Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, July 3, 2011

Taman burung kuala lumpur

Malamnya mesti aku susah nak tidur. Keesokannya pula, pagi-pagi lagi aku dah terbangun.  Tak payah emak berleter suruh mandi, aku dengan sendirinya masuk ke bilik air. Dan pagi itu emosi aku mestilah berada di tahap tinggi paling maksima.

Begitulah selalunya bila abah memberitahu yang esok pagi kita akan ke kuala lumpur.

Semalam tadika mengadakan trip ke taman burung. Kanak-kanak yang teruja untuk pergi lawatan bersama kawan-kawan mereka agak ramai juga.  Saja seronok-seronok naik bas dan seronok-seronok jenjalan dengan kawan-kawan. Tapi ada juga di antara murid yang tidak ikut serta kerana sudah pernah pergi dan tidak mahu pergi kerana tidak berkenan dengan harga pekej.

Aku memberi masa yang agak panjang untuk mereka berfikir sama ada mahu anak mereka pergi atau tidak. Sekiranya nama diberi selepas hari khamis, aku tidak boleh melayannya lagi kerana terpaksa menguruskan jumlah kanak-kanak dan juga dewasa kepada pihak taman burung selewat-lewatnya pagi jumaat. Juga mahu menguruskan jumlah bas untuk membawa anak-anak ini.

kakpah, ni ada parent ni nak masukkan nama anak dia.  Dia kata anak dia melolong nak ikut trip.
Cikgu aku telefon pada petang jumaat.

kakpah, ada sorang lagi nak masuk.  Menangis-nangis nak ikut.
Cikgu aku telefon pada petang jumaat.

Ummu, ada sorang lagi ni. Meraung nak ikut.
Cikgu aku telefon pada petang jumaat.

kakpah, ada mak murid sorang nak pegi.
Cikgu aku telefon pada pagi sabtu, hari lawatan.

Aku dah tahu dah.  Anak-anak ini kalau jenis yang tak kesah, dia takkan kesah kalau ibu bapa mereka tak benarkan mereka pergi.  Tapi kalau anak-anak jenis yang kesah sebab nak merasa keseronokan, mereka akan merengek ibu bapa mereka sehingga ibu bapa mereka itu dah tak tahan lagi mendengar rengekan mereka.

Sudahnya, kami ke taman burung dengan 4 buah  bas.


Dah nama pun taman burung.  Di sini cuma ada burung dan orang.















Outing untuk keluarga ini juga.

Dua orang budak yang masa kecilnya dulu tak puas naik buai.


Makanan dibawa ke amphiteater sebab kumpulan kami tak muat untuk diletakkan di restoren.

Selesai makan kami bersiap-siap naik bas untuk pulang. Aktiviti untuk hari semalam adalah tersangat meletihkan terutama untuk kaki tua aku. 

Sekian

ibundo

17 comments:

ckLah @xiiinam said...

wah....tempat macam ni, memang syok main kamera kan kakPah...

marinahunny said...

ramainye 4 buah bas, cmne nak handle tu..

kasihibu said...

kak bukan saja anak anak, mak mak pun seronok dapat pergi ke tempat tu ghalit.

tasekM said...

minggu depan balik KL nk pi la tmn burung. tak pernah pergi pun..



.

Acik Erna said...

kak pah..ompek buag bas??..mak oiii ramai yang poi tu kak pah..
mano gambar fares koja burong..nampak gambar dio berdukong yo kak pah..

rezeki said...

penat nak kelola reramai tu, tapi pasti anak2 rasa terhibur dan seronok
bagus aktiviti outing ni utk anak2

dedulu kita jangan sebut taman burung , takde semua ni
kalau nak jugak tengok, pegi le ke hutan belukar dkt belakang rumah mengendap burung liar hehehe

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina yang tua pun belum pernah lagi pegi taman burung. amboi banyak nya 4 bas sekali pegi. mesti dorang semua happykan. alah cianya kak pah, penat ye..

kaklong said...

dah makin cantik tompek ni kan kak...?

kakngah said...

dari tahun lopeh nk poei tmn burung ni sobab ado sekali tu linteh dopan eh. adeeb sibuk ajak siggh. jam tu dah potang. dah nak tutup. las2.. sampai tahun nia tak gak poei2...

ibundo said...

cklah,
syok nembak tapi yang ditembak pun tak reti duduk diam.

ibundo said...

marina,
insyaallah boleh. sorang guru jaga 5, 6 orang. Ada parents yang bantu sama.

sayang-sayang ibu,
kakpah nampak bangau warna merah. terpegun nengok sebab tak penag tengok bangau merah sebelum ni.

ibundo said...

tasek,
nak pergi jangan pakai kaasut tumit tinggi. Besar kawasan kau nak takluk. Risau nanti kau pakai kaki ayam..

erna,
haritu taman burung kami punya hehe..
faris tu bukan dio yang koja burung. burung yang koja dio.

ibundo said...

pak itam,
beruntung anak2 sekarang ni kan. Teringat jugak pada zaman dahulu hendap burung, lastik burung dan menggetah burung..

cik ina,
belum penah pegi gak? Bawak hero kecik tu pegi. mesti dia teruja..

ibundo said...

kaklong,
haah.. baanyak gak burung baru..

kakngah,
cuti sekolah kalau nak poi memang jem. Poi lah sabtu ahad.. kalau nak tengok show e, show start pukul 12.30. Datanglah sejam sebolum tu..

Ena said...

taman burung pun besar kan.. penat juga nak tawaf.. nak nak ada part nak kena mendaki tu..adeihh..

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah tentu riuh taman burung pagi itu.

Cik Azz said...

wahhh.. ompek buah bas tu... tokojut burung2 tu gak ehh... hehe..

Mmg lotih bilo bojalan ni kan kak... Mujur la akak tak domam mcm sey ni haa.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...