Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, June 12, 2011

Hati yang parah

Kelmarin pagi-pagi lagi dapt sms dari hasben.

Kenal rozita che wan?

Kenal.  Apehal..

Waa.. kawan ekau ramai yek. Dio masuk sepita.  Kena hepatitis surat kabau kata.

Siapa tak kenal rozita che wan. Wanita cun-mesti-ramai yang tergilakannya. Dengar kabar dia dah keluar hospital dan cuma demam kuning. Semuga dia sehat.


Dulu masa aku kecik , aku tak tahu pun hepatitis tu apa.  Malah tak pernah dengar pun. Ada juga orang kampung aku meninggal sebab badan kuning dan mata putih dah jadi kuning. Tak ada siapa yang kaitkan dengan penyakit. Mula-mula orang sibuklah bercerita itu ini tapi lama-lama cerita pasal itu hilang macam tu saja.

Dulu emak aku ada pembantu rumah orang indon.  Soimah namanya. Banyak tahun juga dia berkerja dan sudah beberapa kali balik ke kampungnya bertemu dengan suami dan anak.  Biasalah orang indon ni.  Mereka sanggup meninggalkan keluarga demi mencari kesenangan hidup.

Tiap-tiap tahun aku perbaharui permit kerjanya. Setiap kali mahu perbaharui, dia akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Dan pada tahun 2004 semasa mahu perbaharui permit untuk tahun keberapa aku pun tak ingat, medical check up nya tak lulus.  Klinik menelefon mengatakan dia ada hepatitis B dan terpaksa dihantar balik.

Aku bingung.  Kami bingung sebab sebelum itu semuanya okay. Kemudian kami buat spekulasi sendiri.  Hanya tekaan.  Kerana beberapa bulan sebelum itu dia ada pulang ke kampungnya di Semarang bertemu dengan anak dan suaminya.

Dia menangis tidak mahu pulang. Emak dan abah juga merayu supaya dia terus berkerja.  Tapi apakan daya aku.  Kalau fomema tidak lulus, permit tidak boleh diperbaharui. Abah cakap biarlah dia kerja tanpa permit. Aku cakap susah. Takut ditangkap oleh yang berkuatkuasa. Akhirnya dia aku hantar balik juga.  Kasihan.

Hepatitis bermakna keradangan hati dan virus hepatitis boleh menyebabkan kita mengalami masalah ini yang mungkin berakhir dengan kematian jika tidak diberi rawatan sewajarnya.
Virus ini disebarkan melalui hubungan seks, berkongsi jarum suntikan dengan individu dijangkiti atau pemindahan darah. Wanita hamil yang dijangkiti Hepatitis B boleh memindahkan virus ini kepada anak ketika bersalin. HVB dikatakan 100 kali lebih mudah berjangkit berbanding virus HIV.

Dulu aku mempunyai seorang perkerja yang berkahwin dengan lelaki pilihannya walaupun dia tahu bahawa bakal suaminya itu pengidap hepatitis B. Cinta memang betul buta.  Semasa dia mengandung, beberapa kali dia dimasukkan ke hospital kerana  badannya kuning.  Apabila anaknya dilahirkan, anak itu juga mengidap hepatitis.


Ada di antara kita yang kurang memberi perhatian kepada penyakit ini. Pergilah dapatkan suntikan sekiranya belum. Prevention is better than cure. 

Anak-anak yang baru lahir  kadang-kadang kuning juga. Kulit dan mata putih jadi kekuningan disebabkan terlebih bilirubin di dalam darah. Kuning ini dipanggil jaundice dan boleh diubati dengan menjemur bayi di bawah sinaran cahaya matahari pagi. Jangan terlupa nak bawak masuk ke dalam rumah, sudah....


Sekian.  Maaf tak dapat menjawab komen dalam n3 lepas.




kakpah 

39 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Dengar dari cite kak pah, teringat dua hari lepas jumpa kawan anak kat klinik. cik ina tanya dia wat apa kat situ, di cakap ambik suntikan hepatitis. Barulah cik ina tahu dah besar ni boleh gak ambik tapi kena dapat nasihat doktor.

ejaMaria said...

hari tu terfikir gak nak cari hepatitis ni punca sakit drpd apa... yg tau berkait dgn hati je... so akak dah jelas kan... tapi still tertanya-tanya... tersebar melalui seks, berkongsi jarum suntikan atau pemindahan darah... klu pasangan seks kita sihat dan kita sihat, insyaAllah ok la kan... takde guna jarum utk suntikan, pun ok la kan... tak buat pindah darah, patut lagi ok la kan...
tapi ada cara lain lg ke bole dpt jangkitan ni hingga kan perlu ambil vaksin?... logik tak kalau saya kata klu kita tetap amalkan cara hidup sihat + islam insyaAllah kita tak kena penyakit pelik2 ni?...

Nizam.Ariff said...

eh, aku ingat sumber utama virus ni ialah kerang-kerangan / moluska yang hidup di dalam air tercemar...

Ms.Lilies said...

kawan saya ada sorg kak kena hepatitis ni..dia tau pun masa derma darah..tapi dia sungguh positif..dari perubatan secara moden disambung pula dengan secara tradisional...less than a year terus sihat...bebas dari penyakit ni...

sejak dia kena saya terus amik injection...

Guru said...

betullah kak pah citer ni, tapi jgn lupa ada juga hepatitis A dan C.

amalan hidup sihat tu memang berupaya mencegah, tapi kuasa Allah tak ada siapa yang tahu..kan. hari ini kita sihat, tanpa terduga ada insiden yang tak disangka dan tak diduga menyebabkan kita dijangkiti.. nauzubillah.

tetap tuahan yang punya kuasa

Cik Azz said...

Errr...

Takut lak haiihh...

Buleh ke amek suntikan kalau takde Hepatitis tu kak.. Kang marah lak doktor.. huhu..

kasihibu said...

yg sya tahu ianya juga berpunca dari makanan yg tidak bersih

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Saya juga pernah kena orang indon yang kerja di rumah saya tak diluluskan sambong bekerja kerana hapatitis,

Masa tu cucu saya masih kecik. Jadi terpaksalah dia pulang walaupun dia seorang yang rajin.

Sekarang ni penyakit2 begini banyak terjadi kerana kita terlalu ramai orang 'luar' yang masuk.

ibuintan said...

kakPah melawat tak ita ce wan tu?

kalau tak silap kalau tidak diberi rawatan awal boleh jadi kanser hati pulak... betul ke Kak

kaklong said...

tu la..kaklong ado tanyo kek 1 blog tu...dio cito pasal bulu mato palsu toba tu masuk spital...kono hepetitis B,kaklong tanyo la,dio samo cam HIV ko? rupo HIB...tapi dokek2 yo bunyi ea kan? hihiohihi!!!

Acik Erna said...

kak pah..ado ko kak long koba an bulu mato tobal..he he.
takut yo kan kak pah..seruis rupo e kosan Hepatitis ni kalau tak dirawat..

tasekM said...

tu hr boipren dia si shahir tu yg sakit hati.
ni dia pulak...




.

Zaitun said...

Anak kedua saya pernah dimasukkan ke hospital selepas baru bersalin sebab demam kuning,alhamdulillah sihat sampai sekarang.

sud@is said...

tentu ramai pelawat rozita che wan..
bahaya hepatitis b ya......

secangkir madu merah said...

pernah juga dengar kalau kena penyakit ini elok minum susu kambing yg fresh..


::: kak aku dah jenguk blog masak2 kakPah tu..wah kelazz you..

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa maid Indon mudah kena hipertitis B. Selama kakak ada pembantu 2 org ada hipertitis. Yg herannya masa sebelum itu ok. Bila nak renew pemit Fomema cek baru dapat detek. Kesian memang kalau yg baik tu siap nangis tak nak balik lagi...

julietchun said...

nak injek yg lemah skit ni, takde ubat telan ke sapu ke? :P

KTS said...

den suko jemur anak sedaro time dorg kecik2. bilo bdn kuning. suko tgk bilo dorg kono panas. lari2kan diri kunun. padan muko.

hikksss.

;D

ASH said...

Zita che wan ni yang mana satu ni?
.
.
.
pesen tak tengok citer Melayu.
Oprah Winfrey aku kenai lerr..
hehe

iina said...

wah kak.. ramai kawan akak ehh.. Alhamdullilah ;)

mmglah kan kak hepatitis nie kono ambik pencegahan awal kan..

ibundo said...

cik ina,
hepatitis b boleh membawa kepada kanser hati. ramai yang mendapatkan suntikan untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit ini. Kita hanya cuba mengelakkan.

ibundo said...

ejamaria,
hepatitis ni ada banyak. A yang dikira kurang teruk dan boeh diubati. B,C,D rasanya G pun ada.. dia berjangkit melalui cecair.. seks, darah, air liur...
Mungkin boleh berjangkit melalui alat2 dentist sekiranya peralatan tidak di sterelie dengan sempurna. Boleh juga berjangkit melalui alat2 yang dokongsi contoh razor blade, gunting, berus gigi, ketip kuku yang dicemari oleh darah pesakit sekiranya dia terluka semasa menggunakannya.

ibundo said...

Aku,
hepatitis A ya...
Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman yang dicemari. Virus ini merebak melalui najis individu yang mengidapnya. Sebagai contoh, ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh najis manusia yang dijangkiti.
Selalu berlaku pada mereka dari negara yang kurang menjaga kebersihan

ibundo said...

lilies,
rasanya dalam 50% yang mengidapnya boleh sembuh. Kena usaha lah..

ibundo said...

cikgu normah,
kita berusaha untuk mengelakkannya. Siapa yanng suka dapat penyakit kan?
Apa-apa pun sentiasalah kita mengamalkan hidup sehat. InsyaAllah..

ibundo said...

Azz,
ekau ni mosti takkut nengok jarum kan? Kalau nak prevent, maso takdo ponyakit tu lah. Apo lah yang dio nak marah. Lagilah dio suko sobab duit e masyuk..

ibundo said...

sayang sayang ibu,
Ya.. hepatitis A.

ibundo said...

Ani kunang-kunang,
Orang indon cukup ramai yang kena hepatitis ni terutamanya hepatitis B. kakpah tahu sebab pernah baca dalam surat kabar diorang masa pergi jakarta dulu. Ia punca kematian yang agak tinggi kadarnya.

ibundo said...

ibu intan,
tak sompek nak melawat... dio dah keluar haha..

ibundo said...

kaklong,
iyo kaklong.. kalau tak rawat boleh jadi kanser hati. maut gak penghujung e.

err.. palsu ko tu kaklong. Ingatkan original.

ibundo said...

erna,
Taknak komen lobeh2. Kang ngumpek lak jadi e haha..
Iyo.. bahayo kok dibiarkan.

ibundo said...

Tasek,
ekau ni tahu je pasal gosip gosip artis ni kan..

ibundo said...

zaitun,
alhamdulillah....
risau kalau anak-anak jatuh sakit ni.

sudais,
orang popular macakm tu lah selalunya.

yati
kata orang macam tu lah. Aku ni baik lagi kena injek daripada minum susu kambing. Ai tak rela you...

ibundo said...

kak zakie,
kalau yang kerja bagus tu yang sayang nak lepaskan. tambah pula kalau memang dia taknak balik. tapi nak buat macamana kan.. kalau dah tak lulus kena hantarlah balik jugak.

ibundo said...

juliet,
ekau ni manjang yo lomah. mesti penakut jarum ni..

kts,
mesti ekaum lepas tu terlupa nak bawak dia masuk lam rumah kan.

ashley,
kih..kih.. ekau gugel je la. mesti gambar cun dia keluar.

iina,
haha.. kawan blog lagi ramai.
teringat pulak yang akak kena ambek booster untuk hepatitis...
ekau dah ambek ko belum.

cikmanggis said...

alhamdulillah Cucu Cm sihat tak ada sakit kuning.jadi tak yah la jemur:) bila dengar cara jangkitan tu ngeri jugak ya..

ibundo said...

cm,
alhamdulillah.. dapur berehat jap ye cm..

anymz said...

untungnya dunio blog ni kakpah kito boleh dpt ramai kawan dan info..baru2 ni seorang blogger dr kelantan dtg ke rumah.hasben ee Dr..dio pulak blajar tntg pemakanan di uni tapi tak kojo..dio nasihatkan utk pesakit darah tinggi tegar mcm sey ni seelok ee kawal pemakanan..boleh elakkan kito mengambil ubek dr dos yg tggi..jadi elok lah kito cubo elakkan dari mengubatkan kan kakpah?..cegah sebelum parah..tapi kalo nak kono jugak sapo lah kito utk bersuaro...mokaseh kakpah atas info ini..

mmmmm...hasben sey ponah di syakki mengidap hepatatis B...

ibundo said...

anim,
memang seronok dapek ramai kawan. seronok konal dongan ekau. bilolah agak e nak jumpo kan?
abih tu hasben tu tak kono lah yo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...