Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, May 24, 2011

Warna warni ceriakan sebuah kehidupan

Datangnya masih tidur. Termengah-mengah emaknya mendukung naik ke atas. Mahunya tidur di atas katil nenda. Kalau di bawah mau dia terlolong-lolong.



Pukul sembilan setengah baru dia bangun. Kadang-kadang terlajak sampai pukul sepuluh. Kalau aku perlu kemana-mana aku tunggu dia bangun dulu.  Selalunya dia jadi body guard aku dan jadi co pilot dalam kereta. Tapi kalau ada benda urgent yang perlu aku uruskan, aku pergi saja sambil meninggalkan pesan pada watik.






Warna.  Memanglah cantik. Tapi pensel warna di rumah ni aku kena sorokkan sebab ada tangan yang tersangat kreatif. Bukan setakat pensel warna saja, crayon, pen dan marker pen juga jangan dibiar terlepa.




Satu hari semasa dia mengacau atuknya tengah buat kerja, entah bagaimana dia terjumpa pensel warna yang aku sorokkan. Yang atuknya pula bukannya nak diberi kertas ke atau buku ke tapi dibiarkan saja dia bermain-main dengan pensel itu.



Faris dah conteng kerusi english awak tu.

Lidah aku pun dah kelu nak cakap apa-apa.  Aku tengok tempat duduk kerusi tu dah diconteng-conteng dengan warna hitam. Aku tawakal je bawak kerusi tu ke belakang dan membasuhnya.  Nasib baik mahu hilang walaupun ada terdapat kesan bleach sikit.




Aku tak pernah ada atuk sebab kedua-dua atuk aku meninggal semasa aku belum lahir. Jadi, tak dapatlah aku merasa manja menjadi cucu atuk. Tapi untuk cucu yang ini, atuknya manjakan terlebih-lebih.

Dulu masa anak-anak aku kecil, dinding rumah aku penuh dengan kreativiti anak-anak. Dari pangkal ke hujung, dari hujung ke pangkal, dari bawah ke atas, dari atas ke bawah penuh dengan lorekan. Kebanyakan masanya, kami biarkan saja dinding itu begitu sebab kami tahu sebaik dicat semula dinding itu akan menjadi tempat luahan kreativiti mereka. Jelingan kawan-kawan dan saudara mara yang datang bertandang tidak kami endahkan. Tapi akhirnya kami jubinkan dinding itu.

Warna.  Warnalah yang menceriakan hidup kami.  Pastinya warna juga yang menceriakan hidup kamu.

kakpah

39 comments:

Kak Ezza@makcik blogger said...

kak Pah

agak nya orang anak ramai macam kita ni macam tu lah yaaa....dinding rumah berkaler2,pintu bilik pun sama...

dulu bukan saja orang datang menjeling2 malah ada yang siap perli tu..macam kita tak tau jaga anak...

Tapi alhamdulillah lah..semua dah besar...tunggu je la dapat cucu nanti...macam mana lah pulak jadi nya rumah kita nanti....

Citarasa Rinduan said...

SELAMAT MALAM KAK PAH

ayu pun tak dapat belaian kasih dari seorang datuk dan nenek...

tapi... bila ada anak.. aduh.. bukan jer dinding, cadar pun dia boleh buat tempat kreativiti dia..

baru2 nie kat almari Tv. mujur boleh di berus kasi hilang warna warninya..

hehehe.. budak2

petai jeruk said...

Salam kak pah..

bila mereka tengok gambar masa mereka kecil2, ada yg komplen pasal apa dinding dalam gambar tu penuh dgn huruf2...oooo...baru nak tahu hangpa lah tukang conteng

AZANI said...

assalam hajjah
hasil tangan anak anak saya dah lihat, cucu ni, kalau ada rezeki dan panjang umur...tengok cucu orang je buat masa ni...hi hi..

Rash said...

Salam Kak Pah~

rash geram ngn anak buah sbb penah rash tgglkan bilik kejap pas2 bile msuk blik tgk screen laptop dh kene conteng ngn pencil & keyboard plak comot kene coklat.. bile tny xnk mengaku plak tu ;p huhuhu

kakpah said...

ezza,
dah nama pun anak berderet-deret. setahun satu. dua tahun satu. dorang gang up untuk mencabar kesabaran kita haha. buruk memanglah buruk rumah kita ye za.. nak buat camno.

kakpah said...

citarasa rinduan,
selamat malam. Tangan kecil itu akan sentiasa mengeksplorasi hehe.. Simpan elok2 pensel atau segala alat tulis. Bila nak buat aktivi menulis atau mengaler baru keluarkan. itupun kena pantau.

kakpah said...

petai jeruk,
baru dia tahu hasil tangan dorang ya. Tapi kakpah tak ada ambil gambar dinding yang berconteng tu. Terasa rugi pula.

kakpah said...

azani,
agak2 raya nanti kena cat dinding tak?

kakpah said...

Rash,
haha.. nasib baik tak diconteng dengan marker pen. Kena coklat boleh dilap lagi tu...

rezeki said...

kak pah

conteng dinding ok lagi, buat dia conteng kat keta atuknya hehehe

warna-warni kehidupan yang sentiasa memberikan kebahagian dan kegembiraan dalam keluarga


biasalah , atuk manjakan cucu lebih dari dia manjakan anak sendiri

Ms.Lilies said...

budak2 ngan alat tulis mmg kamceng hahaha...sama mcm anak saya

secangkir madu merah said...

kakPah, anak aku yg kecik bila melukis diatas kertas leps tu lukisan tu dia lekatkan dipintu bilik ayah & ibu, kami biarkan je lukisan tu tertempek kat daun pintu dan ada juga di lekatkan di pintu peti ais.. penuh entah apa2 lukisan.. tapi bila belek2 balik lukisan tu ada yg dah dua tahun usia lukisan tu dan 5 tahun pun ada, kat bawah setiap lukisan tu siap ada tarikh lagi... hehehehe...

kakpah said...

pak itam,
kalau conteng kereta atuk dengan duit siling mau meraung atuknya pulak.

lilies,
kamceng sungguh. kalau tak kawal tu yang menjadi2 tu

smm,
lukisan2 tu mahal harganya yati. Satu hari nanti dia jadi barang antik. kau simpan baik-baik. Failkan saja.

Cik Ina Do do Cheng said...

Betul tu kak pah biar pun dorang buat kita tak tentu arah, tapi dorang jugak menceriakan dan mewarnakan hidup kita. ahhhh tak kisah lah janji dorang ada disisi kita sepanjang masa.

jeles gambar cantik.

kakcik said...

Tanpa warna, suramlah dunia. :)

ejaMaria said...

ktorg akan touch-up dinding time dekat nak puasa... tapi pun biasa nya utk 3 tahun pertama je... bila budak2 tu dah start sekolah takde dah aktiviti conteng dinding...

dah bagi kertas... dinding jugak jadi pilihan hati kan... best... luas ;p

kakpah said...

cikina,
kakpah dulu masa kekecik takde la pulak menconteng dinding. Mungkin sebab dinding rumah dulu dinding papan. Tanah kat luar rumahpun luas untuk diconteng2 haha..

kakpah said...

kakcik,
orang buta tidak dapat melihat warna warni di sekelilingnya tapi hati mereka lebih bewarna warni daripada sebahagian kita ni.

kakpah said...

maria,
kertas dan buku tak sedap. pikiran dan idea mereka lebih luas daripada sekeping kertas hii..

kucingorengemok said...

dinding kami takde conteng, tapi hias dengan sticker upin-ipin, pooh, hello kitty... boleh tahan cantik juga :)

pB said...

salam Kak Pah



so far , anak anak dara pB tidak memberi masalah conteng-conteng dinding nie.



Adam Faris ni , tak tau lah pulak

kakpah said...

kog,
gambar kucing oren gemuk takde?

pB,
Adam dah pandai apa.. Semuga besar menjadi anak soleh.

Noor said...

Kak Pah...nukilan kak mengingatkan nostalgia lama..time kecik dulu saya pun camnie juga sebab suka conteng...bayangkan hall yang warna kosong tanpa corak tiba tiba keluar bunga comot pulak tu.Bila mak tahu habislah.

Kakzakie said...

Tengok Faris tidur lenanya atas katil syok betul dia. Katil nenek. Soal atuk memang selalu manjakan cucu itu comfirm mana-mana atuk sama kakak percaya 100%. Conteng-contenglah cu... janji hati senang. Heee....

tasekM said...

aku dulu budak MC conteng handbag putih aku.
putih tak lawa.
ada kaler br lawa.
kata dia.



.

Acik Erna said...

kak pah..dah cucu atok..sapo lagi atok nak manjo kan..soba yo la kak pah..he he

kakngah said...

ayah kakngah dulu kemain garang eh.. mkn kono duk tompek makan. jgn harap nk makan dopan tibi. pantang eh tu..
tapi ngn cucu..
makan ateh tilam pun takpo...
cucu atok!

julietchun said...

kadang2 bila nak guna pen atau pensil cari tak jumpa sebab terlalu sorokkan dari budak2 kat rumah ni :P

Ena said...

hehe..

sama la kat umah tu.. dah tak derupa dinding lg.. peta pun dah tak de rupa peta.. lg dilarang lg dibuat.. so, kami biarkan aje la.. nak aya kan baru cat balik.. tu pun kalo ada ongkosnya.. hihi..

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Bestnya Faris tidur.

Di rumah saya pun dah ada artis. Pantang lepa, dinding jadi mangsa.

cikmanggis said...

salam kakpah..Cm pun dok tunggu cucu pertama ni...hai tak tahu lah ..camana nasib opah ni hehe...

Aku said...

...ada juga yang conteng pakai gincu...

2-in-1: dinding kotor, gincu jahannam...

kakpah said...

Noor,
kenangan kebanyakan orang

kakzakie,
atuk tak reti nak marah cucu. semua main ya cu..ya cu.. hehe.

tasek,
aku rasa tabiat kau turun kat dia kehkeh

erna,
tu lah pasal. kena uwan pulak yang marahkan atuk.

kakpah said...

kakngah,
maso kakngah dulu darah ayah tu mudo lai. Bilo tuo ni dah slow down. sobab tu cucu tekinja2 kek ateh ghumah tak kono maghah walaupun atuk tak dapek nak tido siang kehkeh..

kakpah said...

juliet,
kalau sorok pun bia le tempat yang kau senang carik haha

ena,
ada ongkos, cat. takde ongkos, biaq pi la.. nanti cat baru pun dia conteng balik.

ani,
sedap je tangan tu nak melukis ye!!

kakpah said...

cikmanggis,
salam. Tak sabar menunggu ketibaan yang pertama. Yang pertama ni yang selalu membawa debaran. Semuga bakal ibu dan bayi yang dikandung sehat.

nizam,
pasti anak ekau le tu haha

iina said...

Kalau den dapek pensel warna tuh pun den nak menconteng gak.. ;)

Yolah kak cucu sulung atok ehh

kakpah said...

dalam sibuk kau pun sompek lai botandang yo na..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...