Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, May 14, 2011

Kalaulah setiap keluarga mengamalkannya...

Dia baru pindah ke senawang.  Sebelum ini dia tinggal di singapura.  Berpuluh tahun dia tinggal di singapura sebelum kembali semula ke sini.  Sebab apa dia pindah ke senawang tidaklah aku bertanya.

Aku bukan mahu bercerita tentang dia. Bukan. Tapi mahu bercerita  tentang cerita dia.

Saya sudah biasa dengan kebersihan. Saya bawa sifat itu ke rumah baru saya. Saya sapu depan rumah saya sehingga ke luar pagar pun saya sapu. Lalu budak-budak sekolah, dengan sewenang-wenangnya mereka mencampakkan sampah di depan rumah saya. Saya rasa begitu marah.

Budak-budak di sini suka membuang sampah merata-rata. Sukahati mereka nak buang ke dalam longkang, di tengah jalan, di kaki lima. Apa emak bapak mereka tidak ajar  yang sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah?


Dulu saya tinggal di apartment. Setiap pagi akan ada pekerja yang membersihkan kaki lima dan menjaga kebersihan di sekitar apartment kami.  Bangunan akan dicat setiap 5 tahun.  Kerajaan singapura tidak membiarkan bangunan buruk dan persekitaran bersepah dengan sampah sarap.

Tapi bangunan flat dan apartment di sini macam tidak diperdulikan. Bangunan sudah buruk tapi tidak dicat semula.  Sampah bersepah disana sini. Macam tidak ada penguatkuasaan.


Itu sebahagian ceritanya dan aku tidak menyangkal. Dan tidak pula ingin aku ulas lebih lanjut di sini tentang keadaan negara kita dimana kita penghuninya dan sekali gus menjadi penyumbang  kepada ketidak-bersihan persekitaran yang kita tinggal.

Cerita dia ini yang aku kenal semasa aku ke beijing tempoh hari kembali bermain-main di minda aku semasa aku ke rumah ibu tua tengahari tadi.  Ibu tua tinggal berseorangan di rumah bertemankan empat ekor kucing yang cantik-cantik.  Anak dan cucunya mungkin keluar ke kedai tanpa disedarinya kerana terlelap.

Semua tingkap di rumahnya tertutup rapat dan pintu juga ditutup rapat sebaik saja kami masuk.
Nanti kucing-kucing ni keluar. Tuannya tak bagi kucing keluar rumah.  Nanti hilang.

Aku bayangkan hidup ibu tua yang rimas dan lemas dalam rumah yang tertutup rapat tanpa memberi ruang untuk angin menyelinap masuk.  Tambahan pula pada musim panas begini.


sumber dari pakcik gugel.  
Beginilah jadinya kalau menjadi pengumpul sampah.


Apa yang membuatkan aku teringat akan cerita dia dari singapura yang sudah menetap di senawang itu ialah  keadaan di sekitar rumah ibu tua yang tidak terurus. Barang-barang yang aku kategorikan sebagai sampah sarap bersepah di sana sini. Penuh di atas meja, berselerak di atas lantai, berjejeran dari depan ke dapur. Dan di dapur pula betul-betul berhampiran dengan dapur masak diletakkan satu takung penuh dengan pasir tempat kucing-kucing melepaskan hajat.  Bau nyaman dari takung itu memang memenuhi satu ruang dapur.

Ibu tua memanglah sudah tua dan tidak berupaya untuk mengemas rumah. Tapi anak menantu? Cucu? Bukankah itu tanggungjawab mereka. Kalau kebersihan tidak bermula di rumah, bagaimana kita mahu mengharapkan negara kita menjadi satu negara yang bersih.

Kami tidak lama di situ kerana sudah mula lemas. Aku lihat tapak setokin aku sudah penuh dengan bulu kucing. Aku teringatkan kata-kata ibu tua bahawa anaknya sekarang tidak sehat kerana diserang asma.  Aku tidak hairan.

.
.
.
.
.
.
.
Hari ini aku menghadiri tiga majlis perkahwinan.
Burp!!!


kakpah

35 comments:

kak long said...

alhamdulillah...!!!
osah konyang ea tu...
gantung piuk la ari ni yo kak?

S..U..D..@..I..S said...

kesian ibu tua pikiran tentu berkecamuk macam sampah.....

zino said...

kat mana mana flat zino pegi penuh dengan sampah sarap... setiap hari berlungguk sampah yg di bersihkan..

iina said...

Camnolah kak dio leh duduk situ.. tak rimas ko.. uihhh.. tak dapek nak ckp apo lah

~ Cik Azz ~ said...

Budak2 zaman skang ni mano nak kisah sgt pasal sampah sarap ni kak.. Baik anak, baik cucu, baik monantu... samo yoo...

Kalau rumah kito yg duduk tu, kito la yg borsih-an.. Kok org lain dlm rumah tu yg buek sepah, kito jugak yg borsih-an.. Nak sound lobih2 kang jadi lain lak.. walaupun sobona ehh dah solalu sound camtu..

Cmtu la kojo kito smpai kito ke'ot..

Ghimeh la sepah2 yg molampaui batasan ni.. Sepah sikit2 tu adat la...

adol ihsan said...

Salam..

Kebersihan itu sebahagian drpd iman..

:)

cikmanggis said...

semasa Cm dalam perjalanan ke Jb tahun lepas sebuah kereta pendaftaran Singapura membaling satu kotak kfc(besar gedabak) betu-betul di depan mata kami ditengah-tengah Lebuhraya..hampir kena kereta kami...hmmm Cm dok fikir sampai la ni tak dapat jawapan....

NenekPenne said...

kat singapore memang bersih...
enforcement kena kuat..lagipun negara dia kecik dan satu tu jer... kita ni ada 14 buah negeri nak kena maintan....

flat2 depa mcm apartment kita, kat bawah flat ada kedai tapi bersihhhhh... kalau kat tempat kita nak2 lagi flat kat loke yew.. tangga pun hitam legam hancing bancing... kalau i kena duduk flat, mahu i meraung..

sib baik apartment i kat puchong tu bersih...

NenekPenne said...

tapi kalau singaporean datang malaysia, wahhh sesuka hati dema campak sampah keluar tingkap mcm cik manggis cakap tu.... sebab dia tahu kerajaan malaysia tak akan saman depa pun...

kakpah said...

kaklong,
mano leh gantung. banyak mulut menciap lagi kek rumah tu. Anak2 dah taknak lagi dah ikut omak ayah e.

lupekanje said...

nak latih anak, kena dari kecik...tpi klu emak ayah pun sama buang sampah merata2, camne anak nak ikut...

Ada yg dah puas didik anak bebaik jaga kebersihan, tpi anak tk juga ikut..ada lah silap eh tang memana tu...cer check..hehe..

kakngah said...

green...
ok!
clean...
ko!
nyatanya begitu...

harni pun kakngah ada jemputan kenduri. rumah makyong. pengasuh bebudak ni... malam tadi buat kapkek 72 bijik sebagai buah tangan...

Kak Ezza@makcik blogger said...

kak.saya ni kalau bab bersih ni, orang spore ni tak masuk kelas kak..budaya orang jepun lah yang paling kita patut ikut...orang spore tu bersih sebab takut kena saman jer..masuk makaysia..buruk betul perangai dia....

Kat sini ada sorang asoh ni kemain suka mengutip sampah..rumah dia penuh dengan sampah, dari dalam rumah sampai keluar...ada sekali tu, anak dia renovate rumah ahsoh ni..kemain cantik rumah tu..cakap ngan mak dia jangan kutip sampah lai...tak lama kemudian..rumah tu penuh nalik..menimbun sampah yang dia kutip....agak nya dia nampak sampah ni macam segunung duit agak nya....

ibuintan said...

tang sampah ni, memang payah nak tegur la kakpah..

di sekolah didik anak2 buang sampah dalam tong sampah tapi ada juga yg degil masih buang merata2

tapi yang penting didikan dari rumah dulu, emak abah mereka jika betul tempat buang sampahnya anak2 pun akan ikut juga buang ditempat yg betul

kalau emak abahnya main campak saja itulah yg anak2 akan buat

kakpah... bertuahnya kucing2 tu dan malangnya tuan2 kucing tu

Aku said...

kucing dan asma tak dapat dipisahkan...

Ena said...

kumpul sampah dalam rumah?? aiyoooo... kang bukan tikus je.. kang pak sawa ngan mak sawa pun sama menompang kan.. haihhh!! scary.. ada gak yg gitu ek???


behnyer.. gantung kuali la kakpah arini yeh!.. rezeki..

mama azfar said...

Dekat dgn rumah ipar saya, ada la jirannya...suka sgt longgokkan sampah depan rumah ipar saya. Memang sakit hati tengok. Pampers2 anak terburai depan rumah ipar saya. Eeee...mmg jijik sgt.

Ada seorg lagi jiran ipar saya yg lagi dahsyat, anaknya berak dlm longkang. Ya ALLAH, apa yg daif sgt sampai tak ada jamban dlm rumah. Hishhhh...mmg tak paham betul.

Saya yg dgr cerita ni drpd ipar saya pun rasa mcm nak termuntah dah. Tak tahu knp ada juga manusia mcm tu. Astaghfirullah...

kakpah said...

sudais,
memang kesian tapi nak buat macamana.

zino,
flat di fasa 4 bandar baru bangi ni paling tak terurus. Sampah bertabur, tempat letak kereta di buat sesuka hati, kotor..memang rimas.

kakpah said...

iina,
den duduk kojap yo dah tak leh tahan.

azz,
yang tak boleh tahan ni kalau ambek barang tak ghoti nak lotak balik. Dah nyepah-nyepah tak ghoti nak nyusun. dah makan tak ghoti nak buang sampah e dalam bakul sampah. kalau memasing samo-samo bagi korjo samo kan sonang idup..

kakpah said...

adol,
betul cakap kau nak.

cm,
kita pun tak tau nak cari jawapan. tapi rasa2nya dorang ni bagai melepas dendam kat sini sebab kat sanun tu semua tak boleh. buat kena denda. kat sini takde sapa nak denda.

kakpah said...

nenek penne,
hati tu memang cemburu gak lah bila tengok flat dorang siap ada landscaping lagi banding ngan kebanyakan flat kat tempat kita ni. Lift rosak berminggu2 pun takde sapa nak datang baiki.
tapi perangai samseng diorang dijalan raya tak boleh disangkal jugak. bukan semua lah. kata semua kang tak adil pulak. penah adik ipar kena kejar dengan kaki pukul jalan raya yang berplatekan spura.

kakpah said...

acik,
kena latih dari kecik. Setiap keluarga dalam negara ini mesti buat macam tu. Bila anak-anak ini besar akan tumbuh satu generasi baru yang pembersih.
tapi kalau tak semua buat macam tu, anak2 yang diajar tadi bila keluar mesti dia ikut terikut2 perangai buruk orang.

kakpah said...

kakngah,
wuih.. tak sangko ekau ngah. tapi apasal 72 bijik yo. mano yang lai 28. mosti bebudak tu yang songlap kan?

kakpah said...

ezza,
betul cakap ekau tu za.
asoh tu mesti ada penyakit tu. Hoarding ni satu penyakit. Gemar melonggokkan barang. Penuh satu rumah pun tak perasan.
Sayang kan kalau rumah cantik tapi perangai masih buruk.

kakpah said...

ibu intan,
kakpah tengok kat depan sekolah kat tempat kakpah ni, bungkusan plastik melambak-lambak kat luar pagar sekolah. dalam kongkang, atas rumput, atas jalan. apa yang kakpah perhatikan, pihak sekolah tidak menyediakan tong sampah di luar kawasan sekolah sedangkan di situlah kawasan anak-anak membeli dan makan jajan yang dijual penjaja. kalau tak, tak usah bagi orang menjaja di depan sekolah. kan?

kakpah said...

aku,
orang yang ada asma tak payahlah bela kucing.

ena,
betul... macam2 binatang yang menyorok bawah sampah sarap tu.

syirah,
semuanya berbalik pada perangai manusia. Kalau manusia berpegang pada sikap kebersihan yang disuruh oleh agama kita, semua perkara itu tidak akan berlaku.

pB said...

alangkah seronoknya kalau negara kita seperti negara jiran kita itu ...


bersih

jamie said...

iye..negara jiran pembersih dan demokrasi sgt2.bilala negara kita nak berubah, bilalah rakyatnya nak buat perubahan.

buang sampah kat tepi tong sampah
buang sampah ke luar kenderaan

tapi pakai baju memahal,
kereta bagus,
kerjaya tinggi,

namun hakikatnya
pengotor dan
'penyampah'

tolong berubah dan kalau ditegur...
jangan marah.

Kaktiny said...

... tiny kata kat cik abang... tak kira teruk macamana pun kewangan family, tiny tetap nak pembantu rumah.. kalaupun dia tak mampu nak bayar dgn duit dia, tiny sanggup ketepikan urusan peribadi tiny dan bayar dgn duit gaji sendiri (alhamdulillah cik abang masih mampu bayarkan.. hahahaha)...

kenapa?.. sebab tiny takmau rumah jadi SARANG ULAR BERTELUR!.. huhuhu...

tiny tahu kelemahan diri.. bila kerja, memang tak sempat nak berkemas (PEMALAS FAKTOR SEBENAR!!.. huhuhu).. tapi, tiny nak rumah sentiasa kemas dan bersih.. jadinya, pembantu rumah adalah 'INITIATIF' yang mampu dipilih setakat hari ini...

persekitaran yang bersih lambang peribadi yang sihat.. kan kakpah?!..

Cik Ina Do do Cheng said...

Bulu kucing boleh sebabkan asma.biar betik cam tu punya keadaan.Budaya tak buang sampah merata, kena didik kat anak kita sedari kecil, kalau dah besar dah jadi buluh susah nak lentur.

secangkir madu merah said...

kesian makcik tua itu terpaksa duduk berkurung bersama kucing2...

amboi dah kenyang sakan tu dengarnya... esok boleh puasa lak..



.

Kakzakie said...

Flat tempat kita lagi sidai baju berjejeran pun boleh kalau di S'pore memang nak kena saman lah jawabnya....

kakpah said...

kita suka kalau rumah bersih dan tak rasa malu kalau ada yang bertandang

kakpah said...

jamie, kalau boleh menerima hakikat bahawa
perangai masy kita ni perlu perubahan, senang... Yang susah nya kalau tak dapat menerima hakikat bahawa rakyat kita ni ramai bersikap pengotor.

kakpah said...

tinny, ye samalah macam kakpah. Perlukan pertolongan orang lain untuk menjaga kebersihan dan keperluan. Dalam makna lain kita ujudkan rezki untuk orang yg memerlukan. Kan?


Cikina, kalau dah jadi buluh nampaknya untuk buat lemang je la haha..

Smm, apa tak kesiannya.


Kakzakie, kain baju yg bergantungan tu pun da buat mata sakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...