Setelah berada di luar, keadaan masih tidak berubah. Manusia terlalu ramai. Lebih ramai daripada musim haji. Dan mereka sempang perenang menuju ke hala masing-masing. Ada yang mahu ke depan. Ada yang mahu ke kiri. Ada yang mahu ke kanan. Ada yang baru mahu masuk masjid mengerjakan tawaf dan sai. Semua ini menjadikan jalan tersekat-sekat selangkah-selangkah. Ada kala, setengah langkah. Dan ia berlaku setiap kali waktu solat.
Suara petugas masjid menjerit 'tariq ya hajji... tariq ya hajjah...' kedengaran sana sini.
Sekiranya ketika itu waktu zohor atau asar, aku bayangkan ia seperti huruhara di padang masyar. Betapa tidak. Ketika itu panas meningkat sehingga 40 darjah lebih. Aku rasa bagai dipanggang dalam bahang panas matahari. Peluh melurut dari ubun-ubun hingga ke tumit. Sejadah tebal yang aku jadikan perisai di atas kepala tidak cukup untuk menangkis bahang yang menyengat. Bahang ini tambah membuatkan manusia sempang perenang mencari tempat berteduh.
Panas? Memang panas. Panas yang membuat kita menyeringai. Menyeringai macam kerang busuk. Nasib baik penginapan kami tidak jauh dari masjid. Sampai bilik, pasang aircond fullblast. Jadi, badan aku ini sekejap mengembang sekejap mengecut. Kembang kecut, kembang kecut, lama-lama kulit aku mengelupas macam nak tukar kelongsong.
Satu hari, kami ikut rombongan ke tanaim menaiki bas yang disediakan pekej. Almaklumlah bila dah ramai orang, pergerakan akan menjadi lambat kerana proses menunggu 'semua-orang-cukup'. Tidak seperti pergi sendiri-sendiri apabila pergerakan kita mengikut kehendak kita sendiri. Bila lambat, kerja umrah pun menjadi lambat. Semasa memulakan tawaf waktu sudah pukul 10 lebih (pagi). Masa tu matahari sudah mencarak. Habis tawaf baju lencun dengan peluh dan tekak kering macam padang pasir tandus gersang. Waktu untuk berbuka pula masih jauh.
masjid tanaiim
Selesai umrah dan zohor, kami balik ke bilik dalam aku berkeadaan tidak bermaya sehinggakan tidak mampu ke masjid untuk asar dan melakukannya di bilik saja. Waktu itu aku melihat air dalam botol mineral seperti emas 21 karat.
Sekian coretan aku untuk kenangan diri sendiri.
ibundo
22 comments:
Pengalaman yang memberikan keinsafan. :)
kalau jadi ayam panggang mesti lagi terukkan bundo... errr...
Pengalaman yang tak semua orang dapat rasa , kan kak pah.
Terima kasih berkongsi , menjadi pedoman utk orang lain. Selamat hari raya kak pah. Minta maaf bebanyak atas segala salah slap
boto tu kak,kek padang mahsyar sok lie paneh kan?
Pengalaman yang tak boleh dilupakan, kan kak...
Seronoknya baca kisah Kak Pah.. Lagi seronok kalau dapat merasainya sendiri, tp tak tau la bilo...
Assalamualaikom kakpah.. :)
beraye di Makkah al Mukarramah ye.. alhamdulillah dpt le 'merasenye' bile bace coretan2 kakpah. trimekasih byk!
slamat raye.. maap zhr btn kak.. slamat brehat juge!
terima kasih kerna berkongsi pengalaman
Salam Eid,
Seronoknyer nerpuasa dan beraya di Makkah.
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/09/aidil-fitri-2011-shooting-raya.html
kak pah
sib baik walaupun dipanggang tak bau hanget hehehe
hari tu saya pun habis lencun kain ihram hehehe
tapi lepas tu boleh teguk air zam2 sejuk , adoiiiii nikmatnya
blom pernah merasai bagaimana puasa di tanah suci....rupanya sungguh hebat cabarannya...
bestnya baca pasal air tuh. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin. Sama2 lah kita bersyukur ye kak:)
Teringin nak rasa suasana umrah dibulan Ramadhan. Cabarannya hebat tapi pulangannya berganda.
Terima kasih kakpah kongsi pengalaman.
doa-doakanlah kita agar dpt sampai ke sana juga...sedap bnyi ceritanya..
moga dipermudahkan semua urusan..
akak batuk2 x?
ada ayah kawan batuk teruk dek panas
kakcik,
betul.. tak mengalami, tak tau.
maria,
ayam panggang laris betul kat sana
cikgu normah,
pengalaman boleh dijadikan pedoman. selamat hari raya
kaklong,
pikirkan dia je dah meremang tengkuk.
azz,
insyaallah adolah joki ekau tu azz. maso yo lum sampai. yang ponting ado kehondak.
azeeda,
dah lama mengidam nak beraya kat mekah. selamat hari raya..
pb,
selamat hari raya pb..
mmawana,
seronok. sungguh...
selamat hariraya.
pak itam,
maun tak hanget. Jangan angkat tangan je, nanti bau asam, tengik, hanget semua keluar haha..
cm,
memang hebat. semuanya hebat....
cheryna,
mak ai lamanya tak jumpa...
apa kabar.. sehat? masih seorang atau sudah berdua?
selamat hariraya.
zaitun,
lhamdulillah.. walaupun demam dua kali, kpah masih nak lagi mengalami ramadhan di sana kalau diberi peluang.
sal,
insyaallah... akan mengalaminya satu hari nanti.
lilies,
batuk. Ni pun masih batuk kelengkang kelengkung..
kak pah..cabaran kak pah di tanah suci..
boleh nengok air macam omeh tu..
hajjah
ketabahan menghadapi dugaan di tanah suci pasti berbaloi
hajjah dah jadi tetamuNya,saya .........
semoga tercapai hasrat dikala umur ada,,,,,
bila baca ni terasa macam saya pun berada di sana..Tq kerana berkongsi pengalaman.
erna,
hari yang satu tu osah moncabar e na oi.
azani,
insyaallah.. satu hari nanti
hani,
banyak citer lagi ni haha..
Post a Comment