Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, April 9, 2011

Jangan nanti anak rintik sebab bapa borek

Mau aku teghajang-tenghajang budak ni kang. 

Marah benar bunyi suara lelaki itu. Dia memintas aku mahu ke depan tetapi terhalang oleh deretan trolley yang ditolak oleh dua orang bangla.  Dia beralih ke arah sana pula tetapi masih terhalang oleh deretan trolley yang ditolak oleh dua orang bangla.

Entah siapa yang dimarahnya, aku tidak nampak kerana pandangan aku terhalang. Aku juga tidak boleh mara ke depan sebab aku juga terhalang oleh deretan trolley yang ditolak oleh dua orang bangla. Aku tunggu di tempat aku berhenti.  Tunggu sehingga trolley yang ditolak tadi siap disusun di sebelah eskeletor itu. Eskeletor tesco.

Lelaki tadi meluru memintas aku. Dan aku terdengar suara kecil menjerit. Badan yang mengeluarkan jeritan itu diangkat tinggi dan dihenyakkan ke dalam trolley yang ditolak oleh seorang perempuan. Jeritan terus memenuhi ruang.

Telinga aku menanah.
Mata aku berdarah

Bangang. 
Itu saja yang dapat aku sebut.  Itupun cuma dalam hati.

Anak tu baru dalam lingkungan dua tahun.  Biasalah anak-anak akan ke hulu kehilir.  Kalau taknak budak tu merayau, jangan bawak.  Duduk kat rumah lah.  Suruh bini jaga. Kau pergilah beli barang sengsorang.

Tak gemar betul aku mendengar seorang bapa mengeluarkan kata-kata tidak beradab pada anak.  Dan berlaku kasar macam gengster. Memang dia seorang yang bangang.

kakpah

37 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat malam minggu kakpah,
itulah senario yang buatkan budak-budak tak respek orang tua...
sebab ajaran dari kecil lagi...

PS: tak kena tempat dan masa...

sayangsayangibu said...

sya tak sampai hati dengar anak kena marah oleh enpakwe, sedih aje
walaupun cara enpakwe marah anak tu lembut je, tp sodih gak..
kesian anak2

S..U..D..@..I..S said...

itu namanya baran berantu....hehe

zino said...

saya pun bengang kalau bapak yg berperangai macam tu.. rasa nak tampar je

kakcik said...

Jangan suatu masa nanti, dia menyesal kerana anak2nya buat tidak peduli....

Cik Ina minat Do do Cheng said...

kebanyakan lelaki memang tak de tahap kesabaran yang tinggi, sebab tu makcik kalau pergi pasaraya ngan anak je.takut mana tahu suami sendiri plak merempam bila tengok anak menangis atau kehulu kehilir, kita dah biasa.

kalau dapat lelaki bangang cam tu mesti kat tempat isteri dia malu.

JIM Seberang Perai Tengah said...

huu... nampaknya kak pah yang kena sabar dulu nih....

ummu said...

assalamualaikum kak pah
saya yang baca entry kak pah ni pun
terasa sakitnya bila dihenyak begitu oleh si bapa yang sasa.
kak pah,melalui pengalaman saya dalam sesi membantu remaja,ada klien saya yg menyimpan dedam terhadap bapa di atas perlakuan aksar bapa kepada mereka sewaktu kecil mereka. pemikiran sebegini(dendam) ini sukar untuk dikikis kalau tidak kena caranya.
luka di tangan,boleh kit nampak,luka di hati, Allah yang tahu

kakngah said...

pernah ternampak seorang bapa menghempas troli tesco dek kerana lasaknya si anak. ibunya tergamam!
kakngah??
lagi tergamam sebab terperanjat. adeeb melopong menengoknya. masa tu kakngah ngn adeeb jek. yg lain dengan baba diorang.

dangarumbia said...

Kekadang saja nak tunjuk marah depan orang ramai... kesian anak tu. Budak kecil yang seringkali dikasari akan terikut-ikut dengan sikap begitu. Esok-esok jangan nak nyesal lak..

Orang muda sekarang kurang sabar, kan kakpah...

tasekM said...

buat anak pandai.
jaga anak tak reti.

mmg bangang!





(geram plak aku kak...)

.

h4ni3 said...

dah tahap hilang sabo la tu..
kepala suda keluar 2 tanduk.. :)

AZANI said...

saya buat anak pandai, jaga anak tak berapa pandai,,ajarkan saya...plase.

AZANI said...

please...ngeja dan mrnaip pun tak pandai....salam hajjah.

AZANI said...

menaip....sah..memamg bangang.....ha ha.

Aku said...

ada yg dipanaskan tu.. anak-anak yg jadi mangsa herdik...

ibuintan said...

kakpah ... memang bangang bapak budak tu. osah bangang ea... dio yang patut dihonyak2 takpun bori pelompang bangan sebijik

haa kan dah paneh ati ni...

azieazah said...

Itulah dia nya, bila dah jenis panas baran.

Esok dah tua, bila anak tu tak hormatkan dia, berkasar dengan dia, pandai lak dia nak marah anak.

Padahal dia sendiri bela anak pun macam gangster.

Kan?

adol ihsan said...

Salam :

Memang geram jugak kalau ada bapa yang macam itu..
MAcam dah takde cara lain nak didik anak dia..

:)

AzeedA said...

assalamualaikom kakpah..
moge Allah panjangkan le umor anak tu dpt berbakti pd ibubapanye nnti.. amiiin!

kakpah said...

citarasarinduan,
Kita belajar menjadi yang terbaik supaya anak2 boleh menjadi yang terbaik. Bukan sebaliknya.

kakpah said...

sayang2ibu,
marah boleh.. tapi janganlah gunakan perkataan yang teramat kasar dan perlakuan yang ganas. Tu dah kira mendera kan?

sudais,
memang baran orang tu.

zino,
patut kena tampar.

kakpah said...

kakcik,
mintak2 anak tu tak jadi pendendam.

cik ina,
budak2 mana ada nak duduk diam. bila bawa keluar mestilah dia pun excited, kan?
si isteri rasanya termalu jugalah sebab dia nampak senyap je.

kakpah said...

Jim,
memang sabar. Kalau tak sabar dah kena jerit dah orang tu dengan kakpah hehe

ummu,
kakpah ada juga baca tentang tu dan selalu juga tengok cerita berkenaan dendam anak2. Kadang2 bila dewasa anak-anak macam ni akan mengulang semula perbuatan ibu atau bapa mereka kan?

kakpah said...

kakngah,
umang ai ganeh e. Memang patut sumo orang telopong nengok kelakuan e tu.

kakpah said...

tie,
janganlah anak tu terikut2 perangai bapak dia.

tasek,
memang patut kau marah.

azanie
lain macam je bunyik.
Orang tabah je yang yang boleh menjaga anak2 istimewa. kau kira dah lulus dah tu.
Kalau macam orang yang kpah jumpa tu, tak taulah apa jadik..

kakpah said...

hanie,
bukan setakat kepala je yang keluar tanduk. Ekor2 sekali sudah keluar..

Aku,
rasanya belum panas terik lagi kat luar tu hehe. Ke.. belum sarapan..

ibuintan.
haha.. tegolak bosa kakpah ni.

aziezah,
orang yang normal mesti tak dapat terima perangai macam tu.

kakpah said...

adol,
kau nanti jadi bapa yang baik ye.

azeeda,
amin...

kucingorengemok said...

jangan tua sok kena tinggal kat bus stop ye, time tu kang sibuk nak marah anak derhaka

Ku Tak Sempurna said...

ada ke bebudak yg behave klu gi pasaraya?

ingin den berkenalan. hihihi..

Kakzakie said...

Automatik hati jadi sakit kalau tengok adegan macam gitu. Betul lah kakpah bapak borek, anak rintik, cucu jejentik....

Atiey said...

tkut jgk kan bc n3 mkpah ni....hem lelaki kn buang sifat baran..kesian ank2...mereka bknnyer ada daya mcm kita..simpang mlaikat 44

miloais said...

dengan anak2 ni kena banyak sabar
nak plak - kalo anak2 tu - masih kecik lagi -
kalo baby lagi le...

bodoh lah mak-bapak yg marah anak2 depan public ni...!

pB said...

Kak Pah kata : BANGANG

pB kata : BENGONG ..OTAK LETAK KAT KEPALA LUTUTTTTTTTTTTTT

iina said...

klu kat sini sure dah kena saman n naik mahkamah.. walaupun yg buat tuh mak bapak budak.. sebab kat sini kalau berkasar di tempat awam.. org ramai ada hak buat report polis n panggil wealthfair officer..

kakpah said...

kog,
tu lah kan? yang nampak salah anak je.

kts,
adei.. anak2 den kekecik dulu tobat nak bawak pegi jenjalan.

kakpah said...

kakzakie,
hehe.. ada bidalam macamtu ek..

atiey,
yang baran macam ni yang selalu masuk jel tu. Yang mangsa, anak yang tak reti apa2.

miloais,
budak kecik manalah tau apa-apa. mak bapaklah yang tolong bagitau.

pb,
haha.. bangang dan bengong

iina,
ye ke. mesti diorang takut nak buat tak tentu pasal depan public kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...