Idah takdo talipon ko.
Aku jawab, Maso ni orang dah tak main talipon lai bah. Orang main sms dan main fesbuk yo.
Sms abah taulah. Fesbuk tu apokobondo.
Malas nak jawab takut abah lagi konpius, aku cakap je lah main tulis-tulis kat internet. Panjang dia punya ooooooo...
Dio tak ado cakap nak datang ?..
Sudah. Kalau abah bertanya macam tu mesti dia teragak dan rindu nak jumpa. Tup tup semalam idah sms cakap dia nak datang harini. Idah ni kerja cikgu. Masa cuti lah dia boleh nak datang pun.
Idah ialah sepupu aku. Emak dia adik kepada emak aku tapi idah dibesarkan oleh mak tua, kakak emak. Semasa aku kecil aku sering ke rumah mak tua di kuala lumpur dan bila pak tua pencen mereka pulang ke kampung. Rumah mereka betul-betul berhadapan dengan rumah aku, dipisahkan oleh jalan. Jadi, aku dengan idah kira sepupu yang rapatlah.
Pagi tadi selepas subuh aku bagitahu abah yang idah nak datang. Dia bertolak dari seremban awal mengikut suaminya yang bekerja di cyber jaya. Mengikut rancangannya, suami dropkan di rumah aku, pergi kerja dan petang habis kerja baru ambil mereka balik. Aku bagitahu abah macam tu. Abah nampak excited dan sebaik lepas sarapan, abah dah duduk di luar menunggu mereka tiba.
Aku pula ada perancangan lain; mahu jadikan anak-anaknya subjek untuk aku menembak.
Yang ini bernama Afifah.
Yang ini pula Sarah.
Yang ini Afif anak yang sulung.
Mereka tengah sibuk bermain dengan ikan-ikan di kolam. Afif kata boleh tak dia nak ambil ikan bawa balik. Aku cakap, cubalah tangkap. Kalau dapat tangkap bolehlah bawa pulang. Hehe usik ekor pun tak dapat apatah lagi nak nangkap.
Pendek kata, seharian ni rumah aku riuh dengan suara budak-budak. Dalam kesibukan itu sempat juga aku membuat roti untuk anak-anak ni makan.
Sekian.
kakpah
10 comments:
dan akak pun sibuk snap gambar budak2 ni...mano gambar omak ea?
paling best klu apo yg kito masak org lain makan kak kan?
patutlah sibuk bona... menembak la, baka ghuti la..
faris tak join skali ko nangkap ikan
hmmm... semuanya cute cute...
harus surah yusuf jadi amalan ....masa mengandung...macam anak dan cucu hajjah...
gambar sendiri xdo plak..huhuhu
gambar sendiri xdo plak..huhuhu
amboi mangsa ye. lepas ni blog ni penuh ngan gambar budak-budak tu ye.fotogenik plak sarah ngan afifah tu.
Serupo yoo bibir dorang dgn bibir Faris... Cunget yoo.. hehehe..
Kek rumah sey ni pon dah riuh dah kak... Anak2 buah balik cuti... Masing2 dah mulo berebut pc... Yg kocing tu, kojap2 molalak sbb tak dapek main game...
Kak, nak resepi roti versi akak tu, boleh tak..? Hari tu sey buek tak monjadi laa... huhuhu...
kaklong,
omak e shy shy cat.
ibu intan
faris tongah tido
azani,
ya.. elok untuk amalan
marina,
tak dapek snap gaambaa sendiri
cikina,
dah hobi..nak wat macamana kan..
azz,
tak poning ko kopalo ekau riuh cam tu hehe.. kucing camano. tak jdi mangso gomol?
resepi tu dulu dah bagi. cubo ekau carik balik kek n3 lamo2 akak tu. kok tak jumpo cakap ek..
Kakak nak tengaok Faris main dgn bebudak ini tak ada...
kak pah..sambil2 sibuk..pogang kamera..boleh laie buek roti tu..
Post a Comment