Ti.. ibuk punya pemarut tu kamu letak kat mana
Dia masuk buat muka kelabu asap. Blur.
Pemarut?
Ya.. pemarut. Yang ibuk selalu buat gini gini tu. Aku gayakan tangan aku seolah-olah sedang memarut cheese.
Lama dia diam. Berpikir barangkali. Dan aku terus jugak tercegat di situ menantikan jawapan yang akhirnya..
Oooooo... yang ibu selalu parut cis tu ya.
Dia ke kabinet sebelah sinki. Terbongkok-bongkok mencari di situ dan akhirnya memegang benda yang aku mahu.
Lain kali letak balik di sini ya. Tempatnya di sini. Dia mengangguk-angguk dan terus kembali memegang penyapu.
Otak aku sudah aku setkan bahawa yang ini letaknya di sini. Yang itu letaknya di situ. Jadi jangan sesiapa pandai-pandai alihkan. Nanti aku melilau mencari. Bila sudah digunakan, kena letak balik di tempat asalnya.
Pernah juga aku sendiri yang alihkan kerana tempat itu tidak sesuai. Aku ubah kedudukan dan mengingatkan diri sendiri kalau sekiranya nanti mencari, tempatnya sudah di sini dan bukan di situ lagi. Tapi saat memerlukan, yang aku tuju adalah di situ. Di tempat lama. Dan angin mula masuk satu badan bila aku tak jumpa di mana aku letak.
Hasben aku pun ada peel yang sama. Banyak kali dia merungut-rungut menyalahkan orang kerana pandai-pandai mengalihkan barang-barangnya.
Di sinilah aku letak. Di sinilah aku letak.
Bila tak jumpa, lama-lama dia give up tapi masih merungut. Tahu-tahu bila mencari fail dalam beg kerja dia, benda yang dicari tu siap terselit di celah-celah kertas di situ.
Sabtu lepas aku dan hasben aku pergi ke tesco kajang. Kami berdua main cari-cari benda tersembunyi di situ.
Tepung mana? Tepung. Hasben bertanya.
Aku tunjukkan ke rak yang kebetulan aku baru saja lalui.
Ada nampak nescafe tak. Aku tanya hasben aku bila sekali lagi bertembung. Oh ya.. barang yang kami beli adalah banyak. Kami guna dua troli. Aku sorong satu dan hasben sorong satu dan masing-masing pegang senarai barang di tangan. Hasben aku angkat-angkat bahu tanda tak tahu mana letaknya nescafe yang aku tanya.
Milo tak dapat cari lah. Hasben.
Plastik sampah tak dapat cari lah. Hasben lagi.
Nescafe pun tak jumpa. Aku.
Sudahnya kami singgah di econsave on the way balik sebab sampai ke penghujung benda tu tak jumpa-jumpa walaupun ditanya pada bangla yang bekerja di situ.
Sebenarnya tesco kajang tengah mengubahsuai kedudukan barang-barangnya supaya lebih mesra pelanggan. Sementara nak biasakan dengan perubahan, terpaksalah kami tercari-cari sebab dah biasa dengan kedudukan yang lama. Lagipun, masih dalam transisi. Barang-barang banyak yang ada dalam kotak lagi belum disusun. Mintak-mintak hujung minggu ni dah siap. Tak adalah kami kena main cari-cari lagi.
Food court pun dah cantik tak serabai lagi macam dulu.
Yang paling penting, troli tesco dah banyak yang diganti baru. Tak adalah lagi yang jalan senget macam ketam...
ibundo
42 comments:
Begitu juga di Tesco Melaka. Jadikan shopping tolak troli di pasaraya satu brisk walking exercise. Angin satu badan ke, ibundo?
iyo la kak,dah cantik ha,lamo dah tak poie tesco kajang,sllu poie tesco semonyih yo...food court ea pun dah cantik...
Tesco Ampang pun sama - dah tak tahu nak cari barang yang biasa 'kalau pejam mata pun jumpa'.
Bab troli - memang sakit hati menolak troli yang senget...
biasa dh tu kak pah, kita letak brg kat lain, tmpat lain di carinye..mmg hangin kan. mula nk marah org pdhal salah sendiri hahaha
bukit sebelah lembah dah ada tesco.. tak perlu g jejauh lagi nk mengabih an duit kek tesco hihihi!!!
Assalamualaikum Kak Pah,
Sekarang ni saya juga begitu.
Kadang2 tu rasa nak marah diri sendiri kenapalah pelupa sangat.
hehehe...
yang selalu leka + cuai pasal letak barang ni hubby saya... pastu sibuk 'mana... mana...'
dgn saya sekali kena jadi tukang cari... adoi la...
Salam kak pah,
hehe.. dua hati sejiwa.
hubby saya takkan tulun cari. dia pasrah ,menanti apa yg saya bagi. pastu dia gi timbang dan letak dlm troli. huhu. bila kita hilang sbb cari barang, mukanya kelat cari kita. hahaha...
bab cari barang ni... memang sokmo terjadi lah... nak plak dah biasa letak kat situ - bila kena alih atau berbuah tempat... mau kecah satu rumah carik tak jumpa!
heheheheh
makcik~apsal tukar nama?
Saya juga macam kakpah jangan ada sesiapa yang mengalihkan barang2 saya,riuh satu rumah.Anak2 kata saya cerewet.
tak best kan kena belajar setting baru
jika ke pasaraya besar memang selalu tercari-cari barang yang nak dibeli..kadang kadang geram jugak.
Bab letak barang lupa tu perkara biasa.bab tuduh orang ambik ,ubah tempat tu satu hal la pulak.Jika betul tak pe..selalunya salah hehe(diri-sendiri ni)
sama mcm kitorg time giant sini hr tu ubah kedudukan brg...mula2 cari jenuh gak
aku sejak ada myden ni kak.
beli barang situ je.
tempat lain tak bulih lawan dia punya murah.
.
kak pah...
sejak econsave buka aina dah pencen gi tesco. start moto ikut jalan belakang ja daru rumah gi econsave tapi kalau nak beli stok sebulan terpaksa le pusing silk highway ke jalan reko...
troli tak senget takde trill la kak,kekekeke
sobut tang troli senget ni.. sey ponah pakso sorang pekerja mat bangla tu tolakkan troli dari dalam sampai keluar ke parking ... dah jalan ngereng yo, maun hangin satu badan
uish..samo lak kito..kalau dah lotak barang tu..jangan sesapo ubah...anginm meroyan satu badan..he he..
kak hajjah nora,
hanngen naik satu badan sampai kena urut burppp.. burppp..
kaklong,
ekau datanglah shopping kek tesco kajang sekali sekali kaklong. buleh kito borak2 sambil minum2 kek food court tu. Dah cantik selero pun makin cantik lah..
kakchik,
bila dah biasa kita dah tahu dah barang-barang yang kita nak tu di mana letaknya. Bila dah tukar tempat tu yang nak kena edjas sikit tu.
troli senget ni buleh buat bahu sakit gak kakcik..
marina,
kalau dulu-dulu kan, hasben kalau nak cari barang dia akan tanya kpah dan kpah tahu je mana nak cari. Sekarang? .. dua dua dah blur hehe..
kakngah,
bukit yang banyak duit tu ko..
Kat lembah tu apo ado kakngah. Ado sekali haritu atuk telupo nak isik minyak kek tanjung. Torus masuk lombah nak isi minyak. Petrol stesen takdo ke sanun? Kono pusing masuk tanjung balik ....
anie kunang-kunang,
sebenarnya kan anie..banyak hormon yang dah berkurangan kikkik...
maria,
Main tuduh-tuduh tu yang tak tahan tu.. haha..
indahouse,
kpah dah siapkan lis barang 2 helai. kpah cari barang ni, hasben cari barang yang tu pulak. Selalunya bagi yang senang-senang je kat dia. Kalau suruh beli sayur mayur... hancur..
miloais,
kita ni mesti ada sistem. Taruk label siap2. Baru senang cari. Dulu2 kpah rajin buat macam tu tapi bila rasa2 dah terer, dah tak buat lagi. akibatnya.. tanggung sendirilah. kalau cari tak jumpa gak, beli lain. tup tup satu masa kelak bila tak cari, terjumpa balik yang kita dulu cari tak jumpa tu.
bujal,
makcik tukar nama sebab takut bujal konfius dengan akak akak yang lain tu....hehe
zaitun,
yes... samo lah kito
kog,
kena ambil masa nak ingat balik keadaan tempat yang baru ni..
cik manggis,
kalau tempat tu kita baru pergi sekali dua, memang kita pening cari barang. tapi kalau kita dah biasa, kaki tu tahu je nak bawa ke mana. dah mahir.
cari barang tak jumpa ni kadang2 memang ada orang ambil tak pulangkan.Selalu juga salah diri sendiri letak salah tempat haha..
bab2 letak benda bukan kat tempat asal, den la hero nya.
hihihi. selalu kena marah ngan ibu
Alah kak tgk cendol n aiskrim tingin lak.. tgh musim panas nie..
lilies,
orang ns cakap berkelintau mencari.. ha.. tu nunjukkan betapa melilaunya mencari ..
tasek,
aku ada dua kali kot pegi mydin tu. Banyak e barang dia. Besar pulak tu..
jun,
u selalu gi ekonsave kat mana. kpah kalau tak banyak sangat beli barang pegi ekonsave kat jalan reko ni je. Kalau compare harga ngan tesco ada yang lebih kurang gak lah harga nya. tapi rasanya tesco ada barang yang sikit lebih murah...
juliet,
ko kata tak trill...
sakit bahu aku tahu tak..
ibu intan,
hahaha.. baru padan muka bangla tu. Mesti dia nyumpah2 dalam hati.
erna,
osah botul samo e kito ..
kts,
memang patut kena marah pun. Kalau tak pun nak kena ketuk2 tangan yang tak tahu nak letak balik kat tempat asal,
iina,
cendol buek sendirilah iina.
oooo... yang gitu-gitu tu pemarut cis..
pemarut cis???
anak cik ina suka pegi tesco, katanya barang tersusun, tak cam pasaraya lain. suami selalu tegur cik ina plak suka tak letak barang balik ke tempat asal bila dah ambik. jangan marah cik ina ye.
aku,
ye.. cis!!! pemarut.
cik ina,
cik ina memang nak kena marah ni sebab tak letak balik kat tempat asal haha..
assalam hajjah
ya masalah barang yng dipindahkan dari tempat asal tanpa pengetahuan kita...mmg kecoh...walau kita yang lupa kita yg pindahkan...terjadi pada saya banyak kali...hi hi hi
ibundo
selalu yang kecoh itulah yang membuat benda itu menjadi kecoh hihi..
Haha... Samo la pe'el kito ni kak.. Sey pon tak suko kalau org dok alih2 barang yg mmg sey dah lotak kek satu2 tompek tu.. Lobih2 lg brg nak buek kuih.. Mau tobalik dapo tu sey kojo an.. goram punyo pasal..
Kito kalau mmg dah biaso cari barang kek satu2 tompek tu, kek situ la kito cari dulu, kan...
kehkehkeh!!!
sian atok. lombah apo ado... ado kodai kupi pakdin yo. org lombah panggil pakdin bistro tekau... tang jematan hiway tu dah nampak dah....
kalau jarum minyak baru E lom nyalo lampu eh.. sampai tu ko bukit banyak duit. kngah selalu buek.. hihihi!
apsal tak roger??
buleh singgah rmh.
teh o mo sekut tawar lebar ado la... buleh la tu. buek basah tokak, aleh perot....
:p
Post a Comment