Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, July 5, 2011

Manglish

Cik!.. blutut ado tak ni?

Ontah. Manolah acik tau dio belutut ko, besiku ko, bekaki ko, bekopalo ko.  Ekau pakai yo lah.

Itu jawapan yang mak sedara aku bagi bila sepupu aku, anaknya yang tak berapa nak betul itu bertanya samaada henpon yang dia bagi ada bluetooth ke tak ada.

Semasa melihat bird show di taman burung sabtu lepas, telinga aku disajikan dengan kata-kata dalam bahasa inggeris yang aku tak berapa nak paham. Yelah, takkan announcer nak cakap bahasa melayu sebab penontotnya pun dari pelbagai bangsa. Dan ramai juga tourists. Yang tu aku pahamlah. Tapi slangnya terlebih-lebih sehingga aku tak boleh tangkap apa butir yang dia cakap. Aku tertanya-tanya juga orang putih di depan aku tu paham ke tidak.

Aku bukanlah nak kata yang aku ni pandai sangat cakap omputih dan slang aku slang perasan omputih.  Sebab kadang-kadang bila aku cakap omputih dengan faris atuk si faris tu mengomen;

eh!! ingat cakap bahasa tamil tadi.



Kadang-kadang aku dapat call dari salesman. Entah macamana diorang dapat nombor henpon aku sebab aku dah pesan dengan staff kalau ada salesman nak nombor henpon jangan bagi.

cigu.. can i sell dis kaleling book to your studen.

No.  Against my policy. No selling.

Dis book vely gud ma. Vely gud to de blain.

No.



Kita dah biasa dengan bahasa omputih rojak. Bahasa omputih yang penuh dengan ayo dan la. Bahasa omputih yang bernada melayu.  Bahasa omputih yang bernada cina.  Bahasa omputih yang bernada tamil. Kita tak ada masaalah kalau kita cakap bahasa omputih tersebut di tempat kita. But when you go overseas and stay with those who only know perfect english then you realise that you are really in great trouble.

I we to go to totohe kok ghok plih.... (baca ikut slang kelantan)

What?

Totohe kok ghok!!!.

I dont understand you.  Get out of my car !!

Budak ni duduk belajar kat london. Dia naik teksi dan nak pergi ke tottenham court road.



Seperti yang aku pernah cerita dulu, Abu Ahmad, arab yang tinggal di mekah tak mahu anaknya belajar di malaysia.

Malaysian english is not good. Every sentence ends up with la and its more like ching chong ching chong rather than real english.

Well, itu pandangan orang. Sekurang-kurangnya kita cuba jadikan bahasa omputih sebagai bahasa komersial. Sejak dua menjak ni aku suka dengar orang australia bercakap. Sejak selalu tengok masterchef australia.
Masa hasben aku kat idaho dulu ada kawan aussie yang selalu cakap:
how are you to die?
Lama-lama baru paham yang aussie tu maksudkan:
how are you today?

Sekian kemerapuan aku pagi ni.

ibundo

35 comments:

Kakzakie said...

Bila bekerja dgn sykt org putih kenalah berbahasa cara yg betul kakpah (macam kakalah)... Tapi sekarang nie macam sekeliling kakak dah ramai yg mula faham bila ada additional la, meh dsb...

Lebih baik guna cara yg betul walau tidak slang.

kucingorengemok said...

saya pulak kalau dengar orang australia cakap rasa nak luku... entah kenapa, takde dosa pun ngan kita, hehe

kakcik said...

ayem fain tudai...

miloais said...

malaysian english = manglish
hiks

bak kata KOG - dengar australian cakap inggeris... memang sakit kepala di buatnya... rasa nak luku kepala depa suruh cakap2 british english!

lagi bagus dengar british or american... bleh paham jugak walopon slang ke barat tu kuat ya amat...

bujal X said...

sama macam kawan ostrolia saya~~asal jumpa je~~"go die mike!"

apa jadah?

rupanya good day mike~haha~~

ckLah said...

Saya selalu cakap kepada anak-anak, kalau mahu berbahasa Melayu, gunakan dengan betul. Kalau mahu berbahasa Inggeris, gunakanlah dengan betul, termasuk dalam blog. Pastikan ejaan, sintaksis ayat, morfologinya dan kanun tatabahasanya gramatis...


Ironinya, kalau kita tersilap walau sehuruf mengeja bahasa Inggeris, cepat-cepat ada Melayu yang tegur. Tapi, tidak ada yang nak menegur Melayu yang 'merempitkan' ejaan bahasa Melayunya sendiri di dalam blog. Ditegur.....mau merajuk terus.

:D

ejaMaria said...

hehehe... sbb tu cikgu sekolah makin pening kepala nak ajar budak-budak pasal bahasa...
bundo... satu lagi bahasa sms... lepas ni pulak... ;p

kakngah said...

pening ngn bahasa dan singkatan perkataan bebudak sekarang...

Ms.Lilies said...

dialog last tu saya pun xpaham hahaha...sib baik akak translate sesiap

Acik Erna said...

ka pah..ha ha ha..menghiburkan baco kak pah punyo n3 hari..ni..saya ponah poi kursus BI..yang ajar orang dari I.Bahasa..semua keluar,,manglish kata dia adalah gaya cakap orang omputeh orang malaysia.
tapi saya tak pandai kak pah..dihantar kursus tu monambahkan poneng yo..

pB said...

salam


how are you today ???


Betul tak kak pah?

kaklong said...

wa pun konpuis maaa...

hahahah~

S..U..D..@..I..S said...

manglish english dimalaysiakan
kadang2 pening juga
kesukaan anak2 remaja skrg

mama azfar said...

Sama la dgn KOG. Saya kalau dengar Australian cakap bhs Inggeris, rasa macam nak sakit jiwa je. Hehe..

rezeki said...

kak pah

slanga british lebih kurang dengan aussie pasal dedulukan rakyat aussie berasal dari british

tapi slanga org scotland lagi buat saya pening , membobok semacam je lantas saya balas cakap negeri sembilan je , biar dua2 tak faham hehehe

secangkir madu merah said...

'where got road?' betul tak kakPah?

ibuintan said...

hahaha kakpah.... ayat rezeki tang 'membobok'tu yang tak tahan tu

kok sey donga yg berslang2 ni tak paham, apo lae yang membobok tu... lae la tak paham

Zaitun said...

Menantu saya British slang susah juga memahaminya,tapi lama2 dah biasa.

ASH said...

gud die mem!
hehehe...
.
.
.
.
.
puk..
kan dak kena sepuk!

ibundo said...

kak zakie,
seeloknya belajar gunakan ayat bi yang betul kan? slang melayu pun tak kesahlah. kang kalau buat slang british kang orang meluat pulak haha..

ibundo said...

kog,
kalau ko hayati lagu dia tu sedap aper.. hehe.

kakcik,
h'a? acik masak ayam ngan bende?

miloais,
american senang gak nak paham. Tapi kalau brith yang datang dar ceruk tu memang susah nak paham slang dia.
kakpah sampai sekarang tak paham apa david beckam cakap..

ibundo said...

bujal,
kalau tak paham paham mau mamat tu yang mati kena pelempang.

cklah,
maunya begitulah kan? Supaya bila dewasa tidaklah lintang pukang bahasanya. kpah kagum dgn cklah mendidik anak-anak cklah. mereka boleh menguasai kedua-dua bahasa dengan teramat baik sekali. Malah bi nuha pun boleh mengalahkan bi sesetengah orang yang sudah berumur.

ibundo said...

maria,
bahasa sms lagilah pening weh...

kangah,
OMG.... dulu kakpah pun tak tau apekebendanya omg nih. bila tengok maharajalawak baru tau.

lilies,
haha.. banyak lagi contoh tapi kasi store dulu.

ibundo said...

erna,
kalau poning kursus bahaso, baiklah ekau poi kursus masak yo. Tontu pulak dapek makan haha..

pb,
pinjam jawapan kakcik... ayem fain tudai

kaklong
kalau baco text sms lagi la ekau konpius long..

sudais
hehe.. orang dewasa pun banyak yang cakap macam tu..

ibundo said...

syira,
tapi kpah suka tengok masterchef australia. dapat idea masak masak haha..

pak itam,
kahkahkah.. membobok macam katak betung ke pak itam. mesti dia telopong kalau pak itam cakap negori sebab bahaso negori pak itam pun bunyik orang asli becakap haha..

Ena said...

ehehehhe..

mcm2 idea kakpah ni mengarang n3 kan..

menghiburkan tp penuh dengan mesej

ibundo said...

smm,
haaha.. betullah tu kalau ekau rasa betul..haha..
walk walk eat wind..

ibu intan,
tu lah pasal. tegolak bosa baco pokataan membobok. Dah lamo tak guno..

zaitun,
ada certain part of england yang rakyatnya cakap slang british yang susah nak faham. tapi kalau dah biasa macam yang zai cakap, lama-lama paham lah.

ashley,
gud die takper lagi. kalau ko cakap go die sah-sah kena lepuk.

~ Cik Azz ~ said...

Sey ni boleh faham tulisan omputih lg dr percakapan dorang... Tu sbb jarang tgk talkshow omputih ni... sbb tak berapa nak faham apa dorang ckp.. alih2 tgk dorang dah golak atau monangih yoo... mulo la sey molopong sorang2... hahaha...

Tingat lak kek sorang mat saleh maso poie CH hr tu.. Mintak tolong dio amek an gmbr.. pehtu speaking la.. Bak kato akak la, ado perkataan la dan ya kek ujung speaking tu.. mat saleh tu golak yoo.. hehe..

ieda said...

ayat tipikal masa student dulu..
"wei!!!why so lambat one?"

sorang kawan saya yg terer & speaking sokmo selalu komplen bila anak sedara dia yg membesar kat australia balik jumpa dia..
"I tak faham la apa yg budak ni cerita...I tau gelak ja.."...kita yg otak melayu ni lagilah tak faham.

ibundo said...

azz,
mano ekau poi azz lamo tak nampak batang idung.
kalau nak paham dan nak bolaja cakap omputih kan azz, sonang yo. Bilo nonton cito omputih tu kan, ekau toksah tengok sarikato e. Ekau konsenteret kek apo dio cakap. Nanti banyak vocabulary ekau dapek. iyo!! cubolah.
kalau asek baco sarikato yo camano nak donga apo dio cakap...

ibundo said...

ieda,
haha.. one kat ujung tu memang tak boleh elak. Ada kawan kpah jugak yang suka guna one. cth kan, my one is pretty you know. selalu guna one untuk gantikan mine, yours hers/his. camtulah..

hani@debumelukut said...

my doter masa sekolah rendah kat Kessington/London dulu dapat award pelajar terbaik dalam subject bahasa Inggeris...bukan apa, mat salleh sendiri lagi teruk grammar dari outsiders ni..dan cikgu dia cakap budak2 masia mmg use proper english.

Citarasa Rinduan said...

kat kedai ayu

pekerja ayu guna BI campur indon..
lagi parah...

ibundo said...

hani,
memang tak daapt dinaafikan ada anak-anak yang tersngat bagus BInya. antara sebab, mereka dah diasuh menggunakannya dengan cara betul sejak kecil lagi.
Tapi bila bahasa itu bahasa sendiri, kita sering ambil mudah. Macam anak2 melayu yang tak pandai berbahasa melayu. Malu dengan bangsa asing yang boleh score A.

ibundo said...

Ayu,
haha.. bahasa inggeris slang indon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...