Menapak keluar pintu disambut dengan kicauan unggas yang bertenggek-tenggek atas atap, pokok dan juga gazebo. Mereka mengingatkan aku akan keterlupaan memberi rezki mereka pada pagi itu. Matahari sudah lama menjengah. Embun sudah hampir kering. Ya makhluk Allah.. maafkan kealpaan aku. Bergegas aku masuk semula ke dapur dan menggenggam butiran beras terus menaburkannya ke atas rumput-rumput yang baru diketam. Dua tiga ekor turun berebut-rebut mematuk tetapi yang lain memandang aku dengan rasa cuak dan terus mencicip-cicip dari jauh.
Lambat benar adik turun. Aku menjerit-jerit dari bawah.
Cepat dik! Dah tujuh duapuluh dah ni...
Dan bila akhirnya enjin kereta aku berderum keluar pagar, pagi sudah mengensot ke jam 7:25. Nasib baik sekolah agak berhampiran dengan rumah dan ketika sampai di pagar sekolah, aku lihat ramai lagi murid yang sedang tergesa-gesa masuk ke kawasan sekolah.
Semasa memandu balik, ustaz di IKIM bercerita:
Seorang bapa yang juga ahli perniagaan telah meninggalkan wasiat kepada dua orang anaknya.
1. Jangan kamu meminta-minta akan hutang yang kamu beri kepada mereka
2. Apabila kamu keluar mencari rezki jangan kamu terkena pancaran matahari.
Setelah beberapa lama selepas bapa itu meninggal, siibu melihat keadaan dua orang anak yang berbeza. Seorang mengalami kerugian dalam perniagaan dan seorang lain berjaya dan mendapat rezki yang melimpah ruah. Ibu terus bertanya. Anak yang kerugian menjawab :
Saya menurut nasihat bapa. Bapa meminta supaya saya tidak menagih hutang. Ini menyebabkan saya kehilangan modal pusingan sebab mereka yang berhutang dengan saya tidak membayar hutang mereka. Dan bapa juga meminta supaya tidak terkena cahaya matahari. Jadi saya terpaksa mencari kenderaan supaya saya tidak terkena pancaran matahari. menyebabkan kos bertambah tinggi.
Anak yang rezkinya makin bertambah pula menjawab:
Saya menurut nasihat bapa. Bapa meminta supaya saya tidak menagih hutang. Jadi, saya tidak memberi hutang kepada sesiapa. Perniagaan dijalankan tunai dan ini menambahkan modal pusingan saya. Bapa juga meminta supaya tidak terkena cahaya matahari. Jadi, saya keluar rumah awal pagi sebelum matahari keluar dan saya balik ke rumah lama selepas matahari terbenam. Menyebabkan masa perniagaan saya panjang.
Ada kalanya sesuatu itu kita pandang dengan perspektif yang berbeza. Orang yang cerdik memandang dari sudut yang membawa kebaikan dan keberuntungan. Aku yang kurang cerdik ini sering melihat sesuatu itu dari sudut yang akhirnya menunjukkan ketidak-cerdikan aku. Walaupun cerita itu sudah berulang-ulang aku dengar tetapi setiap kali aku mendengarnya semula, pasti akan memberi keinsafan bahawa untuk berjaya dalam hidup ini aku mestilah berada di luar tempurung. Aku harus melihat sesuatu itu tidak hanya sebagai sesuatu tetapi sebagai sesuatu yang lain. Contohnya kalau sebiji batu itu dilihat sebagai sebiji batu, dia akan kekal sebagai sebiji batu. Tetapi kalau sebiji batu itu dilihat sebagai sesuatu yang lain, dia akan bertukar menjadi sebuah rumah.
Bila aku sampai semula di perkarangan rumah, unggas-unggas yang tadinya mencicicp sudah tidak ada lagi. Mungkin terbang mencari rezki yang lebih enak di tempat lain. Aku lihat butir-butir beras masih ada bertaburan di atas rumput. Salah aku sendiri kerana aku terlupa memberi mereka makan lebih awal. Suami aku akan menaburkan beras selepas subuh. Di kala itulah unggas-unggas ini keluar mencari rezki. Di kala ramai di antara kita manusia ini yang masih berselubung enak di bawah gebar-gebar.
Pagi ini, Rabu, hari masih mengensot lesu bagi aku. Sempat aku mendengar ceramah motivasi pagi yang menyebut, waktu pagilah emosi kita berada di kemuncaknya. Sekiranya pagi kita bermula dengan emosi negatif berkemungkinan sepanjang hari kita akan berasa murung dan marah. Mulakanlah pagi kita dengan emosi positif supaya keceriaan akan berterusan sepanjang hari.
Maaf kalau tidak datang melawat dan menyapa kamu.
ibundo
41 comments:
Assalamu'alaikum Kak Pah...
hormon dalam badan juga boleh mempengaruhi emosi kita. Semoga semangat dan keceriaan yang mula berputik pagi ini akan terus kembang mewangi hingga ke malam dan hari-hari yang seterusnya. :)
sungguh terkesan cerita itu kak pah..semoga dpt diterapkan dlm diri kita..
Assalamualaikum Kak Pah,
Itulah nabi suruh kita bangun2 pagi dan jangan tidor lepas sholat subuhkan, rezeki waktu pagi.
ada nenek tu kata, kalau bangun lambat nanti ayam patuk rezeki dulu. Jadi, kena bangun sebelum ayam bangun.
Kakak pun dengar siaran IKIM motivasi tentang cerita itu. Ustaz Badrul syoknya dia punya pepatah-petitih. Sekarang banyak yg diulang-siar tapi tetap seronok mendengarnya.
5 biji batu boleh buat main batu seremban... cheer up, kak pah :D
beautician pun ada pesan kat den. kalau bleh jgn terkena cahaya matahari. nanti kulit gelap dan mudah berkedut. elok pki SPF
eh eh eh. :D
semga emosi ekao positif arini, kakpah
:D
Hajah
Pagi ini saya down sebab selesema. Negatif kan? Cepat-cepat telan Vit C supaya saya tidak kerugian hari.
hari ni saya bangun dgn semangat nk buat bahulu. siap tak masuk opis.
haha.
.
hari ni saya sangat bersemangat untuk joging tapi sayangnya hujan turun dengan tiba-tiba
lalu semangat saya ditukar untuk berjoging ke rumah sahabat maya saja
saya suka cerita tu~~he~~
kakcik,
pagi yang ceria akan membawa keceriaan sepanjang hari..
Pagi yang mendung menyebabkan kaki tertambat tidak boleh keluar rumah. hari dah hujan ni kakcik...
best sungguh motivasi pagi itu untuk kita ambil iktibar
hanyak yang brpandangan jauh akan merealisasikan pesanan dan ungkapan
jika tidak bijak akan menemui kegagalan
Kak...terima kasih kerana cerita yang begitu memberi kesan dihati... sesuatu itu hendaklah dipandang dari perspektif yang positif... maka kita akan terus berjaya jika kita tau menggunakan akal kita dengan cara yang lebih cerdik
marina,
untuk dijadikan pedoman buat diri kita.
kunang-kunang,
orang kan dah selalu cakap. Jangan bangun tidur lambat. nanti rezki lari....
aku,
kalau kat kampung ayam bangun dulu. dia dah berkokok-kokok suruh orang bangun tidur...
kak zakie,
cerita2nya elok dijadikan pedoman.
kog,
main seremban tu kalau dikomersialaiskan untung juga tu...
kts,
kalau muko putih melopak cam ekau, eloklah tu pakai penghalang. kok tak nanti lobam.. turun saham ekau.
emosi insyaallah positif. cuma perut den ni tengah grak gruk grak gruk minta kena isi..
hajah nora,
satu cara yang baik supaya emosi down dapat diterbalikkan..
semuga sehat sepanjang hari..
tasek,
sungguh bersemangat ekau. patutlah blog bisu harini .. buat bahulu rupanya.
tak po..akak tak dtang blog kaklong punn...tapi kaklong totap nak nyingah blg akak....
yg mudo mesti hormat yg tuo, kannnn...
ibuintan,
sini hujan gak ni tapi memang tak berura-ura nak berjoging pun hehe..
berjoging dalam dapur je lah..
bujal,
maakcik pun suka.
sudais,
begitulah...
orang yang berpandangan jauh lebih beruntung.
anie,
sama-samalah kita mengambil peluang yang ada di hadapan kita.
emmm... motivasi pagi saya utk hari ini... time kasih bundo... :)
salam kak pah
suka melihat sesuatu dgn pelbagai pandangan yang berbeza , dari situ saya dapat pelajari banyak benda yang baharu
dan lagi satu suka baca celoteh kak pah pagi ni hehehe
kaklong,
timo kasih yo lah kaklong. kaklonglh pominat sotio ibundo hahaha..
maria,
samo-samolah kito menghayatinya..
pak itam,
salam. betul tu. tak boleh tengok dengan gitu2 je. kena lihat yang terselindung hehe..
ha'ah. kulit den putih molopak
molopak mcm bontot kuali tefal
hihihi
kts,
wiiii.. den tak bolehlah nak tengok kuali fetal lepas ni. mesti den akan teringat pada sesuatu....
Bagus motivasi tuh kak.. mmglah kan kdg2 ilmu kita dapat bila ditafsir memang berbeza2 mengikut pemahaman masing2.
bagus untuk santapan minda..nanti boleh citer kat anak murid nih..
Itu sebabnya jangan tidur selepas subuh nanti badan dan fikiran tak cergas.
Pagi tadi saya tertidurlah kakpah sebab hujan.
Itu sebabnya jangan tidur selepas subuh nanti badan dan fikiran tak cergas.
Pagi tadi saya tertidurlah kakpah sebab hujan.
selamat malam ibundo..
kunjungan ayu lakukan pada malam hari.. harap2 ibu sihat2 sahaja
pesan orang lama mmg bagus...semua ada kebenarannya...
apa jua yang kita lakukan..
suka sgn entry ibundo yang penuh dgn cerita yang fresh..
semoga sama2 kita beramal
PS: hormon ayu relek.. hehehe
macam best je motivasi ibundo hari ni.terima kacih ibundo yang tercinto.
Ibundo..
assalam kak pah terima kasih berkongsi cerita..saya jarang mendengar radio.
kak..sy mintak ijin share kt fb..bgsnye kak coretan akak tentang berpagi2 ni...
iina,
motivasi untuk diri sendiri sebona e.
hani,
bagus tu sebar-sebarkan
zaitun,
lepas subuh memang tak elok tido. tapi kengkadang tebuek gak terutmo e kalau badan raso tak sehat hehe..
ayu,
ayu datang malam. ni dah siang dah nak malam balik baru sempat nak balas. sori lah ye..
ya.. sama-samalah kita mendapat menafaat darinya.
cik ina,
hehe.. untuk peringatan diri sendiri. tak salah kungsi dengan orang kan..
erna,
kakpah donga radio maso dalam kereto yo. hantar adik poi sekolah pepagi mesti tak lepas peluang dengar motivasi pagi..
dila,
ya.. apa salahnya yang baik itu dikongsi-kongsi...
sang unggas bertebaran di langit pada awal pagi mencari rezeki... sedangkan manusia sedap dibuai mimpi...
yati,
kadang2 manusia perlu mengambil pedoman daripada tingkahlaku mahkluk yang lain. unggas dan semut umpamanya..
Post a Comment