Hari ke lima
Ini hotel di mana kami tinggal. Ada kelas.
Rancangan pada hari ini agak santai.
Stadium Olimpik dan Water Cube
Mereka memanggil stadium olimpik ini bird's nest kerana bentuknya seperti sarang burung. Stadium ini mempunyai dataran yang luas dan kami hanya mengambil gambar sahaja. Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium.
Dataran di stadium. Nampak layang-layang yang panjang itu? Angin bertiup kuat dan layang-layang terbang tinggi. Ramai penjual di situ yang menjual layang-layang berharga 10 yuen untuk lima set. Kat bangi tak ada angin kuat macam kat situ. Mesti layang2 tak naik. Penjual tu ikut aku kehulu kehilir memujuk aku supaya beli. Malas.
Bangunan di bawah ini dipanggil watercube cuma bersebelahan bird's nest. Rasanya acara renang diadakan di sini.
Pembinaan ice cube ini ditaja oleh bisneman dari malaysia. Sebagai balasan, beliau meminta satu spot di tepi dataran untuk dia menjalankan perniagaan.
Mencuba layang-layang. Bangunan yang nampak itu adalah stesen subway. Kedai di mana bisnesman dari malaysia itu berniaga terletak di sebalik stesen subway itu. Ia adalah satu kedai dua tingkat yang menjalankan bisnes batu permata dan restoren. Kedainya itu merupakan lubuk duit terutamanya musim olimpik lepas dan juga pada musim bila stadium itu digunakan untuk orang ramai.
Kami dibawa masuk ke dalam kedai tersebut dan dibawa ke dalam satu bilik kecil dimana kami diberi penerangan tentang batu permata rubi dan saphire. Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki sempoi bertshirt ala pagoda dan beramah mesra dengan kami semua. Dia orang Cina pulau pinang dan rupa-rupanya dialah tuan punya kedai dan bisnesman yang aku katakan tadi membiayai pembenaan water cube. Sungguh low profile orangnya.
Katanya kami bernasib baik pada hari itu kerana secara kebetulan dia ada. Kami diberi diskaun sehingga 400% sekiranya mahu membeli cincin, gelang atau apa saja. Dua orang anak aku beli cincin permata ruby dengan harga 200 yuen (100 ringgit).
View dari atas tempat kami berjalan.
Selesai di situ kami bersolat di masjid Nan Dou Ya dan makan tengahari.
Xiu Shui Market.
Satu lagi pasar tempat membeli belah. Kami diberi masa lima jam untuk berpusing-pusing di sini dan juga ke shopping complex berdekatan. Puas nak menghabiskan masa lima jam. Pusing sana pusing sini dan akhirnya singgah di kedai foot massage. Keempat-empat kami merelakan kaki kami dipicit dan di rawat sehinggakan tapak kaki aku jadi lembut macam kaki baby, kata amoi tu lah.
Aku lihat di sini ramai orang yang beli barang dalam kuantiti yang banyak. Macam-macam bangsa ada. Mungkin diorang bawa balik ke negara masing-masing buat meniaga.
Aku beli beg sebiji buat mengisi barang-barang yang telah beranak pinak.
Selesai di sini kami jalan-jalan menikmati pemandangan di luar sambil mengheret beg.
Kami jumpa pakcik ni di sini pula. Ajaib kan?
Gambar di bawah ni aku ambil menghadap ke matahari yang tengah mencarak. Saja nak buat eksperimen.
Ternyata objek menjadi gelap. Tapi aku suka warna di langit.
Tepat pukul 6 kami menaiki bas menuju ke restoren untuk makan malam.
Kakpah
13 comments:
Kakak mengikuti rentetan pelancungan ini. Rasa seronok juga.
Ala... kenapa tak tunjuk cincin ruby Imah dgn kirin tu. Tak pe nanti kakak terjah blog dia, mana tahu dia tunjuk. Mesti cantik. Berbaloi dapat beli diskaun 400%. Kalau tempat kita lebih dari RM400/- yg pasti.
5 jam utk shopping? boleh muntah darah tu.. kekeke
haa.. yela, ajaib la camne pakcik tu leh ada kat situ lak.. dia ngendap rombongan kakpah kot.. hihiiii
kak,apek tu peminto sedokah ko?
apsal tak amik gambar ngn tokey ruby tu..
diskaun sampai 400%.. fuh! cer bayangkan berapa banyak keuntungan yg dah tokey tu jana...
Bersih je nampak tempat dorang ni... Kalau kat sini, hmmm....
Larat jugak Kak Pah bojalan sampai 5 jam.. Kok sy la, tak maun dehh bogorak dah...
pueh jalan, pueh soping, pueh melawat2... pendek kato trip ni memang pueh ati la kak yo
AsSalam Hajjah
Terimakasih atas pengongsian pengalaman ini..Pastinya jauh perjalanan luas pandangan
ketinggalan le nih. tau-tau dah part 5..
Bestnyer...jalan2..
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/04/bertemu-imam-mesjidil-haram-makkah.html
Salam semua. Terima kasih kerana datang baca catatan perjalanan kakpah ni walau pun memboringkan hehe..
kak pah
beli HD CPL Filter (colour polorize) atau ND Filter (Neutral density) , sesuai sgt utk tgk matahari tgh mencanak atas kepala dan juga mmg cantik utk landscape
output terbaik hanya dari brand B+W dan HOYA
psss masa kak pah kat sana, ada tak bapak budak telefon pepagi takut terlupa bukak taska hehehehehe
pak itam,
thanks for the info. appreciate it v much.
psss.. haha pandai lah pakitam buat lawak
saya jeles!!!
:P
Post a Comment