Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, July 23, 2011

Lembu Kundasang

Orang selalu cakap; Busuk macam kambing.  Bodoh macam lembu.
Tentang busuk macam kambing tu aku tak boleh nak sanggah.  Memang busuk.  Sebab itu aku tak makan kambing. Tapi tentang lembu ni.. macam ada yang tak kena. Sebab sebodoh-bodoh lembu pun, aku rasa dia jugak sama busuk macam kambing.

Dulu hasben aku sering perli aku. Dia kata orang negeri sembilan ni kaya-kaya. Sebab apa kaya?  Sebab lembu orang negeri sembilan bersepah-sepah sampai tengah jalan raya. Kalau masuk jalan kampung, pemandu kereta kena hormat dengan lembu bagi dorang melintas jalan dulu.  Berak pula merata-rata sampaikan bila bawa kereta dah tak boleh nak mengelak daripada tergelek tahi lembu.

Itu dulu.  Sekarang ni aku rasa lembu orang negeri sembilan dah banyak yang ada disiplin.  Atau mungkinkah orang ns ni dah kurang kaya sebab tokeh-tokeh lembu dulu dah ramai yang tiada dan lembu-lembu dah banyak yang terjual atau kena sembelih.

Aku ni melalut cerita pasal lembu ada kena mengena dengan gambar dalam n3 sebelum ini. 

Gambar tu aku ambil di tempat ini.  Tapi bau kandang lembu ni agak  busuk untuk hidung aku. Memang patut pun busuk sebab najis merata-rata dalam kandang.  Walaupun begitu, tempat dan cara mereka memerah susu adalah hygenik.  Semua pakai mesin. Dan lembu-lembu yang menunggu giliran untuk diperah diletakkan di satu kandang bersimen yang rasa aku bebas najis sebab selalu dijirus air.




Kalau sesiapa ke kundasang, jangan lupa pergi ke tempat ini.

Di sini aku ucapkan terima kasih pada ani kunang-kunang yang telah sudi memberi award di bawah ini. Terima kasih daun kelaldi.  Kalau ada, bagilah lagi...hehe..


Award ini aku hadiahkan pula kepada sesiapa pengunjung yang sudi .


ibundo

15 comments:

kaklong said...

susu lombu fresh akak minum tak?

ibundo said...

kaklong,
tak minum..
Yang dalam kotak tu, minum..

hani@debumelukut said...

sama. saya pun kalau yg fresh tu tak berapa di terima oleh tekak lah

Amie said...

Assalam Ibundo,
Salam kenal dari Amie. Susu lembu segar sedap diminum kalau dipanaskan seketika.... kawan India saya yang kata, saya pernah minum susu segar semasa di sekolah rendah... tapi muntah2...

ibundo said...

hanie,
rasanya semua tu dalam otak kita je hehe..

ibundo said...

Amie,
err.. tekak tak boleh tetrima gak hehe..
masa melawat ladang unta, jemaah lain sibuk minum susu unta dan ada yang beli bawa balik berbotol2. Bundo?.. err.. tak lalu.

kakngah said...

yo la kak.. kek n9 dedulu lombu mmg besepah2.

cnth - dopan sekolah. memang tak leh elak. mesti terpalit gak kek kasut sekolah walaupun elak camno sekali. kalau nasib malang, terpijak gak la bilo ghobut naik bas. tak ghobut kang, maun pkl 4 baru sampai rmh.

paling bongih kok hari senayan laei kasut putih melopak tu dah tercomar.

kalau musim paneh. ok sikit. sobab, taik lombu tu kogheng. tapi, jam musim hujan.. siap! yg bulan lopeh nyo pun kombang lek...

ado laei...
paling sian, bilo lombu2 pado tuan2 yang dah kayo tu, dianiaya oleh orang yg bengang kek tuan eh sobab tuan eh tak ghoti nak jago lombu sendiri. dah dibiar an berkeliaran keliling kampung, sapo tah marah kan..

antara penganiayaan yang dilakukan... canteh ekor lombu. disyaki ekor lombu tu mesti tukang canteh tu buek sup eko kekekeke!!!! lagi kejam.. simbah ngn asid atau cuko gotah.. sengsara lombu tu taw... yo la.. dah tontu sakit 1 hal la.. lg 1, lombu tu gerenti tak dapat rawatan yg sepatut eh. sampai membusuk + berulat badan lombu tu.

kisah bona ni kak! zaman sekolah2 dulu la... tapi boto la kak.. sekarang dah kurang lombu besepah nak dibanding an dulu.

sekian sahaja hujah buat kali ini.
terima kasih.

ibundo said...

tuan-tuan dan puan-puan sekelian,
kakngah telah memberi hujah siap dengan mengulung-gulung sekali hujah beliau. Kalau ada sesiapa di kalangan tuan dan puan yang mahu membangkang ataupun tidak puas hati ataupun menganggap hujah beliau sebagai satu tohmahan yang tidak berasas, sila maju ke depan... hahaha..

~ Cik Azz ~ said...

Kek Pilah bosepah lagi taik lombu ateh jalan.. lobih2 laie kek gachong... hehehe...


Sey tak minum gak susu lombu fresh ni kak..

kek dopan umah sey ni pon ado yoo taik lombu... huhuhu...

Acik Erna said...

kak pah..nak golak dulu..kak ngah bukan komen kak pah tapi berhujah..he he..tu la kek n9 ni oang panggil lombu telunjuk..sobab e..main tunjuk yo..tu lomu se..tu ..lobu se..tah bilo dio bagi makan..ko kandang an ko tak ytau lah kan..
kak pah..saya ponah disiram dek taik lombu..poi sekolah..hari hujan..ado keto lalu..dilanggar e taik yang menggunong kek jalan tu..apo lai..memancut la habih baju sekolah kono siram..
sudah he..balik gumah jalan kaki yo sambil menangeh..sapo nak bawak naik bas ko keto..dah ponuh tak lombu..

secangkir madu merah said...

bau lembu busuk tapi daging lembu buat rendang sodappppp kan kakPah?

ibundo said...

azz,
dulu iyo bosepah. skang ni lombu dah banyak kono somoleh. Sobab tu abah kakpah tak mau boli lombu bantai topi jalan. takut tosalah boli lombu yang bukan tuan e punyo..

ibundo said...

erna,
kehkeh...
lombu yang main tunjuk2 ni memang banyak. Manolah nak kona lombu sapo lombu sapo. kok botando lain hal..
Tang kono siram dek taik lombu tu yang tak buleh tahan dongan e tu.

smm,
hati-hati beli lembu yang dijual tepi jalan. terutamanya hari puasa dah nak dekat ni.. takut2 lembu curi hehe..
kadang2 kena curiga gak.

S..U..D..@..I..S said...

suka sangat susu lembu fresh....adusss sdapppp

Kunang-Kunang said...

Kak Pah,

Masa ke Kundasang bulan Mei hari tu saya pegi juga ke sini. Seronok, tapi masa saya pegi tu hujan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...