Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, September 22, 2011

Apasal dia tak menjerit

Selepas beberapa minit menunggu, aku melangkah betul-betul di depannya.  Aku tunggu arahan.
Dia suruh tekan. 
Aku tekan.
Aku tunggu lagi.

Dia suruh pula aku pilih bahasa apa dia nak guna dengan aku. Oleh sebab aku orang melayu, aku pilih bahasa malaysia.
Dia suruh tekan.
Aku tekan.
Tak ada apa-apa berlaku. 
Aku tekan lagi.
Tak ada apa-apa berlaku jugak.
Agaknya dia fedap, dia cakap yang dia dah tunggu terlalu lama sedangkan aku tak buat apa-apa. Mana ada aku tak buat apa-apa. Aku dah tekan banyak kali macam yang dia suruh tapi dia tak rasa kot.

Aku cuba lagi sekali.
Arahan dia macam tadi jugak.
Aku buat macam tadi jugak.
Dia fedap macam tadi jugak.

Cik!!!!
Kata budak kat belakang aku.

Tekan kat sini cik!!

Hik hik.. Aku ingatkan touch screen.  Rupanya ada butang lain berderet kat tepi screen tu.
Lain kali aku dah tak mau pergi dah kat maybank situ. Macam dah termalu je.

ibundo

32 comments:

ejaMaria said...

len kali nak pegi maybank ajak kite ye Bundo... hihihi
kite mmg kawan dgn kawanku... ;p

kakcik said...

Sesekali terkena juga. :)

kaklong said...

dah byk mesin yg mcm tu skrg kak,kdg2 kito yo yg tak roti nk guno...hahahahah!

h4ni3 said...

hihihi
mesin tu tak cukup canggih lagi tu kakpah :D

kakngah said...

kakpah lg advance dari mesen tu taw....

cahya indah said...

teringat first time guna ATM touchscreen..malu jugak. hehe

Anaa said...

hahaha.. kak pah, atm machine maybank ke..? memang dia dah tukar ke touchscreen.. saya pun terkena gak hari tu.. tapi takde ler sampai orang tegur.. kihkih..

cikmanggis said...

hihi Cm pun pernah:) malu giler tapi lantak lah kita orang tua muka dah tebal lagi pun orang tak kenal kita lagi pastu:)

Aku said...

mesti kakpah tekan dgn gaya penuh bersungguh-sungguh... kakaka

Ena said...

heheheh...


kelakar plak jadinya.. :)

Acik Erna said...

kak pah..ha ha ha..aduhai..

S..U..D..@..I..S said...

tekan mana yg boleh tekan..

Amie said...

he he hehh kak pah...kak pah...

~ Cik Azz ~ said...

Hahaha...

Nak check penyata epf pon guno touch screen.. Kadang2 tu topakso tanyo kek cleaner kek situ camno nak guno mesin tu.. haha...

Kunang-Kunang said...

Lain mesin, lain caranyakan.

Termalu boleh tahan lagi, jangan dah terpotong duit sudah, makan masa nak selesai.

iina said...

Kak.. saya yg terer IT nie pun kdg2 kena gak.. penah kena kat eon bank.. arahan kat skrin.. tapi kena tekan mesin kecik sebelah.. trus saya komen pasal userfriendly mesin tuh.. ;)

Takpe kak.. silap sekali lepas nie mesti dah tak silap lagi dah ;)

Chik Mimi said...

saya yg x selalu p ni pun akan jadi camtu jugak kut:)

aNIe said...

Heheheh...kak... kadang2 terkonfius... lain atm kadang lain caranya...hehehe

rezeki said...

hehehehehehehehhehehehehhehehehhe

ibundo said...

maria,
lepas tu kita pegi minum-minum..

kakcik,
kira orait lah tu kan

kaklong,
dah tetuo ni selalu bona tersasul

hanie,
ado gak orang nak menyokong haha.. memang tak canggih tul.

kakngah,
betul tu.. mesen tu yg outdated. Orang sumo dah pakai touch screen skang ni.

ibundo said...

cahya iman,
hehe... nak cakap tak tahu, malu. Buat2 tahu je lah walaupun terkial2 baca instructions..

anaa,
orang dah panjang beratur kat belakang tu. Tu yang kena tegur tu sebab dah lama sangat menunggu kot.

ibundo said...

cm,
hihi.. tua tua pun tau gak malu hehe

aku,
memang sunguh2 betul. agaknya orang belakang aku tu perati je.

ena,
masa berjalan balik ke kereta membebel2 dalam hati marahkan diri sendiri.

erna,
apo nak dikato

sudais,
haha

amie,
kehkehkeh..

azz,
cleaner tu lagi pandai yo..

ibundo said...

kunang-kunang,
kalau dia telan duit, alamak.. lagilah gabra

iina,
kadang2 tak perasanlah na mana satu touch screen mana satu yang bukan. Tu yang buek konpius tu..

cikmimi,
Kalau tak selalu pergi lagilah kena bawak kengkawan nampaknya... kalau termalu takdelah sengsorang yang malu hehe

anie,
tu lah pasal. Tu yang konpius tu.

rezeki,
takper.. ko gelaklah pak itam. Nanti satu hari kpah gelakkan ko pulak... hehe

azlina said...

kekadang kita terkena juga ...pernah terjadi igt tekan butang rupanya touch screen la plk...
mcm2 ...:)

ibundo said...

azlina,
lain kali nak kena tengok betul2..

Pia said...

"kahkah...ingatkan saya jer kena hari tu..kat maybank juga tapi bkn nak kuar duit kt mesin atm tp nak bank in duit utk adik saya..baru pestaim nak buat..haru biru(mana tak nya sepatutnya tekan button,saya dok tekan kat screen pulak..) seb baik org blkg kiri kanan dok tolong ajr..malu2.."

julietchun said...

mesti budak belakang tu pun dah fedap tunggu kakpah :D

Zaitun said...

Hehehe...kelakar juga ya tapi takpe orang lain pun faham.

Citarasa Rinduan said...

versi lama lagi rupanya...

ibundo said...

pia,
haha.. kamu pun terkena jugak kah?

Zaitun,
paham tak per. Siap kutuk-kutuk dalam hati tu yang tak tahan hii

ayu,
haah, versi lama.

Cik Ina Do Do Cheng said...

eeee ingatkan cik ina je pernah termalu cam tu. kat maybankkan. nampak screen cam boleh touch, rupanya menu screen kat tepi.

akuzle said...

ibunda dh terlampau advanced...ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...