Hari ke4 (sambungan)
Berjalan di Tian An Men Square, ambil gambar, rehat-rehat, masuk pula ke forbidden city, ambil gambar, rehat-rehat, mengambil masa dua jam lebih kurang. Tapak kaki pun sudah mula berdenyut-denyut. Tempat yang kami tuju selepas itu ialah pusat rawatan herba. Kami mendapat kesempatan merendamkan kaki di dalam air hangat herba dan diberi masaj kaki percuma.
Selesai di situ, kami ke masjid Nan Douya untuk solat.
Dan kemudian makan tengahari.
Wangfujing Donghuamen Night Market
Kami dibawa ke sini untuk bershopping sakan. Nama dia saja night market tapi siang-siang sudah dibuka. Sekiranya anda sudah biasa dengan pasar di bandung ataupun tanah abang di jakarta, berbelanja di sini mempunyai senario yang serupa. Bezanya peniaga di sini lebih agresif dan harga yang diletakkan adalah harga yang gila-gila. Kita kena menawar dengan gila-gila juga.
Bercakap dengan mereka juga seperti bercakap antara ayam dengan itik. Kalau bertanyakan harga, mereka akan tulis angka di kalkulator.
How much, aku tunjuk pada tshirt yang ada tulis perkataan beijing.
Dia ambil kulkulator dan tulis 85. 85 yuen lah tu.
Gila kau macam ni 85, aku cakap. Agaknya dia paham aku tak perkenan dengan harga yang dia letak terus dia tanya;
How much you want.
Aku ambil kalkulator dari tanngan dia dan tulis 20. Mula-mula dia tak bagi. Aku buat-buat nak pergi kedai lain. Akhirnya dia tarik-tarik tangan aku ajak masuk balik kedai dia.
Di kedai yang lain aku belek-belek necktie. Necktie tu lebih kurang sama dengan necktie yang hasben aku beli 120 ringgit satu di parkson. Seperti biasa bila aku tanya peniaga akan ambil kalkulator. Dia tulis 180. 180 yuen. Aku cakap mahal dan aku minta 40.
what? you crazy. Cannot.
Yes.. i'm crazy. Give me 40.
bigger number
40.
I kill you, dia letak tangan nak cekik leher aku.
Kill me.. but i still want 40. Sambil aku tepuk-tepuk pipi dia kata dia cantik dan baik hati.
How many you want, kalau dia dah buat ayat macam tu maknanya dia bagi lah tu harga yang kita minta. Aku beli dua helai 80 yuen. Maknanya selai 20 ringgit.
Ni amoi necktie yang nak cekik aku. Farah dah beritahu awal-awal sebelum kami masuk ke pasar ni yang peniaga di sini akan selalu gunakan perkataan crazy dan I kill you pada pembeli. Kalau tak dibagitahu mungkin aku lari gak lintang pukang.
kakpah
21 comments:
lagi murah ke dari barang2 made in china yg diekspot ke merata donia kak???
kak,kek sini kok terlupo la plastik hitam tu..kompom kono campak dlm tong sampah...!hahahah!!1
Assalamu'alaikum kakpah,
1. Kaki berdenyut kena urut mesti best kan.
2. Pandai kakpah menawar gila
3. Punya banyak membeli sampai macam sampah. Ini mesti anak dara 2 org tu yg lebih kan....
boguni kak..
itu tak sebeghapo teh...
mesti hussein jadi tukang angkek.. kehkehkeh!!!
Wah kak hasil pembelian tak seberapa?? hehehe.. tapi kan mmg penat kan tawar menawar nie.. masa poei istanbul dulu pun penat giler tawar sebab diorg mmg letak harga tinggi betul.. so tawar lebih dr separuh..
Shopping mmg best.. penat lepas shopping pun best hehe ;)
Memang crazy kalau shopping di Beijing. Itu pun kalau kita 'born to shop'.
you crazy! i kill you! give me ur plastic bag!
hihihi.. gerun ngan dorang. den tak pandai menawar. tu yg susah. kena pergi ngan ibu baru syok.
apa nama travel agency yg ekao poie ni kakpah. teringin plak
hiiiiiiiii
Kak, rumah aku bukak ikut waktu perniagaan MLM... hahaha
Dah hantar invitation ke email akak (teepahanim). Akak accept la. masuk kena sign-in. Tapi kalau kebetulan aku tengah bukak blog tu, tak yah sign in pun boleh masuk.
Kalau tak dapat email invitation tu, akak kasi email lain... nanti aku invite lagi...
.
Banyaknya kakpah shopping! :)
keletihan membeli ye :P
Itu bukan sikit kakpah,membukit plastik hitam tu.
acik,
lum sompek nak buek comparison lagi hehe..
kaklong,
ontah e.. apo lah tak pakai warno lain kan?
kakzakie,
wkslm. yang lebih2 dorang tu. kpah ni geram beli cadar je.
sakan soping ye kak...?
:)
z140
kakngah,
yang sebona e kan.. hambek oghang punyo campo kek situ supayo nampak banyak kehkeh..
iina,
beshoping ni duit yang ponek haha.
akak tingin botul nak poi istanbul satu haghi nanti. bilolah dapek aagak e.
kaknora,
saya beli quilt je 3 helai. murah sangat compare kat sini. Lepas tu beli tshirt beijing untuk yang tinggal kat rumah ni sorang satu.
kts,
ekau nak poi ek. nanti den bagi nombo telipun ahmad tu.. hehe
aku,
email akak yang tu dah kena songlap dengan malaun. dah tak boleh bukak lagi dah. cuba ekau guna gmail pulak. nama sama.
kakcik,
orang punya tu kakcik...
juliet,
tengah letih mikirkan duit dah takde
zaitun,
hahaha..
tasek,
boleh tahan. baru 140?hehe..
biarlah saya tak beli necktie, saya nak urut jer ;)
eh, macam sikit yo plastik tu kakpah..
tak cukup laie tuuu... hehehe
untuk den ado tak kakpah? ;p
seronoknya sopping
makaiihhh...
banyak ehh borong...
hanie,
tu campur orang dopan, orang belakang punya tu haha
zino,
seronok tapi lepas tu ngidap..
azz,
tak ah...
Post a Comment