untuk melindungi cina daripada serangan puak mongol. Great wall yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Great wall Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya.
Kami dibawa ke bahagian tangga yang kurang curam. Dari jauh kelihatan mata-mata tangga itu mudah untuk didaki dan tidak terlalu tinggi tetapi apabila sudah hampir dengannya memanjat tangga itu adalah satu cabaran hebat. Mata tangga tidak sama tinggi. Tidak juga rata dan ada bahagian-bahagian yang sudah rosak.
Dari bawah hingga ke atas, ada beberapa station untuk pendaki berhenti rehat. Sekiranya tidak terdaya untuk naik ke atas, tunggu sahaja di situ sehingga ahli kumpulan lain turun semula. Aku memilih untuk menunggu kerana aku tidak terdaya untuk naik ke atas. Semasa memulakan pendakian terdapat amaran di situ, climb at your own risk.
Mendaki adalah lebih mudah daripada turun. Orang yang gayat mungkin menghadapi masalah untuk menuruni mata tangga. Ada juga yang aku lihat merangkak semasa turun.
Hussein dapat mendaki sampai ke atas. Sebenarnya ia tidak tamat di situ. Tangga dan lorong itu berterusan sepanjang gunung itu. Tetapi sudah banyak yang rosak dan terputus-putus dimakan zaman.
Gambar di atas ini pula adalah tangga tembok besar berhadapan dengan tembok yang kami daki. Ia lebih panjang dan curam dan kami tidak digalakkan mendaki di situ. Menurut Farah pernah berlaku beberapa kejadian yang tidak diingini contohnya pendaki jatuh dan ada yang mati ketika menuruni tangga yang curam itu.
Melihat great wall dan mendaki mata tangga tembok besar cina itu adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Aku rasa bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki di salah satu tempat yang paling ajaib di dunia ini.
Xiu Shiu Market
Tempat terakhir kami singgah sebelum makan malam dan pulang ke hotel ialah di pasar xiu shiu. Ia adalah bazaar menjual pakaian, cenderahati dan barangan lain. Tempatnya kecil sahaja dan tidak mempunyai banyak pilihan.
Harga barang yang diletakkan adalah sangat tinggi tetapi kalau pandai menawar, kita akan mendapat harga yang lebih murah daripada tempat kita. Ada satu lot menjual cadar dan alas meja yang dimiliki oleh Sofea. Sofea begitu fasih berbahasa melayu. Sungguh fasih. Aku membeli sehelai quilt queen size dengan harga 250 yuen, lebih kurang 125 ringgit. Di tepi tangga tesco kajang, quilt seperti itu harganya dalam dua ratus lebih.
Pemuda di sebelah hussein ini tersenyum lebar kerana telah berjaya menjual dua helai jeans dengan harga 750 yuen. Aku sibuk membelek sana sini dan hussein pandai-pandai sendiri membeli jeansnya. Aku cakap dia dah kena kelentong.
Selesai di sini, kami makan malam di sebuah restoren muslim yang lain. Aku sudah mula rindu sambal belacan dan masak lemak cili api.
kakpah
37 comments:
salam kak pah
no 1 dan no 2
no 3
he he he
rasanya kalau pB pun sama jugak.
tak leh panjat tangga tu tinggi tinggi ...
tengah jalan dah pancit ....
rasanya sesiapa yang nak ke Great Wall ni kena exercise dulu sebelum pergi...(macam nak mendaki gunung)
salam hajjah
salam pB
oi sayup juga tembok ni...ada dekatr serbu km lebih kan hajjah...kita takat nengok komputer ke...
kak pah..tumpang tengok gambar jadilah kak ph..cantik2 pulak tu
patutlah kakpah lama menyepi..di beijing rupanya.Selamat bercuti kakpah
Begitulah juga kami, breakfast dalam bilik makan maggi dalam mangkuk, ada garpu.Dapat sijil tak mendaki part of great wall tu? I love the pictures, so beautiful!
alaaa..
tak puas tengok gambarrrr
next entry, more picture please... hehehe
cantiknya pemandangan..
kakpah, kalau ekao kato ekao daki greatwall tu pun den takkan pecayo
hahaha
tak sakit ko lutut tu kakpah, tinggi dan banyak mato tanggo ea
memang cantek, bilo lah ngaso sampai ni
la hai..
patut pun apek tu sengeh lebar.. manyak untung woo..
siap lotak tngn kek bahu hussein.
salam kak pah...
cantik gambar2 yang diambil, guna DSLR ke? berbaloi2...
Beijing akan masuk ke dalam senarai percutian keluarga andai ada rezeki...
Kenapa tak cilok aje sudu dalam kapalterbang? Boleh buat makan megi hehehe
Org plastik pun sampai juga ke Beijing. Saya ni bilalah nak sampai.
Nak suruh emak Adam buat parti tupperwarelah hehehe
Wah kak.. bestlah shopping sakan ekk.. janji jejln kan.. krim tuh yg mahal tuh hehehe ;)
Kakpah, Tie suka entri begini. Macam majalah 3, hehe.. banyak pengetahuan diperolehi dari pengalaman kakpah ni.
bila baca n3 kakpah terasa macam aku nak panjat tangga2 ajaib tu...
satu pengalaman yg indah...
sronok nya... jalan-jalan + shoping... ;p
bukan kakpah yo kombang tokak..kaklong pun samo...walaupun vegi yo koba ea...mintak ampun laaa...!
pb,
kena panjat tangga batu kep dulu kot..
azani,
panjangnya 6400km lebih tapi banyak yanng dah rosak.
erna,
sekarang tumpang tengok gambr. ada rezki tengok sendiri kan?
tie ibu wani,
kakpah dah balik dah.
kaknora,
sijil pun boleh beli haha.. anak2 je yang beli sijil tu.
hanie,
gambar banyak. nak upload je yang tak larat
ena,
alhamdulillah
kts
ekau memang sukar untuk mempercayai den
ibuintan,
kpah daki sekoghek. Lutut bolum sompek nak sakit.
kakngah,
tu lah pasal. kojap kojap kelua jongok kitorang. maso tu tongah tunggu bas nak poi makan.
jun,
tak rugi kalau pergi. bandarnya cantik.
yb,
dah nak makan megi baru tau sudu lupa bawak.
rupanya jual plastik ni pun boleh jalan2 luar negara. Dapat datang free pulak tu.
iina,
takde la shopping sakan tapi erk.. duit habih gak lah.
tie,
untuk panduan pada sesiapa yang berhajat untuk ke sana juga.
sudais,
boleh imajin kan?
ejamaria,
tengah ngumpul duit balik ni
kaklong,
ngonangkan koli tompek dio menggoreng tu pun dah kombang tokak
Jhazkitaro,
dah pegi blog kamu. Seronok ye dapat mengembara ke banyak negara.
Seronoklah kakpah baca N3 melancung. Kakak suka tengok gambar-gambar juga. Camera kakpah bagus. Tapi tak de pun satu gambar kakpah. Ada tangan je....
Hussien tu tinggi ye kakpah...
Berkobar2 rasa nak pergi,nak rasa mendaki tapi boleh ke? panjat flat tingkat 5 pun bagai nak putus nyawa.
Cantik gambar2 yang kakpah tangkap.
wah!! best nyer ke Tembok Besar China...
lawo gambo... leh buat poskad nie:-)
Salam kak pah,terima kasih kerana berkongsi pengalaman melancung ke Negeri china ni sungguh menarik .Kak pah dapat tulis dengan jelas terasa seolah olah Cm yang pergi ke China ..makasih kak pah.satu hari nanti Cm nak cari kak pah kat Bangi..ternampak-nampak kak pah time kat sekolah dulu hehe.
salam kak pah..wah bestnya dapat gi jejalan lagi. tenguk gambar bunga tu cantik sungguh. tulah beza kamera mahal dengan kamera murah
kalau sayalah tak taulah boleh naik ker idak ke tembok besar tu..kaki dah sakit.
syok tenguk barangan mutiara tu..memang suka dengan mutiara.
Assalamualaikum kak pah...
Saya pergi ke China thun lepas..mmng beli jade..agak mahal jugak..tetapi lepas beli baru terfikir...adakah ia ori @ tiruan...Mmng tak reti nak bezakan.....
kakzakie,
ada gambar kakpah tu. Tu yang pakai tudung biru berdiri dengan imah dan husssein tu.
zaitun,
kalau tak daya nak daki, pandang je dari bawah. Naik satu tingkat je pun cukup..
deqlis,
kalau buat poskad ada orang nak beli ke hehe..
cmanggis,
kalau datang bangi mehlah jumpa kakpah. Mana tahu kpah kenal ke. budak sekolah kita dulu ramai gak kat sini.
ina kl,
tak payah daki tangga tu pun tak apa.
err.. kalau pergi jangan lupa bawak duit lebih haha..
mulut payau,
kalau letak dekat cahaya yang terang, boleh tengok urat-urat dalam jade tu. Kalau jade tak ori benda tu tak ada.
bestnya dapat tengok depan mata tembok besar cina. makcik teringin sangat pergi tempat tu, sebab masa sekolah banyak belajar sejarah tu.
Kak...banyaknya anak tangga... bertuah akak dpt menjejakkan kaki ke salah satu keajaiban dunia...
Post a Comment