Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, May 23, 2011

Mata lebam sebab tak cukup tidur

Sabtu haritu acik limah mak saudara aku datang ke rumah bersama anak bongsunya, dikna. Dialah satu-satunya adik beradik emak aku yang masih ada. Masa dia sampai aku tengah makan bankuong di RnZ.

Sampai di rumah dan bersalamam dengan mereka aku terus duduk di sisi acik.  Aku perhatikan ada yang tidak kena dengan jubah yang dipakainya dan setelah aku belek-belek aku ketawa terbahak-bahak sebab jubah yang dipakainya terbalik yang dalam keluar.  Nasib baik dia tak singgah di mana-manaa semasa dalam perjalanan ke rumah aku. Kalau tidak pasti terjadi macam peristiwa aku ketawakan nyonya yang pakai baju terbalik semasa tengah beratur di kaunter jusco. Itupun aku tertawa dalam hati.

Acik datang sebab dia kata dikna sakit.  Dia selalu rasa malas, lesu tak bertenaga dan adakalanya macam ada kedengaran orang berbisik-bisik di telinganya supaya jangan pergi kerja. Minggu lepas lengannya lebam di beberapa tempat.

Dalam perbualan telefon sebelum itu acik berkata dia bercadang untuk membawa dikna berubat di darussyifa'. Pada tanggapannya dikna diganggu makhluk halus. Aku bagitahunya untuk berjumpa dengan toke besar mungkin susah tapi anak muridnya ramai. Bolehlah cuba.

Kalau badan kita cepat lebam tanpa sebab, jangan diambil mudah.  Orang tua selalu kata dihisap pelesit.  Tapi mesti ada explanation yang lain. Kita mesti ambil kira pandangan dari segi perubatan juga. Beberapa tahun yang lalu kakak kepada abah aku meninggal dunia kerana lukemia.  Semasa aku melawatnya di hospital di akhir-akhir hayatnya, dia menunjukkan kepada aku lengannya yang lebam-lebam.  Dia masih mengatakan ada benda yang menghisap darahnya.

Satu hari beberapa bulan lepas, kirin balik menunjukkan sisi tapak kakinya yang lebam. Besar lebamnya. Memang aku risau sebab bila aku tanyakan samada dia jatuh ke tidak, dia jawab tidak. Bila ke klinik, dr mengambil darah untuk diuji dan dan ternyata darahnya okay.  Aku kata, mungkin kaki dia lebam sebab dia pakai kasut tumit tinggi. Dan terus aku cadangkan dia ke opis pakai kasut leper saja.  Tapi orang muda mana mahu nak pakai kasut leper macam kasut aku.

Peha aku pun selalu lebam tapi sebab aku terlanggar hujung kaki katil aku. Bukan sekali dua.  Banyak kali. Tadi semasa membongkok mencari barang dalam peti ais pula, ketika bangun kepala aku terhantuk pada pintu freezer sebelah atas.  Harap-harap janganlah lebam.

Bila acik limah dan dikna balik aku berpesan supaya pergi berjumpa doktor.  Cuba cek darah pula. Ubat tradisional, tradisional juga.  Yang saintifik jangan diabaikan.


kakpah

30 comments:

kakngah said...

keting adeeb lebam haritu. bila tanya.. manjang ntah jek. tapi kakngah syak dia jatuh sebab seluar baju sekolah agama dia kt bahagian keting tu bekapang kotor eh.. bila diusik yg lebam tu.. sakit teh..

aNIe said...

Kak pah... dulu anie pun selalu lebam2 kat peha... arwah mak selalu kata itu kena pelesit... tapi bila dah berumur sekarang kurang dah... dah takde dah lebam2 tu...

Acik Erna said...

kak pah..betul tu kak pah..poi sepital dulu..sekurang2 e..6 bulan ke 1 tahun..dah doktor tak jumpo..baru poi cubo ko lain..baru pueh hati..

ckLah @xiiinam said...

ckLah pun kakPah....kalau duduk sebelah rakun, tak tau mana satu ckLah, mana satu rakun.


Mata dah sama....


Tapi...sebab ubat-ubatan penyambung hayat.

cikmanggis said...

Lebam mata sebab kena tumbuk ekeke..cm sealau mata lebam je tapi bukan sebab kurang tido kakpah..semua keluarga Cm mata lebam:)

Kaktiny said...

hati lebam ada tak kak pah?.. kehkehkeh...

ni pon ada rasa cam nk lebamkan mata budak ni.. anak bujang tiny taknak makan ubat!.. dh la demam panas.. sesilap si ibu ni yg mata lebam esok ni... sbb dh 2 hari tak tido malam jaga si bujang yg dok merengek tgh2 malam!.. grrr grrr grrr...

Tijah said...

iyo boto tu kak. sey ni...cem maghin org koba ado pendamping sbb salu cakap sorang2. kosan eh lain sakit eh. kihkihkih. nasib baik tak berabih duit ke dukun.

Ms.Lilies said...

itu yg biasa dgr...kalo lebam ada mende hisap...

tp kalo mata lebam xde yg hisap..kehkehkeh

Nizam.Ariff said...

akutakut lebam-lebam ni. org kata darah cair...senang berdarah.

iina said...

mmg kak mato den nie dah berbulan2 lebom kak.. mmg tido pun xcukup.. takat 4 5 jam sehari tuh biasa.. terus ingat nak lotak timunlah kek mato.. takut krg kono gigit ngan semut terus makin lobam lak ;)

Zaitun said...

Minggu lepas dahi saya pun lebam sebab terlanggar pintu kabinet dapur.

Cik Azz said...

Ado jiran sy ni kak, dio kato dio takdo koncing manih, tapi kaki ehh abeh lobam2, dah naik itam dah.. Pehtu dio rajin bona makan ubek boli kek luar ni.. ubek yg klinik gomen bagi dio tak makan.. padahal dio mmg ado ponyakit tu..

Kadang2 payah gak kalau pocayo sgt dgn ubek2 luar ni.. sbb kito tak tau dio punyo kondisi..

kak long said...

ado yo yg lobam kono penumbuk......kannnnn..kakkkkk...!!!!

aza ni said...

assalam hajjah
masa zaman muda dulu main rugby,bukan saja lebam, koyak otot, terkehel, dislocate, calar,luka,cuma patah je belum pasal rugby ni.

ibundo said...

kakngah,
kekocik ni biasolah kalau koting lobam. tingat pulak maso solah marin main hoki. memang gerenti tulang koring lobam dan benjol kono belasah ngan kayu hoki.

ibundo said...

anie,
cakap orang tua ni bukannya tak boleh dipakai langsung. Memang ada kan lebam ni sebab darah kena hisap dek pelesit. Alhamdulillah dah okay.

ibundo said...

erna,
tu lah.. duo-duo kono timbang. bukan nak menidakkan..

cklah,
mesti kakpah dapat bezakan haha.. Yelah cklah. kalau itu dah habuan kita. harap cklah sihat.

ibundo said...

cmanggis,
lebam sebab terlampau masak dan berketuntang di dapur ada tak hehe..

tiny,
hati lebam tu yang payah nak ubat hehe. Kalau mata dan badan lebam boleh dituam. Hati lebam? Kadang2 kita pun tak nampak. nauzubillah..
kau jangan lebamkan mata budak tu pulak ekeke..

ibundo said...

tijah,
tu lah kan? Jangan copek bona buek konklusi.

lilies,
kih..kih..kih..


aku,
akak takut terlebih darah putih.

iina,
la.. kosian e. nak buek camno kan? Sokarang ni takpo la iina. Lobam pun lobam lah. Semuga berjaya.

ibundo said...

zaitun,
tak marah kat kabinet tu? hii..

cik azz,
tu yang payah e tu. Orang koba tak nak donga. Sok awak tu gak yang nak nanggung.. kan?

kaklong,
iyo.. jangan cari pasal.

azani,
akak memang seriau nengok orang main ragbi. Camanalah korang boleh tahan ek..

lupekanje said...

tajuk lobam nampaknya..
lebam leeeeebam laaa...hehe
kakak ngan omak acik rajin kono lobam2 ni..acik buek tak tau yo bilo diorg cerito..takut kang kono kat acik lak..lobam terantuk tak po. Jangan lobam sobab lain. (contoh eh, sbb penyakit..sbb mistik..) huhu..nak cayo ke tak cayo ko...wallahualam. itu semua dugaaan

tasekM said...

kak pah ni cerita lebam pun sedap je aku baca...

:)



.

miloaiskurangmanis said...

kalo lebam tak cukup tido
kena tambah le masa tido tu kakpah!

iols kekadang lebam gak mata sbb tak cukup tido
dok menelek buku dari kulit ke kulit!
hehehehhe

ejaMaria said...

betul kak... tradisi dan moden harus berjalan seiring... saya pun dah mula kan check up berkala utk diri sendiri... bukan pasal takut sakit... tp sbg langkah bersedia... tu je...

Kakzakie Purvit said...

Tak mungkin pakai tumit tinggi boleh lebam kakpah. Macam tak logik je. Kakak dah berbelas tahun tak pun. Baik bawa kirin cek....

ibundo said...

acik, jom mancing kek taman tasik. tapi memalam lah. siang2 malu orang tengok.

ibundo said...

tasek,
biar lebam asal jangan lembam hehe

miloais,
sama macam anak kakpah gak u ni. kalau dapat buku cerita tahan tak tido sampai ke pagi selagi tak habis.

maria,
kakpah pun baru buat health screening. Terpaksa diet dan pantang banyak ni ..

kakzakie,
hii.. dah pegi cek dr dah. takde pape..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Teringat ngan arwah mak,, dia kata kalau berlebam tu kena gigit pelesit. Kawan kat opis kaki dia berlebam dia cakap plak, salur darah tersumbat. cam cam citekan pening cik ina. yang mana satu betul ni. cik ina pun urat bersimpul kat kaki.

Anonymous said...

Betul tu kak pah,

Jumpa doktor dulu lebih baik.

Unknown said...

doktor kata kalau mudah lebam biasanya sbb kurang vitamin c..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...