Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, June 1, 2011

membakar dan terbakar

Pagi indah.  Mood nak berbloging tetap ada tapi tak tahu nak cerita pasal apa. Otak semacam beku.  Kalau berjoging bagi wap-wap panas keluar alangkah bagusnya tapi sekejap lagi nak hantar adik ke sekolah.

Lampu letrik di jalan masih menyala walaupun dah siang. Berlaku pembaziran di situ.  Mungkin ada yang terlupa memadamkannya.  Buat aku teringat pada lampu jalan di depan rumah aku di kampung. Tiang lampu itu tercacak di situ atas permintaan abah supaya depan rumah terang pada waktu malam walaupun bil letriknya abah kena bayar 10 ringgit sebulan. Bila rumah kampung tinggal, lampu letrik di tiang tepi jalan itu masih terus berfungsi dan aku masih lagi membayar bilnya. Abang aku suruh aku potong saja letrik tu tapi sampai sekarang belum aku buat buat.  Sekurang-kurangnya orang yang melalui jalan itu pada waktu malam tidak kegelapan.

Zaman semasa tiada letrik adalah zaman gelap yang aku tidak lupa. Lampu petik tepi tengah menyala tak ada.  Malam cuma bertemankan pelita atau lampu gasolin. Dengan lampu itulah membolehkan aku masuk sekolah berasrama. Kipas tak ada. TV apatah lagi. Aku menerima keadaan itu seadanya.  Tidak banyak komplen. Lagipun abah tak payah risaukan duit nak bayar bil letrik tiap-tiap bulan.

Tidak seperti sekarang.  Kalau letrik terputus seolah-olah sudah sampai ke penghujung dunia. Dalam rumah kepoh kata panas sebab kipas tak berputar. Nasi kena tenggek atas dapur sebab rice cooker tak boleh pakai. Baju kena cuci dengan tangan sebab washing machine tak boleh buat kerja. Kalau baju berlambak-lambak sebab famili besar macam aku nampakya kena longgok dulu sehingga letrik datang balik. Sememangnya diri kita bertambah manja.

Mereka yang berkenaan pun kena faham juga yang kita terlalu bergantung pada letrik. Kita terlalu manja dengan letrik. Jadi tak payahlah susah-susah naikkan tarif letrik tu. Imajin aku yang mempunyai beberapa premis tadika dan taska. Setiap bulan aku dikenakan tarif berbeza kerana premis itu dikira sebagai premis perniagaan. Itupun dah beratus-ratus ringgit setiap premis.  Bila tarif letrik naik, pastilah bil letrik aku akan turut melonjak sama. Sakit.

Itulah.  Kan aku dah cakap aku tak ada cerita nak tulis. Pasal itu melalut hal letrik. Sebab lepas ni aku kena beringat-ingat bila nak kena pakai oven. Nampaknya aktiviti bakar membakar dalam oven ni terpaksa dikurangkan.  Boleh ke gitu?

kakpah

43 comments:

kakngah said...

kok api xdo kompem makan kek luar.. kekekeke!!
yo la kak.. manjo na bona kan! ayo ni ha.. mengaku! tak pandai masak nasik main tenggek ateh dapo yo. maun hangit tekau...

ckLah said...

Kita bakor je.....




Bil elektrik rumah ckLah ni....jenuh nk turunkan kepada 2 angka! Aduyai...

marinahunny said...

dunia makin maju, manusia makin malas..

kucingorengemok said...

letak kek dalam oven, jemur tengah panas, dengan harapan dia naik sendiri, hehe

Acik Erna said...

kak pah..nak buek camano kak pah..nak bako kek kono lah lam oven.
kok tak pun ganti kek kukus yo lah..

Kaktiny said...

itulah kita rakyat marhaein ini kan kak..
bab kena KURANG ~ kitalah orangnya.. yang nk kena fikir apa kena bukak, apa kena tutup.. kena fikir cut cost itu ini.. utk JIMAT JIMAT JIMAT.. kita sahajalah tumpuannya..

bab cari duit ni pon, kitaalah jugak.. lepas tu cukai itu ini yang itu yang ini.. kitaaa la yg nak kena BAYAR BAYAR BAYAR.. kitalah yang menjadi sasarannya...

Duit kita ni, keluar macam air paip je.. huhuhu...

Tapi, ada sesetengah pihak, TAKYAH KERJA.. TAKYAH JIMAT.. TAKYAH FIKIR PASAL CUT COST.. DUIT MASUK KIRI KANAN MACAM AIR TERJUN KE KOLAM... terus senang lenang BERBELANJA BELANJA BELANJA... sbg bayaran kpd "NAMA & IDEA BERNAS" katanya!.

aduhaaiii...

~ Apapun, SUNGGUH.. sangat bersyukur kpd Allah, sebab menjadi rakyat marhaien yang SUSAH DAN DISUSAHKAN DI DUNIA ~ semoga menjadi hamba Allah yang KAYA DAN SENANG LENANG DI AKHIRAT NANTI.. ameen.

kakpah said...

kakngah,
dulu tenggek api ateh dapur kayu. Pakai buluh nak tiup api. sampaikan abu masuk lam lubang hidung.
Kehkeh.. kakpah cakap yo sobab yang buek somo tu omak kpah..

kakpah said...

cklah,
tak payah lah cuba nak turunkan cklah. mesti naik punya lepas ni hii..

kakpah said...

cklah,
tak payah lah cuba nak turunkan cklah. mesti naik punya lepas ni hii..

kakpah said...

marina,
betul..betul..
kalau boleh kasut sekolah pun nak masuk dalam washing machine.

kakpah said...

kog,
susah nak cari orang yang kreatif dalam dunia ni. kau salah seorang daripada mereka haha..
cait..

kakpah said...

erna,
Kalaulah boleh semuanya dikukus ek.. hasben kakpah dah cakap dah dulu, pakai oven gas tak boleh ke.

kakpah said...

Tiny,
apakan daya. Kita ni orang yang mengikut perintah walaupun terpaksa menahan hati dan perasaan setiap kali diperintah. Nak buat macamana. Dia kata kalau kau taknak guna letrik kau punya pasallah.. Kalau guna kenalah bayar ikut apa yang aku cakap. Adei..
Yang senang lenang orang. Yang susah payah kita. Kalaulah boleh duit dipetik kat belakang rumah je kan?

bujal X said...

tapi dulu punya panas dengan sekarang lain makcik~~sebab tu saya hangin bila letrik takde~~sebab kipas ekon semua tak ble pakai~~he~~

julietchun said...

saya tak berapa kisah kalo letrik takde sekejaplah, tapi kanak2 dirumah saya akan menjerit2, kesian mereka :P

kaklong said...

raso nk terbakar ati bilo koba takrif naik...laie tebakar ati...free ea bwh rm20...mano ado org yg guno bwh rm2o skrg...oamk yg kek kampoung pun takdo sesapo kek umah sebulan kutang rm40...

Kakzakie said...

Dulu segalanya tak perlu letrik. Anak pandai-pandai dan berjaya. Sekarang semuanya lengkap bersuap masih susah menjadi cemerlang.

....kakpah selagi lampu jalan di rumah bapak kakpah masih digunakan dan kakpah bayar itulah jariah yg panjang sebenarnya. Alhamdulillah kakpah bukan 10 ringgit nilai sebenarnya....

miloais said...

bila tak de letrik
rasa kelemasan sangat2
kain baju tak berbasuh
tu blom masuk bab nak memasak - macam lah semua masakan kena guna letrik kan???
hiks

Ms.Lilies said...

kak..mcm maklang saya dedulu...
bakar cookies semua dalam tin biskut gedabak tu dengan sabut kelapa pelan2...punya lama baru masak huhu...saya xde kesabaran tu...

ashley said...

tenet guna letrik...aihhh..

Dinar said...

Kecanggihan teknologi rupanya berkembang mengikut peredaran zaman...kan kak pah!!!
Imajin jika zaman yang masa begitu pantas beredar ni, kita masih menggunakan tenaga dan masa yang panjang menguruskan aktiviti harian...tak tau nak dibayangkan..
tinggal lagi kecanggihan ini semakin membebankan, mungkin disebabkan dimonopli oleh satu pembekal letrik shj... kita semua terpaksalah menelannya.

S..U..D..@..I..S said...

pas ni aktiviti blogwalking terpaksa dikurangkan,

tasekM said...

mmg la org yg tak guna elektrik banyak tak terjejas tapi kilang2 akan terjejas. premis perniagaan akan terjejas. bila elektrik dah naik. harga barang akan naik juga. tak ke akan menjejaskan juga org2 yg tak guna elektrik banyak tu...

heh.



.

iina said...

Den nie dah lamo nak buek roti lah kak.. asyik lupo nak boli yis yo.. nie musim panas nie tak raso panas dah.. kono bukak heater balik.. bil gak tuh ;)

kakpah said...

bujal,
mana bukti ngatakan panas dulu dengan panas sekarang tak sama. Bagi makcik ni sama je. Matahari tetap membakar seperti dulu.

kakpah said...

juliet,
kanak2 tu menjerit kepanasan, kau bagi berendam dalam air. Tentu mereka menjerit2 pulak tak mahu keluar.

kakpah said...

kaklong,
itu cakap politik namo e. Kalau tak pasang langsung lampu, pakai lilin yo, mungkin dapeklah free gak e.

kakpah said...

kak zakie,
nak berjaya ni azam dan semangat kena lebih. Tu lah.. kakpah pikir biar je lah letrik tu macam tu.Untuk saham akhirat.

kakpah said...

miloais,
tapi kan.. biar letrik tak ada, jangan air. kalau letrik putus boleh pergi cari makan kat kedai kalau malas masak. Belenging kalau panas. pakai lilin kalau takut gelap. Basuh baju tunggu dulu. Tapi kalau tak ada air!!!! Ya ampun.. semua tergendala.

kakpah said...

lilies,
adei... tobat aku kalau bakar kueh pakai sabut. Akak dah merasa dulu masa buat kue baulu, kue bakar.. Bepinau duduk tepi api.
Bia la den boli kek kodai yo..hehe

kakpah said...

ashley,
rasanya tenet tak banyak sangat consume letrik kan? Ye ke. Tak macam on oven atau on streka atau on water heater. Bedesup jarum dia naik.

kakpah said...

Dinar,
Kita nak buat macamana. Kita tak mempunyai pilihan. Nak tak nak kita kena ikut rentak. Nak ke taknak ke kita berada di tempat yang terpijak.

kakpah said...

Dinar,
Kita nak buat macamana. Kita tak mempunyai pilihan. Nak tak nak kita kena ikut rentak. Nak ke taknak ke kita berada di tempat yang terpijak.

kakpah said...

sudais,
kalau dah tegar tu, susah nak kurangkan haha..

Tasek,
akak pecaya lepas ni semua barang akan melonjak2 naik.
Kita je lah yang menanggung padah.

kakpah said...

iina,
sojuk pulak ko ekau kono pasang heater bagai.

Aku said...

Nak pakai pelita minyak tanah...

tapi minyak tanah pun dah mahal ...

pakai lilin lebah je la...

cikmanggis said...

bab kurangkan penggunaan oven tu..susah sikit kakpah:(

Mohd Hafizd said...

mreka senang sahaja menjawab...jimatkan elektrik!

Cik Ina Do do Cheng said...

alah ciannya kak pah, tarif letrik kalau perniagan lain plak.ye ke kak pah?cik ina kat rumah selalu kena RM50.tak tahulah bila dah naik ni.

kakpah said...

Nizam,
pakai lilin pun bahaya. Takut mudah tebakau.

cikmanggis,
ha.. tu lah pasal..

hafidz,
cakap memanglah senang kan?

cikina,
alahai.. apasal ciput je letrik ko cikina weh..

~ Cik Azz ~ said...

Samo la kito kak.. Dulu maso dok kampung, masak nasik ateh dapo kayu... Tp omak la yg masak, sey nengok yoo... Dan kek dapo tu la sey kono sambar dek api kak.. Sampai dah tuo cmni masih ado laie parut ehh tu.. huhuhu...

Kek ghumah ni, kalau bukan sey yg membebel, mmg berpusing la kipeh tu 24 jam kak.. Bil letrik kek ghumah ni memang payah nak turun... makin naik ado la..

Apapun, totap bersyukur walaupun kadang2 bersungut jugak bilo letrik takdo... biaso la tu, kan.. hehe..

Omak sey pun pasang lampu jalan tu.. Tu kiro pahalo gak tu kan sbb menerangi jalan yang gelap... hehe...

~ Cik Azz ~ said...

Kak... sey dah buek dah roti ikut resepi akak tu...

Memang monjadi la kak.. Mokasih banyak2 yoo... Suko boto ati sey ni haa... hehe...

kakpah said...

azz,
akak dah buek n3 baru, baru akak terperasan ekau ado ninggaan posan kek sini.
selalu gak teringat maso dulu2 masak ateh dapo kayu tu. Pueh omak mo uwan masuk kobun gotah carik kayu api. umpan e taya basika yang dah tak pakai lai. nostalgik botul..
tapi kakpah tak masak. macam ekau la. nengok yo jadik tuan kehkeh..

pasal ghuti tu. Gombiro amek2 bilo dah monjadik kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...