Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, August 6, 2011

Terusik

Azan maghrib hampir berkumandang menandakan akan berakhirnya seharian  berpuasa.  Anak-anak sudah mula mengambil posisi masing-masing, memasukkan makanan ke dalam pinggan dan mengisi air ke dalam gelas. Bunyi sudu pinggan berlaga bagaikan satu irama memenuhi kamar makan. Mulut riuh rendah minta meminta, usik mengusik dan jerit memekik orang yang masih bersenang lenang di tingkat atas.

Begitulah selalunya dalam bulan ramadhan. Anak-anak penuh berkumpul menjadikan meja makan lapan kerusi terpaksa ditambah dengan dua buah meja kecil lagi untuk menampung jumlah yang ramai, 13 dewasa dan seorang kanak-kanak.  Itu tidak termasuk 2 orang bibik yang makan sendiri di kamar mereka, dan juga maryam yang belum pandai mengacau orang lain makan.

Memerhatikan suasana ini, mengingatkan hal aku semasa kecil yang hanya berbuka dan bersahur bertiga sahaja dengan mak dan abah. Kadang-kadang ada nenek tetapi kebanyakan hari, nenek di rumahnya sendiri. Tidak ada suara riuh rendah.  Tidak ada bunyi sudu berlaga kerana dulu kami guna sudu yang tak ada keluarkan bunyi bila berlaga dengan pinggan.

Sebenarnya aku merasa satu kenikmatan apabila melihat keluarga aku berkumpul seperti ini.



Selamat berbuka puasa.

ibundo

21 comments:

lupekanje said...

meriah bunyiknya kan kak..bertuah akak ado anak ramai camni..Alhamdulillah.

Ena said...

ena sangat rindu dengan kemeriahan mcm tu kakpah.. rindu sangat2.. sob sob.. lambat nye nak balik raya.. balik awal skt dapat la rasai suasana gitu...

cikmanggis said...

seronok kan kak pah ..penat tak terasa bila anak anak cucu dan menantu menantu berkumpul..sahur pun meriah hehe

sud@is said...

wauuu happeningnya keluarga kakpah tentu seronok, sahur pun berselera

SITI NOARIZAH ARIS said...

Rakyat jelata di rumah sy tak ramai cuma 4 org je tapi terasa gak kemeriahannya walaupun tak semeriah jika sy berkumpul berbuka 7 beradik dengan mak dan abah sekali dan ipar duai serta anak-anak buah.. dah rasa mcm buat kenduri doa selamat lak dah !!

ckLah @xiiinam said...

Gambar tu.....memang betul-betul mengusik saya kakPah. Huhu....slurp!

Cik Azz said...

Berebut macam setahun tak makan.. padahal baru seharian berlapar..

Mcm tu la kalau kek rumah sey ni haa.. Selalu ehh lagi dua hari sebelum raya dah penuh dah rumah ni..

Pehtu masing2 makan copek sbb nak mengelak mongomeh.. huhuhu...

kasihibu said...

bonda
seronok dapat berkumpul semua ahli keluarga kan?
sya sedang menanti saat tu bersama adik beradik yang lain insya'allah penghujung ramadhan...

aza ni said...

hajjah
berbuka ramai ramai ni...meriahnya..

Acik Erna said...

assalam kak pah..kalau la sehari tak bekumpol macam tu..mesti kak pah teraso sunyi kan..

secangkir madu merah said...

bila berkumpul beramai2 gitu mmg seronok apatah lagi saat2 utk berbuka puasa...

sedap nampaknya puding roti kak Pah tu... emm mengusik jiwa..

p/s: memandai je puding roti, puding apa tu kakPah? bagilah resepi

kakngah said...

jangankan berbuka.. mengadap meja makan waktu2 biasa ramai begitu pun dah cukup menyeronokkan. mengeratkan rasa cinta kekeluargaan. itu pentingnya amalan makan serentak sekeluarga. ada orang, kalau nak makan.. makan la sendiri.. pepandai la cari kat dapur tu...

Guru said...

kalau setahun macam ni best, kan....

Cik Ina Do Do Cheng said...

Seronok ibundo kalau dapat berbuka bersama keluarga tercinta.meriah je. amboi saja tepek gambar puding , nak mengugat nafsu makan cik ina nampak.ekekek

iina said...

kak agar2 tuh meruntun jiwo rago den lah hehehe..

Bestkan kak buka poso ramai2 ;)

Granny Hani said...

meriah gitu...saya pula berkala. ada kala ramai sampai tak cukup ruang, ada kala berbuka berdua saja...

ibundo said...

selamat berpuasa dan selamat berbuka, selamat bertarawikh dan selamat mengerjakan ibadah pada semua yang mengomen.

ejaMaria said...

macam sama je dgn situasi kat rumah pak mertua saya hujung minggu baru ni... meja makan 8 kena tambah meja tambahan dgn lagi 4/5 kerusi tambahan juga... ;p

JunAina said...

meriahnya 13 org berbuka puasa pasti bermacam ragam...kak pah puas hati memasak bila ada yg makan...

Zaitun said...

Terliur saya tengok jelly kakpah tu,slurrrp...

Seronoknya berbuka dengan rakyat jelata yang begitu ramai tentu rebut2 kan....

KTS said...

kerana dulu kami guna sudu yang tak ada keluarkan bunyi bila berlaga dengan pinggan.

pandai sudu dulu2 jago diri. diam yo


:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...