Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, May 27, 2011

Menjamu selera

Jumaat datang lagi.  Tapi Jumaat kali ini ada sedikit kelainan.  Jumaat ini adalah hari terakhir sesi persekolahan penggal pertama.

Adik ke sekolah pakai baju melayu maroon siap dengan samping sepadan.  Samping sekolah.  Kebetulan samping sekolahnya bewarna maroon.  Jadi tak payah susah-susah cari samping lain.  Ada jamuan menyambut hari guru, kata adik. Minggu depan walaupun sekolah cuti adik kena pergi ke sekolah juga sebab ada kelas tambahan untuk murid yang mengambil peperiksaan tahun ini.

Aulad juga ada jamuan hari ini. Aulad yang berhampiran dengan rumah aku.  Cawangan yang lain sudah pun membuat jamuan.  Cuma aku tidak mencanangkannya di sini.

Biasalah bila ada jamuan.  Parents tidak kedekut memberi makanan. Kami doakan rezki mereka melimpah ruah kerana kemurahan mereka memberi anak-anak dan guru-guru makan.  Memang banyak sehingga tidak terhabis.  Supaya tidak membazir, makanan yang berlebih kami bawa ke taska dan juga bawa balik ke rumah supaya dapat menyambung sesi makan di rumah pula haha..


Roti canai tu banyak sungguh.  Bapa anak yang bawa roti canai ni memang berniaga roti canai. Anaknya bagitahu sibapa yang cikgunya suruh bawa roti canai.  Pagi-pagi di gate semasa menghantar makanan, anaknya siap tunjuk jari pada cikgu yang dikatanya minta roti canai tu.  Padahal cikgu tu tak mintak pun. Haha.. pandai je anak-anak ni kan?

Nugget memang tinggal bekas. Masing-masing berebut.


Mihun pun banyak.  Macam-macam warna ada.  Ada yang merah.  Ada yang hitam sebab terlebih kicap.  Ada yang putih.  Tak ada yang kesah pun warna apa. Janji boleh makan. Bila selesai makan-makan dan mihun tak habis, kami masukkan semua dalam satu bekas jadi 4, 5 dalam satu.

Kek apatah lagi.  Kek yang di bawah tu tobeng mungkin sebab ada tangan yang tak sabar-sabar nak sambar.




Di bawah ini adalah guru-guru aku di centre.  Ada seorang lagi guru yang tak ada dalam gambar sebab dia tukang ambil gambar ni.  Pada staff aku di premis yang lain sori la sebab tak letak gambar kamu semua di sini.  Tapi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berjuta terima kasih kepada semua staff aku di tadika dan juga di taska kerana kamu semualah yang menjadi tunggak aulad.  Tanpa kamu siapalah aku. Jasa kamu semua akan aku kenang sehingga ke akhir hayat.


Selamat bercuti kepada guru dan anak-anak.  Kepada yang bukan guru, maap je lah ya.  Jangan jeles.

kakpah

18 comments:

rohaizahabas said...

kak,
mintak sikit meehoon dan kek tu kak...sedap bonar den nampak....

Anonymous said...

Alaahai.... terliur kita dibuatnya. Time gini terasa seronok jadi cikgu!

Ms.Lilies said...

selamat cuti sekolah...
mari kita berjalan2 hahaha

ejaMaria said...

Nayli pun bawa coklat ball ke tadika hari ni... pun ada hari guru... sure meriah mcm kat tpt akak kan...

kak, saya cuti juga 3 hari minggu depan... ;p

Acik Erna said...

selamat bercuti kak pah..tapi kek gumah tak cuti kan..faris dan maryam ado..he he.

niey_muhaini said...

Slmt bercuti kak pah..;) sy pun bercuti gak tp melambak wat balik kertas soalan yg tak bertanda. esok dah kena start pulun..

Mohd Hafizd said...

aduhh,,,sdap2 plak makanan tuh...slmt cuti sekolah kak

deqlis said...

tetiba lapo laa pulak..
pos sikit kak..hehe

Zaitun said...

Mewah makan kakpah...selamat bercuti.

Mak anak tiga said...

Hehe plg seronok budak2 la kan time2 mcm ni..kita pun tumpang sekaki..

ibundo said...

ezza,
maap dah habih kono tolan.

tie,
tanggungjawan cikgu lebih sebabtu cuti pun kena lebih hehe

lilies,
hari2 aku jalan. ke depan ke belakang, naik turun ..

ejamaria,
wow.. pegi mana tu.

ibundo said...

erna,
kakpah ni cuti ko tak cuti ko.. seghoman yo.

niey,
habiskan cepat rait kertas tu. lepas tu jom jenjalan.

hafidz,
selamat cuti. Eh.. ko cuti gak ke.

delis,
tak leh pos. Dah basi hiii..

zaitun,
rezki, zai... Mana boleh tolak.

aesh,
budak memang seronok. cikgu pun sebenonya tumpang dua kaki hikhik..

kaklong said...

kakpah,
anak kaklong nk masuk tadika thn dopan..buleh masuk tadika akak tak?
kiro2 sedaro2 yo laaa...heheeheheh!!





osah,..!tak malu ea kau kaklong

sud@is said...

kadang2 ibubapa terpaksa bercuti mengikut time table anak2... x cikgu pun mengikut cikgu bercuti..slmt bercuti..fenin2

ibundo said...

kaklong,
wee.. mehlah. Special dikaun punyo.

sudais,
haha.. ibu bapa fenin nak bawak anak gi jenjalan..

Ena said...

selamat bercuti kakpah..

Anonymous said...

Selamat cuti sekolah pada kak pah dan guru-guru semua.

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak pah selamat bercuti ye. cik ina tengah tergelak nengok kek bertobeng tu. dah terliur sangat dia nengok icing kek tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...