Adik ke sekolah pakai baju melayu maroon siap dengan samping sepadan. Samping sekolah. Kebetulan samping sekolahnya bewarna maroon. Jadi tak payah susah-susah cari samping lain. Ada jamuan menyambut hari guru, kata adik. Minggu depan walaupun sekolah cuti adik kena pergi ke sekolah juga sebab ada kelas tambahan untuk murid yang mengambil peperiksaan tahun ini.
Aulad juga ada jamuan hari ini. Aulad yang berhampiran dengan rumah aku. Cawangan yang lain sudah pun membuat jamuan. Cuma aku tidak mencanangkannya di sini.
Biasalah bila ada jamuan. Parents tidak kedekut memberi makanan. Kami doakan rezki mereka melimpah ruah kerana kemurahan mereka memberi anak-anak dan guru-guru makan. Memang banyak sehingga tidak terhabis. Supaya tidak membazir, makanan yang berlebih kami bawa ke taska dan juga bawa balik ke rumah supaya dapat menyambung sesi makan di rumah pula haha..
Roti canai tu banyak sungguh. Bapa anak yang bawa roti canai ni memang berniaga roti canai. Anaknya bagitahu sibapa yang cikgunya suruh bawa roti canai. Pagi-pagi di gate semasa menghantar makanan, anaknya siap tunjuk jari pada cikgu yang dikatanya minta roti canai tu. Padahal cikgu tu tak mintak pun. Haha.. pandai je anak-anak ni kan?
Nugget memang tinggal bekas. Masing-masing berebut.
Mihun pun banyak. Macam-macam warna ada. Ada yang merah. Ada yang hitam sebab terlebih kicap. Ada yang putih. Tak ada yang kesah pun warna apa. Janji boleh makan. Bila selesai makan-makan dan mihun tak habis, kami masukkan semua dalam satu bekas jadi 4, 5 dalam satu.
Kek apatah lagi. Kek yang di bawah tu tobeng mungkin sebab ada tangan yang tak sabar-sabar nak sambar.
Di bawah ini adalah guru-guru aku di centre. Ada seorang lagi guru yang tak ada dalam gambar sebab dia tukang ambil gambar ni. Pada staff aku di premis yang lain sori la sebab tak letak gambar kamu semua di sini. Tapi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berjuta terima kasih kepada semua staff aku di tadika dan juga di taska kerana kamu semualah yang menjadi tunggak aulad. Tanpa kamu siapalah aku. Jasa kamu semua akan aku kenang sehingga ke akhir hayat.
Selamat bercuti kepada guru dan anak-anak. Kepada yang bukan guru, maap je lah ya. Jangan jeles.
kakpah
18 comments:
kak,
mintak sikit meehoon dan kek tu kak...sedap bonar den nampak....
Alaahai.... terliur kita dibuatnya. Time gini terasa seronok jadi cikgu!
selamat cuti sekolah...
mari kita berjalan2 hahaha
Nayli pun bawa coklat ball ke tadika hari ni... pun ada hari guru... sure meriah mcm kat tpt akak kan...
kak, saya cuti juga 3 hari minggu depan... ;p
selamat bercuti kak pah..tapi kek gumah tak cuti kan..faris dan maryam ado..he he.
Slmt bercuti kak pah..;) sy pun bercuti gak tp melambak wat balik kertas soalan yg tak bertanda. esok dah kena start pulun..
aduhh,,,sdap2 plak makanan tuh...slmt cuti sekolah kak
tetiba lapo laa pulak..
pos sikit kak..hehe
Mewah makan kakpah...selamat bercuti.
Hehe plg seronok budak2 la kan time2 mcm ni..kita pun tumpang sekaki..
ezza,
maap dah habih kono tolan.
tie,
tanggungjawan cikgu lebih sebabtu cuti pun kena lebih hehe
lilies,
hari2 aku jalan. ke depan ke belakang, naik turun ..
ejamaria,
wow.. pegi mana tu.
erna,
kakpah ni cuti ko tak cuti ko.. seghoman yo.
niey,
habiskan cepat rait kertas tu. lepas tu jom jenjalan.
hafidz,
selamat cuti. Eh.. ko cuti gak ke.
delis,
tak leh pos. Dah basi hiii..
zaitun,
rezki, zai... Mana boleh tolak.
aesh,
budak memang seronok. cikgu pun sebenonya tumpang dua kaki hikhik..
kakpah,
anak kaklong nk masuk tadika thn dopan..buleh masuk tadika akak tak?
kiro2 sedaro2 yo laaa...heheeheheh!!
osah,..!tak malu ea kau kaklong
kadang2 ibubapa terpaksa bercuti mengikut time table anak2... x cikgu pun mengikut cikgu bercuti..slmt bercuti..fenin2
kaklong,
wee.. mehlah. Special dikaun punyo.
sudais,
haha.. ibu bapa fenin nak bawak anak gi jenjalan..
selamat bercuti kakpah..
Selamat cuti sekolah pada kak pah dan guru-guru semua.
kak pah selamat bercuti ye. cik ina tengah tergelak nengok kek bertobeng tu. dah terliur sangat dia nengok icing kek tu.
Post a Comment