Masjid Terapung, begitulah nama yang diberi dan terletak di Tanjung Bunga cuma beberapa kilometer dari tempat kami menginap di Batu Feringgi.
Sudah ambil gambar masjid tu? , hasben menunjukkan pada sebuah masjid kecil tidak berapa jauh dari masjid terapung. Dan sebenarnya aku tidak nampak kewujudannya sebelum hasben aku aku berkata demikian.
Terus aku mengambil gambarnya.
Menurut apa yang dikabarkan kepada hasben aku dan dikabarkan pula kepada aku, tempat ini dahulu teruk dilanda tsunami. Banyak rumah yang rosak tetapi masjid kecil di atas tidak terjejas sedikit pun. Kerajaan membuat penempatan baru untuk mereka yang terlibat dan dibina pula masjid yang baru jua. Masjid yang lama ini dijadikan tempat anak-anak mengaji agama.
flat yang dibina di depan masjid menggantikan tempat tinggal yang musnah.
Orang Pulau Pinang boleh sahihkan cerita ini?
Kemudian kami mencari jalan, berputar-putar untuk ke Bukit Bendera walaupun sudah berkali-kali ke sana.
Sungguh teruja menaiki keretapi baru yang cuma memakan masa 4 minit untuk sampai ke atas.
Dan bila sudah sampai di atas, tidak banyak yang mahu dillihat selain pemandangan ke bawah melihat georgetown yang kelabu dilitupi jerebu. Setelah bersolat zohor di masjid bukit bendera, kami termakan hasutan pemandu buggy untuk naik ke atas lagi melihat banglow peninggalan beratus tahun. Sememangnya kami belum pernah sampai ke tempat yang lebih tinggi itu.
Rupanya di sana juga ada jambatan gantung yang sudah tergantung kegunaannya.
Pulau Pinang. Tidak banyak tempat untuk aku melawat-lawat. Tapi melihat keindahan alam ciptaan Allah ini sangat-sangat memberi keinsafan.
Ramai pelancong arab di sini. Dan ramai juga pelancong orang putih yang saja suka-suka pakai bra dan spenda yang tersepit kat celah montot. Sabau jer lah...
Jumpa lagi, insyaAllah.
kakpah
46 comments:
kaklong ado yo donga pasal masjid tu tak kono badai tsunami...org koba bilo ombak tu sampai kek mosojid tu,dio terbolah duo...waullahualam...!!!
tapi kaklong bukan orang penang yo,nak mensahih an...heheheh!!!
pantai mana yang ramai omputih pakai spender dengan bra je tu? saya nak gi~~haha~~
kak... kat penang ada pantai yg open ke utk mat salleh pakai bikini kat pantai ?... dulu pegi tak nampak pulak...
Subhanallah... cantiknya gambar pemandangan alam itu.
Betul kisah masjid tu. Saya pernah bersembahyang di masjid yg lama sebelum tsunami dan masjid baru selepas ianya dibina. Kebanyakan penduduk di situ adalah nelayan dan mereka skrg tinggal di pangsapuri yg baru tu.
Berbaris panjang tak masa kakpah nak naik keretapi bukit bendera tu? Saya takut naiknya 4 minit tapi berbaris 2 jam huhuhu
last naik bukit bendera masa zaman sekolah dulu hahaha...lama giler dah tu
hehehehe nasib x snap gmbao dorang hahaha
tahun lopeh g penang, BB under construction. dah la sosek2 mencari eh.. ayo ai....
kek sebolah masjid terapung tu ado gerai laksa. kok tak silap la...
last naik Bukit Bendera 2006..masa tu kretapi lama lagi tuh.. nak try jugala yg 4 minit ni.....
patut amik gambar yg tersepit celah ponggong tu kak..
haha.
.
dahlah pakai tak sopan gitu,dengan selamba dorang lalu lalang depan mata kita.
lama banget iols tak ke penang...
bukit bendara tu... last iols pegi tahun 80an... hahahaha
kak.... gambo2 pemandangan tu cun banget kak!
Biasanya yang terselit tersepit-sepit tu ketam je kak.. hahaha.
kesah masjid itu mmg betul kak.. aku bukan org Penang tapi aku selalu pi Penang.. dan selalunya kalu aku pergi sana Batu Feringgi inilah tempat duduk aku.. masa tsunami dulu tmpt ni mmg teruk.. ayaq naik sampai atas jalan, sampai ke seberang kak.. aku berkesempatan melihat kesan2 tsunami stelah beberapa hari berlaku tragedi itu.. dan flat itu adalah penempatan baru utk rumah2 di tepi laut yg kebanyakannya nelayan..
akak pergi tak pasar malam disepanjang Batu Feringgi? kalau berada di sana spt berada diluar negara kerana org2 sekelilingnya org2 asing belaka..
aku belum lagi merasa ketapi baru di BB itewww... tapi dah byk kali naik kat atas tu... bukan ada apa2 pun..
Assalam kakpah betul tu pasal masjid yang kecil masa tsunami rumah yang ada di sekitar habis musnah. Keajaiban Allah sebab tu depa tak nak roboh walaupun dah ada yang baru. Banyak tempat menarik kat penang ...taman youth park skg jadi taman negeri saya dulu selalu jogging kat situ. Waktu membesar lagi banyak minah dan mat saleh tanpa malu tidak berbaju tapi sekarang dah kurang. Dulu siap dengan terdampar atas kerusi malas tanpa coli jika kita lalu di kawasan hotel.Orang penang dah tahu dah kawasan mana yg sesuai dan tidak sesuai haha
Sallam Kak Pah,
How do you eat air?
Where do you eat air?
mana satu ayat yang betul ni,
apa-apa pun LIKE your kepala blog,
Chantek...
oooooooo..kakpah ke Penang yo..
sey dah naik muak ke Penang ni kak..cewah..nada berlagak boto kan?..maso baru kawin se dok kodah.8 thn kek sanun..hasben grad usm..hampir tiap tahun ke usm..nak nunjuk kek anak2 tompek dio belaja..hah! kakpah bayangkan lah kemuakkan ese itu..kihkihkih
Maha kaya Allah, banyak kes tsunami yg tidak meroskkan masjid kakpah. Utk kita tambah celik sebenarnya.
Lagi dgn paparan photos kakpah yg sharp and nice benar kejadian Allah siapa pun tak boleh lawan.
Eat wind yg bukan eat sebarang eat banyak hikmah yg dapat. Hehehe.... kelakar pulak bila kata eat wind.
puas den scrol smpi ke bawah. tak jumpa pun gmbr pelancong org putehsss tu.
hahahaha
kaklong,
orang yang kek masjid ni cerito, ombak bosa tu memang di siah e botul masjid tu. Taak kono cuit langsung.
bujal,
kat feringgi ni memang tempat dorang.
maria,
yang open akak tak taulah. Akak duduk kat park royal ni, ada beach sendiri. dorang ni kalau tak kat swimming pool, kat pantai. kalau tak pun berjemur je atas kerusi malas tu. pakai 2 pieces swimming suit sebenarnya. Tapi apa bezanya dengan bra n spenda ek..
kakcik,
saya duduk tepi pantai tengok matahari tenggelam sejurus sebelum azan maghrib..
memang cantik.
yb,
kamu telah menyahihkan cerita hehe..
yb,
bukan musim cuti sekolah ni, orang tak berapa ramai. Yang ada arab ngan omputih dan orang kita yang sama2 menyibuk macam kakpah ni. Jawapannya, beratur, sepuluh minit.. tunggu train bergerak 5 nimit.. sampai atas 4 minit. Dari parking kereta hingga ke atas tak sampai setengah jam. Kira cepat lah tu..
lilies,
mak datuk ai.. zaman tok kaduk.
marina,
ambil gambar? hehe.. mau kena lepuk tangan makcik ni..
kakngah,
gerai laksa tu mungkin kek sebolah masjid lamo tu. memang ado satu gerai kek situ tapi tak perasan pulak gerai apo.
sudais,
memang laju. terasa berdesup laju nya.
tasek,
hehe.. tak berselera haih..
juliet,
tau tak per. kenyang mata pekerja hotel ni.
miloais,
lamanya tu...
Aku,
akak lebih rela nengok ketam.
yati,
orang yang bercerita itu pun cakap macam tu.
akak duduk betul2 kat gerai yang bukak malam2 ni. Mula2 tak tau sebab siang lengang tak ada stall ke apa ke. Malam tadi makan kat restoren lebanon, jalan kaki je dari park royal ni. Tengok sepanjang jalan penuh dengan orang menjaja. Memang penuh denga bangsa asing..
noor,
terima kasih beri penerangan.
pagi tadi kami ke herba park..kira masuk dalam hutan jugalah. Penat gak naik bukit turun bukit. Jadi, bila dah sampai ke taman negeri tu memang dah tak larat nak berjalan lagi dah. Rasanya lebih kurang sama je dengan tempat yang kami pergi mula2 tu.
lipis lady,
haha.. bila melayu diorangputihkan tentu bunyi nya pun lawak...
terima kasih.
anim,
kok sini ado snow ko baru lah ngancam kan hehehe..
kakpah pun dan banyak kali ko sini. tiap kali datang lagi, mesti sosek gak
kak zakie,
berjalan eat wind sambil melihat keagungan penciptanya, dapat gak pahala insyaallah..
kts,
ada!!!!
ekau tak nampak ke!!
weh kts, rumah ekau dah taruk mangga. Eden tak ado kunci nak bukak.
vaa..vaa..vaa.. honey moon Penang pege ka boss..buah pala satu..! eat wind banyak2 nanti kembung sapu salap buah pala wokey..wakaka...
Salam kak pah,
rasa luas pandangan saya. kita belum sampai lagi ke bkt bendera tu. huhu
Kak Pah..
Cantiklah gbr senja tuh.. Tulisan 'kak pah ke bukit bendara' tuh buat den tergelak hehehehe.. sekali tgk cam tulisan papan tanda kek situ lak..
Mat saleh pakai bikini? kat sini kalau hari panas yo.. mmg seksi meksi yolah minah mat saleh kek sini..
sebut Pulau Pinang..nasi kandar memanggil manggil ku ke sana..best kan makan nasi kandar?
yati,
buah pala? apasal aku tak nampak buah pala?
ni tengah kembung lah ni yati weh..
indahouse,
kalau belum sampai, sampai sampaikan lah. bila dah sampai, tak ada apa benda pun kat atas tu selain seronok naik train dan melihat view ke bawah..
iina,
ekau sorang je ko yang perasan papan tando tu? haha..
err.. tengok pakcik tuo tuo pakai spenda lagi tak boleh belah..
hani,
nasik kandar punya pasal lah ni perutku tengah meragam. hadui...
kak pah..ponah yo donga kisah masjid tu.
gambar yang kak pah lotak kek sini..cantik2 la..memang kak pah dah pandai ambik gambar..
Hajah, You go photo shooting when you eat wind in Pulau Mutiara, yes? Like the pictures, real pro you!
eat wind...tak kombong ko kakpah?
osah la lawa ea gamba2 yg kakpah tembak ni
selamat malam kakpah..
sebelum ayu tidur singgah sini dulu
macam lama tak singgah,....
kak pah..
maha suci allah..
mmg cantik ciptaan illahi..
pandainya yang tangkap gambar tu..
kak pah ker???
dan........... ayu tergelak kecil dgn statment last tu.. hehehe
Subhanallah... Cantiknya pemandangan matahari terbenam tu kak.. Sey bolom ponah lagi tengok secara live matahari tobonam ni..
Apo tak solit an sokoping duo gambar spenda colah muntot tu kak... hehehehe...
erna,
macam masjid kek aceh tu kan?tak kono pun.
kak hajjah nora,
kik kik..sedap je bunyi kalau basa omputih di melayukan..
ibu intan,
eat wing tak kombung. yang kombung eat nasik kandar. hadui..
ayu,
memang cantik melihat matahari terus terbenam dalam laut..
azz,
kakpah memang tunggu. memang cantik azz.. tak tekato cantik e.
kak pah tengok gambar-gambar kat blog ni, cam teruja je. cam masa ni gak nak ke sana. cantik .
salam kak Pah,
Ina ke masjid terapung ni awal tahun lalu kalo x silap...pegi solat Maghrib...cantik masjid ni di waktu malam
Subhanallah...cantiknya gamba2 ni kak pah....
Paling acik goma, gambar matahari terbit / tebonam tuh.
Rabbana Makhalakta haza batila Subhanaka waqina azabannar..
Post a Comment