Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, April 19, 2011

Teka Teki Terjawab: Catatan Perjalanan Ke Beijing Part 1

(Catatan perjalanan supaya kenangan ini tidak terlupa. Juga untuk panduan kepada sesiapa yang berhajat ke Beijing)


Hari pertama

Hari pertama bermula pada 12 April, malam.  Kami keluar dari rumah selepas isyak dan bertemu dengan tour leader di klia pada pukul 10:00.  Penerbangan MH370 bertolak ke Beijing pada pukul 12:20 pagi 13 April. Begitulah bermulanya pengembaraan kami empat beranak, aku, kirin, imah dan hussein. Dan terdapat 16 orang lain yang sama-sama mengikuti rombongan ini.

Penerbangan ke Beijing Capital International airport mengambil masa lebih kurang enam jam. Di sepanjang perjalanan aku hanya dapat tidur-tidur ayam. Perut dan urat saraf sentiasa tegang disepanjang perjalanan.


Hari kedua

Pesawat mendarat lebih kurang pada pukul 6:30 pagi.
(Waktu di Beijing dan di Malaysia adalah sama. Tidak ada perbezaan tetapi di sini subuh masuk pada pukul 4:00 pagi dan pada pukul 6:00 manusia sudah mundar mandir kerana hari telah cerah.)

Selesai urusan imigration dan bagasi, kami keluar disambut oleh Farah Wang, tour guide berasal dari Mongolia, menetap di China dan begitu fasih berbahasa Melayu.  Sangkaku kami akan dibawa ke hotel tetapi ternyata tersilap. Pengembaraan bermula sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi China.



Botanical garden

Tempat pertama yang kami lawati adalah Botanical Garden. Suhu berada di dalam belasan degrees c. Walaupun memakai jeket, sejuknya masih menusuk hingga ke kulit. Di taman ini bunga-bunga tengah berkembang dan masing-masing teruja mengambil gambar bunga yang pelbagai jenis dan warna. Bunga sakura yang sebelum ini hanya aku lihat dalam cerita korea dan jepun ternyata begitu cantik sekali.







 Di tengah taman ini ada sebuah tasik.  Warna warni dan keindahan di sekelilling, tercermin di dalam air tasik. Gambar di header aku di atas, juga diambil di sini.



Kami meninggalkan botanical garden dengan banyak rakaman foto di dalam camera kami.



Summer palace

Kami sampai di Summer Palace lebih kurang pada pukul 10:00 pagi. Perut sudah mula berkeroncong kerana makanan paling akhir yang masuk ke dalam perut adalah pada pukul 4 pagi semasa di dalam pesawat.

Seperti namanya, Summer palace adalah istana musim panas bagi maharaja.  Ada beberapa istana terdapat di kawasan ini dan semuanya menghadap ke tasik yang sangat luas. Pemandangan di sini juga amat cantik dan kami tidak melepaskan peluang mengarungi tasik dengan menaiki kapal kecil dengan bayaran 20 yuen setiap seorang.






Pearl Centre

Kemudian kami dibawa ke pearl centre, sebuah pusat menjual mutiara dan hasil mutiara yang dimiliki oleh kerajaan. Harga di sini jika dibanding dengan harga yang dijual di tempat-tempat milik swasta adalah jauh lebih murah. Seorang kakitangan di sini menunjukkan kepada kami sebiji oyster air tawar mengandungi lebih kurang 30biji mutiara. Kami diberi seorang sebiji.



Ada juga penggemar mutiara yang membeli cincin dan gelang.  Aku bukan penggemar mutira tetapi membeli 3 utas rantai kerana harganya cuma 200 yuen untuk tiga utas rantai tersebut. ( 200 yuen bersamaan lebih kurang 100 ringgit) dan juga membeli dua botol pearl cream yang dikatakan boleh  membuat kulit menjadi putih dan halus. (perempuan!!!)


Makan tengahari

Selesai di sini kami dibawa ke sebuah restoren muslim untuk makan tengahari.  Kami diberi piring kecil untuk makan dan sepinggan nasi untuk dikongsi seramai 10 orang semeja.  Selebihnya adalah sayur-sayuran. Kami makan sayur berlaukkan nasi. Kenyang juga.




Masjid Nuijie



Kami menunaikan solat zohor dijamak dengan asar di masjid ini.



Silk Factory

Selepas solat kami dibawa pula ke kilang sutera.



Aku lihat ada juga beberapa orang yang membeli kain sutera.



Panda Zoo

Zoo di Beijing ini berganda-ganda lebih besar daripada zoo kl. Jadi kami hanya disuruh melihat panda sahaja.  Aku sebenarnya sudah kurang bermaya.  Kaki hampir mengalah, mata berpinar dan kepala berat.  Setelah melihat seekor dua, aku mengajak anak-anak naik ke dalam bas. Aku perlu merihatkan badan.


Berhenti di sini lebih kurang 1 jam dan meneruskan perjalanan ke New Century Tower Square.  Di sana cuma berhenti sebentar untuk mengambil gambar.  Aku tidak turun kerana tidur.



Qianmin Ancient Culture Walking Street.





Ia adalah satu tempat pejalan kaki sesuai untuk lepak-lepak dan bersantai-santai.  Terdapat banyak kedai juga di sepanjang jalan ini tetapi kami dinasihatkan tidak singgah membeli kerana harga yang agak mahal.  Kami berada di sini satu jam sahaja sementara menunggu masa untuk makan malam.


Makan Malam

Makan malam di sebuah restoren muslim yang lain.  Masakan masih seperti makan tengahari, berminyak dan terlebih garam.


Acrobatic Show

Selesai makan kami dibawa ke sebuah teater  untuk menyaksikan satu persembahan akrobatik. Persembahan bermula pada 7.30 malam dan sebelum sampai waktu itu, kami ke kedai muslim di seberang jalan untuk membeli sedikit baranng makanan.  Aku membeli roti dan biskut.

Walaupun badan sudah berada dalam keletihan tahap maksima pertunjukan akrobatik yang kami saksikan seolah dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Pertunjukan itu sangat menghiburkan dan juga mendebarkan. Mereka mempunyai skill yang begitu tinggi sekali.





Di dalam bas semasa perjalanan menuju ke hotel, kami masih bercerita-cerita tentang show itu.  Tak rugi mengengoknya dan rugi kalau tak tengok.



Check In

Akhirnya kami sampai ke hotel tempat kami menginap.  Kami menginap di hotel Beijing Jiao Cheng Shan, sebuah hotel yang agak baru dan bertaraf 4 bintang.  Ia cuma hotel kecil lima tingkat yang tidak nampak ekslusif dari luar tetapi mempunyai kelas apabila masuk ke dalam.


Tebongkang.  End of day one.

kakpah

40 comments:

Cik Azz said...

Haaa... kan boto sey toko akak poie sinun... Org kek sinipun nak poie situ gak kak.. esok malam dorang bertolak...

errr... takdo hadiah ke utk yang meneka dgn topat... hehehe...

Bungo2 tu semuo mmg cantik2 la kak.. Kok dapek baring kek taman tu, osah sodap ehh tu kann.. mcm dlm cito industan yoo ghaso ehh... hahaha...

Anonymous said...

Cantiknya bunga sakura tu KakPah... rasa nak petik je sorok dalam poket. Aderk...

h4ni3 said...

wowww.. gambar kakpah cantik2!! tak sia-sia masuk kelas photography :)

meeting husband saya kat beijing next year... patut tak saya gi ngekor dia lagi..???? ekekke

aza ni said...

salam hajjah
salah teka....rupanya bukan Tembok Besar...Beijing...

lawa ganbar...ganbae tu...kami tnggu lagi kisah seterusnya...


jumpa tak kilang telur dan anggur palsu..?

sud@is said...

x boleh petik ke bunga skaura tu kakpah....jakun kah aku..hehe... geram

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

selamat pulang boss.
mlm tadi tengok tv9, perjalanan chef wan ke Beijing.. wow macam-macam ada.. terbayang-bayang mesti k.pah n rombongan pun seronok cam chef wan gak..
kita pun sambil menonton tv sambil berangan bila lak rezeki nak sampai ke sana.
cuci mata tengok foto2 menarik, mmg class!

aNIe said...

Oohh... akak ke Beijing rupanya...

Best kak...seronok tgk gambar yang akak ambil... cantik2...

Orang cina ni memang mahil dlm pertunjukan akrobatik kan?

iina said...

wah kak poei beiing yo.. gbr2 bunga tuh cantik ya amat kak.. dah daki ko tangga china wall tuh?

Acik Erna said...

kak pah..su bhanallah..cantiknya gambar2 tu kak pah
izinkan la saya simpan gambar tu kak pah.
tak rugi kak pah poi kurus ambik gambar..cantik2 boto.

Zaitun said...

Tepat tekaan saya kakpah mesti pergi Beijing bila sebut mendaki tangga tempohari.
Cantik betul gambar2 yang kakpah tangkap.

kakngah said...

kak..
nak ecek sikit ha pearl cream
kehkehkeh!!

rindu la ngan kakpah....

Cik Ina Do Do Cheng said...

welcome back kak pah. wah satu hari penuh cerita dan gambar.menarik bunga-bunga tu. mesti tengah berehatkan. mahu taknya berjalan dan bershoping sakan. lepas ni kena keja balik.

kak long said...

teringat kek seorang cikgu cina dibahau,jiran kaklong..selalu poie negori cino...habuan tuk kaklong dah tontu ado..antara yg paling kaklong suko...selendang sutera!
sojuk yo...

Ms.Lilies said...

cantikkkkkkk


gmbr2 akak snap
suka btl tgk bunga2 tu

ibundo said...

azz,
apo koba kau. ekau tak ikut ko rombongan cik kiah tu.
Boto..memang boto tokaan ekau. hadiah? Akak ado kobaan nak bagi hadiah ko hahaha..

ibundo said...

tie,
memang cantik. Dalam town pun banyak pokok sakura ni dan semua bunga tengah berkembang.

hanie,
ekor.. jangan tak ekor. Tapi kalau pergi sendiri sendiri ni kena pastikan ada orang yang boleh bawak pergi sana sini sebab kat sana teksi driver tak pandai cakap omputih.

ibundo said...

azani,
banyak siri nak cerita ni. Tunggu ye. Kilang telur palsu tak jumpa. Eh.. ada anggur palsu gak ke.

sudais,
kalau petik bawak balik mesti dah kena tahan kat imigresyen hiii..

yati,
chef wan pegi beijing?
harini aku penat lagi.Masuk dapur pun tak. Kalau sempat besok aku datang ek.

ibundo said...

anie,
gambar banyak. Letak sikit je.
orang cina memang mahir dalam akrobatik dan jimnastik. Tengok je lah dalam sukan olimpik dan sukan besar2 yang lain kan?

iina,
kek tompek ekau pun banyak bungo kan?

erna,
ambek lah kalau nak. Kpah pun nak kungsi2 dongan korang.

ibundo said...

zaitun,
iyo.. u dah poi ko sanun.

kakngah,
tu lah gasak makai ni ha. Kok maun de yang bokodut2 tu licin balik somulo haha..

cikina,
balik2 memang penat betul. Sampai malam tadi pun dah pukul satu lebih. Harini satu hari merap dalam rumah je.

ibundo said...

kaklong,
ado gak kpah jumpo orang cino mesia kek sanun. ado yang dah banyak kali datang, ado yang baru sokali.
kpah raso kpah tau mano dio boli solendang tu..

lilies,
gambar2 tu ada yang jadi ada yang tak. yang jadi tu memang cantik..

Nieda said...

Suka baca entry jalan2 ni. Gambar pun cantik .

ibuintan said...

cantik2nya gambar2 yang kakpah ambil

detail betul ye kakpah tulis, kalau saya lupa semua tu sebab terpegun dengan keindahan tempat tu

bilalah ado joki nak ke sinun

nur easy said...

cantik rupanya beijing ya..;)

ibundo said...

nieda,
selamat datang. sila minum kopi secawan..

ibuintan,
kpah kena catat sebab mudah lupa. Tulis dalam blog ni pun supaya kakpah tak lupa.


nur easy,
cantik. kalau tak pergi, tak tahu..

tasekM said...

seronoknya jadi kak pah.
dapat jalan2 jauh2...


:)






.

Kakzakie Purvit said...

Seronok kakak membaca N3 ini. Cantik gambar-gambar yg dipaparkan. Terbayang kakpah letih tapi anak-anak mesti gembira.

Dr Singa said...

hokeyyy je naik kapalterbang tu kannnnnn????!!
:)

miloaiskurangmanis said...

gambo2 cun banget!

do continue.... citer pasal beijing

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Bestnya dapat berjalan-jalan makan angin.

Catik gambar-gambar yang di pastekan. Terima berkongsi

secangkir madu merah said...

kan betul saya teka.. saya teka kakpah pergi beijing ke haritu? entahlah tak ingat...

bestnya.. cantiknya bunga sakura tu..ada bau tak? bunga2 yg lain tu pun cantik...

bila lah aku dapat pergi sana ni..

shopping apa kakPah? butang baju ada?

ibundo said...

tasek,
hahaha.. tergelak sampaai tersedak aku ni.

kakzakie,
letih yang amat. budak2 ni seronok jer dan siap2 dah planning tahun depan nak pegi korea pulak hehe

dr singa,
hokey bila dah landing jer. kat atas nun....aduyai..

miloais,
akan disambung..

smm, betullah kau teka haritu. tapi takde hadiah sebab akak tak janji kehkeh. Ekau ni kan.. tak habis-habis dengan butang wargh kahkah..

cikmanggis said...

oo kak pah g melancung rupanya...teringin jugak nak gi China,saja usik-usik suami ajak dia balik kampung kat Guandong hehe.

ibundo said...

cikmanggis,
haha.. pegi jer.

pB said...

salam


gambar cantik cantik belaka
tak puas mata memandang header kak pah ...


teringin nyer nak makan angin
tapi kan daya duit tak cukup ...

pB said...

syukur sgt sgt bila dpt tau Maryam dah kurang menangis

Normi Hj Mat Yusof said...

kak pah nak mintak gambar bunga sakura tu boleh?

KTS said...

nak gak pearl cream tu!

:D

ibundo said...

pb,
duit tu kalau nak dikira sampai bila pun tak cukup. tabung je sikit2..

normi,
ambil lah. no problem.

kts,
er..er.. tak cukup tuk den sorang.

HaniFadil said...

cantiknya gambar! suka sangat esp bunga2 tu...

eKa said...

assalamualaikum kak...1st time saya sampai sini boleh tak akak bg tau canne nak contact farah wang..saya pun tgh cari tour guide juga ni.saya akan ke sana hujung tahun nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...