Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, September 4, 2011

Cari ruang yang sesuai kadang-kadang pun susah

'Dayah anak cik maria kawan mak tu jumpa ct norhaliza. Mak tak ada jumpa ct ke', anak aku sms.

'Tak jumpa.  Mak kat sini takde masa nak perhatikan orang', jawab aku.

Memang aku pergi balik masjid berdua-duaan saja dengan suami. Sampai masjid, berpisah untuk mencari ruang solat masing-masing. Selalunya kami  pergi ke pintu safa menaiki eskeletor untuk ke tingkat satu.  Di situ ruang solat tidaklah bersesak-sesak macam ruang di babun nisa' atau bab malik alaziz. Dan yang paling aku suka, aku bentang sejadah aku di antara mereka yang berabaya hitam atau di kalangan bangsa lain yang tak tahu bercakap bahasa omputih sepatah pun. Paling tidak, kami hanya anggguk-angguk kepala, senyum dan buat hal masing-masing.

Kalau boleh memang aku mengelak daripada duduk di sebelah mereka yang pakai telekung. Bukan sombong.  Cuma cuba mengelak diri daripada bercakap yang bukan-bukan.

Datang dari mana.
Dah selalu datang sini ke.
Dah buat umrah berapa kali.
Kerja apa.
Anak semua dah besar-besar ke.
Dan meleret-leret lagi tanya macam-macam.

Last year ai datang sini tak teruk macam ni. Kali ni teruklah. 
Anak-anak ai semua dah ada kerjaya bagus-bagus. Semua berpelajaran tinggi. Bila ramadhan je ai datang sini.
Dan macam-macam lagi benda yang aku tak tanya pun tapi beriya-iya nak bagitau.

Jadi, lebih baik duduk sendiri-sendiri dan boleh buat kerja sendiri. Kita tak ganggu orang dan orang tak ganggu kita.




'Mak ada jumpa dr Rozmey tak.  Kalau jumpa mak amek gambar dengan dia ek.' anak aku si adik sms.

Kebetulan masa aku membawa pinggan berisi makanan tercari-cari kerusi kosong di dewan makan kami di tingkat SR itu, aku terpandang wajah toke jusmate yang boleh buat orang jadi kurus. Aku toleh dua tiga kali untuk pastikan sebab rambut terjurainya di dahi sudah ternaik ke atas ditutupi kopiah hitam.

dr Rozmey ke tu, aku tanya perempuan depan aku.

Haah, dah datuk. Dia datang dengan isteri, emak dan anak-anak.

Murah rezki dia. Aku kemudian sms adik.

'mak jumpa dr rozmey tapi tak koser nak amek gambar dengan dia'.





Semuga semua ibadah kita diterima Allah.

ibundo


15 comments:

kakcik said...

Seronoknya Kak Pah. :)

Acik Erna said...

kak pah..anak2 saje sms tanyo macam2..yang sebonar e..rindukan omak e tu..

AZANI said...

hajjah
gambar gambar ni ambil dengan kamera ke hp, cantik, nampak nyaman gambarnya, mungkin tempat berkat, auranya,berseri...

Aku said...

hihi... doktor yg org pandang bulih jadi kurus ek?

hahaha...

ckLah said...

Semoga selamat semuanya ya kakPah...

h4ni3 said...

kakpah..
seronoknya dapat merasa kelainan beraya.. sekurang2nya ada kenangan yg berbeza utk diingat kan..

selamat hari raya kakpah :)

cikmanggis said...

bestnya kak pah..alamak sama lah kita..kt mesia ni..bila pi solat terawih Cm dok jauh dari org yg Cm kenali sb tak mo nak borak borak..org dok azan ada yag dok pok pek pok pek..tak balik kg ke..nape tak balik..alahai malas den nak layan..

azieazah said...

Seronoknya Kak... Beruntung dapat peluang begitu.

Tapi betul juga, baik elak dari berada dalam kelompok orang yg sama bahasa dgn kita tapi kadang2 macam tak faham bahasa. hehehehe

~ Cik Azz ~ said...

Orang kito ni mmg cmtu agak ehh kak.. Sikit2 nak bukak ceghito... Kok iyo pun, tengok la tompek tu sesuai ke tidak..

Elok gak Kak Pah duduk jauh dari kelompok tu.. Bak kato akak la, kito tak kacau orang, orang pun tak kacau kito..

ibundo said...

kakcik,
alhamdulillah.

erna,
ontahlah..haha

azani,
pakai kamera kecik cybershot. Sekarang ni dorang dah tak strict macam dulu. Posing depan kaabah pun dah tak kena marah.

ibundo said...

aku,
hehe.. kau kalau nak kurus minumlah jusmate dia tu. Kurang-kurang pun dompet kau yang kurus.

cklah,
insyaallah. selamat hari raya cklah.

hanie,
selamat hari raya. Datanglah ke rumah..

ibundo said...

cikmanggis,
tu lah pasal. Time tulah nak citer pasal dunia. Kalau boleh elak, kita elak jer..

azie,
alhamdulillah.. memang seronok.
err.. bagus ayat azie tu hehe..

azz,
tak goma amek donga cakap orang yang tak mau kalah. Macam dio yo yang terer lam sumo hal. Maleh ar..

ejaMaria said...

selamat hari raya ibundo... :)

ibundo said...

selamat hariraya maria...

kucingorengemok said...

jauh duduk kak? macam belakang tempat saie tu?

semoga ibadat diterima allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...