Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, September 8, 2011

Makan

Nak cari makan sedap di mekah dan di madinah, tak susah. Depan pintu hotel aku di mekah, ada sebuah restoren bangla yang menjual roti canai, murtabak dan nasi briyani siap dengan lauk kari. Di sebelah pula ada restoren hampir serupa tetapi ada menjual ayam golek. Pilihan kita samaada nak beli atau tidak. Kalau rasa takut nak makan sebab kolesterol tinggi, pilih saja makanan yang disediakan oleh pekej.

Tapi mustahillah kalau tak beli langsung. Kami boleh dikatakan selang sehari beli nasi briyani.  Lauknya cuma ayam panggang separuh. Sayurnya cuma cili besar warna hijau dua biji. Satu tray kami kongsi dua orang.  Itupun susah nak habiskan sebab banyak. Kami beli dari kedai yang berbeza sebab nak pelbagaikan rasa. Kalau beli di kedai di depan hotel, suami beli dengan kari sekali.  Baru makan tak tercekik sebab ada kuah.

Dari mekah ke madinah, ada satu restoren di tengah-tengah padang pasir. Bayangkan di tengah padang pasir pun, boleh hidup. Sebabnya orang yang dalam perjalanan ke madinah mesti akan berhenti di sini untuk makan, terkucil dan solat.  Ada disediakan musolla di situ.




Nasi briyani ni nampak macam simpel saja. Ayam pun macam dah terlebih bakar tapi wa cakap lu, mantop...
Walaupun tak berkuah, nasi tu sedap dimakan begitu saja.

Di madinah, bersebelahan dengan hotel penginapan, ada semacam food court. Ada satu kedai bernama si dol. Macam-macam ada dijual. Bakso pun ada.  Mee goreng pun ada. Tapi suami aku beli nasi briyani juga dan ayamnya sedap sebab ada perisa lemon.

Dalam bulan ramadhan, orang di kota suci ini tidak kedekut bersedekah makanan. Seawal  waktu asar mereka yang mahu bersedekah ini telah bersiap sedia dengan makanan yang mahu disedekahkan.  Selalunya mereka menyediakan roti, tamar dan air minuman. Kalau bersedekah di dalam masjid, mereka akan meletakkan makanan di atas troley mereka dan mengedarkannya sebelum waktu berbuka.  Kalau di luar masjid, ada yang menyediakan hamparan seperti kenduri kendara. Hamparan itu panjang dan beberapa baris.  Di atasnya diletakkan 1 pack makanan bagi setiap orang.  Sebaik saja lepas asar, orang ramai sudah berebut-rebut mencari tempat duduk di situ.

Ada juga yang memberi sedekah sedikit-sedikit. Aku dan suami selalunya akan berbuka puasa bersama, duduk di ruang luar masjid bersama ramai orang lain yang mahu berbuka bersama keluarga. Pada hari pertama berbuka puasa di madinah, kami hanya membawa beberapa biji tamar dan dua botol air mineral.


 Sebaik duduk, ada orang hulurkan air zam-zam dua cawan.


Kemudian, ada yang bagi roti yang macam donat tu, air mineral, air oren dua kotak, yogurt dan buah oren.



Hari-hari berikutnya begitu juga. Aku suka dengan air oren yang diberi ini.  Aku sedang duduk di atas sejadah apabila seseorang meletakkan satu bungkusan plastik. Di dalamnya ada macam-macam selain daripada  sebotol jus oren ini.


Dari Madinah ke Mekah, sekali lagi kami berhenti di sebuah restoren di tengah-tengah padang pasir.

Makanan yang disediakan sama dengan yang kami makan semasa ke madinah.  Cuma kali ini pihak pekej yang belanja dan satu dulang dimakan berkongsi seramai lima orang. Ada pula ikan goreng.  Ikan yang digoreng begitu saja. Ada orang kata, ikan goreng bodoh.  Bodoh-bodoh pun rasa tetap mengancam.

Keadaan dulang setelah selesai makan. Alhamdulillah.

Pekej memang ada menyediakan makanan. Cukup dan pelbagai. Tapi biasalah selera manusia ni, sentiasa mahukan yang macam-macam. Macam tekak aku ni.  Kejap-kejap nak makan burger. Bersaing-saing dengan suami cari berger. Kejap-kejap nak makan kebab. Bersaing-saing dengan suami cari kebab. Kejap nak makan ayam golek. Yang ni suami aku pergi cari sendiri sebab masa tu aku tengah demam. Kalau time suami aku nak makan nasi briyani, bersaing-saing pula pergi beli nasi briyani. Kami beberapa kali pergi ke restoren turki di safa tower.  Boleh tahan.  Burger pun kami beli di situ.

Kalau nak dikira pasal makan, memang tak putus makan.  Tapi bila balik sini ada yang cakap aku tak makan ke sebab nampak kurus.

Sekian catatan buat kenangan aku.

Catatan sambungan.
Hari ini hari lahir adik yang ke 17.  Mak doakan adik sentiasa sihat walafiat, memperolehi kejayaan dalam kehidupan di dunia ini dan juga di akhirat. Jadilah anak soleh yang sentiasa mengingati suruhan Allah dan laranganNya, sentiasa mengingati pesan mak dan ayah walau ke mana jua adik pergi. Semuga adik memperolehi kejayaan cemerlang dalam spm akan datang. Amin.



ibundo

30 comments:

kaklong said...

memang nampak mengancam nasi briyani tu kan kak...panjangggg..!

ejaMaria said...

oh... nasi beryani dia kering mcm tu je... patut la Bundo kurus tak membesar walau makan mcm2...

ok... lepas ni saya nak amalkan makan nasi beryani kosong mcm tu gak la... dgn ayam madu je bole tak... pastu ulam timun... ok... hihihi... bole kurus tak klu gitu saya makan... ;p

NM02 said...

selamat hari raya ibu

^_^

kucingorengemok said...

nasi beriani selang sehari tu cukup bagus kak, kalau boleh memang nak hari²!

bujal X said...

hamboi~satu dulang lcin!

Cik Ina Do do Cheng said...

cik ina suka kalau makan nasi cam tu je. sedap. beras tak campur tu, pakai basmathi.simple kan selalu sedap.

Kakzakie said...

Kakak banyak tertinggal N3 kena baca dulu yg tertinggal baru best...

Seronok menikmati puasa di sana agaknya kakpah. Kakak belum pernah lagi. Dulu masa balik dari sana terfikir nak pergi tapi sebab anak-anak masih kecik tak jadi pergi bulan puasa.

Nasi briyani dgn ayam tu kakak dulu makan lawankan dgn timun dia yg hijau kurus dan kecik-kecik tu. Kakak simpan dlm freaser sebab senang nak makan. Terkenang betullah kakpah...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

assalamualaikum kak pah..

bertuah kak pah dah berada di tanah suci tue. mcm kina belum ada rezeki lebih lagi. tgk pengalaman kak pah mmg kina teringin nak rasa mcm ne kak pah rasa.

pepun kina nak ucapkan 'selamat hari raya maaf zahir dan batin' dari kina sekeluarga.

tq singgah blog kina. syg kak pah!!muahhhhhhhh...

kakngah said...

haritu kekunun nak beli beras basmathi dalam sekilo nk buek ns briyani la..
sekali tu paket sekilo dah habih. yg ado 5 kilonyo.. terus tak jadi amik. tggu yo la stok sekilo sampai kodai tu.. hihihi!!

Acik Erna said...

kak pah..sodap kak pah..dapek makan nasi beriani selalu..
happy birthday buat adik...

~ Cik Azz ~ said...

Adoiyaiii...

menguji iman boto la tengok nasi briyani ni.. huhu...

AzeedA said...

amiinn ya rabbal alamiin!
anak teman yg sulong baruu nk upsr minggu dpn.. debor2 ni..
tgk gmbr2 mekanan kakpah terus kechor2.. hehehe

Zaitun said...

Mengimbas kembali kenangan saya masa pergi umrah. Bersaing dengan suami dan anak2 cari makanan dikedai tak nak makan yang disediakan pihak hotel.Terima kasih kakpah atas coretan tu.

Selamat hari jadi buat adik semoga berjaya didunia dan diakhirat.

rezeki said...

salam kak pah

kelebihan 2 tanah suci yg kering dan gersang, tapi semua ada kat situ

nasi dia dikukus tak macam kat tempat kita, tu yang makan begitu je pun enak

selamat ulang tahun buat adik , moga menjadi anak yg soleh berjaya dunia akhirat

sal said...

alhamdulillah syukran dapat makan sedap, rezki dan dapat menunaikan ibadah kepada Allah..

Amie said...

tengok dulang licin berkilat... memang buktinya nasi tu sangat sedap!

cikmanggis said...

cm selalu impikan 'bila makan banyak" tak gemuk..bila lah tu...seronok baca catatan kakpah ni....selamat hari lahir buat adik..semoga jadi anak yang soleh...anak bongsu kak pah ke ni?anak bongsu Cm baru 12 tahun ,..nak exam minggu depan...

tasekM said...

17?

ada anak kecik lg rupanya kak pah... hehe.

selamat hari lahir adek..



.

h4ni3 said...

iyo la kakpah..
nampak kurus sudah
makin awet muda gitu :D

Ms.Lilies said...

murah rezeki kat sana kan kak....ramai yg memberi..ada pernah terbaca dulu psl ni....


iyola kak....nmpk cengkung ha

ibundo said...

kaklong,
iyo kaklong. Osah panjang e. Kek sini susah nak jumpo yang panjang2 cam tu.

maria,
briyani dia walau kosong, sedap ratah macam tu je. macam roti gardenia. ko kalau nak kurus, jangan makan nasi briyani kosong. Tak payah makan nasi langsung haha..

ibundo said...

nmo2,
selamat hari raya jugak buat kamu

kog,
err.. kadang2 hari hari juga 'terbeli', bila tekak tak lalu makan yang lain.

bujal,
jangan membazir kan..

cik ina,
haah.. basmathi dia panjang2. susah nak cari kat sini.

ibundo said...

kakzakie,
alhamdulillah.. seronok sangat..
dah lama dah niat nak pergi dalam bulan puasa tapi anak-anak kesian nak ditinggalkan. Semua dah besar2 ni, dapatlah merasa. Pergilah kak zakie rasai nikmat ramadhan di sana.

ibundo said...

kina,
wkslm..
kina sehat? semuga segalanya dipermudahkan. kpah doakan adam dapat adikk perempuan.

kakngah,
la.. sekilo mano cukup haha.. Rumah kakpah ni kan, yang limo kilo tu pun tahan duo minggu yo. Masak nasik lomak dan nasik ayam sodap pakai beras basmati ni. tapi yang botul2 panjang susah tullah nak jumpo.

ibundo said...

erna,
kek sanun diet somo tunggang langgang

azz,
haha.. kek tompek kito pun tak kurang ngan nasik briyani.

azeeda,
baru nak upsr ye.. semuga berjaya.

zaitun,
yang disodiokan tu macam tak kono je dongan tokak ni. Kalau takdo samba bolacan e.. lagilah tak buleh masuk.

pak itam,
ooo ye ke dikukus. Patutlah sedappp..

ibundo said...

sal,
alhamdulillah..

amie,
hehe.. tak baik membazir kan.

cm,
haha..mungkin kat sana banyak guna tenaga. sebab tu makan banyak pun tak sempat nak jadi lemak.
Haah.. anak yang bongsu ni.

tasek,
yang kecik dan yang paling besar berlumba dengan kaklong dia hehe..

hanie,
hehe..

lilies,
murah memberi dan insyaallah murah rezki jugak.

Aku said...

makan-makan.. i like !

S..U..D..@..I..S said...

sume makanan menggoda

ibundo said...

aku,
raya sebulan. banyak open house ni. boleh makan makan puas puas hehe

sudais,
masih teringat-ingat ni..

ASH said...

SEDAPPPPPP sedap makanan tu! Alhamdulillah...rezeki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...