Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, May 28, 2011

Ada kerja taknak kerja. Bila tak ada kerja buat pula kerja yang tak berpaedah.

Jangan dituba ikan di kolam.
Nanti ikan bergelimpangan mati. Orang tak lagi boleh menjala. Orang tak lagi boleh memancing.

Jangan diracun air di perigi.
Orang tidak lagi boleh minum airnya.  Kalau minum buruk akibat.  Mungkin mati.  Mungkin koma.  Mungkin ceret beret.

Jangan ditabur pasir ke dalam beras.
Kalau ditanak berderap derup bila dikunyah. Nak dibuang sayang.  Nak diasingkan pasir dan beras alangkah payah.

Jangan dilanyak padi di bendang.
Padi tu baru nak hidup. Kalau dilanyak macamana dia nak besar.  Kalau tak besar macamana nak tuai hasilnya.  Kalau tak tuai hasilnya macamana nak dapat beras.  Kalau tak ada beras macamana nak makan nasi. Ramai orang tak boleh kalau tak makan nasi.  Hari-hari mesti makan nasi.

Jangan ditebang pokok durian.
Pokok durian dah berpuluh tahun hidup.  Selama hidup tak ada pun menyusahkan orang.  Lagi orang berebut-rebut nak makan isi tembaganya yang kuning adalah.  Kalau ditebang rugi. Tuannya tak ada sibuk pun nak tebang. Orang yang tak berkenaan tak payahlah sibuk pula.


Kenapa nak tuba ikan di kolam.
Kenapa nak racun air perigi.
Kenapa nak tabur pasir dalam beras.
Kenapa nak lanyak padi di bendang.
Kenapa nak tebang pokok durian.

Bukan kah itu dengki namanya.

Orang yang dengki ni letak otak di lutut.
Orang yang dengki ni tak ada hati perut.
Orang yang dengki ni selalu tak takut.
Akan janjiNYA yang melakukan kerja-kerja yang tak patut.


Hello.. ni siapa?  Aku cukup pantang kalau orang menelefon aku tetapi bertanya pula siapa aku.

Nak cakap dengan siapa?

Ni puan latifah ya.

Ya...

Saya ada terjumpa di internet mengatakan puan nak jual taska.  Aku terkedu.  Senyap.


Hello... kalau nak jual saya minat nak beli.

Maaf puan.  Saya tidak ada buat apa-apa iklan di internet. Saya tak ada nak jual taska saya. Rumah tu rumah saya. Kenapa pula saya nak jual.

Tapi suami saya jumpa kat internet ni.  Ada gambar taska dan nombor telefon puan.

Perbualan bersambung beberapa minit dan aku lebih berminat untuk meletakkan telefon saja. Panggilan ini membuatkan masa aku berdetik sepanjang hari dalam aku berkeadaan bengang.

Siapalah punya kerja yang nak meracun periuk nasi aku.
Hujung tahun lepas ada parents yang nak mendaftarkan anaknya tak nampak tadika padahal dia parking kereta betul-betul bawah pokok di depan tadika.
Ada juga limau terbelah yang ditabur di depan gate.  Cikgu aku rasa kakinya berat dan sakit-sakit dan terpaksa berubat. Mungkin kebetulan.  Mungkin tidak. Yang pasti banyak benda yang sepatutnya kami tak nampak tapi nampak.




kakpah

24 comments:

secangkir madu merah said...

manusia yg tidak berhati perut dan tidak takut dosa yg suka buat keje2 yg tak berpaedah dan apa ke jadahnya itu...

Menjadi satu tanda tanya pulak di benak aku ni, kenapalah dizaman serba canggih ini ada lagi manusia2 kolot dan kuno yg sanggup menuang pasir di dlm periuk nasik org lain...

rezeki said...

itu lah manusia hari ni kak , perasaan hasad dengki dan irihati masih menebal

semua berpunca dari hati yang masih tidak dapat mengamalkan suruhan Allah dengan sebaik-baiknya , benda yang dilarang islam lah menjadi kesukaannya

sabar kak, banyakkan berdoa
insyallah, Allah akan bersama2 kita

pssss kalau dia nak beli jugak , akak jual huruf "D" , dah tinggal AULA not AULAD hehehe
gurau je kak, jgn ambik hati pulak

Ena said...

baca cerita kakpah ni teringat pd family dikg.. ada saje dengki khianat manusia pd keluarga.. ada saje benda yg ditabur.. nak kata kami ni kaya raya tak pulak.. tp ntah apa yg didengki pun tak tahu.. ada saje yg dibuatnya.. kdg kala tempiasnya, kami di KL pun juga terkena.. haihhh

sabar je la ye kakpah

Cik Azz said...

Adehh... totibo yoo moromang bulu roma sey baco entry ni kak...

Ontah apo la yg di dongki an agak ehh tu.. Org skang ni mmg cmtu la kak.. suko sngt amek jalan mudah... Doso dicari, pahalo dikotopikan..

sey pun dh kono kak.. mcm2 org kato psl sey ni..tapi, tu la, soba yoo laa... huhu...

nau'zubillah...

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Indahnya bait yang kak pah tulis sebelum menerima panggilan telefon tu.

Begitulah kak pah, orang kita ni kalau tak ada hasad dan dengki susahlah mereka, nanti mereka tak ada kerja pulak.

Sebar dan berdoalah kak pah semoga orang-orang tu sedar kedengkian mereka boleh merosakkan diri mereka sendiri.

kaklong said...

kak,
ni org melayu..dongki ea tak habih2..
tu pasal la org melayu susah nak maju....







limau tu org koba campak an ko sungai..tak pun pulang an blk kek tuan ea,biar la dio yg gaso...!
akak pepaham dah la yo...!

Ms.Lilies said...

Astaghfirullah....
Apa ke dengki benar org tu kak...ada je yg dia xpuas hati tu

Mohd Hafizd said...

semoga orag2 yg berhati busuk n berniat jaht itu diberi petunjuk n hidayah

sbar bnyk2 yer kak...

aza ni said...

assalam hajjah, rasanya hajjah lebih arif dengan ayat
23 al Furqan,

وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٍ۬ فَجَعَلۡنَـٰهُ هَبَآءً۬ مَّنثُورًا

ustaz kata amalkan lepas solat

iina said...

Org dengki nie mmg ado yo kek mano2 kak.. sabarlah kak..

Acik Erna said...

kak pah..manusia kalau nak berkawan dengan syaitan memang tuhan perkenankan...
bia ditanggung e doso syirik tu..

ejaMaria said...

emm... takut nye... tp Maria pun pernah kena jugak kat diri sendiri... puas jugak la berubat... yg ingat ustaz tu suruh buat baca Yasin 40 hari berturut-turut... waktu uzur suami sambung... Alhamdulillah lepas tu baru ok...

sampai skrg masih tak faham - kenapa org itu iri hati pd saya?

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

alahai k.pah, suruh dia baca SOLUSI cetakan terbaru..BAHANA HASAD.

Hasad ada dlm hati, lebih menyeksa empunya diri drp orang yg dihasad. Jiwanya tidak tenang, fikiran sentiasa kacau dan perasaannya tidak tenteram.

Maunya cuma satu, agar nikmat yg ada pd org yG dihasakan itu hilang. Tetapi kemahuannya itulah yg sukar dipenuhi kerana dia tidak mempunyai kuasa utk melakukannya. Kuasa memberi dan menarik nikmat hanya milik Allah.

Tijah said...

uish. semoga semua eh baik2 belako kak. semoga dihindari dr yg jahat2 tu semuo.

Unknown said...

semuga terhindar dari perkara yang buruk..manusia memang tak suka tenguk orang senang.

tasekM said...

ada nampak hantu ke kak..?



.

ibundo said...

Salam semua.
Terima kasih pada pandangan anda semua. Alhamdulillah kakpah tak melatah, cuma terkilan. I am okay. Selalu berpegang pada prinsip, biar orang buat kita tapi kita jangan buat orang.
Selamat bercuti pada semua.

sud@is said...

kenapa orang buat2 tak tahu bukan senang nak senang......
kenapa bersifat senang melihat orang tak tenang..

kadang2 ujian dtg x disangka..
moga2 kakpah diberi kekuatan..menghadapinya

ibundo said...

sudais,
memang ujian datang bertimpa-timpa. Syukur kerana DIA masih menyayangi..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Ya Allah ya tuhanku, ada gak orang yang tak de keja cam tu ye. Biasalah kak pah, banyak manusia yang tak boleh nengok orang senang. busuk hati semedang. kak pah boleh siasat ngan orang yang call, kat mana dia dapat info tu, benda cam ni tak boleh wat diam.

odah said...

salam

laaa bukak tadika pun ada org dengki.....ishish

ibundo said...

cikina,
ramai orang yang takde keje dan buat keje tak bepaedah langsung.

odah,
tu la pasal..

pB said...

melayu ....
tak habis habis dengan hasad dengki nie

ASH said...

Bior bebenor..!! seram sejuk aku...
Jangan la ada yang buat kat Perdana.
.
.
.
aduhai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...