Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, May 11, 2011

Cacing yang duduk dalam tanah tu lagi rasa panas

Petang semalam guruh dan petir saling bersahutan. Melalui kaca tingkap kelihatan langit kian muram diselangseli dengan pancaran kilat. Andaikata aku mempunyai tempayan yang dipenuhi air, sudah pasti aku akan cepat-cepat mencurahkan air itu ke dalam longkang supaya dapat diganti dengan air hujan yang baru.

Realitinya, hujan turun dua tiga titis dan awan yang muram tadi bergerak ke tempat lain dan lenyap dari pandangan.

Panas. Semua orang mengadu panas. Duduk dalam rumah, panas.  Keluar apatah lagi. Beruntunglah mereka yang bekerja di opis yang berhawa dingin.  Api letrik bukan kita yang bayar.  Tapi duduk di rumah setiap jam pasang ekon, mahu dihujung bulan badan lagi panas bila melihat bil letrik.

Tak panas ke kak pakai tudung ni, soalan bodoh yang ditujukan pada aku puluh tahun dulu.

Kat neraka sok lagi panas, jawab aku selamba.

Pernahkah kita berpikir bahawa bahang panas yang kita rasa ini berupa amaran dariNYA. Amaran supaya kemungkaran yang berleluasa segera dibendung sebelum manusia diberi merasai kepanasan sebenar.


Teringat aku akan peristiwa semasa aku mengerjakan haji pada tahun 1988. Pada tahun itu musim haji masih jatuh dalam musim panas. Panas yang berbahang-bahang. Jauh dari apa yang kita rasa sekarang.  Keluar dari maktab, yang mula menyapa adalah hawa panas yang membuat aku rasa tak keruan. Berjalan ke mesjid seperti berjalan di dalam oven yang besar. Sudahnya aku jatuh sakit. Kena heatstroke.  Betul-betul pada hari kami bertolak ke padang Arafah.

Di Arafah aku ditempatkan dalam kemah yang kami panggil klinik dan sepanjang masa dipantau oleh kakitangan perubatan. Badan aku disembur dengan air batu setiap masa dan ketika. Suami pula dan kaklong yang masa itu berumur 7 tahun setia berada di sisi. Dari masa ke masa suami akan membelek-belek lengan aku untuk melihat sekiranya ada tanda bintik-bintik merah timbul. Pada tahun itu ramai jemaah yang meninggal dunia disebabkan meningitis. Disebabkan penyakit itulah jemaah yang mahu ke mekah diwajibkan mengambil suntikan meningitis mulai tahun berikutnya. Aku? pasrah.

Pada satu ketika, saat yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila, aku rasakan haba mengalir bermula dari hujung jari kaki aku. Haba itu mengalir pantas melalui kaki, betis, peha, punggung, dan sebelum sampai ke perut aku berteriak supaya badan aku disiram air batu. Lencun aku dimandikan air batu. Dan haba itu tiba-tiba hilang. Memang aku ingatkan nyawa aku sudah sampai di situ. Membuat aku tertanya-tanya juga, adakah itu cara yang sama semasa nyawa kita dicabut dari jasad.

Alhamdulillah aku pulih dan berupaya menaiki bas untuk ke Mina. Tetapi di Mina anak aku pula kena heatstroke. Dugaan haji.


Apa yang mahu aku sampaikan sebenarnya adalah, kalau kita merungut kepanasan ada lagi orang di tempat-tempat lain di dunia ini yang lebih merasa panas. Kita beruntung kerana cuaca kita bukan seperti cuaca mereka yang duduk di afrika nun. Banyak cara untuk kita mengurangkan rasa panas ini.  Yang penting, jangan bersungut tapi luahkan rasa syukur.


Sekian.


kakpah

36 comments:

kak long said...

tu la..kek bangi dapek bahang paneh..kek kajang ujan potang semalam kak..lobek kan main...!
sojuk sikit!

bujal X said...

kawan saya punya gurau lagi kasar makcik~~

bila saya mengadu panas,dia jawab :

ala~~praktis la duduk neraka~~

he~~

AZANI said...

Assalam hajjah
memang Tuhan selalu beri peringatan

pB said...

memang cuaca sgt panas sekarang ...

dok dalam pejabat yang ber'aircond' pun kdg kdg berpeluh peluh

Tijah said...

boto la kak. sey nia...tangan kemain bebolang2 dah ha. raso nak duduk dlm poti ais pun ado. osah paneh eh kan..

Kakzakie said...

Alhamdulillah masa kakak di Arafah tahun 2008 tak panas sebab baru lepas hujan. Ada carpet yg basah sebab tebar atas air.

Namum kepanasan dunia ini benar kata kakpah adalah angkara manusia juga dan peringatan Allah buat kita yng kian alpa walau telah banyak petunjuk diberikan...

kucingorengemok said...

bangi seksyen berapa yang hujan 2-3 titik tu? seksyen 7 lebat, kak...

tengok suhu semalam baru 35, madinah hari² biasa pun 45

miloais said...

memang panas la ni...
dah 5 hari tak hujan
panas dari subuh ke subuh
hiks

kakpah said...

kaklong,
iyo ko. kek area rumah kakpah ni ujan tak monjadi.

bujal,
betulla gurau kawan kau tu haha..

azani,
cuma kita ni je yang selalu tak ingat.

kakpah said...

pb,
bila keluar dari pejabat lagilah panas kan?

tijah,
jangan ekau jadi cam kudo bolang dah lah..

kakzakie,
tahun 2009 hujan gak di arafah. Semua karpet tilam bantal habis lencun ngan air. alhamdulillah.

kakpah said...

kog,
akak tinggal kat seksyen tiga ni ha. Hujan tak sampai kat sini. Dapat tempias je..

miloais,
ko minum milo ais har-hari untuk hilangkan rasa panas ek..

mama Tiara said...

ya..betul

ejaMaria said...

ntah la kak... mmg la panas skrg ni... tp nak merungut banyak pun takde maknanya... sabar je la... pastu duk je kat opis / rumah... tak yah la berjalan mana sangat... bagus gak... jimat isi poket bila tak keluar... ;p

dangarumbia said...

Haba mengalir dari hujung jari kaki ? Agaknya macam tu kot bila nak sampai masanya. Mungkin Allah bagi peluang kakpah rasa sikit. Oh... takutnya..

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Setuju dengan kak pah, kita panas boleh onkan air-cond. Di negara lain yang kepanasan dan miskin tak mampu nak buat apa-apa.

lupekanje said...

Betul3x..
panas2 kat donia, masih ada cara nak menyejukkan.
Panas di sana???

julietchun said...

kedai dobi suka musim panas cenggini :P

kakngah said...

dalam pukul 5 petang semalam, mendung dah. ingt nak hujan. sekali tu pukul 6 lebih, cantik je matahari memancar...

Kak Nora said...

Betul, hajah, saya selalu bayangkan bagaimana mereka yang tinggal di rumah yang beratapkan zink dan tiada ekon? Syukur akan nikmat yang diberikan kepada kita, ye hajah.

petai jeruk said...

Mengadu panas tu biasalah, mulut memang begitu. Yang lebih baik...doa muga Allah mudahkan urusan kita dlm panas2 ni..

S..U..D..@..I..S said...

tq kakpah penulisan yg mantap dan sungguh memuhasabahkan diri sy yg sllu bersungut panas...tq2

Zaitun said...

Panas atau hujan semuanya ada manafaat,jangan bersungut anggap saja sebagai rezeki.

mama azfar said...

Kakpah, africa sekarang tgh musim sejuk. Hujan plak tu. Hehe.

Aku said...

hujan oh hujan...

bila selangor nak catu air ek?

tak donga berito pun...

Kaktiny said...

"Innalillahi Wainnailaihirajiuun.. Ya Allah.. aku redha dengan ujian panas dunia-Mu ini.. tolong Ya Allah.. lepaskan aku daripada azab panas dan bahang neraka-Mu di akhirat kelak".. ameen.

Semalam. dok ajar anak baca doa mcm ni.. (peringatan utk si ibu ni jugak hah!).. sebab diaorg dok bising panas panas panas...

Lepas anak2 baca doa tu, bleh plak masing2 diam and tido tenang.. syukur Alhamdulillah...

:)

h4ni3 said...

semalam ujan lebat, 5-10 menet jer kot.. pastu terus panas.. alahai, dugaan.. syukur alhamdulillah duit aircond kat klinik masih mampu dibayar :)

Ms.Lilies said...

panas2 ni elok gak...ramai org sibuk minum air masak bergelen2...kan ke elok tu kan hihhihi

kakpah said...

mamatiara,
setuju..

maria,
tanaman sayuran ko macamana. kena simbah ngan air banyak2 tu. Daun limau purut kakpah habis hangus.

kakpah said...

tie,
begitulah yang kakpah rasa.

anie,
sebab tu perlu syukur kan? ada orang yang tak berumah dan tak bernasib baik seperti kita.

acik,
adui.. tak dapek nak bayang.

juliet,
otak bisnes ko ni ek..

kakpah said...

kakngah,
tu lah.. ingatkan ujan lobek bona. rupo e ujan kek tompek lain.

kak nora,
dahlah beratap zink, takde kipas pulak.
syukur kita ada semua.

petai jeruk,
haah.. redha je lah.

sudais,
kalau setakat menyatakan perihal kepanasan rasanya tak jadi hal. Cuma jangan bersungut2 seolah2 tak redha dengan keadaan yang Allah beri.

kakpah said...

zaitun,
ye.. betul.

mama azfar.
ye ke.. lupa nak tengok laporan cuaca hehe..

nizam,
catu air? aku ada tangki besar kat luar tu. Boleh tahan 3 hari haha..

tiny,
bagus kau tiny ajar anak mengingatkan akhirat. Akak tabik dengan kau.

hanie,
kau duduk seksyen 7 ke 8. Kat seksyen 3 ni dua tiga titik je turun.

lilies,
memang elok minum air masak. Tak kesahlah gula naik harga 20sen pun hehe..

iina said...

Mehlah dtg sini kak.. skrg nie ari2 hujan jek ;)

~ Cik Azz ~ said...

Ado jugak orang yg duduk dalam ekon tapi badan ehh bopoluh2 dek kepanehan... Paneh ati lagi bahayo dr paneh cuaco ni... kan kakk...

Kali ni paneh ehh monyogek boto la.. Mujur la buek kojo sndri, duduk yoo dlm rumah.. Nak bg sojuk, baring ateh lantai tanpo tikar.. Kok buek solalu cmtu, bahayo gak utk kesihatan badan..

Sabar yoo la...

kakpah said...

iina,
tu la.. nak datang tapi takdo duit lak hehe..

azz,
untung kan kojo sondiri ni. sondoro bos sondiri kuli.
ekau jangan buek kojo tido ateh simin. bolum tuo lai sok badan dah sakit2..

ibuintan said...

kakpah, potang tadi pilah ujan lobek.. syukur malam ni rasa sejuk dan nyaman

mamawana said...

Assalam,

Panas potang, kain di jemuran kering garing... alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...