Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, July 6, 2011

Lawak gila!!!

Masa kecik dulu aku suka merayau-rayau bermain dengan kawan.  Biasalah budak kampung macam aku, kalau tak main getah, aku pergi manjat pokok.  Kalau tak manjat pokok aku pergi melastik burung.  Kalau tak melastik burung, aku pergi main rakit-rakit dalam sungai. Kalau tak main sungai aku buatlah macam-macam lagi. Budak-budak kan kreatif. Mak aku kena kreatif jugak nak bagi aku duduk senyap-senyap main dalam kawasan rumah saja.

Po'i (pergi) lah main jauh-jauh. Kang datang Aghop gilo kang dipangkeh (penggal) e kopalo tu, dimasuk e dalam guni.

Masa tu memang ada orang gila yang kadang-kadang lalu melalui jalan depan rumah aku. Nama dia maarof tetapi orang kampung panggil dia Aghop. Seingat aku, orangnya teramatlah kotor seperti bertahun-tahun tidak mandi dan dia selalu memikul guni yang penuh berisi di bahunya.  Emak aku cakap dalam guni tulah Aghop isi kepala budak yang dah dipenggalnya. Aku memang percaya sungguh.  Tapi aku masih juga ke hulu ke hillir dengan kawan-kawan. Bila emak aku menjerit dan menyebut nama Aghop baru aku mencicit lari pulang.

Gila.  Selalu dikaitkan dengan orang yang tidak waras pemikirannya yang kadang-kadang membuat kita jadi gila juga kerana memarahi orang gila seperti yang pernah aku alami.
Woi!!. apahal ni.. Ketepi..ketepi.. kang kena langgar kang.
Masa itu aku tengah nak berhenti di traffic light dan tak semena-mena ada seorang gila yang siap tersangkut pelbagai plastik di badannya melompat ke tengah jalan raya menghadang kereta aku.  Nasib baik aku sudah memperlahankan kereta sebab nak berhenti.  Kalau tak, memang nahas.

Hmmmm.. sedap gila.

Apa ni cakap benda tak elok ni.

Ala.. biasalah ayah.  Ayah ni punnnn!!..

Tak baik cakap gila kat makanan tau..



Kitorang dah tengok transfomers tau.  Seronok gila!!!

Ala.. apasal tak ajak.


Perkataan gila sudah bertambah erti penggunaannya bagi anak-anak muda.  Ia merujuk kepada  sesuatu keadaan yang extreem. Aku risau mereka terbawa-bawa menggunakannya dalam karangan bahasa malaysia mereka yang tentu akan tambah memeningkan kepala cikgu-cikgu.


Namun, ada satu perbuatan yang dipanggil kerja gila yang tersangatlah kita takuti.  Dan kerja gila ini dibuat oleh mereka yang ada sakit mental juga kerana kalau mereka tak mengidap sakit mental ini, mereka tidak akan membuat kerja gila.

Bukan sakit mentalkah kalau:
Orang meludah dalam setiap bungkus air soya yang dijualnya ditepi jalan. Apa motif?
Sumber: Mimi menangkap video orang yang membuat perbuatan terkutuk ini.  Berlaku di gerai menjual air soya depan shell seksyen 1 bandar baru bangi.

Orang menyapu ayam kfc di tapak kasut sebelum menggorengnya. 
Sumber: u tube

Orang yang menggunakan gunting untuk mengunting bulu hidungnya sedangkan gunting itu jugalah yang digunakan untuk mengunting plastik aiskrim yang dibeli anak-anak sekolah.  Kemudian menngelap bulu hidung yang telah melekat di gunting itu ke tuala sedangkan tuala itu jugalah tempat dia mengelap gunting yang telah basah apabila mengunting plastik aiskrim.
Sumber: blog hasben. Kawan dia tengah menunggu anak balik dari sekolah di sekolah jalan 2.

Orang yang berkahak ke atas burger yang dipesan oleh customer hanya kerana customer itu banyak cekadak.
Sumber: anak buah sendiri yang pernah berkerja di McD

Orang yang memasukkan semula coke yang tertumpah ke dalam bekas air kerana tadinya motorsikal terhentak di dalam jalan yang berlubang menyebabkan coke melimpah keluar.  Dengan selamba dia menyerahkan McD  kepada  pelanggan yang memesannya.
Sumber: anak buah sendiri yang pernah berkerja di McD


Pikir-pikirkanlah.  Salam Rabu.  Harini tak bisu.

ibundo

40 comments:

makdara TERdiva said...

dulu2 saya selalu gak buat kerja gilerr..pergi kuantan sorang2, tidor 1 malam kat pantai teluk chempedak pastu esoknya balik KL.. :)

Marina Monroe said...

Memang merisaukan kalau disalah gunakan perkataan Gila..contohnyer
Best Gila..ramai sudah orang menggunakan nya..he he he
Ada ker patut Gila jadi Best?

kakcik said...

Aduh - kerja gila sungguh - uwekkk!

Tapi cerita zaman kanak2 itu sama juga di kampung kakcik dulu2...

Kakzakie said...

Kalau yg gila/mental tak penuh itu sah dia gila. Tapi yg buat kerja gila kerana nak melesskan rasa marah itu yg tak patut.

Kerja bagai nak gila pun susah juga kakpah.

Macam-macam gila...

Ena said...

MACAM...

HAIHHHH!!

tasekM said...

benda2 lain buat gila aku tak kisah sgt.
tapi dh masuk bab2 makan...
hangin plak dengar.


.

Citarasa Rinduan said...

pernah kena giler gila sebab layan blog di kedai..
hehehe..
gila blogging..

pB said...

kembang tekak

kaklong said...

budak2 skrg guna perkataan gila tu jadi giler..



kekocik maghrin selalu kalau kengkawan ckp gila byak kali selalu marah,kau ckp la gila byk kali,nanti gila betul2 tau la...hahahah!

zaidah said...

akak tu meludah kat dalam air soya memang kerja gilalah kak...rasanyer macam tak nak beli plak air soya yang jual kat tepi jalan atau pasat malam....geli.....

kakngah said...

tapikan kak..
org gila duk kutip2 yo makanan kek tong sampah la.. tpo jalan la... yg kotor2 tu.. takdo lak sakit eh kan.. elok yo sehat nampak eh. akal eh yo yg tak sehat.
kuaso Tuhan....

Kunang-Kunang said...

Kak Pah,

Takut baca tentang orang waras buat kerja gila. Tak ingat mati ker

Qaseh said...

ishhh..ishhhh..mmg org2 yg buat benda mcm tu yg giler sebenarnya...xde otak punya org.

lupekanje said...

uweeeek.. akak nih..loyo tokak den..

Ku Tak Sempurna said...

fuhhh!!

nasib takdo anak buah ekao yg kojo kek tompek jual donat. klu tak......

errr.. donat borsih kan?

:D

ejaMaria said...

ala bundo, saya baca lama dah statistik pasal org kat Malaysia ni memang dah ramai yg 'gila'... nak buat mcm mana... dah mmg dikelilingi dgn diorg... hadap je la dgn tenang...

*kdg2 buat2 gila gak dgn anak2... ;p

Zaitun said...

Saya pun ada juga dengar orang buat kerja gila untuk melariskan perniagaannya.

Kembang tekak...uweekk

aesh came said...

ngehngehngeh~~mmg lawak..tp yg bab ujung2 tu gila x senonoh punye perangai~~

p/s:lps ni makn msk sendirik aje lah~ lbih selamat suci bersih terjamin..hehe

Che Mid said...

Salam, Dan ejaan pun bertukar dari gila menjadi giler... gila betul!

Che Mid said...

Salam, mencelah lagi... follower yang ke 666, cantik nombor kan..

ibundo said...

mdt,
hehe.. memang kerja giler tu. takut weh..

Marina,
Memang gila giler. Heh.. kita yang dah berumur ni pening dibuatnya.

kakcik,
sekarang ni dah tak beli air soya yang orang buat. Bukan semua yang buat kerja gila macam tu tapi macam dah tak percaya kat semua orang yg jual air soya. nak minum buat sendiri.

ibundo said...

kak zakie,
kerja bagai nak gila sampai tak ingat rumah tangga gila jugak tu.

Ena,
nama pun gila. haih..

tasek,
kalau kau makan kat luar dan balik sakit perut ceret beret, sila syakkan sesuatu..

ibundo said...

Ayu,
haha.. ni pun satu penyakit serius. Gila fb pun boleh buat rumah tangga berantakan.

pb,
sila kuncupkan kembali

kaklong,
ekau kocik maso kakpah dah jadi omak2 dah kan?

zaidah,
baik tak usah beli. nak minum, buat je sendiri. tak susah pun. beli kat tepi jalan atau pasar malam entah apa ilmu dorang amalkan.

Ms.Lilies said...

org giler banyak pesen..
tp pesen yg suka aniaya org bab2 makanan ni la paling giler sebenarnya....

ibundo said...

kakngah,
dah hidup e pun bergelumang mo tompek kotor. Tengok yolah badan dan baju yang dipakai. Ontah borapo tahun tak mandi. Ponyakit pun tak berani nak datang hii..

ani kunang-kunang,
tak ingat dosa lah tu. Ingat masa dia panjang lagi.. boleh betobat.

Qaseh,
Otak dia ada nak... tapi letak kat lutut.

acik,
balik kang kau singgah topi jalan tu boli soya sebungkuih yo..

ibundo said...

kts
eh eh!! eden lupo sebona e nak cerito pasal donat. Ado sumber yang sahih ni..haha..

maria,
ikut tak kes bicara mendiang sosilawati. Kesian anak-anak sebab mak terbunuh hasil kerja orang gila...

zaitun,
dulu ada dengar cerita yang kedai mamak ni laku sebab dorang masukkan singlet yang dah berpeluh-peluh dalam periuk masakan. Entah betul entah tidak..

ibundo said...
This comment has been removed by the author.
ibundo said...

aesh,
memang tak senonoh giler hehe..
lepas ni buat sendiri..

che mid
giler.. giler.. hii..
Follower no 666 ye. Teringat pula cerita the omen. Kat atas kepala budak yg kena rasuk tu ada tertulis nombor 666 haha.. lawak je. Tq sebab sudi memfollow tapi hiii.. takde hadiah lah pulak.

mimi,
sesiapa yang buat tak senonoh pada makanan dan bagi pula orang lain makan, siap!!!!!

Piasara said...

"penah tgk video air soya tu dn ayam tapak kasut juga..kerja gila,semoga diorang terus jadi gila..padan muka.."

ibuintan said...

kakpah... banyak ea kojo gilo, loyo tokak sey kak oii!


wah... apo yg akak buek maso kocik sey pun buek samo...best kan

Aku said...

Kalau aku tahu penjual buat gitu, aku kahakkan pulak duit yang aku bagi... biar sama-sama berlendir.... hahahaa

~ Cik Azz ~ said...

Mujurlah sey ni bukan jenih gilo dgn makanan/minuman segera ni kak.. Kalau tak, mmg sah sey pun ikut gilo mcm perangai org2 yg akak sobut tu...

Org gilo tu sobona ehh bijak.., cumo kito tak tau sobab musabab dio jadi gilo cmtu..

Org2 yg bijak ni kadang2 lagi gilo dari org gilo.. sbb tu semuo bondo nak dijadikan experimen...

Nasib baik la sey ni cumo gilo-gilo... kehkehkeh...

secangkir madu merah said...

hahahhahaa.. memang lawak gila lah kak Pah ni.... orang lain semua saya tengok rabu bisu tapi kak Pah selamba lak tak bisu, saya sokong.. apahal pulak nak bisu bisu kan? sapa punya idea tu?

cerita pasal kerja gila pada makanan tu memang meloyakan, tak baik org yg buat naya kat orang macam tu kan? saya juga ada pengalaman mcm tu kak.. dulu masa tunggu result spm kerja kat popeye fried chicken kejap, ada krew tu bengang dgn satu awek cun ni yg eksyen gila, ntah mcmmana ayam goreng yg dia pesan terjatuh kat lantai kitchen, krew gila ni selamba je amek masukkan ke dlm kotak takeaway utk makwe cun gila tu... hehehhe.. sungguh tidak ada perasaan.. bengong gila..

sayangsayangibu said...

memang kerja gile sbb sanggup buat macam tu kan?

takut nak makan luar kalau gini gayanya

ibundo said...

piasara,
orang sprt ni takde perasaan.

ibuintan,
hiii.. uwek..

Aku,
Eeee.. dua-dua sama gila

azz,
bia gilo-gilo. orang paham. tapi kalau gilo monggilokan oghang, tu yang gilo nak mikirkan sobab musabab e tu. hikhik..

ibundo said...

smm,
aku pun tak taulah yati apasal rabu mesti bisu. idea sapa tah tapi dah macam diterima pakai je di kalangan bloggers ni.
Ti, aku rasa kan.. kat pasar mlam tu banyak je penjual yang buat kerja gila kat makanan ni. Aku penah ternampak orang tu masukkan mee dalam plastik tapi ada mee yang terjatuh atas meja. meja tu pun bukanlah bersih sangat. Dia selamba je kutip dengan tangan masukkan balik dalam plastik. Erkk.. yang membeli selamba je makan bila sampai ke rumah.

sayang sayang ibu,
dah kita ni pun jenis suka makan kat luar kadang2 tu. tawakkal je lah...

iina said...

Sebut lawak nie kak.. den baru jek balik dr london dan jumpa salah seorang yg bertanding dalam maharaja lawak final kat london..

Maleh nak cakaplah apa dia buat.. tapi nyatanya sakit gile mata den nengok dio lah kak.. krg den sobut namo terkojut lak 1 mesia hahaha..

azieazah said...

Kak PAH:
kalu dah namanya gila, memang kerja yang tak masuk akal lah yang dibuatnya.

Kita yang baca pun kalu tak fokus boleh gila gak lah... hehehe


Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...

Cik Ina Do do Cheng said...

kak pah saya tambah , penjual air yang jirus tangan dia sekali masa menuang air dalam plastik minuman. kembang tekak, kadang -kadang kena fikir 10 kali nak makan kat luar.

Haha said...

lawak gila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...