Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label apaapajelah. Show all posts
Showing posts with label apaapajelah. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Habit

Setiap orang mesti ada habit. Habit baik, habit buruk.
Kalau dah ada habit tu, selalulah benda tu dibuat berulang-ulang.
Kalau habit baik takpe jugak tapi kalau habit buruk?
Ada orang suka belanja orang.  Asal ada duit lebih je belanja orang.
Asal belanja orang je maknanya ada duit lebih lah tu.
Takpe.  Kita pun suka kan kalau kena belanja.
Yang payahnya habit buruk ni.
Macam:
Korek hidung tak selindung-selindung dan taiknya diselet kat mana-mana jari dia boleh landing.
atau kentut merata-rata tak kesah dalam majlis atau luar majlis
atau buang sampah macam satu alam ni tong sampah dia
atau letup-letup jari orang yang tengok pun annoyed
atau... ah macam-macam lah.
Anak aku dulu ada sorang yang suka kembang-kembangkan hidung.
Tengah baca buku kembangkan hidung
Tengah bercakap kembangkan hidung
Tengah makan pun kembangkan hidung
Almost setiap waktu la.
Aku cakap, awak ni kembang-kembangkan hidung ni nanti lubang hidung tu tambah besar. Hidung tambah kembang macam buah jambu. Nanti dah besar tak ada orang yang nakkan awak sebab hidung tu dah tutup satu muka.
Aku pun tak perasan bila dia berhentikan habit tu.
Sedihnya banyak habit buruk ni susah nak diberhentikan. Macam dah jadi darah daging.
Perasaan tak ada orang kejap-kejap kejip mata.
Ada juga yang angkat-angkat bahu.
Ada juga yang suka terkehelkan tengkuk.
Susah nak berhenti tu

Aku pun ada habit buruk jugak tapi taknaklah beritahu.
Mungkin ada lebih dari satu.
Tapi ada satu habit aku ni yang membawa padah dan lepas tu aku tobat tak buat lagi.
Aku ni kalau pergi joging aku akan bawak beg.  Beg buruk je lah.  Dalam beg tu aku letak wallet, cermin mata, henfon dan kadang-kadang tab.
Aku bawak wallet sebab nak singgah pasar ataupun pasar tani lepas joging.
Aku bawak cermin mata sebab nak baca sms.
Aku bawak tab sebab nak buka fb. Selalunya lepas joging hasben aku ajak minum-minum di kedai kampuchea.  Sementara menunggu makanan sampai, bolehlah berfb kejap.
Satu hari sebulan lepas kita orang pergi joging di tasek cempaka bawa myvi imah.
Memang dah jadi habit aku, letak beg bawah tempat duduk.
Aku cuma ambil henfon.  Tab tinggal kat rumah tengah caj sebab habis bateri.

Balik dari joging, cermin kereta sebelah seat belakang pecah.
Beg aku kena ambil.  Dalam beg ada wallet yang berisi lima nam ratus, kad-kad, ic dll. Ada cermin mata.
Masa tu juga aku call bank bank minta stopkan kad kredit dan kad atm.
Uish... dua tiga hari jugalah aku bekejar sana sini untuk uruskan benda-benda yang hilang.
See..
habit buruk tu.  Tinggalkan beg bawah seat kereta.
Dan memanglah lepas tu aku tobat tak buat lagi.

Anda ada habit buruk? Habit baik?

ibundo@kakpah

Wednesday, July 3, 2013

The lost world

Pernah tak..
Kadang-kadang rasa malas nak bercakap. Lebih suka senyap melayan pikiran.  Tak kesahlah kau pikir pasal apa. Lost in your own thoughts gitu..
Dan very annoying la kalau orang asek tanya itu ini, ajak bual-bual dalam keadaan kau taknak bercakap.  Tambah annoying lagi kalau apa yang dia tanya tu buat kau bertambah jengkel atau nak bagi pelempang pun ada.
Lagilah annoying kalau dia berdiri tercegat sebelah kau perhati je apa kau buat.

Contohnya kan, contoh..
"Tu  pekat sangat tu.  Perlu taruk air sedikit"
Gila kau nak taruk air dalam cream cheese aku.
Perlu tak aku jawab. Tak perlu kan. Kau cuma mmmm.. aje lah.
Contoh lagi kan, contoh...
"Taknak tambah warna lagi ke. Tak cukup merah tu.."
Suka hati akulah nak taruk banyak mana. Aku nak buttercream aku warna pink.  Bukannya warna merah.
Perlu tak aku jawab.  Tak perlu kan.
H'a.. itu hanyalah contoh daripada contoh-contoh . Panjang lebar pulak kang kalau aku sebut semua.

Malam tadi aku berdiri tepi sinki basuh mangkuk yang aku pakai.
Masuk masuk saja dalam dapur dia terus tanya, "buat apa tu"
Mau saja aku jawab aku tengah potong rumput.

Begitulah.
Kalau aku tengah rasa malas nak bercakap, kau kena faham signal aku.
Kalau aku senyap tu maknanya aku malas nak bercakap.
Jadi, kau buatlah kerja kau.
Aku buat kerja aku.

Tapi aku tak sentiasa nak orang tak kacau aku.
Tengok time lah. Kena masa masanya dapur aku riuh rendah dengan gurau senda.

Bik, kau kena tau mood aku bik...

p/s apa punya tajuk da..

ibundo@kakpah



Sunday, June 30, 2013

Apa kabar..

Salam.
Lama benar blog ni terbengkalai. Mula-mula sebab bizi. Lepas tu bila dah dapat bernapas balik macam malas je nak masuk ngemas-ngemas rumah. Bak kata orang, ingat.. bukan tak ingat tapi rasa malas tu mengatasi segala.
Apa kabar?
Pertanyaan buat mereka yang masih sudi lalu lalang di tempat yang dah berhantu ni. Berhantu? Kan ke rumah tinggal selalunya ada hantu.  Tu kata nenek aku lah masa aku kecik-kecik dulu. Orang tua dulu memang suka menakutkan budak-budak.
Lorong dari jalan raya menghala ke rumah aku, ada beberapa biji rumah tinggal. Nenek aku selalu cakap di situ tempat jin 'beghonjeng'. Memang aku takut bukan main.  Masa tulah.  Budak kecik mana boleh pikir waras lagi. Kalau aku lalu depan rumah tu, pasti aku lari tak cukup tanah sampai tercungap-cungap carik napas.
Korang tak takut ke lalu kat sini? Lalu depan rumah aku yang terbengkalai ni..

Satu lagi kan, depan rumah aku ni(real house).. bukan depan sangatlah. Banglo besar depan rumah aku ni dah siap dah.  Sebelah banglo tu. Rumah tu terbengkalai jugak. Ceritanya, neighbor lama aku yang punya rumah tu dulu, jual rumah dia dan ada seorang ni beli. Biasalah kan.  Kalau tak kena dengan taste kita, mesti nak renovate. Tapi renovate setengah jalan dah berhenti. Dekat setahun dah. Yang aku nak cerita ni, bibik aku.  Satu hari dia cakap; 'buk... rumah depan tu ada hantu lah'. Bila aku tenung dia, dia jawab balik; 'iye buk... rumah tu kan tinggal. Kampung saya rumah gitu ada hantunya'.
Ha.. bukanlah orang mesia je yang suka cakap rumah tinggal ni berhantu kan?

Apa lagi nak cerita?
Sepanjang aku senyap ni banyak jugalah benda yang berlaku, tapi takkan nak kutip satu-satu dan cerita di sini.  Yang major, ada pertambahan dalam ahli keluarga aku.  Menantu perempuan.


Semuga dilimpahkan kebahagian di dunia dan akhirat.
Besar kemungkinan seorang lagi akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Semuanya ketentuanNya.

Jordan?
Dah tua benar. Taring sudah tidak setajam dulu. Kalau dulu pantang ada kucing yang datang pasti akan disergahnya, kini dia lebih banyak menikus dan melepak dalam rumah. Kaki belakangnya nampak macam lemah. Kadang-kadang macam diseretnya saja. Doktor cakap mungkin kena pukul, mungkin tak cukup vitamin. Haritu dia terberak tepi bakul sampah di dapur.  Habis kena leter. Kalau tak kesian, mau je kena rotan.

Sekian.

ibundo@kakpah


Wednesday, April 10, 2013

Sesuatu sudah berjangkit

Jangan la!!!
Pegilah jauh-jauh!!
Janganlah kacau!! ish.. ish..
Kan tadi dah makan kat belakang tadi..
ish..ish..ish...
ORANG KATA JANGAN..JANGANLA!!!

NENDA!!!! TENGOK JORDAN NI KACAU FARIS MAKAN!!!

.
.
.
.
.
.
.

Er.. siri bercakap dengan jordan sudah berjangkit da...

ibundo

Monday, January 21, 2013

Berasap!!!

Ada orang yang tangannya memang gatal nak menconteng.
Kalau budak-budak lain hal. Dinding tadika aku memang every year kena sapu cat sebab banyak sangat bekas-bekas tangan anak-anak yang tersangat-sangat kreatif. Kertas ada tapi dinding juga yang dilukisnya.
Tulah..  kalau budak-budak memang aku faham.
Orang tua ni yang susah aku nak faham.
Apalah yang bestnya menconteng dinding.
Kalau aku nampak tangan yang menconteng tu, mahu saja rasanya aku ketuk-ketuk dengan penukul besi supaya jangan menconteng lagi.

Haritu aku ke ekonsef.
Terasa nak terkucil, aku masuk tandas di situ.
Biasalah kan orang nak tunjuk kekreativitian mereka di dinding tandas. Habis dinding tandas tu diconteng-conteng.
Tapi nak tergelak pun ada jugak.  Tergelak dalam hati bila baca ni:
Somebody please take care  your toilet.
Repair you toilet boil!!
Siap tunjuk arrow gedabak punya besar ke arah 'toilet boil' itu.

Aku bayangkan sesiapa yang melabur di situ menggelupur keluar berasap-asap terkena bahana toilet yang tengah mendidih.
Kahkahkah....

ibundo

Friday, December 7, 2012

tensionnyer!!!

Bukannya aku buat apa-apa pun. Aku cuma tengok je. Itu pun dari jauh.
Tapi dia tenung aku sambil membulat-bulatkan biji mata. Suaranya sengaja dideramkan sambil menyeringai menampakkan taring untuk menakutkan aku.
Dia ingat aku takut?

WOI!!! aku jerkah dia.

Tapi dia tak beranjak sedikit pun. Malah semakin dalam dan garau deramannya.

Kalau menumpang buat cara menumpang ye!! Tak pasal-pasal pulak nak berlagak macamlah  ini rumah kau. Aku hambat baru tau.....

Aku hentak-hentak kaki aku atas simin tepi longkang itu menandakan yang aku tak main-main dengan apa yang aku cakap. Dia kelihatan berundur sedikit. Suaranya sudah tidak segarang tadi dan anaknya yang dua ekor itu dipeluk-peluk dijiliat-jilat macamlah aku nak ambil.

Argh!!! lepas sekor sekor dan sekor sekor kucing tak malu datang menempatkan diri mereka di belakang dapur, di tepi rak kasut, belakang washing machine... sambil mengintai-intai makanan Jordan. Aku tak marah kalau datang makan.  Makanlah kalau itu dah rezki kau. Tapi please lah.. beraklah jauh-jauh.  Janganlah atas rumput dekat dengan tempat aku menyidai kain.  Janganlah kat atas rumput betul-betul belakang pintu dapur aku.  Janganlah bawah rak peralatan cooking aku.  Aku tension tau tak?

Itu belum  masuk lagi perihal korang selongkar tempat sampah kat dapur. Berterabur atas lantai. Aku juga yang kena sapu dan mop.
Itu belum masuk lagi perihal ikan bilis aku satu plastik korang larikan dari atas kabinet dapur.  Berterabur atas rumput kat belakang rumah. Bukannya korang makan pun.
Itu belum masuk lagi perihal roti gardenia yang korang koyak-rabakkan plastiknya.  Berterabur atas lantai. Rotinya korang koyak-koyakkan.  Bukannya korang makan pun. Saja je korang dengki kan?
Itu belum masuk lagi perihal menjadikan kawasan rumah aku sepital beranak korang.
Cerita pasal kencing hancing korang tak payah cakaplah.

Argh!!!!


ibundo

Friday, September 14, 2012

Salah Tafsir

Nak ikut mak pegi kenduri kawin tak?
Kat mana?
Kat lembah keramat, rumah sepupu mak yang kita pegi jalan raya haritu.
Ooo yang anak dia main hujan tu ke?

Aku temenung. Masa pergi beraya tu hari terang benderang.  Setitik hujan pun tak ada. Bila masa pula anak dia main hujan. Lagipun anak-anak semua dah besar sama macam anak-anak aku. Takkan nak main hujan pula.

Main hujan? Bila masa hujan?
Kan ke anak dia gitaris HUJAN.
Ooo.. Hujan yang itu....

Sepanjang tempoh senyap aku, macam-macam yang berlaku. Tapi aku sudah tidak seligat dulu untuk menceritakannya di sini. Padahal tangan aku gatal saja mahu mengetuk-ngetuk keyboard. Cuma otak sudah tidak pandai untuk menyusun perkataan dan ayat. Perihal-perihal yang dulunya berpusu-pusu minta diluahkan sekarang duduk diam terperesuk di sudut kepala. Hal ketuaan makin menggigit-gigit diri.

Semalam selepas minum pagi dan tiba masa untuk menelan ubat mengawal hipertensi, aku cuma terjumpa kotak yang telah kosong. Tercari-cari aku di dalam gobok yang menyimpan berbotol-botol dan berkotak-kotak supplemen tapi yang aku cari rupanya sudah kehabisan.  Kelmarin biji yang aku ambil adalah yang terakhir. Begitulah kalau dasar pelupa. Tidak salah kalau aku dimarahi sebab terlupa akan benda-benda yang penting.

Ya. Banyak yang berlaku dalam masa seminggu.
Open house.
Melayan tetamu dari jakarta yang tinggal di rumah seminggu lebih.
Menghadiri majlis perkahwinan.
Berjalan diKL menemani tetamu.
Masak 4 jenis laksa untuk majalah dan melayani sesi fotografi  krew.
Masak 5 jenis masakan kesihatan dan mengambil gambar masakan itu atas permintaan Kitchen Recipe.
Menguruskan hal-hal tadika.....
Melayani kerenah cucu-cucu yang makin banyak kerenah.
Phew!!
 
Aku tercari-cari masa untuk diri sendiri. Terbayang di mata keenakan ketika wajah dimasaj jejari lembut atau tubuh terutamanya kaki dipijit-pijit menghilangkan kelenguhan.













cucu-cucu nenda



Ini tembikai susu ke mak.
Haah.
Kawan kita kan, satu hari makan di satu restoren ni.  Dia oder air tembikai susu.
So?
Budak restoren tu bawakan dia air tembikai campur susu.
Haha macam carrot susu?
Haah.
Hahaha..

Begitulah kan? Banyak percakapan kita yang disalah-tafsir. Sama seperti 'main hujan' dan 'air tembikai susu'.

Sekian.

Yang benar,
ibundo


Wednesday, September 5, 2012

Begitu Begini

Aku dah suruh tapi dia tak nak.  Berkali-kali aku suruh.  Berkali-kali jugak dia cakap tak nak. Akhirnya dia terlelap dalam tak naknya. Sudahnya, entah terbabas ke jamban mana semasa dalam mimpi, tilam aku kuyup. Sudahlah sekarang ni cuaca tak menentu.  Sekejap panas sekejap berangin sekejap mendung sekejap hujan lebat.  Aku tengok siti bibik aku asek sidai kain angkat kain jemuran. Jadi, bila masa pulak aku nak menjemur tilam aku yang dah kuyup kena kencing.

Faris.. Faris... Kan nenda dah cakap pergi kencing dulu.......


Dah lama rasanya aku tidak menulis di sini. Bukan tak bukak.  Bukak tapi mood untuk menulis tidak ada. Mood untuk menyapa kawan juga tidak ada. Ada kalanya aku rasa seperti mahu menyepi terus dan lenyap dari alamaya. Tidak ada siapa yang merasa kehilangan.

Beberapa hari ini aku agak sibuk melayan tetamu-tetamu yang datang dari tanah seberang. Aku boleh saja menjadikannya alasan kenapa aku lama senyap.  Memang aku sibuk.  Sibuk masak.  Sibuk ke sana ke mari. Segala-galanya sibuk.  Macamlah orang lain tidak.

Sabtu lepas abah aku rasa menjadi seorang yang sangat gembira kerana kaum kerabatnya dari jakata datang berkumpul di rumah aku dan datang pula anak buah dah cucu buahnya sama-sama memeriahkan suasana.  Maka makan-makan asalnya cuma acara kita-kita bertukar menjadi acara kita kita dan mereka mereka.



Si Fauzan makan nasi briyani yang aku masak sampai bertambah 3 kali. 
Enak banget nasinya, katanya.

Kelmarin dan semalam dua kumpulan sudah pulang.  Tinggal lagi 4 orang yang masih mahu menunggu majlis perkahwinan sepupu hari ahad ini. Seronok kan? bila ramai tetamu datang dan berkumpul di rumah kita.  Kedatangan mereka membawa rezki insyaAllah.

Dan pagi tadi aku belajar memasak rendang daging minang secara betul dari kak Amismar yang benar-benar pakar masakan minang. Enak deh rendangnya.


Selesai masak aku berdesup keluar mencari lemang. Walaupun ketika itu hari sedang mendung macam nak hujan lebat seperti semalam, aku redah juga. Dapat dua batang. Satu batang 12 ringgit.

Faris makan lemang dua potong dimakan dengan rendang minang.  Bersiut-siut dia makan sebab ada rasa pedas. Selepas makan itulah aku suruh dia masuk bilik air tapi taknak. Berkali-kali aku suruh dan berkali-kali juga cakap taknak.  Sampailah ke peristiwa melencunkan tilam aku semasa dia tertidur.

Sekian.

yang benar,
ibundo


Wednesday, August 15, 2012

Memang azali begitu

Manusia sejak azali mempunyai sifat yang suka menentang. Tanyalah diri sendiri, berapa banyak perkara yang disuruh yang kita tak mahu buat.  Berapa banyak pula perkara yang dilarang tetapi itu yang kita suka buat.

Salah seorang anak aku dulu semasa kecilnya, semasa berumur lingkungan 5, 6 tahun (aku suka ambil contoh anak aku kerana ia tak melibatkan orang lain) cukup susah untuk disuruh mandi. Dia leka bermain hingga nak masuk waktu maghrib dan bila disuruh mandi dia akan berlengah-lengah sehingga mulut aku lenguh menyuruh.  Peliknya bila dah masuk bilik air, dia gedebar gedebur main air sampai susah pula nak disuruh keluar.

Penat memikir cara, aku ambil-pakai akan sifat manusia yang suka menentang ini.  Bila aku mahu dia segera mandi aku akan terbalikkan cakap aku;
Awak harini tak boleh mandi. 
Ketika itu dia akan cepat menjawab, Nak mandi jugak...nak mandi jugak... sambil berlari masuk bilik air.

Manusia ini bukan saja suka menentang tetapi suka mahu tahu dan bereksperimen dengan benda-benda yang mereka ingin tahu lebih. Sikap itu juga yang membuat banyak ayam abah aku mati dikerjakan oleh anak-anak lelaki aku yang tiga orang itu.

Dalam bulan ramadhan ini banyak benar perkara buruk yang berlaku disebabkan sifat yang aku katakan tadi. Malah setiap Ramadhan perkara yang sama berlaku dan ia bagaikan pita rosak yang diulang-ulang penayangannya.

Berapa ramai orang yang dah buta, yang hancur tangan, yang terbakar badan, yang mati, semata-mata kerana keinginan untuk bermain mercun dan bunga api.  Malah ramai pula yang menjadi pakar segera mercun buatan sendiri kerana manusia semakin kreatif. Kalau nasib baik, lepas.  Nasib yang tidak baik tu yang terbongkang masuk hospital dan tak pasal-pasal cacat seumur hidup.

Bukan tidak ada larangan.  Ada.  Bukan tidak ada contoh yang hendak dilihat.  Ada.  Tetapi memang dasar manusia ini suka membuat apa yang dilarang. Agaknya kalau kilang membuat bunga api dan mercun ditutup sekali pun, akan masih ada tangan tangan yang putus dan mata mata yang buta sebab kekreatifan manusia tidak akan ada hentinya.

Semasa aku kanak-kanak mercun masih dijual berleluasa. Mercunnya besar-besar. Kalau musim perayaan tahun baru cina, akan kelihatan mercun bewarna merah bergantungan panjang berderet-deret dari tingkat atas flat sehingga hampir mencecah bumi. Bunyinya apabila meletup agak gegak gempita memenuhi ruang alam. Aku cuma berani berani takut membakar mercun yang sebesar jari kelingking.

Agaknya kalau mercun seperti itu masih dibenarkan, akan berlipat-ganda pulalah kerja ahli bomba.

Sebenarnya apa istimewanya bermain bunga api, bermain mercun, bermain meriam. Tidak ada yang istimewa. Tidak ada pun tidak akan mencacatkan perayaan. Duduk rumah baca buku lagi banyak faedah.  Kalau boring baca buku sekolah, baca buku cerita. Masalahnya bukan budak-budak saja yang suka main mendalah ni.  Orang tua pun.  Itu yang susah nak cakap.

Anak saudara kepada kawan hasben aku meninggal kerana main bunga api beberapa tahun yang lalu.   Bunga api yang dibelinya defective. Apabila dinyalakan, ia sepatutnya akan memancut ke atas tetapi yang dipasangnya itu reverse ke belakang lantas terkena lehernya.

Sekian.

ibundo


Saturday, July 28, 2012

Pin

Masa anak-anak aku kecil, mereka suka bermain dengan 'password'.  Apa-apa sikit bagi password. Kalau password tak betul, tak merasalah kau.

Satu hari lama dulu adik mahu masuk ke bilik kaklang. Ketuk ketuk pintu tapi kaklang buat tak tahu.  Adik ketuk lagi.
Password!!! jerit kaklang dari dalam.
Kaklang CANTIK!!!  kata adik dari luar.
Cepat kaklang buka pintu walaupun password yang adik bagi itu bukan password yang sebenar.

Dalam dunia sekarang password atau nombor pin sudah menjadi sesuatu yang mesti ada. Kalau kita ada beberapa akaun dalam internet, sebanyak itu pulalah nombor nombor atau password atau ID yang kita perlu ingat. Itu belum lagi termasuk nombor pin kad atm kita yang banyak keping itu. Masalahnya, nombor-nombor dan ID itu kadang-kadang aku terlupa hendak mencatatnya di mana-mana. Ataupun aku catat di dalam buku tetapi aku tidak ingat buku mana yang aku tulis.  Sudahnya, banyak akaun yang aku dah tak boleh masuk, termasuklah maybank2u.

Mak.  Apa nombor pin kad cimb adik? anak aku sms dari Kuala Nerang.
Laa.. manalah mak tahu.
Adik tak boleh kuar duit ni.

Nombor pin kad atm lagilah kena berhati-hati.  Nak tulis dalam buku nota takut kalau-kalau terjatuh pada tangan orang lain.  Kejadian henbeg aku kena ragut dan kehilangan 6K lebih masih bermain-main dalam kepala aku.  Mahu tak mahu, nombor pin aku kena simpan dalam kepala.  Bila sesekali kepala jem, aku kena ketuk-ketuk keyboard backspace, enter, delete memacam sambil termenung-menung depan mesen atm.

Tapi hasben aku ada sikit bijak.  Semua pin number dan ID dia tulis dalam kertas nota dan simpan dalam peti.  Bila dia kemana-mana  dan terlupa akan nombor-nombor tersebut, dia akan telefon aku suruh carikan. Itupun kalau aku ada di rumah masa tu.  Kalau aku ada bersama dia? haha.

Bercakap hal ni, ada satu lagi perkara yang aku patut sentuh. Semasa kita meninggalkan komen di blog kawan yang kita singgah, ada blog yang perlukan kita membuktikan bahawa kita ini bukan robot. Kalau dulu word verification yang dibagi tidaklah sesusah mana.  Sekarang kena tulis nombor dan perkataan.  Kadang-kadang perkataan itu melekat di antara satu sama lain.  Bagi orang muda yang mata masih cantik, elok, terang, aku rasa tidak berapa bermasalah kalau dibandingkan dengan aku ini yang terpaksa menjegil-jegil mata untuk melihat dan sekali rap menulisnya. Angka lapan nampak macam S. Angka 13 nampak macam B.  Kadang-kadang bila susah sangat nak tulis, aku tinggalkan saja.

Rasa-rasa perlukah ada word verification ini untuk comment ? Kesian kat aku tau!!!!

ibundo


Wednesday, July 11, 2012

Busuk busuk pun aku kerabat jugak

Ahad haritu Ros datang bawak petai satu ikat.  Ada 5 papan dalam satu ikat tu. Dia kata dia beli di pasar malam sebab dia baca status fb aku dulu yang aku mengigau nak makan petai.  Prihatin juga bekas bibik aku ni.

Semasa aku menulis ini, mulut aku 'mengahang' bau petai. Untuk lunch tadi aku makan sambal ikan bilis bubuh petai.  Rasanya memanglah ummph.. dan baunya pun lagilah tak boleh tahan. Kalau benda yang ada bau kuat macam ni yang paling tak tahan menghidu ialah faris. Pasti dia kata nenda busuk sambil tekap-tekap hidung. Dan aku yang suka menyakat akan kejar dia dan gomol-gomol sampai dia terjerit-jerit.

Sebulan yang lalu Yah bagi aku kerdas satu plastik. Tapi kesudahannya setelah beberapa lama main nyorok-nyorok dalam peti ais, kerdas dengan plastik plastik landing dalam tong sampah. Baunya terlalu 'pering'.  Aku tak tahan.  Abah yang suka makan kerdas pun tak makan kerdas yang Yah bagi sebab bijinya kecil kecil sangat.  Nak buang kulit pun susah.

Aku teringat masa aku kecil dulu, mak akan simpan kerdas atau jering dalam bekas yang berisi pasir lembap.  Kerdasnya besar-besar sebesar ibu jari orang dewasa. Masa dulu tak ada peti ais.  Jadi mak simpan seperti itu. Lagi lama mak simpan kerdas dan jering itu dalam pasir, lagilah ia rangup.  Berderup derap bila dikunyah.  Mak dan abah panggil jering dan kerdas yang disimpan dalam pasir lembap itu jering basau dan kerdas basau. Kadang-kadang oleh sebab terlalu lama sangat terperap dalam pasir basah itu, kerdas dan jering sampaikan bertunas.

Bila abah dan mak makan buat ulam, aku pun ikut sama makan walaupun aku masih budak-budak. Mereka tak marah pun.  Tapi kalau anak-anak aku makan petai masa diorang kecil dulu pasti aku akan mengomel tak sudah.

Realitinya, memang aku suka makan petai.  Jering yang muda aku suka sebab ada rasa lemak-lemak. Jering yang tua aku ambil sikit-sikit saja. Kerdas kalau aku boleh elak, aku elak.  Sebab baunya terlalu power.  Kalau orang terkencing merata-rata, kita boleh kenal kalau orang yang terkencing tu makan kerdas ke jering. Puhh.. boleh terangkat lubang hidung.

Salah satu perkara yang menjadi keheranan aku ialah jering yang selama dulu aku anggap hanya sebagai ulam, boleh menjadi satu juadah untuk minum petang. Ini berlaku pada aku puluh tahun dulu semasa aku masih berumur duapuluhan.  Masa itu aku ke rumah kawan satu universiti di Trengganu.  Semasa minum petang aku dihidangkan jering rebus yang telah digaul dengan kelapa parut. Aku jadi serba salah sama ada nak makan ataupun tidak.  Kalau aku makan, dikhuatiri terkeluar balik.  Kalau aku tak makan, semacam tidak menghormati tuan rumah. Sudahnya, aku ambil seketul dan makan sikit-sikit walaupun tekak aku terasa macam dijolok-jolok.

Minggu lepas semasa aku mengajar murid aku membaca, Adam datang menghampiri aku sambil menunjukkan satu plastik.
Ummu.. ini coklat ke..
Aku belek-belek plastik dan buka untuk meninjau apa ada di dalam.
Bukan!!! ni bukan coklat nak oi. Mana ambil ni.
Dalam peti ais.

Nani!!! kau ke yang simpan kerdas dalam peti ais ni.
Tu kerdas yang kakyah bagilah ummu.  Kitorang semua taknak.....


Sekian.
legnote:  Bukan semua yang busuk itu tidak disukai.


ibundo

Wednesday, July 4, 2012

Aku tidak bersalah

Mesen cash deposit yang berderet-deret di dalam bank, gunanya untuk memudahkan customer. Tak perlulah lagi menunggu lama di kaunter sampai terlelap sebelum nombor dipanggil, walaupun wang yang nak dimasukkan cuma sepuluh ringgit.

Aku masukkan sejumlah wang dalam mesen. Separuh ditelan, separuh lagi disuruh ambil semula sebab tidak diterima. Aku masukkan semula yang tidak diterima. Ditelan lagi lebih separuh tetapi tetap menolak beberapa helai. Aku ambil yang ditolak, masukkan semula. Tak diterima. Masuk.  Tak diterima. Masuk. Tak diterima. Masuk. Takditerima. Masuk....

Dalam kepala aku terbayangkan selipar jepun.
Rasa macam nak lepuk je mesen tu dengan selipar jepun.


p/s orang yang berderet berdiri belakang aku kelihatan gelisah dan tensyen.  Jangan salahkan aku.  Salahkan mesen.

ibundo



Thursday, June 28, 2012

Anyong Haseyo....

Assalamualaikum wbt.
Lamanya tak masuk ke sini. Kalau ruang tamu sendiri tak masuk-masuk, apatah lagi nak pergi menjenguk-jenguk ke rumah orang. Agaknya orang pun dah lupa akan kewujudan kita.

Beberapa hari lalu aku terdengar faris menyangi lagu kosong.. kosong.. Entah di manalah didengarnya. Mungkin dihenfon pakcik pakciknya. Anak kecil begitu mudah mengingat. Sebagaimana mudahnya dia mengingat doa dan zikir yang didengarnya di tadika. Dan ketika aku mendengar perkataan kosong yang disebutnya berulang-ulang, aku seakan-akan tersedar bahawa idea aku untuk menulis kebelakangan ini sebenarnya kosong. Tak ada benda yang nak aku repekkan.

Nak cerita pasal apa?
Ada yang berminat untuk tahu bahawa petang semalam aku melepuk jordan yang terjongket-jongket menyelongkar tempat sampah di sebelah sinki? Aku lepuk belakangnya dengan kertas surat kabar. Gedengang tempat sampah itu tergolek sebaik dia terloncat sebab terperanjat dilepuk.  Bertaburan sampah keluar. Mencicit dia lari. Sampah yang bertaburan ditinggalkannya begitu saja. Aku mengomel-ngomel marahkan dia.  Bibik mengomel-ngomel sebab kena bersihkan tempat yang berselerak. Jordan lari menyorok entah di mana. Ada dia kesah? Yang dia tahu nanti dia balik ngiau-ngiau gesel-gesel mintak simpati.  Argh.. kucing.

Pemerutan kucing di laman rumah aku sudah berkurangan. Tapi belum hapus sepenuhnya. Kadang-kadang terdapat tompokan yang masih lembik betul-betul tepi pokok cili aku di belakang dapur. Argh....

Suatu petang aku lihat kelibat muhammad basyir di belakang dapur.  Keluar masuk keluar masuk seolah-olah mempunyai satu projek yang cuba disorok-sorokkan tak mahu orang lain tahu. Aku intai dari celah tingkap. Kemudian untuk lebih pasti, aku keluar ke belakang. Aku lihat dia tengah menguruskan dua ekor kucing oren yang masih kecil-kecil. Ada sangkar kecil yang mengisi dua ekor kucing itu. Kemudian ada satu sangkar besar berjaring. Dalam sangkar besar berjaring itu diletakkan satu bekas berpasir, satu bekas makanan, satu bekas minuman.

Argh!!!  aku garu kepala. Mana awak dapat kucing ni!!
Kawan bagi.
Mak taknak bela kucing lagi.  Bagi balik..
Takpe la.. muhamad jaga.
Bagi balik!!!

Tapi sampai sekarang kucing oren dua ekor tu ada di tepi store luar. Aku tak ambil kesah. Dialah yang bersihkan sangkar, mandikan kucing dan bagi makan etc etc. Sesekali dibawanya keluar dan bermain-main dengannya. Aku sudah dapat bayangkan masa depan aku yang terpaksa berhadapan dengan kucing lagi. Argh!!! Niat ku untuk bebas kucing mungkin tidak akan kesampaian.

Selain cerita yang membosankan ini, hari-hari aku hanyalah satu rutin.  Dari pagi sampai ke malam hidup aku berputar-putar dan berpusing-pusing di situ juga. Tidak ada yang lain daripada yang lain. Bila semalam imah sms aku mengatakan ada ofer bagus untuk ke ho chi minh, aku terus bersetuju. Jom.  I need it.

Walaupun aku kurang berada di ruang tamu ini menghirup kopi panas, aku sebenarnya kerap ke dapur aku. Minggu lepas aku membuat satu tugasan untuk satu majalah. Selain merasa bangga sebab diberi kepercayaan untuk menulis resepi dan mengambil gambar, aku sebenarnya cuba mengukur kebolehan diri aku sendiri.  Nantilah aku cerita lagi mengenainya.

Selain itu, aku dikelilingi oleh sicomel sicomel ini;

 Maryam yang semakin lasak.


 Faris yang semakin tembam


Hafiy yang makin membesar.  Rambutnya sudah mula tumbuh setelah dicukur haritu.

Dan mengikut jadualnya, dua orang lagi akan menyusul tahun ini.

ibundo


Friday, June 15, 2012

butang baju melayu aku mana pah.....

Dari dulu lagi ia berlaku. Sampai sekarang. Akan berlaku juga sampai bila-bila pada agakan aku. Dan apabila ia terjadi, masing-masing akan main tuding tuding jari. Yang pastinya satu institusi perkahwinan telah dicalar-balarkan malah dikoyak-rabakkan. Pendorong kepada kemusnahan ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebuah kecurangan. Dan kecurangan ini terus diluas-luasakan dengan pembohongan demi pembohongan demi pembohongan.

pah!.. butang baju melayu aku mana pah....

Aku lihat sendiri hancur leburnya kebahagian arwah makcik aku bersama suaminya. Hanya kerana suaminya bermain kayu tiga tanpa pengetahuan makcik aku.  Bertahun-tahun dia dibohongi. Dan makcik aku yang terlalu lurus bendul tidak tahu menahu langsung tentang kecurangan suami. Suami sering pergi ke luar negara disangka benar.  Apatah lagi pulangnya membawa hadiah-hadiah yang dapat mengelabukan mata.
Tapi bak kata pepatah, sepandai manalah sang tupai itu melompat. Lompat, lompat sekali terbabas terjelepuk ke atas tanah juga.

pah!.. butang baju melayu aku mana pah...

Bulan lepas seorang kenalan yang boleh ku anggap anak melalak melolong menceritakan perihal dirinya yang telah dicurangi suami.  Bukan setakat berlaku curang malah bertegas mahu berkahwin lagi.  Bayangkan dia ini baru saja lepas melahirkan anak yang ketiga.  Pantang pun belum habis.  Rupanya sepeninggalannya bersalin di kampung, si suami menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama.

Dia masih mahu mempertahankan ikatan perkahwinan itu kerana kasihankan anak-anak yang masih kecil kecil. Tapi dalam gelodak rumahtangga itu, terlafaz juga perkataan yang paling ditakuti dan dibenci. Maka hancurlah sebuah ikatan.

pah!.. butang maju melayu aku mana pah..


Kakpah.. anak saya dah bercerai. 
Aku melihatnya dengan penuh tandatanya.
Isterinya ada buat hubungan dengan rakan fb.
Aku hanya beristighfar. Sampai begitu sekali bahananya facebook ini.

pah!..butang baju melayu aku mana pah...

Apa lagi yang dicari?
Yang lelaki dah ada isteri
Yang perempuan dah ada suami
Yang menjadi isteri orang pun masih gatal mencari lelaki lain
Yang menjadi suami orang pun masih gatal mencari perempuan lain
Kasihanlah pada hati yang akan dipatah-riukkan
Kasihanlah pada anak-anak yang bakal menjadi mangsa satu kepincangan rumahtangga

pah!.. butang baju melayu aku mana pah..

Patutlah pun p.ramlee menghasilkan filem madu 3. Ia sebuah realiti kehidupan.



pah!.. butang baju melayu aku mana pah..
Dan pembohongan akan berterusan di mayapada ini.


p/s sesiapa yang tidak faham akan ungkapan yang aku tekankan berkali-kali itu, silalah tonton madu tiga.

ibundo



Saturday, June 2, 2012

Ikan gelama ikan kerapu. Dah lama tak merapu.

Entah berapa kali aku masuk kotak new entry ni tapi keluar balik. Taip tak jadi.  Taip tak jadi. Tak tau apa benda yang aku nak tulis. Daripada aku bazir masa mengadap bendaalah ni lebih baik aku buat perkara yang lebih berfaedah. Err.. baru sekarang kau kata ngadap komputer ni takde paedah? Yelah.. kalau termenung ngadap skrin kosong dengan otak kosong, lebih baik aku pergi masak. Setuju? Kalau ada yang tak setuju, janganlah pulak meroyan marahkan aku.

Sekarang apa cerita?
Ayam percik aku tengah terpanggang dalam oven. Kejap lagi masak.  Lepas tu nak snap gambar dan masukkan resepi dalam dapur aku. Kalau nak resepi yang aku masak main campak campak ni, pergilah jengah dapur aku. Bukan riak tapi resepi campak-campak, aku abadikan di dapur masak supaya anak-anak aku yang sememangnya tak reti masak boleh buat rujukan.

Lepas tu?
Nak pergi bandar tun razak menghadiri majlis pertunangan anak buah. Kek dan cupcakes dah bagi semalam jadi harini tak payah nak terkocoh kacah ke sana.  Relek-relek dan ambil masa yang tenteram baru pergi. Lagipun majlis pukul tiga baru mula. Agak-agak zohor sampai sana kira okaylah. Masing-masing aku sarankan makan nasi dulu kenyang-kenyang.  Kalau tak nanti nak tunggu majlis selesai baru makan, mahu kebulur. Tetapi sesekali biarkan perut menggelupur kelaparan kira okay juga kan? Sekurang-kurangnya dapat merasakan bagaimana rasanya orang yang berhari-hari tak makan makan dan asek minum air paip saja.

Lepas lepas tu?
Minta tolong ayah faris hantar aku dan kirin ke klcc. Aku ada flight nak catch pukul 7 lebih. Pergi mana? Nak pergi US.
Iya.. nak pergi US.
Tapi US yang kat seberang tambak johor tu je haha..
USS.  Kira nak pergi singapore lah ni.

Kalau tak ada cerita ni, aku memang suka cakap merapu.

Sekian.

ibundo




Friday, May 25, 2012

Nasi telah menjadi bubur lambuk

Salam Jumaat. Pejam celik pejam celik, dah hari Jumaat. Pejam celik pejam celik, dah nak ramadhan. Pejam celik pejam celik pejam tak celik-celik, nauzubillah.  Biarlah hendaknya apa yang dibawa ke sana cukup sebagai bekalan.

Apa cerita hari ini. Tak ada apa cerita bagus. Cuma tadi selepas subuh semasa mencuci cawan di sinki sambil menjengah jengah keluar tingkap menjenguk pokok cili yang malu-malu nak hidup, aku teringat akan satu drama yang aku tonton. Ah.. drama melayu.  Apa lagi kalau tidak menceritakan perihal kepincangan hidup, hasad dengki sesama manusia dan bla bla yang kadang-kadang menyebabkan aku malas untuk menontonnya. Namun hakikatnya, itulah yang kita lalui di mayapada ini.

Ungkapan nasi telah menjadi bubur dan menangis keluar air mata darah sekalipun takkan ia kembali seperti dulu, memang biasa digunakan dalam drama. Kalau perkara dah berlaku, dah terjadi, ia tidak akan dapat menjadi seperti sebelum berlakunya perkara itu. Nasi dah jadi bubur, maka kita makanlah bubur. Aku suka makan bubur sup ayam.  Ada pula sambal belacan. Letak telur masin separuh. Pergh..

Tapi ada kalanya apabila mengenangkan nasib untung yang telah kita lalui sepanjang-panjang perjalanan hidup ini, hati jahat itu berkata-kata juga tentang hal-hal yang kita harapkan tidak pernah berlaku. Hal-hal yang membuat hati kita berdarah. Hal-hal yang membuat fikiran kita bersepai. Hal-hal yang membuat tubuh badan kita longlai tidak bermaya sedikit pun. Hal-hal yang menggayuti rasahati kita tidak mahu-mahu dilepaskan.

Mungkin siri cerita-cerita time machine tercipta hasil dari rasa untuk mengubah keadaan. Boleh mengundur merentas masa ke waktu lalu untuk memperbaiki apa yang tidak betul dan sekali gus mengubah sejarah hidup.

Hakikatnya, hidup kita ini sudah dicanaikan begitu. Kita memang sudah ditakdirkan melalui peristiwa-peristiwa yang kita lalui walau betapa pahitnya ia. Tiap saat dan detik telah ditentukan. Kalau ia telah ditakdirkan untuk berlaku, maka berlakulah ia. Kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Teringat aku akan pantang larang orang tua-tua dulu. (Orang tua-tua sekarang tidaklah pula aku tahu sebab aku tidak mempunyai pantang larang seumpama itu).  Bila seseorang itu mahu membuat perjalanan jauh, maka sekiranya orang itu tertinggal sesuatu mereka dilarang untuk berpatah balik. Sebab apa? Sebab sekiranya berpatah balik maka masa yang diambil untuk berpatah balik itu bertepatan dengan masa untuk berlakunya sesuatu yang tidak baik.  Accident misalnya.
Kita tidak tahu. Mungkin masa yang kita ambil untuk berpatah balik itulah yang menyelamatkan kita. 

Ya.  Tidak payahlah kita tangisi benda yang telah lepas. Yang sudah itu biarlah sudah. Yang telah berlaku walau bagaimana pahit pun ia, tinggalkan sajalah sebagai sejarah. DIA mahu kita belajar daripada kesilapan lalu dan menjadikan ia sebagai pedoman untuk mengharungi hidup yang lebih baik.

Kalau tidak suka makan bubur, cubalah rasa dulu. Terdapat kenikmatannya. Jika tidak suka bubur sup ayam, cubalah pula bubur lambuk atau bubur lemak tomyam. Rencahkanlah bubur mengikut citarasa kita.

Kan begitu?


ibundo


Saturday, May 19, 2012

Jenama melambangkan rasa gah?

Di antara senarai barang yang perlu adik beli sebelum ke kolej haritu ialah baju kemeja lengan panjang, slacks dan tali leher. Baju kemeja mestilah baju yang tidak bercorak. Plain. Oleh kerana adik bersaiz agak besar, tidaklah dapat adik berkongsi baju dengan si ayah. (Dalam keadaan cuaca panas negara kita, terpikir juga di kepala aku ini apakah perlunya memakai pakaian seperti itu untuk menghadiri kuliah).

Aku tahu berapa harga sehelai baju kemeja dan sehelai seluar yang ada brand. Sekurang-kurangnya harga sepasang hampir mencecah 300 ringgit kalau tak lebih. Itu belum termasuk necktie. Bila aku congak-congak pakai kalkulator (orang yang mencipta kalkulator ini patut dipersalahkan kerana menyebabkan otak menjadi agak bangang bila tiba bab kira mengira), aku perlu menyediakan seribu lebih untuk membeli 4 pasang pakaian.  Hanya nak pergi kuliah?

Jadi, aku membuat pilihan untuk membeli yang biasa-biasa saja di warta. Dan seperti yang telah dijangka, pilihan baju dan seluar tidak banyak. Tapi oleh kerana "ala.. nak pergi kuliah je dik", aku belikan jugalah. Dari segi kualiti? memang jauh. Berpatutan dengan harga 50 ringgit sehelai kemeja dan harga yang lebih kurang juga untuk seluar.

Apa yang kita buru sebenarnya apabila kita membeli barang.  Yang harga murah? Yang harga mahal? Yang berkualiti? atau yang berjenama.

Kawan hasben aku dulu ada bekerja dengan syarikat membuat stokin. Lama dulu. Entah ada lagi ke tidak kawan tu sebab dah lama sangat aku tak nampak dia. Katanya stokin yang dikeluarkan di kilangnya akan diberi jenama. Jenama itu jenama ini. Ada juga yang tak ada jenama. Ada nama yang dah terkenal.  Ada nama yang kurang terkenal. Kemudian stokin itu diletakkan harga berdasarkan jenama tersebut. Pastinyalah yang tertulis jenama hebat harganya pun hebat.

Kita ni yang membeli? Kalau nak terasa hebat, kita beli yang mahal. Padahal semuanya berasal dari corong yang sama. Siapa yang kena tipu? 
Tapi mungkin tidak semuanya seperti kilang stokin itu, kan..

Aku?
Kalau murah tapi ada kualiti, aku beli.
Kalau mahal tapi aku pekenan, aku beli.
Kalau murah tapi tak ada kualiti, aku beli kalau bajet aku tak cukup.
Kalau mahal tapi aku tak pekenan memang sahlah aku tak beli.
Dan kalau mahal walau aku pekenan macamana pun tapi tak fulus tak cukup, memanglah aku tak beli.




Kasut ni aku beli di korea. Murah.  Cuma 10,000 won lebih kurang 30 ringgit. Balik ke Mesia terus aku pakai.  Sedap memakainya sebab aku memang suka flat heels.
Tapi sampai ke rumah anak aku cakap, meh sini imah tengok pelapik kasut ni dibuat daripada kulit apa.
Bila dia tengok ada titik-titik tiga kat bahagian pelapik dalam tu (nampak tak? tenung betul-betul), dia kata mak.. ni kulit babi ni.

Jadi, di samping harga, kualiti dan jenama, tambahkan jugalah asal usul barang yang kita mahu beli itu.

Sekian.  Sampai berjumpa lagi (entah bilalah agaknya tu)..

ibundo

Monday, January 30, 2012

Kiri Kanan

Bila bercakap dengan anak murid di kelas, mereka akan memandang aku sebagai pantulan dari cermin. Bila aku mengangkat tangan kanan, mereka akan mengangkat tangan kiri mereka. Bila aku goyang kaki kiri, mereka akan goyang kaki kanan mereka.

Oleh yang demikian, aku terpaksa menterbalikkan anggota aku supaya sama dengan imej yang mereka nampak.

Put up your right hand!
Aku angkat tangan kiri aku dan mereka secara otomatis mengangkat tangan kanan.

Show me your left hand..
Aku contohkan diri aku dengan mengangkat tangan kanan dan mereka akan mengangkat tangan kiri mereka.

Pada peringkat awal ini memang penting mereka mengetahui mana kiri mana kanan. Alhamdulillah setakat sebulan sejak mula sesi persekolahan, murid aku sudah tahu mana satu kiri mana satu kanan.


Tapi hasben aku masih konfius.
Masuk simpang kiri!!! Maksudnya simpang kanan.
Masuk simpang kanan!!! Maksudnya simpang kiri.

Jadi, untuk menghilangkan kekonfiusan, aku suruh dia tunjuk dengan tangan.  Kalau dia kata kanan, aku kena tengok tangannya.  Ada kalanya memang betul mengarah ke kanan. Tetapi banyak kali tangannya akan menunjukkan ke arah kiri.

Konfius?
Den pun konfius gak ni.

ibundo

Monday, December 12, 2011

Debunga yang terbang

Untuk melihat debunga, aku kena fokus jauh ke dalam menyelami apa yang terpersuk di dalam kelopak.




Pada aku, ia lebih mudah daripada menyelami hati orang.
Dua tiga hari ni bibik aku muka muram dan masam. Di dapur pun tak banyak celoteh macam selalu. Tanya sepatah jawab sepatah. Tanya berpatah-patah jawab sepatah jugak.

Lebih baik aku bertanya pada bunga.  Memang dia tak pandai bercakap pun.

ibundo

Tuesday, November 22, 2011

Syok sendiri

Ada orang jerit-jerit di sebelah tepi tempat aku minum kopi secawan.
Jerit-jerit suruh aku promot kedai kopi aku ni. Kalau tak promot nanti aku syok sendiri.
Memang selama ini pun aku syok sendiri.

Kedai aku ni terbuka untuk orang yang lalu lalang. Kalau pekenan, singgah minum kopi barang secawan.
Kalau tak suka, boleh cari teh tarik ke kat kedai lain.

Aku tak buat promosi.



Gambar di atas tak ada kena mengena.  Aku memang suka fotografi.

ibundo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...