Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, June 6, 2011

Tak apalah kalau itu dah rezki engkau

Tanaman yang aku tanam sudah mula besar.  Aku tengok pokok cili pun dah keluar bunga. Tak lama lagi mesti berpesta cili api aku ni.

Dua minggu lepas aku beli tembikai susu.  Bijinya aku campak di tempat semaian. Tak sangka pula dia tumbuh. Ingat hati biar dia besar sikit nanti baru aku alihkan ke tempat yang sesuai. Tapi pagi tadi bila aku belek-belek pokok tu aku tengok daunnya sudah kempang kempong kena makan ulat.



Rupa-rupanya ada makhluk yang tak senang tengok tanaman aku.




Bukan senang rupanya ambil gambar cenonet ni. 
Tak dapat tangkap yang betul2 puas hati.


Aku jumpa diorang tengah bercanda di atas daun.  Ada dua tiga ekor. Mau je aku jentik bijik mata yang tejojol tu. Kalau nak makan pun, pergilah kat belakang nun yang penuh semak samun tu.  Banyak daun kat situ.


Lalat ni pun sama je tumpang sekaki.

Sekian.  Mood nak cerita panjang-panjang belum mari.  Banyak benda nak pikir.


kakpah

24 comments:

Kakzakie said...

Wah... sharp betul camera kakpah. Jelas nampak makhluk yg makan daun muda pokok yg baru cambah. Geli kakak tengok mata yg terjojol....

miloais said...

wohoooooo!~ jelas banget gambonya...
terer kakpah godak2 kamera ni!

dimana ada daun hijau dan segar
disitu pasti ada pemakan daun ni...

kakngah said...

ada bagus gak tu kak..
dapat menajamkan kemahiran menembak....

julietchun said...

sekarang ni musim ulat makan daun ke sebab kat rumah ni habis pokok jadi togel2.

Ku Tak Sempurna said...

daun kat semak samun tu tak manis macam daun tembikai susu tu..... err.. tak cayo cubo ekao ghaso

:D

~ Cik Azz ~ said...

Untung jadi cenonet tu.. dapat jadi model akak.. makin seronok la dia makan daun tembikai susu tu lagi.. hehe..

Kaktiny said...

Subhanallah.. sungguh cantek gambar yg akak snap.. sampai tak sempat nk baca isi kandungan.. lagi best gambar dr cerita akak.. hihihi.. (ampuun..)

ooo..okeh.. eee.. jahatnya si cenonet yg makan pokok buah tembikai susu akak tuh!.. jentik kang!.. hihihihi...

iina said...

yolah kak dah namo ehh main campak yo.. dio pun dtg ikut suka ati lah.. gigih tuh akak ambik gbr si lalat tuh.. agak2 berpoluh tak nak tggu tuh ;)

cikmanggis said...

wah sungguh berseni sekali(btol ke ayat ni?)Cm pun tak ada mood badan dah rasa nak demam....nenek oo nenek

Acik Erna said...

kak pah..yang kak pah suruh dio poi makan tu tak sodap...he he

aNIe said...

Kak daun pokok tembikai susu tu manis kot kak... tu yang dia suka tu...

Suka sicenonet & lalat tu dpt jadi model kak Pah...heheeh

kaklong said...

panggil faris mo maryam..reles tansion...!!!

Tijah said...

wiii. osah sakit eh kok kono jontik tang mato tu kan. sian ulek tu buto...

Cik Ina Do do Cheng said...

alah jangan lah cam tu kak pah, pikir banyak.rileklah kak pah, ulat tu jahat nak makan daun tembikai susu.

KREATIF DAN PENYABAR TAHAP TINGGI BOLEH AMBIK GAMBAR CINONET TU

Zaitun said...

Pokok2 yang ditanam sedap rasanya berbeza dengan pokok meliar tu sebab makhluk tu bergayut.

ejaMaria said...

hehehe...
kak, comfirm pucuk tembikai tu bole buat ulam... ;p

rumput lalang mmg tak bole dimakan - di sah kan oleh si cenonet tu...

ibuintan said...

kakpah yg kat belakang tu lalang.. dah liat tak togigit dek cenonet tu

cokau yo lopeh tu picit an... lawa lak tu...

naQia said...

Salam.. minta sesekali buat entry mengenai khasiat susu kambing amalam para anbiya boleh?

ashley said...

kakpah,
ada kawan saya yang nak nangkap gambor serangga serangga cam gini..
mesti dia suka nengok nih.

kakpah said...

kakzakie,
tengok dengan mata kasar tak nampak mata yang terjojol tu. Bila ambek gambar baru nampak.

kakpah said...

miloais,
dah rezki mereka kat situ. kita nak marah pun rasanya diorang ni tak ada otak hehe..

kakngah,
botul tu. nampak je serangga ni belolah akak poi ambek senapang.

juliet,
ni mesti ulat kat rumah ko dah terbang ke mari.

kakpah said...

kts,
err.. aku nak kena ghase ke. Weh.. mano ekau pogi lamo tak muncul.

azz,
em alahai.. tak menjadik lah nampaknya tanaman aku tu.

tiny,
ya.. akak ampunkan kau haha..

ina,
lalat tu ntah kenapa bukan main jinak pulak dia. akak tembak dekat-dekat pun dia buat derk je.

cmanggis,
lepas ni ekau bizi lah kan? Mana nak jaga anak lagi, mana nak jaga cucu lagi...

kakpah said...

erna,
iyo lah agak e tu

anie,
memanglah suka. berterbang terbangan dorang dek sukanya haha

kaklong,
faris!! maryam!!!
Dorang leko main lah kaklong.

tijah,
kok lastik ngan gotah lai sodap agak e.

cikina,
memang tak lama lagi togellah pokok tu.

zaitun,
sebona e memang dorang ni sajo yo dongki..

maria,
err.. agak2 penah tak orang buat ulam pucuk tembikai ek.

naqia,
alamak.. bukan bidanglah dik. Nak kena study dulu tu..

ashley,
weh.. memang tetonggeng2 bila ambek menatang ni. Nasib baik tak ada orang yanng ambek gambar aku.

DrSinga said...

lense apa kak??

cantik!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...