Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, June 16, 2011

masih di sini

Laut teramat garang pagi tadi. Aku meliht ombak bergulung-gulung marah terus menghempas pantai. Ia mengingatkan aku pada ketidak-siuman sang bapa atau sang ibu membantai anak-anak yang tidak berupaya  berbuat apa-apa. Begitulah si pasir. Menyerah kalah pada ombak yang nyata lebih berkuasa. Ia sentiasa dihenyak ke depan dan dibanting ke belakang.








Aku lihat anak ini berseorangan.  Seperti aku kerana suami sedang berada di bilik seminar. Tapi aku dengan anak ini lain. Aku tidak bermain di gigi air.  Anak ini perlukan perhatian orang yang lebih dewasa dan tidak dibiarkan berseorangan bermain air di tepi pantai. Mana tahu ombak bertambah marah  dan membuat sesuatu pada budak ini.



Pada hari keempat sememangnya kebosanan sudah mula bertakhta. Aku teringatkan anak-anak di rumah yang pagi petang siang malam makan masakan bibik. Juga teringat pada Faris yang demam masa aku tinggalkan. Juga teringat pada Maryam yang sudah berumur 5 bulan tetapi mempunyai berat 6 kilo. Masing-masing menyalahkan susu friso yang menyebabkan anak masing-masing tembam.

Makan di sini tidak dapat berdiet macam di rumah. Malam kelmarin makan nasi briyani di restoren lebanon.  Sedap nasinya. Tengahari semalam makan nasi kandar di gurney drive. Memang penuh berkuasa nasi  kandar ini.  Menggelodak isi perut aku yang 2 jam sebelumnya disumbat dengan beberapa ulas durian. Tengahari ini belum merancang lagi mahu makan apa. Kadang-kadang aku hidup untuk makan dan bila pikiran mengatasi perut, aku akan makan untuk hidup. Pekara biasa bagi semua orang.  Betul begitu?








Pagi semalam berkesempatan ke spice garden. Masuk hutan yang dibela.  Hajat hati mahu mengambil gambar seberapa banyak serangga yang boleh tetapi binatang kecil ini liar tidak boleh dihampiri.







Nampak katak di celah kelopak bunga itu?



Sekian.  Jumpa lagi  insyaAllah.

kakpah

27 comments:

bujal X said...

gambar cantit~makan sedap~

*saya jeles tahu!he~~

Cik Ina Do Do Cheng said...

Betapa cik ina kagum ngan gambar ombak yang memukul gigi pantai.Terasa masa ni gak nak ke sana, bermain-main ngan ombak. apasal plak cik ina dah terikut gaya kak pah ni.oo jalan-jalan makan angin kat situ ye.cantik gambar -gambar ni.

Kakcik Seroja said...

Pandainya Kak Pah merakam gambar. :)

tasekM said...

comeinya katak.


.

adzmarfazami said...

cantik gambar2 yang kak pah rakam...

Insyirah said...

Even saya memang suka makan, tapi sejak start mengandung sebelum ni dah belajar utk mengawal pemakanan. Sehingga skrg ni saya masih mengawal apa makanan yg kita letak atas pinggan kita. Kerana itu yg akan mempengaruhi kesihatan kita.

Kebetulan didikan dari kecil lagi, memang dah biasa makan makanan yg sihat. No air gas, no makanan yg terlalu minyak2...dan sebagainya.. :)

miloaiskurangmanis said...

iols suker gambo2 ombak itew!
dalam damai ada gelora....*sigh!*

santapan hebat kak kat sana kan???
alama dah tak makan nasik kandaq kat penang!
perghhhh! kecur lior!

rezeki said...

salam kak

samalah kita, diet saya dah 2 minggu terganggu,no quaker oat every morning and take dinner every night hehehe

balik timbang dalam 1 kg juga naik , semalam baru start jogging semula dan mula kembali ambil oat setiap pagi dan minum ringan bersama beberapa bijik kurma ajwa malamnya

Nizam.Ariff said...

Ombak besar bergulung-gulung keruh pulak tu.. pergh.. eh, Ombak Besar..?

secangkir madu merah said...

besar ya kakPah ombak tu..

aku jeles tengok gambar2 kakPah.. nak berguru boleh?

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Cantiknya gambar2 yang kak pah ambik.

kaklong said...

kak,
kaklong lom baca n3 akak ni,dah jorittt..mang ai..bosa ea lak ombak kek penang ni...kan boto..akak tulih pasal omak bos!

aza ni said...

hajjah...
terus terang sebelum baca ...lihat gambar anak tadi...terfikir,takkan fares kut...cepat na membesar, bila pula sun tan...hi hi

julietchun said...

tak mandi laut ke kak? :P

Hjh Noralenna Abbas said...

I'm in love with the pictures you took. Awesome!!

Acik Erna said...

kak pah..jalan sorang2 tu yang malehkan..tak best lansung..patut hari tu bawak faris dan maryam buek kawan..he he..

Anonymous said...

Kakpah...cantiknya gambar yang di rakam ...ceria rasanya nampak gambar yang sangat cantik boleh buat poster.

ejaMaria said...

dah nama nya binatang liar kak... mana la nak mesra kamera... ;p

kakngah said...

nampak! nampak katak celah kelopak...
:P

haah kak.. gerai tu kek masjid lamo. tgk gambar akak tu kan.. lopeh tu tgk balik gambar kitorg.. boto la.. itu la tompek eh..

cikmanggis said...

kak pah nak nasi kandar:)

sud@is said...

cam pro dah kakpah snap gambar

JunAina said...

kak pah...

bila semua makanan sedap2 kat depan mata masa itu memang terjadi kita hidup utk makan...

aina suka gambar2 kak pah...

marinahunny said...

skill kak pah pukul gambar ni mengalahkan profesional..hahaha cantik gilerrr!

Cik Azz said...

Akakkkkk....

Tu la pepatung kapaltobang tu... Cantik ehh pepatung tu...

Ngeri la tengok laut dgn ombak ni... Fobia sbb dulu pnh hampir lomeh..

Dah lamo tak ke pandai.. huhu..

azlina 3 said...

asmlkm kak pah...bila lihat ombak menenagkan tapi bila bergelora tera gerun juga di hati kan..

Kakzakie Purvit said...

Sebagaimana ombak dan pantai walau dihempas dilambung tetap setia. Macam juga kakpah walau boring sebab dah ikut kenalah tunggu sampai selesai kerja cik abang.

Sejak ada senapang kakak suka lihat shot yg kakpah ambil. Cantik....

Tunggu shot rambut Faris dekat-dekat, mesti best:)

ibundo said...

salam semua,
terima kasih kerana singgah dan memberi komen.kakpah menghargainya.. dan mintak maaf sebab tak dapat nak jawab satu-satu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...