Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, April 24, 2011

Catatan Perjalanan Ke Beijing Part 6

Hari ke6

Dah part 6 dah. Siapa yang singgah sini mesti dah naik meluat. Tak kesah. Kita tetap dengan matlamat asal iaitu supaya kita tak lupa dan anak-anak cucu-cucu boleh toleh ke belakang tengok perjalanan kita. (kita?)


Pada hari keenam, kami diberi kebebasan untuk buat apa saja.  Nak tidur ke, nak pegi nyoping lagi ke, nak pegi ronda-ronda keliling beijing ke.  Kami memilih untuk pergi ke World park dengan menaiki teksi.  Satu masalah besar di sini ialah pemandu teksi tak berapa ramai yang pandai berbahasa inggeris. Farah tuliskan dalam tulisan cina akan tempat ini dan kami bagi kertas itu kepada pemandu teksi.

World park ni satu taman yang ada replika bangunan dari seluruh dunia .  Cuma bahagian dunia yang terkenal. Malaysia tak masuk buku.





Semasa kami melawat tempat ini angin bertiup sangat kencang dan terasa amat sejuk sekali. Aku terserempak dengan couple ini tengah buat photo shooting dan mereka seperti kami, bertempiaran lari apabila hujan tak semena-mena turun.


Selesai di sini kami balik ke hotel, berehat dan mengemas-ngemas barang.

Hari ke7

Hari terakhir kami di sini.  Pagi-pagi selepas subuh kami turun menunggu bas di lobby. Sampai di airport semasa check in kami mendapat tahu bahawa penerbangan kami yang sepatutnya pada pukul 9:00 pagi delayed ke pukul 3:00 petang. Kami dibawa berehat di hotel (lupa namanya) dan sempat tidur-tidur.

Akhirnya, pesawat berlepas jam 3:30 petang dan sampai di klia jam 10:00 malam.  Penerbangan adalah amat mendebarkan aku.

Akhir kata

Kita selalu bertanggapan bahawa bangsa cina ini agak pengotor rupa-rupanya orang kita inilah yang lebih pengotor.  Bandaraya Beijing adalah satu bandaraya yang sangat bersih.  Sepanjang aku di situ aku tidak ternampak sampah sarap seperti yang sering aku lihat berlonggok di tepi-tepi kedai atau kaki lima di tempat kita ini. Betul.  Di tempat pejalan kaki disediakan banyak tong sampah dan tong itu tidak melimpah ruah dan bertaburan di bawahnya.

Namun, keadaan  tandas ada sedikit menggelikan. Mereka ini bukan jenis yang menggunakan air untuk bersuci.  Semua yang keluar tak kira dari depan atau belakang, pakai dedat saja. Jadi, boleh bayangkan bau yang ada walaupun ada tukang penjaga tandas yang sentiasa mengemop lantai. Kami berjalan wajib bawa botol air mineral kosong. Kalau berlaku panggilan alam, kami isi air ke dalam botol untuk kegunaan bersuci.  Air boleh didapati di sinki di luar tandas.

Sekian saja catatan aku.  Sebelum menutup tirai, aku paparkan beberapa foto lagi:













kakpah

34 comments:

Ms.Lilies said...

ahaaa!

kantoi korek idung


hihihihi

abu muaz said...

menarik info ni. t.kasih.

aza ni said...

Assalam hajjah
muak? mana ada, makin nganga mulut minta di suap ada la..gambar amoi korek bijih tu...kalau bawak bertanding phpto shoot,,,boleh menang,,,khusu' amat..


ha ha ha

prof tak ikut ke?

Hjh Noralenna Abbas said...

Menarik pengalaman hajah di beijing. World Park is interesting, preview visit to 'those' places later on. Ada jumpa tak pintu toilet yang half aje?

sud@is said...

motor kotak merah tu jual pa ya

Acik Erna said...

kak pah tak de jemu doh kak pah..lagi2 siap dongan gambar yang macam2 tu..nasib baik maso ni tak guno filem kok tak bergulung abih kan kak pah..
terima kasih kak pah..dapek yo orang yang tak dapek poie ni tengok gambar dibeijing tu..

kak long said...

kak,dulu kaklong ado yo ckp ngn sorang kengkawan cino..kaklong koba,kenapa org cina hanya menggunakan tisu bila ketandas,kan ada air?
dia ckp,itu pun slh satu dari istinjak...abih tu cam no?
kok kito tak maun doh guno tisu yo kan?

iina said...

Lawalah kak gbr2 tuh.. gbr budak 2 org guna tepon tuh.. sure berlakon yo kan hehehe ;)

ibuintan said...

tamatlah perjalanan yang amat indah di Beijing yo.. kak


ingatkan KLCC tu hebat.. ghupo ea takdo lak kek World park tu yo

betullah kakpah sepanjang menatap foto2 bersiri ni tak nampak lak sampah2 di mano2... jalan ea nampak bersih yo

h4ni3 said...

hahaha.. awat kakpah ambik gambo minah tu korek idung??? eyuuwwww...

dah abes ek citer kakpah.. alahai.. citer saya gak tak abes2 lagi.. kekeke.. kemaruk tul!

anymz said...

mokaseh kakpah atas penerangan kakpah untuk kitorang jadikan panduan apabila ke beijing suatu hari nanti.
tak muak lah..
en suami sey mmg tidak suko utk melancong ke china atas alasan tandas yg kotor ni lah..pueh sey pujuk2 tapi hati dio bolum terbukak lagi..kato dio kalau poi takat nak boli comforter tu poi lah boli kek KL..melanbak2 kek kodai,kato ee..alamak....frust lah sikit..ni bln jun ni anak bujang nak ke guangzhou..raso nak ikuuuuuut yo.

rezeki said...

kak pah

betul tu, nanti besok2 anak cucu serta cicit boleh baca nlog ni yg pasti mengembalikan pelbagai kenangan nostalgia


amoi tu punya khusyuk sampai tak perasan kak pah tgh sekodeng dia hahaha

adol ihsan said...

SAlam..

Beli ole-ole untuk saya tak?
hehe..

:)

Zaitun said...

Terima kasih kakpah... serba sedikit dapat gambaran kota Beijing,Manalah tahu satu hari nanti ada rezeki.

Insyirah said...

Lepas dah baca semua cerita & semua gambar...conclusion yg saya dapat buat adalah..."jelesnya tengok gambar-gambar yg diambil oleh kakpah...semuanya cantik2, dah mcm photographer profesional. Ni yg rasa nak belajar ni" :)

Kakzakie Purvit said...

Habis dah cerita....

Seronok betul walau sekadar membaca dan melihat gambar-gambar.

...betul kakpah kalau dari gambar memang nampak bersih bandar mereka kalau nak banding dengan negara kita. Malu....

kakngah said...

kak,
lopeh baco komen mimi, kakngah patah balik belek gambar n3 satu.. satu...

jumpo!
wakakakakaka!!!
osah stim eh aso tu...

Ena said...

cantiknya lahhhh pic kakpah ni..
jelas semenya..

secangkir madu merah said...

tak dapat nak bayangkan bau toilet tu ya kakpah...



wah photographer yg kreatif nih.. org tengah melombong bijeh pun dia amek...

ejaMaria said...

hahaha... tak pasal-pasal gambar tengah melombong bijih pun ader... ;p

Anonymous said...

Terima kasih kak pah,

Terima kasih berkongsi gambar yang cantimya.

Belum dapat ke sana lagi pun sekurang2nya dapat lihat keadaan di sana melalui gambar2 kak pah ni.

Mak Su said...

malaysia tak masuk? iyolah, sapolah kito ni, kan... huhuhu

kreatiflah orang cino tu, macam2 gayo ;)

julietchun said...

world park ni baru dibina ke? rasanya dulu takde lagi.

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak pah baru nak tanya doc hanie dah tanya pasal gambar perempuan tu.penuh ngan info bergambar. menarik sesuai sangat kalau ada yang nak melancong ke beijing.

ibundo said...

lilies,
haha

muaz,
sama-sama

azani,
dia tak ikut sebab nak bagi peluang kat akak bshping sakan haha. kalau dia ada asek nak belek jam tangan je.

ibundo said...

kaknora,
haha.. ada. kat one of the markets. Ada ke separuh je. siap boleh tinjau2 lagi samaada kat dalam ada orang ke tak.

ibundo said...

sudais,
entahla. kakpah pun tak menjenguk. tangkap ga,bar masa dia tengah lalu.

erna,
osah boto banyak e amek gambar. tu bolum masuk yang duo orang tu.

kaklong,
dongan daun pun buleh. tapi kito dah biaso mo air sobab air ado dan banyak.

ibundo said...

iina,
kok dapek jadi pelakon tambahan pun jadik lah kan?

ibuintan,
takleh buek siri panjang2. nanti ado pulak orang yang tomuntah hehe..

hanie,
haha sungguh penuh perasaan

anym,
kok stakat nak boli barang, kek tompek kito ni somo e ado. Tapi pongalaman tu yang mahal. Poi la ikut anak tu. Toilet tu okay jo. Kek tompek kito ni pun banyak toilet yang bobau. Jangan lupo bawak botol air je untuk besuci.

ibundo said...

pak itam,
haha.. kpah sendiri pun tak perasan yang dia tengah korek hidung.

adol,
alamak.. tertinggal kat beijing.

zaitun,
boleh jadikan panduan.

syirah,
mana pegi lama tak update dan lama tak datang sini...

ibundo said...

kak zakie,
rasa malu pada pelancong sebab tempat kita ni kotor.

kakngah,
nak tomuntah pun ado gak..

ena,
hiiii..

smm,
ala.. tak payah kau bayang2kan lah yati. Kat tempat kita ni pun melambak toilet yang bebau.

maria,
hahaha..

ibundo said...

kunang-kunang,
untuk jadi panduan pada semua.

maksu,
kesian kan kito ni tak fofular.

juliet,
ntahlah.. tak tengok pulak tahun dia bukak park ni.

ci ina,
perempuan tu..hahaha..
kalau ada yang nak pegi tu, bolehlah buat panduan.

Dr Singa said...

melombong!!!!!!!!!!!

ibundo said...

dr singa,
hahaha...

KTS said...

world park best! dlm satu taman bole sampai byk negara

hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...