Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, September 6, 2011

Malam yang sentiasa hidup

Malam adalah waktu paling sibuk. Malam  panjang seolah-olah tidak berpenghujung.


Dalam jangka waktu yang pendek antara maghrib dan isya', manusia
-mundar mandir mencari makanan
-berebut-rebut membeli makanan kerana tidak ada sistem berbaris atau first come first serve
-yang berniaga macam tak cukup tangan melayan kehendak orang ramai yang datang tidak ada hentinya
-melepak-lepak berbual-bual tak kira tempat
-kemudian berduyun-duyun pula ke masjid untuk mendapatkan tempat untuk solat





Memandangkan jumlah manusia yang terlampau ramai, maka memang susah untuk masuk ke dalam masjid pada waktu seperti ini melainkan kita berbuka ala kadar di dalam masjid dan tidak meninggalkan tempat solat kita.  Kalau keluar, alamatkan tidak dapat masuk balik. Jadi, apahalnya kalau kita rasa nak terkucil dan mengambil wudhu' semula.  Sama ada kita tahan sehingga habis tarawikh atau keluar dan ambil risiko sembahyang di dataran.

Mereka yang bersembahyang di dataran bukan semuanya saja suka-suka untuk bersembahyang di situ. Bila pintu masuk sudah tidak boleh ditembusi, apa lagi pilihan yang ada. Di dataranlah bersembahyang. Itupun ada kalanya tak cukup tempat juga dan ada yang bersolat di atas jalan raya.

Solat tarawikh sebanyak 20 rakaat dibawa oleh dua orang imam. Imam yang memang suaranya merdu-merdu bak buluh perindu. Suara merdu yang membuat kita tak sempat untuk mengingatkan benda lain selain daripada menghayati bacaannya yang keluar dari suara yang merdu itu.

10 rakaat pertama dibawa oleh seorang imam.  Surah yang dibawa panjang-panjang. 10 rakaat terakhir dibawa oleh seorang imam yang lain pula. Sama juga panjang-panjang surahnya. Walaupun panjang, tetapi tidak terasa bahawa kami telah bangun duduk tonggang tongget selama hampir dua jam. Solat tarawikh berakhir lebih kurang jam sebelas malam denngan witir dilewatkan selepas solat tahajud.

Selepas tarawikh, manusia berkembur mencari moreh. Aku dan suami juga turut berkembur dan sama-sama menyelit di antara manusia yang berebut-rebut membeli makanan.



 Nasi briyani dengan ayam panggang ini memang popular. Kami makan sampai muak.



Aiskrim mekah ni macam sesuatu yang mesti-beli. Aku makan aiskrim ni tengah-tengah malam walaupun tekak ada tanda-tanda nak batuk.


Pukul 12 orang sudah berduyun-duyun ke masjid semula untuk bersolat tahajud yang bermula pada pukul 1 pagi. Solat tahajud diimamkan oleh dua orang imam juga.  Seorang imam setiap 6 rakaat. Selalunya Sudais akan membawa 6 rakaat terakhir dan diikuti dengan witir. Doa qunut Sudais panjang dan menangis-nangis. Kita akan ikut menangis sama. Pada malam 7 likur, Sudais baca doa dalam setengah jam lamanya. Lenguh juga mengangkat tangan.  Kejap-kejap tangan melungsur turun.  Kejap-kejap naik semula. Dalam masa itu air mata kejap merembes, kejap kering. Kejap lagi berhamburan semula walaupun tidak paham sepenuhnya apa yang dikatakannya tetapi sipi-sipi tetap difahami.

Solat tahajud habis pukul 3 pagi. Manusia berkembur keluar masjid untuk pulang bersahur dan sekejap lagi selepas itu datang semula ke masjid untuk solat subuh.

Kan aku dah kata.  Manusia di sini tak ada masa untuk tidur pada waktu malam. Kami semua terbongkang lepas subuh.

Sekian untuk peringatan diri sendiri.

ibundo

16 comments:

kakcik said...

Kemanisan beribadah itu InsyaAllah menghilangkan keletihan, ya Kak Pah? :)

bujal X said...

ramainya umat~~

kakngah said...

kalau boleh.. nak dipanjangkan lagi waktu malam tu kan kak....

ejaMaria said...

bundo... bila sepanjang malam mereka beribadat... bila masa mereka tidur... dan bila masa mereka bekerja mencari rezeki... adakah diorg yg tek henti solat malam tu org2 yg datang-datang (tetamu) seperti bundo... atau memang penduduk disitu...
alangkah beruntung nya mereka bila punya masa utk beribadat sampai sebegitu sekali...

~ Cik Azz ~ said...

Macam ni la yg selalu jiran sey ceghito an kak... Dio dah solalu poie umrah taim poso...

Terimo kasih la sbb akak sudi kongsi ceghito ni.. Dapek gak sikit info...

nampak sodap nasi beriyani tu.. hehe...

Zaitun said...

Malam yang dipenuhi dengan ibadah dan kalau boleh dipanjangkan lagi waktunya.

cahya indah said...

rindu kat Mekah & aiskrim Mekah jugak..teringin ziarah ke sana lagi InsyaAllah

kucingorengemok said...

the city that never sleeps... orang new york je perasan tu depa, hehe

AzeedA said...

wuih cabaran besor tu utk spesis suke tidor mcm teman ni ha..
eskrem tu kan 'obat' batuk hehehe ;)

CT said...

Wah bestnya kat sana...sentiasa penuh dgn manusia.:)

Jom masuk blog kak CT > http://batulesung.blogspot.com

Chik Att said...

indahnya mengejar nikmat ibadah di tanah suci ....

sonata anak kancil said...

salam - sangat seronoknya berpuasa di sana. InsyaAllah nak ke sana lagi. selamat hari raya - maaf zahir batin

ibundo said...

kakcik,
begitulah kakcik..

bujal,
memang ramai. macam musim haji malah lebih..

kakngah,
takut badan yo tak bedayo

maria,
kebanyakannya tetamu rumah Allah. Yang local yg tinggal sekitar masjidilharam, kebanyakan orang berniaga. Bulan meriah ialah bulan ramadhan. Bulan2 lain, seperti biasa semula. Lepas isya' orang balik. yang tinggal mungkin mereka yang beriktikaf, mengerjakan umrah dll..

ibundo said...

azz,
kpah citer kek sini pun sobab nanti sonang kpah nak rujuk balik. Almaklumlah pelupo. Tapi kalau ado yang nak kungsi2 tu, silokan..
nasik briyani tu memang sodap. makan tak payah pakai kuah dah.

zaitun,
kalau tak pergi, kakpah pun tak tahu.

cahya indah,
tak sah kalau ke mekah tak makan aiskrim mekah.

kog,
depa tu tak tido sebab buat maksiat kot hehe..

ibundo said...

azeeda,
memang obat batuk. Sampai sekarang masih kelengkang kelengkung kehkeh..

ct,
okay siti. nanti kpah pi jenguk..

chik att,
alhamdulillah

sonata,
sekali merasa, terasa nikmatnya dan ingin mengulangi lagi. insyaallah

fuzidss said...

rindunya kami ingin ke sana..moga impian kami termakbul tahun ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...