Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, September 9, 2011

tujuh likur

Dulu masa kecil, nenek serta mak serta abah aku akan memasang pelita  di sekeliling rumah pada malam tujuh likur . Nenek kata biar terang, malaikat senang nak datang. Aku yang tak tahu apa-apa tak kesah pun sama ada malaikat datang ataupun tidak sebab leka bermain dengan api pelita. Main mercun, main bunga api atau sekadar bakar kertas atau daun kering.

Orang kata tujuh likur, aku pun kata tujuh likur.  Bila aku ada maid jawa baru aku tahu yang likur aitu adalah bahasa jawa yang bermakna dua puluh. Tujuh likur, malam ke dua puluh tujuh ramadhan dimana kebanyakan kepercayaan mengatakan malam itulah  malam lailatul qadar.

Oleh kerana tidak mempunyai pengalaman, kami tidak tahu bahawa pada malam duapuluh tujuh ramadhan itu masjidil haram banjir betul dengan manusia. Kebanyakan orang tempatan turun, bercampur baur dengan tetamu yang datang dari segala cerok dunia.



Kami ke masjid setengah jam sebelum isya' selepas menguruskan perut. Jalan mengarah ke masjid penuh dengan manusia.  Jalan tersekat-sekat.  Sampai di masjid, pintu semua sudah tidak boleh ditembusi. Orang yang di dalam masjid pun sudah melempah-lempah sehingga ke pintu dan yang di luar termasuk kami masih tercari-cari ruang kosong untuk menebarkan sejadah. Akhirnya kami dapat tempat di dataran menghadap ke safa marwa, bersebelahan tembok istana raja.

Semasa aku duduk, manusia masih lagi berduyun-duyun, mundar mandir mencari tempat. Malah ketika solat isya' bermula, ramai lagi yang masih tercari-cari. Ada yang datang menyelit-nyelit di celah-celah jemaah yang sedang bersolat dan menyuruh yang bersolat itu ke tepi berginjak sedikit memberi ruang. Kalau muat, tidak ada masalah. Yang timbul masalah bila yang masuk mencelah itu berbadan triple xl, yang bila duduk untuk tahiyat boleh membuat kita tersepit terpenyek dihimpit kiri kanan.

Ada juga di antara mereka ini yang memang kedekut memberi ruang untuk kita bersolat. Sejadah masing-masing besar dan gedabak. Padahal dua sejadah itu boleh muat untuk 3 orang. Bila duduk, kaki dibuka luas-luas. Bila ditanya boleh kita masuk ke tidak, dengan mudah diaorang kata tak boleh dan menyuruh kita cari tempat lain. Walhal bila berdiri dan berdiri rapat-rapat, masih ramai orang boleh mengisi saf itu. Tapi ada juga yang pemurah. Bila ternampak kita tercari-cari, mereka akan melambai-lambai kita duduk di sebelah. Begitulah.  Selalu juga kedengaran orang yang tidak diberi tempat itu marah-marah mengatakan ini rumah Allah, haram kedekut. Begitulah mengikut pemahaman aku sebab aku bukannya pandai bahasa arab.

Jadi, malam itu memang tersangat ramai dengan orang.  Masa aku buat haji dulu pun aku tak jumpa orang seramai ini.  Semuanya inginkan keberkatan ramadhan dan insyaallah bertemu dengan malam lailatulqadar. Aku juga mengharapkan demikian.

Semasa solat tahajud awal pagi, keadaan masih sama seperti isya' dan tarawikh. Masih banjir dengan manusia. Sudais membaca doa qunut yang panjang. Panjang yang diselang-selikan dengan esak tangis. Sebelum ini aku cuma mendengar kesetnya sahaja tetapi apabila berdepan dengan keadaan sebenar, ia seperti menimbulkan rasa gerun yang berlainan. Ada satu perasaan yang tidak dapat digambarkan timbul.

Kami semua menangis. Ada juga yang mengogoi. Kebanyakannya teresak-esak. Kedengaran sedutan hingus di sana sini. Tangan-tangan diangkat tinggi mengaminkan doa. Ada kalanya turun keletihan tetapi diangkat semula setinggi mungkin dan menahan selama boleh dalam posisi itu. Amin..amin.. ya Allah,  kami pohon dosa-dosa kami diampunkan dan ibadah kami diterima.





Sekian untuk peringatan aku.

ibundo

23 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

jelesnya dengarkan pengalaman itu

hehhehee

teringin nak ke sana, doakan ye semoga sy sampai :-)

NM02 said...

mengharapkan untuk sampai ke sana juga suatu hari nnt




insyaAllah

Citarasa Rinduan said...

salam lebaran buat ibundo..
pengalaman ibundo akn ayu simpan buat pengalaman mendatang..

terima kasih berkongsi pada kami

Kakzakie said...

Menghayati cerita pun kakak dah rasa syahdu. Sedangkan masa Haji dah begitu padat kakpah ini lagi bulan ramadhan. Menurut berita tempohari ramadhan ini memang merupakan jumlah paling ramai dlm sejarah... Tak terbayang kakak macamana nak menapak balik dari MH ke hotel.... Dulu musim haji masa kakak pergi yang baru 4.5 juta pun dah sesak....

Ms.Lilies said...

baca entry akak pun airmata boleh bergenang....moga saya dapat merasa ke sana jugak

Amie said...

Terima kasih Ibundo... atas perkongsian pengalaman itu. Ya Allah... mudah-mudahan dimurahkan rezeki suatu hari nanti Amie dapat juga ke tempat itu....Amin.

h4ni3 said...

dengar citer kakpah pun den dah raso nak nangeh nih

mahal sungguh pengalaman tu kan

kakngah said...

oo.. baru kakngah tau erti sebenar malam 7 likur. ingatkan lagi 7 hari sebelum raya....
terima kasih kak.

iina said...

Kak saya suk gbr last tuh.. syahdu tgk kak ;)

rezeki said...

salam kak pah

moga hajat kami nak merasai kemanisan ramadhan dan syawal di makkah termakbul satu hari nanti

cadangnya tahun lepas , tapi cuti anak sekolhh pulak masa tu tak kena

Acik Erna said...

Amin..semoga diperkenankan yang maha esa..
malam tu pun masjid kek taman saya ni do qunut e disertakan dengan doa..panjang boto kak pah..

secangkir madu merah said...

aku juga teringin ke sana kak... semoga satu hari aku akan menjejakkan kaki ku di rumah Allah... Amin...

lupekanje said...

Rindu bertandang lagi......
Rindu jugak suasana berimpit2 tu kak.
Kalau acik dapat pergi lagi, acik berazam tanak marah2 lagi kat orang yang himpit2 acik tu.
Rindu tawaf di baitullah..kali pertama pergi, tk reti nak buat camne. Sekrang dah nampak. Dah tau mana nak tuju. Dah tau apa nak baca.
Rindu Safa dan Marwah. Melambai-lambai dan menadah tangan berdoa di sana.

Rindu jua nk ziarah makam nabi. Haritu tk dapat nak rapat dan dekat dgn makam tu. Raudhah pun jauh je...Sebab tak pandai cari masa, tak pandai dan tak suka nk bertolak2 kat situ. Rasa macam selfish ...sbb nmpk semua orang cam selfish je walopun sebenarnya diorg amat teruja sbb rsa kasih, rindukan rasulullah..

ibundo said...

wanita bertudung hijau,
insyaallah.. bila tiba masa dan ketika, akan sampai juga.

nmo2,
insyaallah..

ayu,
selamat hari raya. untuk panduan bersama.

ibundo said...

kakzakie,
dulu dengar orang cakap je yang bulan ramadhan lebih ramai dr musim haji. Memang iya.. padat dengan orang

lilies,
insyaallah.. diperkenankan satu hari nanti

amie,
semuga apa yang bundo catatkan di sini dapat dijadikan panduan.

ibundo said...

hanie,
memang satu pengalaman yang tak ternilai.

kakngah,
kikkik.. raso e ramai lagi yang macam kakngah tak tau. dulu dulu dulu pun kpah macam kakngah gak.

iina,
selamat hari rayo na..
ado lomang tak rayo kali ni.

pak itam,
takper pak itam. rancang untuk umrah akan datang. mesti rasa pengalaman ni..

ibundo said...

erna,
kito doakan samo-samo Allah torimo amal kito dan ampunkan doso2 kito kek dunio ni.

yati,
insyaallah.. selamat hari raya ti.

acik,
kok dah poi sokali, dah moraso sokali nak poi dan raso lagi bokali-kali. Insyaallah cik, bilo ado azam, bilo ado rozoki, sampailah lagi tu.

azieazah said...

Bestnya entri ini. Terimakasih berpesan-pesan.

aminnnnn segala doa.

kaklong said...

dulu maso kekocik,bilo tibo mlm 27likur,klong sibuk tak nak tidor,kekunun nak tg pokok2 sujud...tapi...!lenoooo..!

cikmanggis said...

terima kasih kakpah..rasa seoalah olah Cm yang berada di sana....

ibundo said...

azie,
untuk kenangan bundo juga

kaklong,
haha.. tak ponah jumpo gak. Orang yang terpilih yo yang jumpo tu.

cikmanggis,
catatan ni pun supaya kakpah takkan lupa perasaan itu..

Cik Ina Do Do Cheng said...

bila baca pengalaman kak pah kat sana , terasa sejuk je hati ni. Insyallah satu hari diizinkan Allah SWT dapatlah cik ina menjejakkan kaki ke sana.

Zaitun said...

Semoga semua dosa2 diampunkan dan doa2 dimakbulkan ya kakpah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...